You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

TELOK DATOK
42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS KERJA

PROGRAM SUAIKENAL PRASEKOLAH SESI 2020

TARIKH:

27 DiSEMBER 2019 (JUMAAT)

TEMPAT :

PRASEKOLAH SK METHODIST

ANJURAN :

PRASEKOLAH SK METHODIST TELOK DATOK

DISEDIAKAN OLEH :

PUAN KATY BINTI KATAN


KERTAS KERJA

PROGRAM SUAIKENAL PRASEKOLAH SESI 2019

1.0 LATAR BELAKANG/ PENGENALAN


1.1 Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus
utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan
kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,
bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.
Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan
peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan
membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada


standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-
kanak berumur lima hingga enam tahun.Dengan adanya program pendaftaran ini ibu bapa akan
mendapat pendedahan tentang Kurikulum Prasekolah dan program-program yang akan dilaksanakan
untuk anak mereka.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan silaturrahim dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam merancang
dan menjalankan program –program prasekolah
2.2 Menggalakkan ibu bapa dalam memberi apa jua sumbangan kepada pendidikan
prasekolah dan melibatkan diri secara aktif melalui penubuhan jawatankuasa
waris prasekolah.
2.3 Memastikan ibu bapa sentiasa mengambilberat , memberi sokongan dan memantau
perkembangan anak mereka melalui program-program yang akan dijalankan.
2.4 Mendedahkan ibu bapa kepada pendidikan awal kanak-kanak bahawa perkembangan
yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosial amat
penting supaya kanak-kanak mempunyai ilmu dan sahsiah yang tinggi sebagai
persediaan ke tahun satu.
3.0 TARIKH
3.1 27 DISEMBER 2019
4.0 TEMPAT
4.1 Prasekolah SK Methodist Telok Datok

5.0 PESERTA/SASARAN
5.1 Ibubapa, penjaga dan murid Prasekolah SK Methodist Telok Datok sesi 2020

6.0 ATURCARA
6.1 8.30 Pagi : Pendaftaran
6.2 9.00 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Penasihat
Mesyuarat Agung PEWARIS:
Agenda:
1.0 Ucapan Penasihat
2.0 Pemilihan Jawatankuasa PEWARIS
3.0 Keperluan Persekolahan
4.0 Keselamatan Murid
5.0 Hal-hal lain
Bersurai

7.0 JAWATANKUASA INDUK


7.1 Penasihat : En. Zulfikri bin Abu Samian (Guru Besar)
7.2 Pengerusi : En. Kamarulzaman bin Johari (Penolong Kanan HEM)
7.3 Naib Pengerusi: Pn. Siti Aishah binti Mohd Talif (Penolong Kanan Pentadbiran)
En. Fadhlah Afif bin Talib (Penolong Kanan Ko Kurikulum)
7.4 Setiausaha : Pn. Katy binti Katan (Guru Prasekolah)

8.0 JAWATANKUASA KECIL /PELAKSANA


8.1 Pengacara Majlis : Pn. Junainah binti Sairi
8.2 Pendaftaran : Pn. Katy binti Katan
Pn. Nurasmida binti Abas
8.3 Persiapan Tempat : Pn. Nurulain binti Abd Manan
Pn. Nurasmida binti Abas
Pn. Junainah binti Sairi
Pn. Katy binti Katan
8.4 Dokumentasi & : Pn. Katy binti Katan
Buku Program

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN (ANGGARAN KOS YANG DIPERLUKAN BAGI PROGRAM)


Tiada

10.0 SUMBER KEWANGAN


Tiada
11.0 PENUTUP
11.1 Diharap dengan adanya program ini, ibubapa mendapat maklumat tentang
perlaksanaan kurikulum prasekolah dan mengetahui bagaimana ia dilaksanakan. Harapan kamijuga
ibubapa dapat memberi kerjasama dalam melancarkan program prasekolah demi masa depan mereka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------- ----------------------------------------
Pn. Katy binti Katan En. Kamarulzaman bin Johari
setiausaha Penolong Kanan HEM

Diluluskan oleh :

---------------------------------------
En. Zulfikri bin Abu Samian
Guru Besar
SK Methodist Telok Datok

You might also like