You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM RIMUP DAN


SAMBUTAN SYAWAL
(PERTANDINGAN HIASAN KELAS)
PERINGKAT
SMK BUKIT GADING 2022

TARIKH :
25 MEI 2022

ANJURAN BERSAMA :
UNIT KOKURIKULUM
DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BUKIT GADING
1.0 PENGENALAN

    Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan


program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Unit
Kokurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif
untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam
suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah.

Sambutan Hari Raya dan program Amalan Guru Penyayang yang dijalankan
dapat membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang
dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan
sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan
hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama-sama
menikmati juadah Hari Raya.

Oleh itu semangat muhibah dalam sebuah masyarakat majmuk perlu dipupuk
walau di bangku sekolah lagi agar murid-murid dapat menghormati kaum lain dalam
hidup bermasyarakat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-


menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
2.3 Menerapkan integrasi kaum dalam hidup bermasyarakat

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tempat : Kelas masing-masing


Tarikh : 25 Mei 2022 (Jumaat)

4.0 SASARAN

Semua murid SMK Bukit Gading


5.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi Puan Hajah Nor Mariha Binti Bahauddin


Timbalan Pengerusi Puan Zamiah Binti Ab Ghani
Naib Pengerusi I Encik Mohamad Jasmin Bin Ibrahim
Naib Pengerusi II Puan Noraini Binti Mohamad
Naib Pengerusi III Puan Rosnim Binti Long
Naib Pengerusi IV Puan Noorin Azilah Binti Mohamad Shazli
Naib Pengerusi V Puan Raja Radiah Binti Raja Ismail
Setiausaha Encik Arunagiri Nathan AL Mahalingam
Penolong Setiausaha Encik Muhamad Lutfi Bin Zainal Abidin
Bendahari Cik Umi Mardhiah Binti Abu Bakar
Ahli jawatankuasa Puan Afizalina Binti Kadir
Puan Anne Norshahida Binti Zulkehy
Puan Parimala Devi A/P Muthu @ Muthusamy
Puan Rahimah Binti Mohd Khalid
Puan Nur Umaimah Binti Ab. Razak

6.0 AKTIVITI PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan hiasan kelas

7.0 ATURCARA PROGRAM

8.00 pagi Murid menghias kelas masing-masing


10.00 pagi Sambutan hari raya
12.00 tengah hari Majlis tamat
Murid mengemas kelas
12.30 tengah hari Murid pulang ke rumah

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah Jumlah
1 Bahan hiasan kelas RM 25.00 x 58 buah RM 1450.00
2 Hadiah murid (johan) RM 100.00 x 2 sesi RM 200.00
3 Hadiah murid (naib johan) RM 80.00 x 2 sesi RM 160.00
4 Hadiah murid (tempat ketiga) RM 50.00 x 2 sesi RM 100.00
RM 1910.00

Sumber kewangan
Bil Perkara Jumlah Jumlah
1 PCG Unit Kokurikulum RM 825.00 RM 825.00
RM 825.00
9.0 PENUTUP

Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program


yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk perpaduan
dalam kalangan murid khususnya dan warga sekolah amnya.

Disediakan oleh:

Tarikh : Encik Muhamad Lutfi Bin Zainal Abidin


Penolong Setiausaha Program
Disokong oleh :

Tarikh : Puan Zamiah Binti Ab Ghani


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Gading
Disahkan oleh :

Tarikh : Puan Hajah Nor Mariha Binti Bahauddin


Pengetua SMK Bukit Gading

You might also like