You are on page 1of 2

Peraturan Am

Prasekolah Sekolah Kebangsaan SRI Benut


Tahun 2020

1. Hari persekolahan bagi murid prasekolah adalah sama seperti ketetapan pihak
kerajaan Malaysia.
2. Waktu persekolahan bermula dari jam 7.30 pagi – 11.30 pagi.
3. Pakaian Prasekolah:
Ahad, Selasa & Khamis ~ T-shirt berkolar (putih) & seluar track bottom (hitam)
Isnin dan Rabu ~ Pakaian Sukan Prasekolah
*tudung murid perempuan berwarna PUTIH
4. Pemakaian purdah dan tarbus adalah tidak dibenarkan.
5. Kasut dan stokin sekolah mestilah berwana HITAM.
6. Ibu bapa / penjaga digalakkan membuat tanda atau nama penuh pada kasut murid
pada awal tahun.
7. Murid prasekolah tidak perlu membawa alat tulis dan beg sekolah kerana segala
kelengkapan tersebut telah disediakan. Ini dikuatiri murid akan membawa bahan yang
tajam dan berbahaya.
8. Murid tidak dibenarkan membawa makanan ringan kecuali terdapat sebarang majlis
seperti sambutan hari jadi.
9. Makan pagi untuk murid prasekolah turut disediakan.
10. Untuk makluman, KPM unit prasekolah bahagian kurikulum telah menetapkan garis
panduan khas untuk pengajaran dan pembelajaran di mana prasekolah tidak ada
sebarang peperiksaaan.
11. Murid prasekolah akan ditaksir atau dinilai melalui perkembangan, mengenal
potensi dan pertumbuhan murid itu sendiri mengikut peringkat umurnya.
12. Sila maklumkan kepada pihak sekolah bersama salinan rekod kesihatan sekiranya
anak jagaan tuan / puan menghidap sebarang bentuk penyakit, alahan ataupun
permasalahan berkaitan kesihatan,
13. Sila maklumkan kepada guru sebagai ingatan sekiranya anak jagaan tuan / puan alah
kepada ubat nyamuk, susu, sabun, makanan pedas atau sebagainya.
14. Murid tersebut perlu dibekalkan dengan sebarang ubatan yang sesuai serta memberi
makluman tentang penggunaa ubatan tersebut.
15. Murid perlu membawa berus gigi dan ubat gigi sebagai salah satu aktiviti rutin murid
untuk mengurus kebersihan diri mereka.
16. Segala aktiviti yang melibatkan murid keluar dari sekolah akan dimaklumkan melalui
surat rasmi serta mendapat kebenaran dari pihak ibu bapa / penjaga.

You might also like