You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN

PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2017


SK SUNGAI KAYU SANDAKAN

TARIKH : 15 Januari 2017 (Ahad)


MASA : 7.45pm
TEMPAT : Bilik Serbaguna Prasekolah SK Sungai Kayu
KEHADIRAN : 18 Orang

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Taklimat
4. Pelantikan AJK
5. Ucapan Penanguhan

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ibubapa dan penjaga murid prasekolah sesi
2017.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid prasekolah di atas
kehadiran ke perjumpaan Ibu/Bapa/Penjaga Prasekolah kali pertama sesi 2017.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar Pn. Janimah binti Jaman mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat
menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini.

2.2 Prasekolah merupakan aset penting dan telah diletakan di bawah NKRA Negara.

2.3 Kelas Prasekolah di SK Sungai Kayu turut mendapat persaingan dengan KEMAS.

2.4 Pn. Janimah binti Jaman, berharap agar pihak ibubapa dapat menjalinkan hubungan yang baik
dengan pihak sekolah demi kejayaan anak-anak.

Tindakan : Makluman
3. TAKLIMAT

3.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa pada tahun ini, pengajaran dan
pembelajaran di kelas prasekolah adalah mengikut kurikulum standard prasekolah semakan
2017 dan beberapa penambahbaikan telah pun dikenalpasti seperti agihan kemahiran dalam
mata pelajaran BM dan BI yang telah diperbaiki dan masa main bebas diwujudkan semula.

3.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak ibubapa patut bekerjasama di dalam mendidik
anak-anak di rumah agar pemahaman murid akan dapat dipercepatkan dan murid akan mudah
memahami pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan adanya pengukuhan di rumah.

Tindakan : Makluman

4. PERLANTIKAN AJK PERMUAFAKATAN 2017

4.1 Penasihat : Pn. Janimah binti Jaman


Pengerusi : En. Rosdi Bin Ahmad
Naib Pengerusi : Puan Marsuria Binti Arbi
Setiausaha : Puan Cecilia Bte Ambrose Linsua
Bendahari : Puan Zuraina Binti Ismail
PPM : Puan Amazlin Agullana

Tindakan : Makluman

5. Aktiviti Tahunan Prasekolah 2017


Beberapa aktiviti telah dicadang dan dipersetujui oleh semua yang hadir untuk dijalankan pada
tahun ini, iaitu:-
5.1 Karnival Prasekolah
5.2 Majlis Konvokesyen Prasekolah
5.3 Jamuan Akhir Tahun
5.4 Lawatan
5.5 Gotong-royong
5.6 T-shirt Permuafakatan
5.7 Kelas Tambahan (30 minit – 2 kali seminggu)
5.8 Sumbangan Bahan Bacaan daripada ibubapa

6. Hal- hal lain


6.1 Semua yang hadir bersetuju untuk membuka group Whatsapp rasmi bagi
Permuafakatan Prasekolah 2017.

6.2 Ibubapa bertanya sekiranya boleh mengadakan Majlis Sambutan Harijadi anak di
prasekolah. Pengerusi memberi respon bahawa pihak prasekolah mengalu-alukan ibubapa
yang ingin mengadakan Majlis Sambutan Harijadi anak mereka di prasekolah cuma ibubapa
perlu memaklumkan lebih awal kepada pihak prasekolah.

6.3 En. Wahid bertanya tentang pemakaian uniform dan baju sukan prasekolah. Pengerusi
memaklumkan bahawa setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, murid prasekolah memakai baju uniform
prasekolah yang rasmi. Baju sukan hanya dipakai pada hari Selasa dan Khamis.

6.4 Semua yang hadir telah sebulat suara bersetuju dengan kutipan Tabung permuafakatan
Prasekolah sebanyak RM5.00 sebulan

UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 Pagi

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________________ _________________________________
(Cecilia Bte Ambrose Linsua ) ( En. Rosdi Bin Ahmad )
Setiausaha Pengerusi
Permuafakatan Prasekolah Permuafakatan Prasekolah
SK Sungai Kayu SK Sungai Kayu

You might also like