You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING PERAK

ANJURAN BERSAMA

PRASEKOLAH WARDAH DAN PANITIA TAHAP 1


SK TOK MAT SLLEH, RUAT, YAN KEDAH

PADA:
20 OGOS 2019

TEMPAT :
ZOO TAIPING, PERAK

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi kelas Prasekolah Wardah.
Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah
bagi murid-murid prasekolah yang mana, mereka akan didedahkan dengan hidupan
haiwan yang sebenar. Dengan itu, murid prasekolah lebih memahamai pembelajaran
yang diajarkan melalui pengalaman dan pengetahuan sendiri dengan lebih berkesan.

2.0 OBJEKTIF
Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif seperti berikut:
i) Mendedahkan murid prasekolah mengenai dunia sebenar hidupan haiwan.
ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah
iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.

3.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid Kelas
Prasekolah ini memperolehi pembeljaran d luar bilik darjah melihat persekitaran
hidupan sebenar.
Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh menimbulkan
minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dikalangan
murid-murid Prasekolah.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid prasekolah SK
Tok Mat Salleh ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi
kebaikkan murid-murid prasekolah dan juga pihak sekolah amnya.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Warga Prasekolah SK Tok Mat Salleh terdiri daripada :

 Seramai 20 orang murid dan 20 orang pengiring (ibu/bapa/ahli keluarga)


 Seorang guru Prasekolah
 Seorang Pembantu Pengurusan Prasekolah
 Seramai 40 murid Tahap 1
 Seramai 4 orang guru pengiring tahap 1

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tempat : Zoo Taiping, Perak
Tarikh : 20 Ogos 2019 (Selasa)

6.0 ANJURAN
Kelas Prasekolah dan Panitia Tahap 1

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN

Penasihat : Abdul Rashid Bin Hamid (Guru Besar SKTMS)


Pen. Penasihat: En Mohd Mawardy Bin Mohd Said ( Penolong Kanan K0-ku)
Setiausaha : A’lawiah Binti Ismail (Guru Prasekolah Wardah)
Bendahari : Puan Yusnyta Binti Yusuf
AJK : Puan Nabillah Binti Ahmad (Tahun 1)
: Puan Sofiah Bt Hamid (Tahun 2)
: Puan Merani Bt Abdullah (Tahu 3)
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan :

Kutipan Murid Pra Dan Ibubapa : RM50.00 x 40 orang = RM2000.00


Kutipan Murid Tahun 1,2 dan 3 : RM50.00 x 40 orang = RM2000.00
Kutipan Guru dan PPM : RM50.00 x 6 orang = RM 300.00

JUMLAH : RM4300.00

Perbelanjaan :

Pengangkutan (Bas ) : RM1200 x 2 buah = RM 2,400.00


Makan Minum : RM12.00 x 86 orang = RM 1,032.00
Tiket Kanak-Kanak :RM4.00 x 60 orang = RM 240.00
Tiket Dewasa : RM8.00 x 26 orang = RM 208.00
Pengurusan = RM 200.00
Kecemasan = RM 220.00

JUMLAH : RM4250.00

9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN ( Rujuk Lampiran A)

10.0 JADUAL AKTIVIT / TENTATIF PROGRAM

7.00 Pagi : Berkumpul di Dataran Perhimpunan SKTMS.


7.30 Pagi : Pendaftaran dan Taklimat
8.00 Pagi : Bertolak ke Zoo Taiping
10.00 Pagi : Tiba di Zoo Taiping dan melawat sekitar Zoo Taiping
1.00 Petang : Rehat / Makan Minum Di Taman Tasik Taiping / Solat Zuhor
2.30 Pertang : Bertolak pulang ke SKTMS
4.30 Petang : Dijangka tiba di SKTMS
11.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah di atur mendapat faedah
dan memberi pengetahuan secara “hands on” kepada warga kelas Prasekolah dan
Murid Tahap 1 SKTMS, serta mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan
dengan jayanya. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………......... ……………………………………..

(A’lawiah Binti Ismail) (Abdul Rashid Bin Hamid)

Guru Prasekolah Wardah Guru Besar

SK Tok Mat Salleh SK Tok Mat Salleh

You might also like