You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMAKANAN SEIMBANG DAN


SIHAT PRASEKOLAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA)


CHUNG HUA SUNGAI LUMUT
1. PENDAHULUAN
Kehidupan pelajar pada masa kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan tidak
seimbang dan kurang menjaga kesihatan badan. Mereka lebih gemar mengambil makanan
ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Cara pemakanan yang tidak sihat ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah pelajar, disamping
cenderung mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya seperti obesiti. Pelajar
seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal secara
optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang merbahaya
serta dapat membentuk peribadi mulia.

2. MATLAMAT
Program ini adalah bertujuan untuk membekalkan murid-murid dengan makanan
berkhasiat dan seimbang bagi melahirkan murid yang sihat dan mempunyai otak yang
cergas. Makanan seimbang merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat,protein
dan lemak secara optimum,kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan
galian,vitamin dan asid lemak. Kandungan nutrisi dalam kombinasi makanan seimbang
sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak.

3. OBJEKTIF
Melalui program ini,murid dapat:

-Mengetahui perlunya makanan yang berkhasiat untuk kesihatan fizikal dan mental.
-Menerima pembelajaran dalam kelas dengan mudah dan berkesan.

4. SASARAN
Semua murid prasekolah seramai 7 orang.

1.ABDUL ARSHAD BIN ABDUL GANI


2.ALISHA KHAIRA BINTI MOHAMAD KHAIRUDDIN
3.AMBERLY JONG
4.MOHAMMAD DZUL JALAALI WAL IKRAM BIN ISMAIL
5.NURUL BINTI TALIA
6.NUR SALZARQIS UQAIRAH BINTI ABDULLAH
7.WONG JIN YING

5. CADANGAN AKTIVITI
5.1 Membuat sandwich
6. JAWATANKUASA PROGRAM MAKANAN BERKHASIAT
Penasihat : Puan Lim Suk Fung
Pengerusi : Cik Tie In Ling
Naib Pengerusi 1 : Cik Wong Chai Ming
Naib Pengerusi 2 : Puan Chan Mei Yin
Naib Pengerusi 3 : En Wong Siew Kee
Penyelaras : Puan Merleny Binti Bolhassan
Setiausaha : Cik Then Hua Ling
Bendahari : Puan Winnie

7. SUMBER KEWANGAN
- Geran Tahunan Khas

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Menu 1 : Sandwich

Bil Perkara Anggaran Jumlah

Tarikh : 20 Oktober 2020

1. Roti RM 5.50 x 4 bks RM 22.00

2. Mayonis RM 12.80 x 1 bks RM 12.80

3. Tuna Natural RM 8.80 x 3 tin RM 26.40

4. Tuna Cili RM 8.80 x 3 tin RM 26.40

5. Telur Ayam RM 0.60 x 1 set RM 6.00

6. Tomato RM 8.90 x 0.50gm RM 4.45

Jumlah Besar RM 98.05


Penutup

Program pemakanan sihat akan memberi banyak manfaat kepada pelajar bagi
melahirkan pelajar yang pentingkan makanan yang berkhasiat disamping
membentuk tingkah laku dan sahsiah yang baik.

Disediakan oleh,

.................................
(MERLENY BINTI BOLHASSAN)
Penyelaras,
Program Makanan Seimbang dan Sihat
SJK (C) Chung Hua Sungai Lumut

Disemak Oleh,

.................................
(Tie In Ling)
Pengerusi,
Program Makanan Seimbang dan Sihat,
SJK (C) Chung Hua Sungai Lumut.

Diluluskan Oleh,

...................................
(Lim Suk Fung)
Guru Besar,
SJK (C) Chung Hua Sungai Lumut.

You might also like