You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LEBU

28800 LURAH BILUT


BENTONG, PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID

KERJASAMA :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan
dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam


perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Program ini juga bermatlamat agar menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga
sekolah. Selain daripda itu, melalui program ini juga dapat menimbulkan perasaan dihargai
di kalangan warga sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.


4.2 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4.3 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
4.4 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada asset sekolah sekaligus mereka
akan lebih menyayangi dan berasa seronok untuk datang ke sekolah.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Lebu bermula murid Prasekolah hingga Tahun 6.
Semua warga dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Lebu.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : Sepanjang Tahun 2017


6.2 Tempat : Dewan Sekolah
6.3 Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid SK Lebu
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Lebu
6.4 Pelancaran : 21.07.2017 (Jumaat)
Mengalu-alukan kehadiran murid
Sambutan Hari Lahir

7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En Abdul Rashid Bin Mahidin


(Guru Besar, SK Lebu)

Timbalan Pengerusi : En Rozikin bin Md. Din


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Puan Hamsinah Binti Bahudin


(GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Rosdhi bin Muhammad Sidek


(GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Cik Fatin Syazwani Binti Othman


(Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa : En Herwan Bin Ariffin


Cik Munirah Binti Othman
Pn Siti Norbaya Binti Mohd Salleh

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Semua guru Sekolah Kebangsaan Lebu bagi tahun 2017. (Rujuk LAMPIRAN A)
9.0 AKTIVITI PROGRAM

Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa.
Terdapat tiga aktiviti di dalam program guru penyayang ini iaitu :

8.1 Sambutan Hari Lahir


8.2 Memberi penghargaan kepada murid yang mempunyai kehadiran penuh ke
sekolah
8.3 Guru memberikan sokongan moral dari segi pujian dan tingkah laku-pelukan,
tanda isyarat bagus juga memberikan ganjaran bagi murid yang berjaya
melaksanakan sesuatu.

Kaedah pelaksanaan program adalah seperti di LAMPIRAN B.

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 SUMBER :
Kedai Buku
Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk LAMPIRAN C

11.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak ke
arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.. Dengan ini, ia bukan sahaja membawa
kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan kesedaran
dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata
untuk mengajar malahan lebih daripada itu

Disediakan oleh:

...............................................................
CIK FATIN SYAZWANI BINTI OTHMAN
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sek Keb Lebu

Disemak oleh:

..................................................................
EN ROZIKIN BIN MD DIN
Guru Penolong Kanan HEM
Sek Keb Lebu

Diluluskan oleh:

.........................................................
EN ABDUL RASHID BIN MAHIDIN
Guru Besar
Sek Keb Lebu

You might also like