You are on page 1of 5

Majlis Kegiatan Dakwah

Islamiah
(MAKDIS)
SK Parit Bakar Darat,
Muar,
Johor

TARIKH : 1 OGOS 2013


TEMPAT : SK PARIT BAKAR DARAT,
MUAR, JOHOR

" Mencari Keberkatan


Ramadhan, Merai Kehadiran
Syawal "
KERTAS KERJA
PROGRAM KASIH RAMADHAN 1434H / 2013M
SK PARIT BAKAR DARAT, MUAR, JOHOR

PENDAHULUAN

Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan , kerahmatan, keampunan
dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Bertepatan dengan itu, SK Parit Bakar Darat, Muar,
Johor di bawah anjuran Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) tidak melepaskan
peluang ini serta mengambil inisiatif mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan mengadakan
Program Kasih Ramadhan.

KERTAS KERJA
PROGRAM KASIH
RAMADHAN
1434H / 2013M
MATLAMAT

Meraikan murid-murid yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal.

RASIONAL

Murid dapat menikmati suasana sambutan Syawal seperti rakan yang lain tanpa rasa rendah diri.

OBJEKTIF

1. Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa para pelajar.


2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan seharian.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal kebajikan.
SASARAN

Warga SK Parit Bakar Darat, Muar, Johor


7 orang murid yatim
23 orang murid miskin

AKTIVITI DAN TARIKH

BIL AKTIVITI TARIKH


1. Pelancaran Tabung Kasih Ramadhan 5 Julai 2013
2. Sumbangan kepada anak yatim dan miskin 1 Ogos 2013

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Juanda bin Shariff ( Guru Besar )


Pengerusi : Tn. Hj. Sedek bin Nasir ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 1 : En. Sarajuddin bin Mohd Yusof ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : En. Nasruddin Shah bin Jamal ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn. Norhaiza bt Mohd Nor
Bendahari : En. Mohd. Sobri bin Sapari
AJK : Pn. Siti Zainab bt Rosdi@Rosli
: Pn. Salmie bt Ramli
: En. Mohd. Dramanti Santri bin Rohani

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KASIH RAMADHAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Pembelian kasut raya untuk murid-murid RM 30.00 X 7 orang RM 210.00
yatim

2. Hamper untuk murid-murid yatim dan miskin RM 50.00 X 30 orang RM 1 500.00

3. Sumbangan duit raya untuk murid yatim dan RM 10.00 X 30 orang RM 300.00
miskin
JUMLAH KESELURUHAN RM 2010.00
SUMBER KEWANGAN

1. Kutipan Tabung Kasih Ramadhan


2. Sumbangan persendirian
3. Sumbangan daripada luar seperti syarikat-syarikat atau kedai-kedai terpilih.

SENARAI SYARIKAT DAN KEDAI

BIL SYARIKAT / KEDAI BENTUK SUMBANGAN


1. Adabi Consumer Inidustries Sdn. Bhd Ketupat Nasi ADABI
2. Syarikat Faiza Sdn. Bhd Beras Faiza Emas
3. Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd Biskut Raya
4. Kek Sri Tanjung Biskut Raya
5. Asas Matahari Sdn. Bhd Serunding Ayam / Daging
6. Hj. Senan Food Industries Sdn. Bhd Rempah Ratus
7. K&Z Enterprise Air Berkarbonat
8. Kedai Kasut Hoover Kasut

PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar. Mudah-mudahan mendapat
keredhaan Allah s.w.t. Semoga ukhuwah di kalangan warga SK Parit Bakar Darat, Muar, Johor
dan pihak luar bertambah erat. Insya Allah…

Disediakan oleh,
………………………….
( NORHAIZA BT MOHD NOR )
Setiausaha
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS)
SK Parit Bakar Darat, Muar.

You might also like