You are on page 1of 2

Badan Eksekutif

Menurut Wikipedia, badan eksekutif juga disebut pemerintah atau kerajaan di dalam
sistem Parlimen dan juga disebut Pentadbiran di dalam sistem Kongres contohnya di Amerika
Syarikat. Badan eksekutif ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan
oleh pihak legislatif. Ketua eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden,
manakala negara lain dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi banyak sektor
kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan, kerajaan tempatan dan juga agensi kerajaan
seperti organisasi polis, tentera dan kastam.

Secara ringkasnya, badan eksekutif adalah badan ynag menjalankan pentadbiran bagi
sesebuah negara. Ia juga merupakan institusi politik yang mula-mula sekali diwujudkan
berbanding dengan institusi lain. Ia penting, kerana institusi merupakan asas bagi semua
bentuk sistem politik dan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju kemajuan sesebuah
negara. Eksekutif negara adalah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya
kecil, peranan serta kegiatan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Di samping
itu segala kegiatan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan
semua lapisan masyarakat.

Antara tugas badan eksekutif terbahagi kepada tiga. Pertama sekali ialah mentadbir
negara. Ini merupakan tugas utama dan tugas ini tidak boleh dijalankan sewenang -wenangnya
kerana ia akan mengganggu pentadbiran negara. Pentadbiran negara dibahagikan kepada
beberapa kementerian dengan setiap kementerian diketuai oleh seorang eksekutif. Bagi
melicinkan lagi jentera pentadbiran, kementerian dipecahkan kepada beberapa jabatan yang
mana ketua bagi setiap jabatan ialah pentadbir yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Selain itu, antara tugasnya ialah perhubungan diplomatik. Ketua eksekutif juga mewakili
negara dalam mengadakan perhubungan dengan negara luar. Persidangan dalam pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa biasanya akan dihadiri oleh Ketua Eksekutif atau wakil-wakilnya
bersesuaian dengan persidangan yang dihadiri. Merekalah yang akan membincangkan
masalah dunia atau masalah serantau. Perlembagaan begini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan politik malahan dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Di samping itu, tugas badan eksekutif ialah badan pengampun. Fungsi ini sebagai jalan
terakhir bagi pesalah-pesalah yang biasanya menghadapi hukuman mati atau penjara seumur
hidup untuk mendapatkan keampunan. Di Malaysia, misalnya, Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kesalahan seseorang.
Sebagai kesimpulannya, badan eksekutif memainkan peranan yang amat penting dalam
pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Badan eksekutif ini menjadi nadi kepada kemajuan negara.

You might also like