You are on page 1of 8

Sdri Noor Hafizah Binti Mohamad Nordin

0137138381

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

’BENGKEL PROTOKOL’
________________________________________________________________

TARIKH :
14 MAC 2010

TEMPAT :
DEWAN KOLEJ ZA’BA

ANJURAN:
AHLI JAWATANKUASA BLOK B KOLEJ ZA’BA
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan


kewangan daripada pihak Kolej Za’ba dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari pihak
Kolej Za’ba.

2.0 PENGENALAN

Program Bengkel Protokol ini merupakan satu bengkel yang memberikan ilmu
pengetahuan dan memantapkan diri mahasiswa sebagai seorang pendidik. Program ini
dijalankan kerana masalah pelajar UPSI yang tidak begitu mahir untuk menguruskan
sesebuah majlis atau program. Oleh itu, dengan inisiatif dan rasa tanggungjawab ahli
jawatankuasa blok B maka kami membuat keputusan untuk menganjurkan satu bengkel
yang boleh memberikan manfaat dan faedah serta berkongsi cara-cara untuk
menguruskan sesebuah majlis atau program. Program yang akan kami anjurkan ini
melibatkan kira-kira 100 orang penghuni Kolej Za’ba.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan kepada penghuni Kolej Za’ba tentang cara untuk
menguruskan sesebuah majlis atau program.
3.2 Membentuk kemahiran komunikasi yang baik.
3.3 Melahirkan sifat-sifat seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan
berpengetahuan.

4.0 JUSTIFIKASI

4.1 Mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar tentang pentingnya kemahiran dalam
pengurusan sesebuah majlis atau program.
4.2 Membantu mahasiswa untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 Mac 2010.


Hari : Ahad.
Tempat Program : Dewan Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah.
6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

6.1 En. Che Anuar Bin Che Abdullah


Pengetua Kolej Za’ba
6.2 En. Khairul Anuar Bin Hassan.
Penasihat program

7.0 SENARAI PENCERAMAH

7.1 En. Mohd Redzuan Bin Donial.


Penolong Pendaftar Akademik
7.2 Pn. Zuraidah Binti Zainol
Pensyarah Universiti Sultan Idris

8.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

8.1 140 orang ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Ahli Jawatankuasa Blok dan
penghuni kolej.

9.0 TENTATIF PROGRAM

Ahad , 14 Mac 2010

08.00 pg : Pendaftaran peserta


08.15 pg : Kedatangan tetamu VIP
08.30 pg : Slot 1 : Apa itu Protokol?
10.30 pg : Rehat
10.45 pg : Slot 2 : Melaksanakan Protokol dengan berkesan
12.45 tgh/hr : Sesi soal jawab
13.00 ptg : Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan
13.15 ptg : Jamuan Makan Tetamu VIP/Bersurai
9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat
En. Khairul Anuar Bin Hasnan

Pengerusi
Sdri. Sanisah Binti Meluru

Pengarah Program
Sdri. Noor Hafizah Binti Mohamad Nordin

Timbalan Pengarah Program


Sdri. Suziana Binti Mohd Yaacob

Setiausaha Program
Sdri. Nadiah Bt. Rozali

Naib Setiausaha Program


Sdri. Nurul Surya Binti Azizudin

Bendahari Program
Sdri. Nurul Aqilah Bt. Adnan

Unit Jamuan

Sdri. Hazlina Binti Harun


Sdri. Helfazatul Heizni Binti Zakaria
Sdri. Nurul Aini Syahira Binti Amin

Unit Publisiti dan Dokumentasi

Sdri. Azlina Binti Nordin


Sdri. Nur Adibah Binti a. Sani
Unit Jemputan
Sdri. Nurliza Binti Rosali
Sdri. Norfazlina Binti Kosmani
Sdri. Siti Asiah Binti Abd. Halil

Unit Protokol dan Sambutan


Sdri. Nor Shazwani Asyraf Binti Ishak
Sdri. Maria Binti Mahbah
Sdri. Noor Hidawati Binti Mohd Zain
Nurul Syuhada Binti Mohd Rashid

Unit Cenderahati
Sdri. Norshazwani Binti Mohd Saad
Sdri. Suzi Suzana Binti Ismail

Unit Pendaftaran
Sdri. Nurul Naiemah Binti Mohamad Sabri
Sdri. Suzi Suzana Binti Ismail
Sdri. Siti Fatimah Binti Jamaluddin
Siti Zulaikha Binti Alias

Unit Peralatan & Teknikal


Sdri. Pirema Genasin
Sdri. Norhayati Binti Mat Husin
Siti Fatimah Binti Suker

Unit Persiapan Tempat


Sdri. Nur Hazlin Binti Abdul Rahman
Sdri. Siti Sri Nadiah Binti Kamaruddin
Sdri. Siti Nabilah Binti Zulkifli
Noor Zarina Binti Abdul Wahab
10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 Pendapatan

Yuran Peserta(140 x RM 2) RM 280.00


Peruntukan Kolej Za’ba RM 900.00

JUMLAH PENDAPATAN (A) RM 1180.00

10.2 Perbelanjaan

1. Makanan

- VIP(pagi,tengah hari( 4 x RM 10.00 ) RM 40.00


- Peserta(pagi) ( 140 x RM 2.00) RM 280.00

JUMLAH RM 320.00

2. Cenderahati

- VIP ( 4 x RM 40.00 ) RM 160.00


- Peserta(Sijil) ( 140 x RM 2.00 ) RM 280.00

JUMLAH RM 440.00

4. Bayaran Penceramah RM 350.00

5. Kontigensi RM 70.00

JUMLAH PERBELANJAAN (B) RM 1180.00

JUMLAH KESELURUHAN (A) – (B) RM 0.00


11.0 KEPERLUAN PERALATAN

Peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI


1 Healer 1
2 Kamera 1
3 Laptop 1
4 Mikrofon 3
5 LCD 1
6. Dulang 1
7. Alas Dulang 1

12.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan jawatankuasa pelaksana agar program ini mendapat


sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Ahli
Jawatankuasa Blok B, Kolej Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap
program ini dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang pentingnya
persediaan untuk menguruskan sesebuah majlis atau program. Semoga dengan
kerjasama dan sumbangan serta sokongan moral yang diberikan oleh semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dapat melicinkan usaha dalam
menjayakan program ini demi kebaikan bersama. Kami bagi pihak ahli jawatankausa
Blok B mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan sama
ada berbentuk kewangan, fizikal dan sokongan moral. Oleh yang demikian, pihak kami
memohon jasa baik Encik Che Anuar Bin Che Abdullah ( Pengetua Kolej Za’ba )
untuk mempertimbang dan membenarkan program ini diadakan. Segala sokongan dan
kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Sdri. Noor Hafizah Binti Mohamad Nordin


Pengarah Program,
Blok B,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tandatangan & Cop : ...................................

Tarikh : ...................................

Dipantau oleh : Sdra. Iqbal Bin Abdul Latif


Yang Dipertua,
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Za’ba.

Tandatangan & Cop : ...................................

Tarikh : ...................................

Disokong oleh : En. Khairul Anuar Binti Hasnan


Penasihat Program,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan & Cop : ...................................

Tarikh : ...................................

Disahkan oleh : En. Che Anuar Bin Che Abdullah


Pengetua Kolej Za’ba
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tandatangan & Cop : ...................................

Tarikh : ...................................

You might also like