You are on page 1of 20

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 1

Nama Pendidik :

Minggu :1
Hari / Tarikh : Isnin / 06 Ogos 2018
Masa : 10.30- 11.00 pagi (30 minit)
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak tahu kegunaan mata untuk melihat
di sekitar PAPN
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Walk and see
Bidang pembelajaran :
1. Perkembangan Fizikal
2. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
3. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
4. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Berjalan mengelilingi sekitar PAPN dengan yakin.
2. Meneliti dan meneroka persekitaran PAPN.
3. Mengikut arahan yang mudah.
4. Menghargai dengan menyatakan keindahan alam sekitar.

Bahan : Kawasan sekitar PAPN – pokok bunga, langit, kereta, binatang kecil
Tempat / Ruang : Kawasan sekitar PAPN

Langkah aktiviti :
1. Kanak-kanak berkumpul dan beratur di mana pendidik menjadi ketua di hadapan
sambil menyanyi lagu ‘Anak lipan’
‘Anak-anak teacher, mari kita berkumpul di luar PAPN’
‘Anak la lipan,
Anak lipan kakinya lapan,
Jalan berlenggang,
Jalan berlenggang,
Kiri dan kanan..’
2. Kanak-kanak mendengar penerangan pendidik tentang aktiviti yang hendak
dijalankan iaitu “Berjalan di sekitar PAPN’
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak akan berjalan di sekitar kawasan PAPN”.
3. Kanak-kanak berjalan bersama-sama dengan rakan-rakan lain tanpa berpecah
dengan bimbingan pendidik.
4. Kanak-kanak berjalan di sekeliling PAPN mengikut laluan pendidik.
5. Kanak-kanak melihat pokok, langit, kereta dan burung. Soal jawab :
‘Anak-anak teacher, cuba tengok kat atas ada apa?’
(aktiviti diulangi dengan melihat pokok, burung dan kereta)
6. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana usaha yang baik.
7. Pendidik memberitahu kanak-kanak supaya menghargai setiap keindahan yang
Tuhan berikan.

Refleksi :

Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 2

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Isnin/ 04 April 2016
Masa : 11.00 pagi – 11.30 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak telah berjalan di sekitar PAPN
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Draw what you see
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Kreativiti dan estetika
2. Perkembangan Bahasa, komunikasi dan literasi awal.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Melukis apa yang telah dilihat semasa berjalan di sekitar PAPN
2. Menyatakan benda yang telah dilihat semasa berjalan di sekitar PAPN

Bahan : Kertas lukisan, crayon


Tempat / Ruang : Sudut Aktiviti

Langkah aktiviti :

1. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan dan duduk mengikut posisi


bulatan tersebut.
‘Anak-anak teacher, pegang tangan kawan. Mari kita buat bulatan dan duduk di
tempat masing-masing’
2. Pendidik menarik perhatian dan minat kanak-kanak melalui nyanyian lagu ‘mari kita
diam’.
Mari kita diam…ushhhh(2X)
3. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Draw what you see”
‘Pada hari ini, kita jalankan aktiviti melukis apa yang kita tengok masa kita
jalan-jalandi luar’
4. Pendidik memberikan kepada kanak-kanak sehelai kertas lukisan dan crayon untuk
melukis apa yang telah dilihat semasa berjalan-jalan di sekitar PAPN.
5. Pujian diberikan kepada kanak-kanak yang telah siap melukis benda yang telah
dilihat semasa berjalan-jalan di sekitar PAPN.
6. Kanak-kanak diminta bercerita tentang apa yang telah dilukis.
7. Pendidik memberikan pujian kepada kanak-kanak di atas usaha mereka.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 1

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Selasa / 05 April 2016
Masa : 10.30- 11.00 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak mengetahui kasut hak miliknya.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Padankan kasut ini
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
2. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Mencari pasangan kasut di dalam longgokan kasut.
2. Mengemas kasut di rak kasut

Bahan : Diri Kanak-kanak


Tempat / Ruang : Sudut Aktiviti

Langkah aktiviti :

1. Pendidik meminta kanak-kanak berkumpul dan beratur menyanyi lagu ‘keretapi’ .


‘Kanak-kanak sayang, mari kita berkumpul di ruang kasut kanak-kanak’
‘Saya naik keretapi, chu chu chu chu chu!
Keretapi sangat panjang, chu chu chu chu chu!
Pon pon pon sana, pon pon pon sini,
Pon sana, pon sini,
Saya naik keretapi, chu chu chu chu chu!
2. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan dan duduk mengikut posisi
bulatan tersebut.
‘Anak-anak teacher, pegang tangan kawan. Mari kita buat bulatan dan duduk di
tempat masing-masing’
3. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Padanan kasut ini”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak belajar tentang memadankan kasut saya’.
4. Pendidik melonggokkan kasut-kasut kanak-kanak di tengah-tangah bulatan.
5. Pendidik meminta kanak-kanak mencari kasut mereka.
6. Kanak-kanak memilih kasut mereka di dalam longgokan dan memakai kasut mereka.
7. Pendidik mengajar cara memakai kasut yang betul kepada kanak-kanak.
8. Kanak-kanak membetulkan cara memakai kasut dengan bimbingan pendidik.
9. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana usaha yang baik.
‘Pandainya anak-anak teacher’.
10. Kanak-kanak diarahkan menyimpan kasut di rak masing-masing.
11. Pujian diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya meletakkan kasut mereka di
tempat yang betul.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 2

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Selasa / 05 April 2016
Masa : 11.00 – 11.30 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 3 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak pernah berjalan-jalan di kawasan sekitar PAPN
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Cari Semut
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Mencari semut di sekitar PAPN
2. Menjawab soalan-soalan mudah
3. Mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam

Bahan : Kanta Pembesar


Tempat / Ruang : Kawasan sekitar PAPN

Langkah aktiviti :
1. Pendidik meminta kanak-kanak berkumpul dan beratur di mana pendidik menjadi
ketua dihadapan sambil menyanyi lagu ‘Anak lipan’
‘Anak-anak teacher, mari kita berkumpul di luar PAPN’
‘Anak la lipan,
Anak lipan kakinya lapan,
Jalan berlenggang,
Jalan berlenggang,
Kiri dan kanan..’
2. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Mencari Semut”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak akan berjalan di sekitar kawasan PAPN
untuk mencari semut”.
3. Pendidik meminta kanak-kanak memegang seutas tali berderetan supaya mereka
tidak berjalan ke tempat lain.
4. Kanak-kanak berjalan disekeliling PAPN mengikut arahan pendidik.
5. Pendidik membawa kanak-kanak ke kawasan yang mempunyai semut sambil
menunjukkannya kepada kanak-kanak menggunakan kanta pembesar.
6. Kanak-kanak dipanggil seorang demi seorang untuk mencuba melihat semut
menggunakan kanta pembesar.
7. Pendidik menyoal kanak-kanak tentang apa yang telah dilihat menggunakan kanta
pembesar.
‘Anak-anak, apa yang kamu lihat tadi?’
‘Apa warna semut?’
‘Semut besar atau kecil?’
8. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana dapat menjawab soalan
mudah dengan betul.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 1

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Rabu / 06 April 2016
Masa : 10.30- 11.00 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak pernah mencari semut di sekitar PAPN
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Kolaj Semut
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
2. Perkembangan Fizikal
3. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Menampal biji kacang di atas gambar semut.
2. Menggunakan kemahiran motor halus untuk memegang biji kacang merah
3. Menjawab soalan mudah mengenai semut

Bahan : Lakaran gambar semut, biji kacang merah, gam


Tempat / Ruang : Sudut Kreativiti

Langkah aktiviti :
1. Kanak-kanak diminta berkumpul di ruang kreativiti.
‘Kanak-kanak sayang, mari kita berkumpul di ruang kreativiti
2. Pendidik meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing.
3. Pendidik menunjukkan gambar lakaran semut kepada kanak-kanak.
4. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang gambar lakaran semut yang
ditunjukkan.
‘Ini gambar apa, kanak-kanak?’
‘Semut ada kaki tidak?’
‘Apa warna semut?’
9. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Kolaj Semut”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak buat kolaj semut menggunakan biji kacang
merah’
5. Pendidik menunjukkan cara melekatkan biji kacang merah di atas lakaran gambar
semut.
6. Kanak-kanak meletakkan biji kacang merah diatas lakaran semut yang telah
diletakkan gam.
7. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana usaha yang baik.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 2

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Rabu/ 06 April 2016
Masa : 11.00 – 11.30 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak dapat membezakan warna kerusi makan semasa
menyusun kerusi.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Cari barang warna merah
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
2. Perkembangan Bahasa, komunikasi dan literasi awal.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Mencari barang yang berwarna merah di sekitar PAPN.
2. Menyebut perkataan merah pada barang-barang yang berwarna merah.

Bahan : Barang berwarna merah


Tempat / Ruang : Sudut Aktiviti
Langkah aktiviti :

1. Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan dan duduk mengikut posisi


bulatan tersebut.
‘Anak-anak teacher, pegang tangan kawan. Mari kita buat bulatan dan duduk di
tempat masing-masing’
2. Pendidik menarik perhatian dan minat kanak-kanak melalui nyanyian lagu ‘mari kita
diam’.
Mari kita diam…ushhhh(2X)
3. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Cari barang berwarna merah”.
‘Pada hari ini, kita jalankan aktiviti mencari barang yang berwarna merah’
4. Pendidik menunjukkan dan memberitahu contoh-contoh peralatan yang berwarna
merah.
5. Kanak-kanak diminta mengumpul peralatan yang berwarna merah di dalam kotak
yang telah disediakan.
6. Pendidik memberikan pujian kepada kanak-kanak di atas usaha mereka.
‘Pandainya anak-anak teacher’
7. Pendidik mengajak kanak-kanak mengemas barang-barang berwarna merah yang
diambil ke tempat asalnya sambil menyanyikan lagu ‘Mari Berkemas’.
Mari kita berkemas
Berkemas (2x)
Mari kita berkemas
Hari ini..
(Melodi: Mary had a Little lamb)

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 1

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Khamis / 07 April 2016
Masa : 10.30- 11.00 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak mengetahui waktu siang dan malam.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Lihat Matahari
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
2. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Melihat matahari di kawasan luar PAPN.
2. Mengemas kasut di rak kasut

Bahan : Matahari, negatif filem/ plastik pembungkus (laminate)


Tempat / Ruang : Kawasan Luar PAPN

Langkah aktiviti :

1. Pendidik meminta kanak-kanak berkumpul dan beratur menyanyi lagu ‘keretapi’ .


‘Kanak-kanak sayang, mari kita berkumpul di taman PAPN’
‘Saya naik keretapi, chu chu chu chu chu!
Keretapi sangat panjang, chu chu chu chu chu!
Pon pon pon sana, pon pon pon sini,
Pon sana, pon sini,
Saya naik keretapi, chu chu chu chu chu!
2. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Melihat matahari”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak buat aktiviti melihat matahari’.
3. Pendidik menunjukkan demonstrasi untuk melihat matahari menggunakan negatif
filem di hadapan kanak-kanak.
4. Kanak-kanak mengikut kaedah yang diajarkan pendidik untuk melihat matahari.
5. Pendidik menerangkan kebaikan matahari dalam kehidupan manusia.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 2

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Khamis / 07 April 2016
Masa : 11.00 – 11.30 Pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak telah melihat matahari menggunakan negatif filem.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Kolaj Matahari
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
2. Perkembangan Fizikal
3. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-
1. Menampal kertas warna di atas lakaran matahari.
2. Menggunting kertas warna dan menampal diatas lakaran matahari.
3. Memberitahu tentang matahari.
Bahan : Lakaran gambar matahari, kertas warna oren dan kuning, kertas lukisan,
gam
Tempat / Ruang : Sudut Kreativiti

Langkah aktiviti :
1. Kanak-kanak diminta berkumpul di ruang kreativiti.
‘Kanak-kanak sayang, mari kita berkumpul di ruang kreativiti
2. Pendidik meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing.
3. Pendidik menunjukkan gambar lakaran matahari kepada kanak-kanak.
4. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang gambar matahari yang
ditunjukkan.
‘Ini gambar apa, kanak-kanak?’
‘Apa warna matahari?’
‘Kita boleh Nampak matahari pada waktu siang ke malam?’
5. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Kolaj Matahari”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita nak buat kolaj matahari’
6. Kanak-kanak menggunting kertas warna kepada cebisan kecil dengan bimbingan
pendidik.
7. Kanak-kanak melekatkan kertas warna di atas lakaran matahari yang diberikan
pendidik dan menjemurkannya.
8. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana usaha yang baik.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 1

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Jumaat / 08 April 2016
Masa : 10.30- 11.00 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak tahu di mana kedudukan mata.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Mata saya cantik!
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.
2. Perkembangan Bahasa, komunikasi dan literasi awal.
3. Perkembangan Kreativiti dan estetika

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Bercerita tentang kegunaan dan kepentingan mata
2. Menunjukkan dengan jari kedudukan mata yang betul.
3. Menari melalui pergerakan kreatif.

Bahan : Gambar mata, replika manusia


Tempat / Ruang : Sudur aktiviti

Langkah aktiviti :
1. Pendidik meminta kanak-kanak berkumpul dan beratur di mana pendidik menjadi
ketua dihadapan sambil menyanyi lagu ‘Anak lipan’
‘Anak-anak teacher, mari kita berkumpul di sudut aktiviti’
‘Anak la lipan,
Anak lipan kakinya lapan,
Jalan berlenggang,
Jalan berlenggang,
Kiri dan kanan..’
2. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Mata saya cantik!”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita akan menjalankan aktiviti mata saya cantik’.
3. Pendidik menunjukkan lakaran gambar mata kepada kanak-kanak.
4. Kanak-kanak menunjukkan kedudukan mata mereka dengan menggunakan jari dan
menyentuh mata mereka sendiri.
5. Pendidik menerangkan tentang kegunaan mata dan kepentingan mata dalam
kehidupan seharian.
6. Pendidik menyanyikan lagu “Mata Saya” dan membuat pergerakan kreatif.
7. Kanak-kanak mengikut pergerakan kreatif yang ditunjukkan oleh pendidik.

Mata Saya
Mata Saya Dua, 
Hidung Saya Satu, 
Telinga Saya Dua, 
Kiri Dan Kanan, 

Kaki Saya Dua, Pakai Kasut Baru, 


Mulut Saya Satu, 
Tak Henti Makan.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :
RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI 2

Nama Pendidik : Khairiyatul Mu’minah Binti Mis

Minggu :1
Hari / Tarikh : Jumaat / 08 April 2016
Masa : 11.00 – 11.30 pagi
Umur Kanak-kanak : 3 Tahun
Bil. Kanak-kanak : 7 Orang
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak telah melihat replika mata manusia.
Tema : Deria (Deria Melihat)
Tajuk : Saya sayang mata saya!
Bil.pembelajaran :
1. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Objektif : Membolehkan kanak-kanak :-


1. Mengecat lakaran mata.
2. Memberitahu kegunaan mata untuk melihat.

Bahan : Warna air (Hitam dan Putih), Kertas lukisan


Tempat / Ruang : Sudut Kreativiti

Langkah aktiviti :
1. Kanak-kanak diminta berkumpul di ruang kreativiti.
‘Kanak-kanak sayang, mari kita berkumpul di ruang kreativiti
2. Pendidik meminta kanak-kanak duduk di tempat masing-masing.
3. Pendidik menunjukkan gambar lakaran mata kepada kanak-kanak.
4. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang gambar mata yang ditunjukkan.
‘Ini gambar apa, kanak-kanak?’
‘Apa warna mata?’
‘Kita menggunakan mata untuk apa?’
5. Pendidik memberitahu kanak-kanak tentang aktiviti yang hendak dijalankan iaitu
“Saya sayang mata saya”.
‘Anak-anak sayang, hari ini kita mengecat lakaran mata’
6. Pendidik menyediakan pallet seorang satu dan warna air hitam dan putih.
7. Kanak-kanak mengecatkan lakaran mata yang diberikan menggunakan warna air
dengan bimbingan pendidik.
8. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak kerana usaha yang baik.
‘Pandainya anak-anak teacher mengecat’.

Refleksi :
Kanak-kanak :

Pendidik :

You might also like