You are on page 1of 15

Saringan

Nama Pensyarah:

Nama Ahli Kumpulan: Michelle Ling Min Ming


Shu Kai Hui
Pentadbiran
Saringan
Proses Saringan

- Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada


pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan.

- Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas, guru


mata pelajaran, Guru Besar, ibu bapa atau penjaga serta melalui
pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.
- Guru kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti
kelas berdasarkan pencapaian murid-murid dalam kemahiran
3M iaitu menulis, membaca, dan mengira, keputusan ujian
bulanan murid dalam kelas, semester dan ujian setiap kemahiran
serta hasil kerja murid dalam kelas.

- Guru mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik juga boleh


mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti
kelas pemulihan dengan berdasarkan pencapaian mereka.
Sekiranya murid-murid lemah dan tidak dapat menguasai
kemahiran yang disasarkan, maka mereka layak untuk dicalonkan
ke kelas pemulihan.
- Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid untuk
mengikuti kelas pemulihan dengan berdasarkan penelitian kad-
kad laporan murid serta pemerhatian secara am sama ada di
sekolah atau di luar sekolah.

- Ibu bapa atau penjagaboleh mencalonkan anak-anak mereka


untuk mengikuti program pendidikan pemulihan berdasarkan
masalah pembelajaran anak mereka.

- Murid-murid juga boleh dicalonkan berdasarkan


kepadapencapaian dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan
Matematik.
- Pencapaian murid boleh diambilkira berdasarkan Saringan
LINUS bagi Tahap 1 serta Instrumen Penentu Penguasaan
Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen Kemahiran
Asas Matematik(IKAM) bagi Tahap 2.

- Selepas pencalonan murid, proses pengumpulan


maklumat akan dijalankan.
- Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang
beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf ekonomi
keluarga yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan
murid serta mempunyai rekod keputusan kemajuan
akademik yang dapat menunjukkan prestasi murid dalam
matapelajaran-mata pelajaran asas.

- Selain daripada rekod individu murid, sumber maklumat yang


lain ialah seperti Guru Besar boleh mencampurtangan
berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian, dan
perhubungan.
- Guru kelas juga boleh menambahkan maklumat dengan
mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan
masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-
kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.

- Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum,


kegemaran, dan perkara-perkara yang murid tidak gemar
serta sikapnya terhadap pelajaran.
- Akhir sekali, borang rujukan juga boleh menunjukkan
secara umum kelemahan-kelemahan murid.

- Hal ini demikian kerana borang rujukan mengandungi


kemahiran asas murid untuk membaca, menulis, dan
mengira serta tingkah laku murid di bilik darjah.
Ujian
Saringan
 Satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-
kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi
mengikuti Program Pemulihan Khas.

 dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan


bantuan pemulihan khas.

 Bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk


dimasukkan ke program pemulihan khas.
Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya
kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa
saringan diberikan.

 Saringan yang digunapakai bagi Tahap 1 ialah Saringan LINUS


dan saringan yang digunapakai bagi Tahap 2 ialah Instrumen
Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca (IPP2M)
serta Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM).

Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod


Ujian untuk difailkan.
 Tindakan Susulan

• Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan


akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa
dengan bantuan dan kerjasama dari guru pemulihan apabila perlu.

• Guru kelas, guru mata pelajaran, dan guru pemulihan perlu saling
bekerjasama antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
• Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan
ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses
pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau
oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa.

• Tujuannya adalah untuk melihat perkembangan murid


tersebut di samping membantu guru di kelas biasa dalam
proses pengajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap
murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera
untuk menyelesaikannya.
• Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid,
guru kelas, guru mata pelajaran, dan guru pemulihan perlu
bekerjasama bagi membuat perancangan yang bersesuaian untuk
murid tersebut agar murid dapat mengikuti proses pembelajaran
di dalam kelas biasa.

• Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi,


kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah dipulihkan.
• Kesimpulannya, strategi pelaksanaan program pemulihan
merupakan satu langkah yang penting ke arah kejayaan sesuatu
program pemulihan di sekolah-sekolah.

• Strategi pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru


pemulihan untuk melaksanakan program pemulihan dengan lebih
berkesan.

• Selain daripada itu, strategi pelaksanaan perlu mantap bagi


melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-
murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca, dan
mengira.
Terima
Kasih

You might also like