You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM JALINAN UKHUWAH SILATTURAHIM SEMPENA HARI


RAYA AIDILFITRI
PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU

1. RASIONAL

Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara


sistematik bermula dari penerimaan rangsangan melalui pelbagai
deria, pembentukan konsep dalam minda dan diikuti dengan
perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan
perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap
yang lebih tinggi. Perubahan ini dihasilkan daripada pengalaman
atau latihan dan bukan oleh proses pertumbuhan. Perubahan boleh
berlaku secara formal (dalam setting bilik darjah) dan secara tidak
formal melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti
yang dilakukan di luar pendidikan formal. Kepelbagaian proses
pembelajaran inilah yang mendorong PPKI(P) Sekolah Kebangsaan
Tangga Batu merancang PROGRAM JALINAN UKHUWAH
SILATTURHIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI. Konsep
pendidikan yang menyeluruh kepada semua golongan kanak-kanak
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan titik tolak kepada
penglibatan anak-anak istimewa dalam semua bidang
pembelajaran. Program ini merupakan salah satu pengisian
kurikulum anak-anak istimewa bagi membolehkan mereka menjalani
kehidupan seharian secara terancang serta turut menikmati alam
kehidupan/sosialisasi sepertimana kanak-kanak normal yang lain.

PROGRAM JALINAN UKHUWAH SILATTURHIM SEMPENA


HARI RAYA AIDILFITRI merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran berbentuk pengalamian yang memberi peluang
kepada semua murid mengaplikasikan segala kemahiran yang telah
dipelajari dalam bilik darjah seperti bersosialisasi dengan komuniti,
adab makan, mendengar dan mematuhi arahan mudah dan nilai-
nilai murni sepanjang program ini dijalankan. Oleh hal demikian,
program ini dirancang khusus untuk anak-anak istimewa yang
diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan konsep kendiri
yang mantap dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian di samping meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan
bersosialisasi dengan masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Bagi keberkesanan program dan memberi peluang sama rata
kepada seluruh warga PPKI dan keluarga waris, program ini
dirancang dalam jangka masa yang panjang.

1
2. OBJEKTIF PROJEK

PROGRAM JALINAN UKHUWAH SILATTURHIM SEMPENA HARI


RAYA AIDILFITRI adalah berdasarkan pertimbangan berikut;

2.1 Menyediakan ruang pengaplikasian kemahiran dipelajari


dalam bilik darjah dalam kehidupan sebenar.
2.2 Menyediakan ruang pembelajaran secara intensif mengenai
amalan dan penghayatan nilai-nilai murni kepada semua murid.
2.3 Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni kepada semua
murid
2.4 Semua murid boleh menjalani kehidupan bermasyarakat
dengan lebih bertatasusila.

3. ANGGARAN KOS
Cadangan program ini melibatkan keperluan kos seperti berikut;

JUMLAH
BIL PERKARA ANGGARAN KOS KOS SUMBER KOS
(RM)
PCG (SIVIK
1. CENDERAHATI 30 X 8 240
KEWARGANEGARAAN

RM
Jumlah Keseluruhan
240.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PELAKSANAAN


PROGRAM
Pelaksanaan program ini akan memenuhi keperluan berikut;

4.1 Peningkatan pengetahuan dan kemahiran asas adab


pergaulan dalam masyarakat.
4.2 Peningkatan pengetahuan dan kemahiran mematuhi arahan
mudah.
4.3 Peningkatan kebolehan kawalan disiplin dan tingkah laku
murid.
4.4 Peningkatan kebolehan murid mengamalkan adab makan di
mana sahaja mereka berada.

2
5. JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional program ini dipohon untuk dilaksanakan ialah;

5.1 Sebahagian besar warga pendidikan khas sekolah ini masih


kurang mengenali secara mendalam antara satu sama lain.
5.2 Sebahagian besar murid pendidikan khas sekolah perlu
penerapan dan penghayatan disiplin diri yang mantap.
5.3 Terdapat sebilangan murid pendidikan khas sekolah ini perlu
pengurusan tingkah laku.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROGRAM TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksanaan program ini sangat penting dan memberi implikasi
yang besar sekiranya gagal dilaksanakan;

6.1 Sebahagian besar murid pendidikan khas sekolah ini gagal


berfungsi sebagai ahli masyarakat yang berbudi pekerti mulia.
6.2 Pengurusan disiplin dan tingkah laku murid tidak dapat
dilaksanakan secara intensif menyebakan KPI akademik dan
kokurikulum murid pendidikan khas gagal dicapai pada tahap
maksima.

7. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 12 dan 13 JULAI 2017 (Rabu &


Khamis)
19 dan 20 JULAI 2017(Rabu & Khamis
Tempat : (Rujuk jadual giliran mengikut rumah)

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari

8. TENTATIF PROGRAM

9.30pagi : Bertolak dari sekolah


10.00 pagi : Lokasi rumah pertama
- berselawat
- bertanya khabar
: Jamuan ringan

11.30 pagi : Lokasi rumah kedua


- berselawat
- bertanya khabar
: Jamuan ringan

12.30 t/hari : Bertolak pulang

9. JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Abd Aziz Bin Mohd Din (Guru Besar)

3
Timb Pengerusi : En. Mohd Nasri Bin Ismail
Naib Pengerusi : En. Johar Bin Mastor
Naib Pengerusi : Pn. Siti Selyna Binti Mohd Nasir
Setiausaha : Kamarulzaman Bin Md Saril
Bendahari : Pn. Nor Rahizah Binti Abd Rahim
Penyelaras Program : Kamarulzaman B Md Saril

Ahli Jawatankuasa
Pengangkutan : Encik Hafni Bin Abu Bakar
Dokumentasi : Pn. Roslinda Binti Yaakob
Buku Program : Pn. Noraini Binti Md Hassan
Hadiah : Pn. Suhaidah Binti Yusof
Kecemasan : Pn. Zainab Binti Hussain
Kawalan Murid : Puan Fatimah Husna Binti Mohamad
Puan Nurr Hafizssah Binti Asrin

10. PENUTUP

PROGRAM JALINAN UKHUWAH SILATTURHIM SEMPENA HARI


RAYA AIDILFITRI yang dirancang ini diharap menjadi pemangkin
kecemerlangan pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak
istimewa yang gemilang sebagai generasi pewaris negara pada
masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
....................................................
(KAMARULZAMAN BIN MD SARIL) (MOHD NASRI BIN ISMAIL)
Guru PPKI GPK Pendidikan Khas
SK. TANGGA BATU, MELAKA SK. TANGGA BATU, MELAKA

Tarikh:13 JUN 2017

Pengesahan,

.................................................................
(ABD AZIZ BIN MOHD DINl)
GURU BESAR
SK. TANGGA BATU, MELAKA

__________________________
4
___________________________

___________________________

___________________________________________________________________________

Kepada,
Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tangga Batu

Tarikh:...............................

Tuan,

PROGRAM JALINAN UKUWAH SILATURAHIM SEMPENA HARI RAYA


AIDILFITRI

Saya _______________________________________________ ibubapa / penjaga


kepada

____________________________________________________

** BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU menerima kunjungan pihak sekolah


sempena Program Jalinan Ukhuwah Silaturahim Sempena Hari Raya
Aidilfitri pada tarikh yang berikut:

BIL. TARIKH TANDAKAN


1. 12 JULAI 2017
2. 13 JULAI 2017
3. 19 JULLAI 2017
4. 20 JULAI 2017

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_____________________________
( )

** tandakan yang berkenaan

You might also like