You are on page 1of 6

Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

SK BANDAR TASIK SELATAN,


BANDAR TASIK SELATAN 57000 KUALA LUMPUR.

Telefon : 03-91725829
Faks : 03-91725843
Emel : ppkiskbts@gmail.com / wba0080@moe.edu.com

CADANGAN
KERTAS KERJA
(ANAKKU RAJIN MEMBACA – REKOD NILAM
PPKI SK BANDAR TASIK SELATAN 2022/23)

TARIKH :
SEPANJANG TAHUN 2022/23

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK BANDAR TASIK SELATAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NORAEIN BTE HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH


Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

1.0 PENGENALAN

APAKAH ITU PROGRAM NILAM ? 

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun. Bagi program galakkan membaca di dalam program
“Anakku Rajin Membaca – Rekod Nilam” PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi penggal
persekolahan tahun 2022/23, murid tahun 3 hingga tahun 6 diwajibkan untuk menyertai
projek bacaan yang diakhiri dengan pertandingan ini. Setiap kelas tersebut akan dipilih
seorang sahaja wakil murid yang paling banyak membuat rekod bacaan. Keputusan
diakhir projek antara kelas pula, hanya seorang sahaja murid yang paling tinggi
merekod bacaan nilam diambilkira sebagai pemenang keseluruhan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program “Anakku Rajin Membaca – Rekod Nilam” PPKI SK Bandar Tasik
Selatan, supaya:

» murid diberikan pendedahan awal tentang bacaan pelbagai genre buku,


» terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid ppki,
» sebagai medium aktiviti masa singgang antara waktu peralihan mata pelajaran
di dalam kelas.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

Tarikh : Sepanjang tahun 2022/23


Tempat : Persekitaran Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bandar Tasik Selatan

4.0 KUMPULAN SASARAN

i. Murid-murid Pendidikan Khas.


ii. Guru-guru Pendidikan Khas.
iii. Pembantu Pengurusan Murid.
iv. Ibu bapa murid-murid PPKI
v. Pentadbir SKBTS

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH


Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

5.0 OBJEKTIF

» Memastikan penglibatan menyeluruh warga ppki dalam memupuk tabiat sukakan


buku.
» Mendidik murid-murid tentang tabiat membaca buku walaupun di mana sahaja
terutama sewaktu peralihan mata pelajaran.
» Melatih kemahiran perekodan murid dalam merekod bacaan buku mereka dalam
Fail Rekod Bacaan Nilam.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

Output Peratus perlakuan dan kesedaran murid-murid berkeperluan


khas, ibu bapa dan warga sekolah tentang tabiat suka membaca
meningkat.
Outcome Memberi pendedahan, kesedaran dan rasa seronok membaca
buku dengan pelbagai genre dalam kalangan murid-murid
berkeperluan khas, ibu bapa dan warga sekolah.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


.
1. PUSAT SUMBER RM 230.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM)
1. Hadiah
- Piala mengikut kelas 4 unit RM 30.00 RM 120.00
- Piala keseluruhan 1 unit RM 50.00 RM 50.00
- Sijil 40 keping RM 1.00 RM 40.00

JUMLAH A: RM 210.00
2. Runcit
- Kertas A4 1 rim RM 20.00 RM 20.00

JUMLAH B: RM 20.00
JUMLAH KESELURUHAN (A+B) RM 230.00

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH


Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM “ANAKKU RAJIN MEMBACA – REKOD NILAM”


PPKI SK BANDAR TASIK SELATAN 2022/23

Pengerusi : En. Ahmad Muzir bin Abdul Halim


Guru Besar SKBTS
Naib Pengerusi 1 : Pn. Zaiton binti Yahaya
GPK Pendidikan Khas
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rohaya binti Ramli
GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 3 : En. Ali Sabri bin Angsor
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 4 : En. Romzi bin Che Din
GPK Ko-kurikulum
Naib Pengerusi 5 : Pn. Rosnah binti Remly
GPK Petang
Setiausaha/Bendahari : Pn. Siti Noraein bte Hamzah

AHLI JAWATANKUASA:

Ketua Program Pn. Zaiton binti Yahaya


Penyelaras Program Pn. Siti Noraein bte Hamzah
Bendahari Pn. Siti Noraein bte Hamzah
AJK Jurugambar Pn. Noryati binti Ngah
AJK Hadiah Pn. Nurul Syifa bt Zainol
Pn. Siti Aisah bt Abd Khani
Pn. Nurul Aini binti Zulrahman
Pn. Noor Hazura bt Mad Nordin
AJK Rekod Nilam Pn. Tuan Norehan bt Raja Othman
Pn. Wan Nor Azian binti Biduzodin
En. Mohd Hairos Bin Daud
En. Tuan Mohd Khairi bin Tuan Soh
Pn. Nor Hana bt Hawari
AJK Laporan Dokumentasi Pn. Siti Noraein bte Hamzah

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat kepada guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
setiap kelas yang terlibat iaitu Tahun 3 Mars, 4 Earth, 5 Venus dan 6 Mercury.
2. Perekodan bacaan buku dalam fail rekod nilam yang diedarkan kepada setiap
murid dalam kelas Tahun 3 Mars, 4 Earth, 5 Venus dan 6 Mercury.
3. Mengumpul data dengan membuat saringan dan mengira jumlah rekod bacaan
buku yang dibaca oleh murid-murid tersebut.

9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH


Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

MASA AKTIVITI
Sepanjang  Perekodan nilam oleh murid selepas membuat
tahun pembacaan buku dengan bimbingan guru mata
2022/23 pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Februari  Penyampaian hadiah dan sijil.
2023  Penyediaan dan penghantaran Laporan
Dokumentasi.

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN

1. Pemerhatian setiap aktiviti


2. Perekodan pemerhatian
3. Borang Penilaian

11.0 PENGURUSAN RISIKO

Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan yang membolehkan pengelola


memperoleh maklumat risiko yang boleh digunakan dalam perancangan strategik.
Pengelola akan mendapat panduan mengurus organisasi mereka dengan lebih cekap
dan berkesan melalui pengurusan risiko. Pengetahuan pengurusan risiko yang jelas
dalam kalangan peserta dapat membantu program mencegah risiko yang tidak diiingini
daripada berlaku. Untuk itu, pengelola program akan memastikan langkah-langkah
keselamatan sebelum, semasa, dan selepas sepanjang program itu berlansung.

Pelan Pengurusan Risiko

Bil Pengurusan Jangkaan Penyelesaian Risiko Tindakan


Risiko Risiko
1 Logistik Kekurangan  Taklimat awal diadakan kepada Penyelaras
peralatan guru-guru mengenai peranan dan Program
aktiviti tugas masing-masing serta
berbincang dengan pihak
pengurusan tempat.
2 Kesihatan Kecederaan  ‘Memastikan semua murid di
dan , demam dalam keadaan sihat pada pagi
kebajikan dan lain- hari. Semua
lain.  Wajib pemakaian pelitup muka guru
 Sentiasa basuh tangan dengan
sabun dan pakai ‘sanitizer’.

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH


Program Pendidikan Khas Integrasi ______SK Bandar Tasik Selatan

12.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan murid-murid bagi program galakkan membaca


“Anakku Rajin Membaca – Rekod Nilam” PPKI SK Bandar Tasik Selatan penggal
persekolahan tahun 2022/23, dapat mencapai objektif sepertimana yang telah
dirancang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. ……………………………..
(SITI NORAEIN BTE HAMZAH) (ZAITON BINTI YAHAYA)
Penyelaras Program GPK Pendidikan Khas
SK Bandar Tasik Selatan SK Bandar Tasik Selatan
Tarikh: Tarikh:

Keputusan:
Meluluskan Kertas Kerja Program “Anakku Rajin Membaca – Rekod Nilam PPKI
SK Bandar Tasik Selatan bagi penggal persekolahan tahun 2022/23
atau
Tidak meluluskan Kertas Kerja Program “Anakku Rajin Membaca – Rekod Nilam
PPKI SK Bandar Tasik Selatan bagi penggal persekolahan tahun 2022/23

Ulasan: ...............................................................................................................................
............................................................................................................................................
.............

…………………………………………..
(AHMAD MUZIR BIN ABDUL HALIM)
Guru Besar,
SK Bandar Tasik Selatan.
Tarikh:

DISEDIAKAN OLEH SITI NORAEIN BTE HAMZAH

You might also like