You are on page 1of 19

Abstract

Tajuk: Pentadbiran bukan suatu fenomena semula jadi tetapi merupakan sesuatu yang

diwujudkan dan direka secara sedar oleh manusia untuk mencapai matlamat- matlamat

tertentu. Jelaskan perkara di atas.

Pentadbiran bukan suatu fenomena semula jadi tetapi merupakan sesuatu yang

diwujudkan dan direka secara sedar oleh manusia untuk mencapai matlamat- matlamat

tertentu Pentadbiran awam merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan pentadbiran sesebuah negara dengan melalui dasar-dasar serta peraturan yang

akan diwujudkan oleh sesebuah kerajaan yang memerintah di sesebuah negara tersebut.

Pentadbiran membawa maksud kepada perlaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan

untuk mencapai matlamat tertentu. Untuk mencapai matlamat pentadbiran, segala aktiviti dan

sumber yang digunakan haaruslah melalui dua bentuk pengurusan iaitu pengurusan awam

dan juga pengurusan swasta. Pentadbiran awam merupakan satu proses perundangan,

pestafan, pengorganisasian, pengarahan, belanjawan dan pengawalan di dalam sesebuah

negara maju demi mencapai kesejahteraan politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia,

pentadbiran awam berperanan dalam membentuk dasar-dasar dan peraturan untuk

memperkasakan sesuatu takbir urus yang berkualiti, cekap dan dinamik. Bidang pentadbiran

adalah salah satu skop yang luas dan matlamatnya bergantung kepada satu tanggungjawab

yang besar. Sebagai contoh, pentadbiran awam ditugaskan untuk melaksanakan

tanggungjawab pemerintahan negara sesebuah kerajaan yang dipilih untuk memerintah. Bagi

pentadbiran awam, kelemahan dan kekuatan pentadbiran ini bergantung kepada pemilihan

proses menentukan kerajaan yang bakal memerintah dan menjalankan tanggungjawab

berkenaan.
Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

Abstrak

Isi Kandungan

Penulisan Esei

1.0 Definisi Pentadbiran

2.0 Fasa-Fasa Reformasi Pentadbiran

3.0 Fungsi Pentadbiran

4.0 Jentera Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di Malaysia

Rujukan
Lampiran

Penulisan Esei

1.0 Definisi Pentadbiran

Pentadbiran bukan suatu fenomena semula jadi tetapi merupakan sesuatu yang

diwujudkan dan direka secara sedar oleh manusia untuk mencapai matlamat-matlamat

tertentu. Pentadbiran awam merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan pentadbiran sesebuah negara dengan melalui dasar-dasar serta peraturan yang

akan diwujudkan oleh sesebuah kerajaan yang memerintah di sesebuah negara tersebut.

Pentadbiran membawa maksud kepada perlaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan

untuk mencapai matlamat tertentu. Untuk mencapai matlamat pentadbiran, segala aktiviti dan

sumber yang digunakan haaruslah melalui dua bentuk pengurusan iaitu pengurusan awam

dan juga pengurusan swasta. Pentadbiran awam merupakan satu proses perundangan,

pestafan, pengorganisasian, pengarahan, belanjawan dan pengawalan di dalam sesebuah

negara maju demi mencapai kesejahteraan politik, ekonomi dan sosial. Di Malaysia,

pentadbiran awam berperanan dalam membentuk dasar-dasar dan peraturan untuk

memperkasakan sesuatu takbir urus yang berkualiti, cekap dan dinamik. Antara ciri-ciri tadbir

urus dalam pentadbiran adalah seperti kecekapan, kerberkesanan, ketulusan, akauntabiliti dan

responsive dalam memenuhi kehendak masyarakat dan melancarkan sesuatu organisasi atau

badan. Pentadbiran di Malaysia telah melalui pelbagai proses pembangunan bermulanya dari

zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinga kepada kerajaan-kerajaan Melayu. Kerajaan

British yang sebelum ini memerintah Tanah Melayu telah memperkenalkan pentadbiran

awam yang sedia ada untuk melicinkan jentera pentadbiran dan juga struktur pentadbiran

awam yang sedia ada untuk diteruskan apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Oleh itu, pentadbiran awam yang ada di Malaysia pada hari ini adalah kesan daripada

evolusi daripada pentadbiran Negara British sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.

Pentadbiran adalah konsep yang berbeza dengan pengurusan. Bagaimanapun, konsep

pentadbiran dan pengurusan sering digunakan merujuk kepada sesuatu yang sering digunakan

secara bersilih ganti (interchangeably). Perkataan pentadbiran dan pengurusan sering kali

menimbulkan kekeliruan terutamanya dari segi pemahamannya dan makna. Kedua istilah ini

sering kali bertukar ganti. Misalnya, perkataan “pentadbiran awam” dan “pengurusan awam”

sering digunakan dalam merujuk kepada sesuatu objek yang sama manakala dari segi Bahasa

Inggeris, “business administration” kadang kala diterjemahkan kepada “pengurusan

perniagaan” dan bukannya “pentadbiran perniagaan”. Namun, persoalan ini lahir daripada

kekaburan dalam memahami makna sebenar kedua-dua bidang tersebut. Antara langkah awal

untuk memahami konsep-konsep pengurusan dan pentadbiran ialah dengan memahami

konsep organisasi secara umum. Hal ini kerana, kedua bidang ini mempunyai hubungan dari

segi struktur dan prosesnya dalam hayat dan operasi sesebuah organisasi. Konsep pentadbiran

adalah bertujuan untuk “melaksanakan sesuatu tugas”. Oleh itu, pentadbiran menggambarkan

luasnya sesuatu bidang pentadbiran itu kerana skop fungsinya adalah untuk melaksanakan

sesuatu tugas yang ditetapkan. Terlaksananya sesuatu itu diukur melalui bagaimana cara

mengikut perspektif dan kepentingan kepada sesuatu pihak yang ingin melihat hasil

perlaksanaannya. Contohnya, perlaksanaan sesuatu pentadbiran adalah bertujuan untuk

mencapai kestabilan dan kesejahteraan negara, atau untuk mencapai keuntungan dalam

sesebuah organisasi. Beberapa definisi yang telah diperkenalkan untuk menggambarkan

bahawa sesebuah petadbiran itu merupakan satu usaha secara sengaja oleh sekumpulan

manusia yang melaksanakan sesuatu fungsi untuk mencapai matlamat tertentu (Steers, 1985;

Shafritz & Ott, 1992). Menurut Gordon dan Milokovich (1995), pentadbiran membawa

maksud kepada “all processes, organizations, and individuals associated with carrying out
laws and other rules adopted or issued by legislatures, executives, and courts” yang

membawa maksud kepada pentadbiran adalah sesuatu badan yang ditugaskan untuk

melaksanakan pentadbiran negara bagi pihak kerajaan. Definisi sesuai dengan pendapat yang

diberikan oleh Woodrow Wilson seperti yang telah dipetik oleh Dimock and Dimock (1964)

dalam penulisan mereka yang menyatakan funsi pentadbiran awam adalah untuk

“menjalankan atau melaksanakan urusan kerajaan demi mencapai matlamat yang boleh

memberikan perkhidmatan untuk memenuhi cita rasa dan kehendak rakyat.

2.0 Fasa-Fasa Reformasi Pentadbiran

Pembaharuan perkhidmatan Awam di Malaysia sering kali dilakukan dari masa ke

semasa mengikut perubahan zaman dan kehendak. Misalnya pada tahun 1960an kerajaan

Malaysia telah menjemput beberapa orang perunding daripada negara Amerika Syarikat yang

bertujuan untuk memantau dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam yang dikatakan

semakin lembab, tidak cekap dan tidak bermaya. Hasilnya pada tahun 1965 Laporan Esman

Montgomery telah ditubuhkan untuk memberi cadangan kepada penubuhan Unit Kemajuan

Pentadbiran (DAU) bagi memodenkan pentadbiran awam serta memperbaiki program latihan

kepada kakitangan awam di Malaysia. Walaubagaimanpun, perubahan-perubahan yang besar

ke atas perkhidmatan awam di Malaysia ini hanya dilakukan semasa pemerintahan kerjaaan

di bawa Tum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Pada ketika itu Tun

Dr Mahathir menjadi perdana Menteri Malaysia, perubahan terhadap dunia begitu ketara.

Perubahan ekonomi yang melanda dunia telah memberi kesan yang mendalam ke atas

pentadbiran sesebuah negara terutamanya di Malaysia. Kemajuan di dalam teknologi

maklumat, perdagangan dan pengangkutan telah melancarkan dan memudahkan perhubungan

di antara sesebuah negara. Globalisasi di dalam ekonomi juga membolehkan aktiviti


pemasaran dan pengeluaran barangan serta perkhidmatan dapat dijalankan dengan lebih

bebas. Perubahan-perubahan ini telah membawa kepada satu dunia tanpa sempadan dimana

segala aktiviti ekonomi mahupun sosial di sesebuah negara dapat dijalankan di serata dunia.

Terdapat tiga fasa reformasi yang telah berlaku di Malaysia sejak merdeka sehingga

kini. Peralihan pentadbiran awam yang pertama kali berlaku di Malaysia adalah semasa John.

D. Montgomery dan Milton J. Esman menyerahkan laporan mengenai penyelidikan

pentadbiran negara Malaysia kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1965. Objektif utama

kajian laporan yang diberikan ini adalah untuk memperbaiki sistem pentadbiran, mencapai

kecekapan dan juga kepimpinan pentadbiran dalam perkhidmatan awam dalam memenuhi

keperluan sesbebuah negara yang pesat membangun dan dinamik (John D.Montgomery,

Milton J. Esman, 1966). Berikutan peralihan itu, Unit Pentadbiran Pembangunan (UPP) atau

kini lebih dikenali sebagai Development Administration Unit (DAU) merupakan agensi

reformasi pentadbiran Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pertubahan ini

merupakan titik kepada bermulanya reformasi pentadbiran di Malaysia ( Abdulah Sanusi

Ahmad, 1994). Seterusnya, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kemudiannya telah

ditubuhkan pada tahun 1971 dan bertanggungjawab dalam melaksanakan dan merancang

program latihan kepada semua anggota perkhidmatan awam yang telah dilantik manakala

Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Tenaga Manusia pula ditubuhkan pada tahun

1977. MAMPU bertanggungjawab dalam memodenkan dan merancang pentadbiran awam

serta bertindak sebagai pakar perunding kepada kerajaan Malaysia. Ia juga berperanan untuk

menyelaraskan dan melaksanakan proses perancangan dan pembangunan tenaga manusia.

MAMPU telah berusaha memodenkan pentadbiran kerajaan , kementerian perseketuan,

pentadbiran negeri dan juga daerah di Malaysia (Abdullah Sanusi Ahmad, 1994). Reformasi

pentadbiran pada era 1980 an telah dipelopori oleh Tun Seri Dr. Mahathir Mohammad.
Perubahan negara yang semakin ketara dan pesat dalam perkhidmatan awam Malaysia

merupakan berikutan kepada pengenalan dasar-dasr dan program baru yang menekankan

aspek nilai-nilai murni dan budaya kerja yang cemerlang (Abdullah Sanusi Ahmad, 1994).

Dasar-dasar ini bertujuan bagi mewujudkan satu suasana dan budaya kerja serta corak viran

yang responsif dan cekap untuk memenuhi kehendak masyarakat yang pelbagai dan

mempunyai kompleks fasa ketiga reformasi pentadbiran yang telah bermula pada tahun 1990

sehingga kini. Ia bermula dengan perlaksanaan Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 dan

juga Wawasan 2020 (Abdulah Sanusi Ahmad, 1994).

Era tahun 1990an menitikberatkan aspek-aspek kecermelangan kualiti, prestasi,

produktiviti tinggi dan penekanan terhadap globalisasi serta teknologi tinggi dan

berkomputer, Anataranya perlaksanaan oleh kerajaan adalah MS /SO 9000 yang menekankan

piawaian kualiti bagi sesuatu perkhidmatan yang disampaikan , perkhidmatan berorientasikan

pelanggan melalui Total Quality Management (TQM) dan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja

(KMK) atau Quality Control Circles (QCC) serta piagam pelanggan (Sri Ahmad Sarji, 1995).

Selain itu, demi menjayakan kerajaan elektronik, Falsafah Reformasi dan Multimedia Super

Koridor, pentadbiran kerajaan Malaysia telah menggariskan tujuh prinsip asas falsafah

reformasi pentadbiran yang merangkumi beberapa penyedian perkhidmatan berorientasikan

pelanggan untuk mengekalkan mekanisma perubahan, mementingkan inovasi dan kreativiti,

menekankan aspek ketelusan (transparent) dalam membuat keputusan, penyusunan semula

organisasi serta penerapan nilai-nilai positif dan juga penekanan kepada prestasi dan hasil.

Reformasi pentadbiran awam ini telah meningkat lagi persaingan di antara sesebuah

negara dengan negara yang lain terutamanya dalam bidang ekonomi. Untuk menghadapi

persaingan yang semakin sengit ini, sesebuah negara perlu bijak dalam menyediakan
perkhidmatan awam yang terbaik dalam negara mereka agar dapat bersaing di peringkat

global. Oleh itu, dalam menangani cabaran yang telah melanda dunia pada Ketika itu,

pentadbiran kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana

Menteri telah melaksanakan reformasi pentadbiran ke atas jentera pentadbiran Malaysia.

Pembaharuan dan perubahan yang dilaksnakan oleh kerajaan Malaysia ke atas Perkhidmatan

Awam di bawah era Tun Dr Mahathir tersebut dapat dilihat daripada tiga aspek utama iaitu

melalaui perubahan dari segi sistem dan prosedure pentadbiran, pembaharuan struktur

Perkhidmatan Awam serta pembudayaan kakitangan awam dengan nilai-nilai cemerlang.

Dasar Pembaharuan Struktur Perkhidmatan Awam

Perubahan dan Pembaharuan dari segi struktur Perkhidmatan Awam Malaysia dapat

dilihat dalam penggubalan bebeberapa dasar kerajaan yang telah memberi impak positif

kepada negara. Antara pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran

kerajaan Malaysia ada Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, dan pengecilan

saiz sektor awam. Sistem petadbiran yang lebih memfokuskan kepada pelanggan,

menyediakan perkhidmatan yang responsif kepada orang ramai dan menitikberatkan

kepuasan hati pelanggan. Standard perkhidmatan yang ditawarkan ini telah ditetapkan selaras

dengan ekspektasi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan cepat dan mesa,

menyakinkan, efisyen, senang diperolehi dan “ right at the first time and every time dan zero

defect”.

Pengekalan mekanisme untuk tujuan perubahan adalah penting bagi setiap

pembaharuan yang akan dibuat. Hal ini kerana, ia memerlukan matlamat yang jelas dan usaha

yang berterusan untuk memberikan kredibiliti kepada proses perubahan. Jentera pentabiran
yang dipertanggung jawabkan untuk mengesan kemajuan usaha-usaha pembaharuan,

melaksanakan dan membentuk pembahruan merupakan mekanisme penting dalam

mengekalkan usaha reformasi secara berterusan. Komitmen dalam kempimpinan politik juga

amat penting untuk menguatkan keazaman dan meningkatkan momentum pembaharuan.

Pembaharuan di pentadbiran negara Malaysia juga menekankan aspek inovasi dan kreativiti

dalam perlaksanaan proses kerja setiap hari. Perlaksanaan persekitaran yang kondusif

diperlukan bagi menggalakkan organisasi dan kakitangan bersaing untuk menyelesaikan

masalah persekitaran yang selalu berubah dan meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

Inovasi meningkatkan perkhidmatan awam, seperti mengurangkan kos operasi, meningkatkan

output, menjimatkan masa, dan memenuhi keperluan pelanggan. Perubahan peranan

perkhidmatan dan pelarasan struktur organisasi amat diperlukan. Pelarasan struktur adalah

penting kerana pembangunan negara bergantung kepada kuasa pasaran dan pengaruh alam

sekitar serta dasar negara. Pentadbiran menyediakan organisasi yang lebih fleksibel yang

memudahkan membuat keputusan, penempatan kakitangan dan menghapuskan pertindihan

fungsi. Pertimbangan kecekapan menskalakan semula perkhidmatan awam melalui program

penswastaan, penerimaan kontrak dan koperasi bersama oleh anggota perkhidmatan awam

seperti cekap, berkesan, bersih, berkualiti, produktif , beramanah, berdisiplin, , inovatif,

disiplin, professional, integriti, serta akauntabiliti. Perubahan sikap kakitangan dan

pembentukan budaya positif dapat mengukuhkan perkhidmatan awam di Malaysia.

Pembaharuan pentadbiran di Malaysia juga menekankan prestasi dan hasil dalam

penyampaian perkhidmatan. Mencapai prestasi tinggi memerlukan tumpuan pada hasil dan

produk akhir. Berbeza dengan paradigma lama, pembaharuan pentadbiran di Malaysia juga

menekankan prestasi dan pencapaian dalam penyampaian perkhidmatan. Untuk mencapai

prestasi tinggi, hasil dan produk akhir perlu dijaga. Beralih daripada paradigma
berorientasikan input lama kepada fokus berorientasikan hasil serta menetapkan matlamat

dan strategi adalah sangat penting. Sistem pengukuran prestasi ialah ciri penting bagi

pendekatan berasaskan hasil ( Tan Seri Ahmad Sarji, 1995).

3.0 Fungsi Pentadbiran

Menurut Max Weber, birokrasi merupakan salah satu jenis struktur pentadbiran yang

di bangunkan dalam satu pertubuhan dimana terdapatnya autoriti “rasional”. Konsep

birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber adalah mengenai tips ideal (ideal tips). Weber

dalam penulisannya menyatakan birokrasi merupakan sistem kekuasaan dimana pemerintah

(super ordinant) mempraktikan kawalan ke atas bawahan (subordinot). Sistem birokrasi ini

menekankan pada aspek disiplin, oleh itu, Weber menegaskan birokrasi adalah salah satu

sistem legal-rasional yang dimana tindak tanduk pada aturan-aturan yang tertulis dapat

disemak oleh sesiapa sahaja. Tips ideal yang diperkenalkan oleh Weber adalah tugas-tugas

pejabat yang diorganisasi atas dasar aturan, tugas-tugas yang dibahagikan mengikut bidang-

bidang yang berbeza namun selari dengan fungsi-fungsinya, jabatan yang disusun sceara

hierarki serta tanggungjawab dan tugas mengikut kelayakan, kemahiran, kebolehan,

pengkhususan dan perkerja yang terlatih.

Perlaksanaan sesuatu fungsi petadbiran awam ini biasanya dilakukan oleh individu

yang melaksanakan tanggungjawab mereka melalui tiga pendekatan iaitu, pendekatan yang

menekankan keuntungan, pendekatan yang melibatkan perkhidmatan dan kebajikan sosial,

serta pendekatan yang dapat mengaplikasikan aduan kedua-dua pendekatan seperti yang

dinyatakan. Pendekatan yang menekankan kepada kebajikan sosial dan perkhidmatan sosial

biasanya dilaksanakan melalui proses yang dikenali sebagai “perkhidmatan awam”. Individu

yang dikenali sebagai “perkhidmatan awam”. Ditugaskan untuk mengendalikan pengurusan


awam. Entiti-entiti perkhidmatan awam merupakan agensi-agensi kerajaan seperti jabatan,

kementerian, badan-badan berkanun, dan juga pihak berkuasa tempatan. Pengukur kejayaan

bagi pendekatan ini membuahkan hasil adalah dengan melihat sejauh mana berkesannya

perkhidmatan yang ditawarkan untuk memberikan kesejahteraan dan kebahagian (wellness

and wellbeing) kepada golongan masyarakat. Seterusnya pendekatan yang menekankan

kepada keuntungan dilaksanakan melalui proses yang dinamakan sebagai “pengurusan

perniagaan” atau “pengurusan swasta”. Individu yang diberikan tugas untuk menjalakan

pendekatan ini dinamakan sebagai “firma-firma perniagaan”. Entiti-entiti dalam firma

perniagaan ini adalah seperti kilang-kilang, syarikat dan juga beberapa agensi-agensi

perniagaan yang lain. Pengukuran kepada pendekatan ini adalah melalui kecekapan

menggunakan sumber yang dihasilkan untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan yang

paling maksimum. Pendekatan yang ketiga adalah aplikasi adunan kepada kedua-dua

pendekatan awal yang dinyatakan dan dilaksanakan melalui proses yang dimanakan

“pengurusan awam-swasta” atau “pengurusan korporat”. Invididu ini melaksnakan

pengurusan korporat yang dikenali sebagai “firma-firma korporat” atau “pengurusan

korporat”. Firma-firma korporat ini diklasifikan sebagai salah satu badan-badan korporat

awam atau swasta yang mempunyai pengaruh yang lebih dalam petadbiran organisasi

berkenaan. Entiti korporat ini adalah seperti perbadanan-perbadanan, agensi-agensi

perniagaan dan juga syarikat-syarikat. Pengukuran kepada pendekatan ini biasanya dapat

dilihat dalam kombinasi kecekapan dan keberkesanan yang menjadi tunjang kepada adunan

pencapaian matlamat dalam sector awam dan swasta.

Untuk membentuk sesuatu pentadbiran awam, pentadbiran memerlukan ejen-ejen

yang merupakan satu bentuk sistem dalam menaungi proses-proses atau aktiviti-aktiviti untuk

menghasilkan satu sistem yang lengkap. Ejen-ejen yang telah dilaksanakan ini merupakan
salah satu bentuk-bentuk pengurusan demi mencapai matlamat pelaksanaan tugas sesuatu

pentadbiran itu. Dalam penulisan yang ditulis oleh Torrington dan Hall (1987:145), mereka

menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara fungsi sesuatu organisasi ke atas

pentadbiran buruh (manpower administration) dan proses yang mengkhususkan personalia

(personnel management) iaitu “Among manpower administration functions are fitting the

people to the work and fitting the work to the people”. Hal ini bermaksud, perkhidmatan

awam adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam merealisasikan segala

dasr kerjaan, arahan, undang-undang, peraturan dan tindakan-tindakan kerajaan. Pemilihan

dasar-dasar atau penggubalan ini dibuat sepenuhnya oleh kerajaan walaupun terdapat input

yang telah diambil dari pendapat umum dan pihak swasta. Pengurusan bentuk ini sering kali

disamakan sebagai sebuah kerajaan. Hal ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana setiap

kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan tanggungjawab dalam bidang-bidang tertentu.

Rainey (1991) dalam penulisan beliau menyatakan kedudukan pegawai-pegawai awam

adalam sebagai seorang yang sentiasa akan menghadapi tekanan kerajaan dan menghadkan

prosedur admin. Kakitangan kerajaan dikenali sebagai individu yang mendapat gaji atau upah

daripada kumpulan wang kerajaan sebagai balasan kepada perkerjaan yang mereka

laksanakan. Kedudukan bidang petadbiran adalah sebagai asas kepada disiplin-disiplin

akademik yang lain. Hal ini khususnya dalam pentadbiran awam yang telah menjadi tunjang

dan penyokong (core and feeder) kepada semua bidang-bidang yang lain. Ini kerana

disebabkan beberapa faktor yang tertentu antaranya ialah pentadbiran awam adalah

merupakan sebahagian daripada badan kerajaan yang memerintah. Petadbiran awam

melaksanakan, membuat, dan menilai segala dasar kerajaan. Menurut Dye (1978), segala

keputusan atau tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk membuat atau tidak

membuat sesuatu keputusan tertentu. Seperti yang sedia maklum, dasar-dasar kerajaan adalah

meliputi bidang seperti ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara manakala kesan dan
proses daripada tindakan petadbiran awam akan melibatkan beberapa pihak tidak kira di

pihak kerajaan atau orang awam (Dunn, 1994; Theodoulou, 1995). Oleh itu, jika seseorang

individu yang ingin memilih kerjaya sebagai salah seorang kakitangan awam dalam

pentadbiran, individu tersebut haruislah melengkapkan diri dengan segala komponan seperti

pengetahuan terhadap ilmu sosial, ekonomi, dan politik.

Secara aplikasi, pentadbiran awam dapat dikaitkan dengan bidang-bidang lain sperti

kewangan, harta benda, perakaunan, dam sumber manusia yang boleh diuruskan sama ada

melalui pendekatan pengurusan swasta atau awam ataupun kedua-duanya sekali. Fungsi

kerajaan boleh sampai kepada masyarakat awam dengan melalui beberapa cara di bawah

pemantauan dan tanggungjawab petadbiran awam. Antara cara yang dapat digunakan adalah

melalui operasi perkhidmatan awam, perkhidmatan kerja sosial, pengurusan swasta dan

beberapa bentuk hubungan di antara orang awam dengan pihak yang berada di dalam atau

luar negara. Jangkaun kawalan (spa of control) pelanggan kperkhidmatan awam adalah

melibatkan keseluruhan orang awam, manakala jangkauan kawalan bertindak sebagai sector

swasta dimana pengguna membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa petadbiran awam

boleh menjadi penyokong dan teras kepada berbagai bidang yang lain. Oleh itu, individu

yang berkelayakan dalam bidang petadbiran harus mengecilkan skop disiplinnya apabila

menjuruskan diri dalam bidang-bidang lain seperti pengurusan. Bidang pentadbiran adalah

salah satu skop yang luas dan matlamatnya bergantung kepada satu tanggungjawab yang

besar, Sebagai contoh, pentadbiran awam ditugaskan untuk melaksanakan tanggungjawab

pemerintahan negara sesebuah kerajaan yang dipilih untuk memerintah. Bagi pentadbiran

awam, kelemahan dan kekuatan pentadbiran ini bergantung kepada pemilihan proses

menentukan kerajaan yang bakal memerintah dan menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Hal ini ditentukan berdasarkan kepada ideologi politik sesebuah negara. Sebagai contoh, di
Britain, ideologi politik parti Buruh berasaskan pemiliknegaraan (nationalization) manakala

bagi parti yang bersaing dengan mereka menggunakan ideologi konservatif yang berasaskan

kepada penswastaan (privatization). Disebabkan itu, pergelutan politik di antara dua parti ini

dalam memegang kuasa pemerintahan negara Britain telah diterjemahkan dalam bentuk

pengurusan dalam negara sama ada dalam keutamaan kepada pengurusan swasta atau awam.

Di Malaysia, bentuk pentadbiran negara sering kali dipengaruhi oleh tahap kebergantungan

kepada negara luar. Contohnya, selepas merdeka sehingga akhir 1970an, Malaysia masih

bergantung kepada negara Britain yang merupakan bekas penjaja untuk menentukan sistem

dalam negara dan juga cara hidup masyarakat di Malaysia. Oleh itu, bentuk pentabiran yang

dilaksanakan di Malaysia telah banyak dipengaruni oleh gaya Britain yang menginstusikan

berbagai perkhidmatan untuk menjadi milik kerajaaan. Sebagai contohnya, Malaysia

Singapore Airlines (MSA) yang kemudiannya menjadi Malaysian Airlines System (MAS),

Keretapi Tanah Melayu (KTM), dan Lembaga-Lembaga Pelabuhan di seluruh negara

Malaysia telah dipengaruhi oleh sistem petadbiran negara Britain. Pada era 1980 sehinggalah

tahun 1990an, petadbiran negara Malaysia telah beralih arah kepada Amerika Syarikat yang

bersesuaian dengan peralihan pucuk pemimpin yang berwawasan bagi menuju kepada sebuah

negara yang maju. Pendekatan Amerika terutamanya Presiden ataupun Dewan Kongressnya

telah dikuasai oleh sebuah Parti Rebuplikan yang mempunya ideologi unitaris sesuai untuk

organisasi swasta yang perlu responsif kepada persekitaran dunia yang semakin kompetitif.

Walaubagaimanapun, amalan penswastaan di Malaysia masih banyak mengikut model Britain

dan asas penswastaan ini telah sendirinya muncul di Amerika Syarikat. Maka, pada era kita di

Malaysia, penswastaan telah menjadi salah satu dasar yang utama digunakan dalam

pentadbiran negara Malaysia. Namun begitu, apabila kedua-dua bentuk pengurusan ini tidak

dapat menyelesaikan masalah-masalah tertentu yang dihadapi, kerajaan Malaysia telah

mejalankan kaji uji ( experimenting) model-model pengurusan lain yang menyaksikan pihak
awam dan juga swasta bersama-sama memerah tenaga untuk memajukan negara. Sebagai

contoh, pengenal Dasar pensyarikatan Malaysia dan juga Dasar Pandang ke Timur telah

menjadi salah satu asas kepada Malaysia untuk menjadi pengukur dan mencontohi model

negara-negara lain seperti Korea dan Jepun. Dapat disimpulkan, ideologi politik merupakan

penyumbang terbesar dalamn menentukan kekuatan atau kelemahan bidang pentadbiran

awam.

Bentuk keutamaan pengurusan yang telah dipilih berdasarkan ideologi politik yang

digunakan sebagai menentu besar atau kecilnya saiz sesebuah perkhidmatan awam di

Malaysia. Ideologi yang mengutamakan penswatsaan dalam petadbiran negara sudah tentu

akan mengecilkan saiz perkhidamatan awam dan begitulah sebaliknya. Ideologi yang

digunakan ini boleh mewujudkan permusuhuan dalam kuasa politik kerana kerajaan yang

memerintah negara akan terpaksa mengurangkan kuasa “saudaranya sendiri” daripada

menjadi terlalu besar semata-mata untuk mencapai matlamat keuntungan politik masing-

masing. Kedudukan ideologi ini menjadi ancaman kepada petadbiran awam kerana sesebuah

kerajaan seharusnya dapat membela perkhidamatan awam namun sebaliknya kerajaan sendiri

menganggap perkhidmatan awam sebagi kurang efisyen berbanding kepada pengurusan

swasta sendiri.

4 .0 Jentera Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di Malaysia

Perkhidmatan Awam adalah cabang eksekutif kerajaan. Pembaharuan pentadbiran awam yang

dibentuk oleh kerajaan akan dilaksanakan oleh cabang eksekutif kerajaan atau dikenali

sebagai perkhidmatan awam. Di Malaysia, perkhidmatan awam boleh dibahagikan kepada

empat agensi utama iaitu Agensi Kerajaan Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri, Badan

Berkanun dan Majlis Kerajaan Tempatan.


Jentera Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan persekutuan mempunyai dua agensi utama iaitu kementerian dan jabatan.

Kementerian merupakan agensi kerajaan tertinggi di kalangan agensi kerajaan persekutuan di

Malaysia. Tanggungjawab kementerian ialah menggubal dasar, merancang, mengawal dan

menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab kementerian. Seorang

menteri akan mengetuai sebuah kementerian dan dibantu oleh beberapa timbalan menteri.

Jabatan kerajaan merupakan agensi eksekutif kerajaan kedua tertinggi selepas kementerian.

Sebuah jabatan ditubuhkan untuk menjalankan urusan dan aktiviti jabatan berkaitan.

Kementerian ditugaskan untuk menangani perkara yang berkaitan dengan hak persekutuan

seperti hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan, undang-undang dan keadilan,

kewarganegaraan, kewangan dan banyak lagi.

Jentera Kerajaan Negeri

Selain kementerian kerajaan persekutuan, separuh daripada negeri di Malaysia

mempunyai badan pentadbiran sendiri. Negeri seperti Kedah dan Johor mempunyai
perkhidmatan Awam Negeri yang mengendalikan urusan tanah dan daerah di negeri masing-

masing. Di samping itu, setiap negeri mempunyai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan

mahkamah Syariah, kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menangani perkara

berkaitan agama Islam dan pendidikan agama Islam. Bagaimanapun, kerajaan persekutuan

juga bertanggungjawab menyediakan pendidikan agama Islam di semua negeri Malaysia.

Badan-Badan Berkanun

Perbadanan awam ialah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membolehkan

penglibatan kerajaan secara langsung di kawasan yang tidak boleh dilakukan oleh sektor

swasta. Penubuhannya membolehkan kerajaan bertindak lebih selektif dalam bidang tertentu

dan bertindak lebih bebas daripada belenggu peraturan pentadbiran negeri. Sektor seperti

pembangunan, penyertaan Bumiputera, pengajian tinggi, institusi awam, kewangan dan

perniagaan. Sebagai contoh, penubuhan Lembaga Pengurusan Haji Tabun (LUTH) bertujuan

mengendalikan ibadah haji rakyat Malaysia di samping menjadi institusi yang mengumpul

modal umat Islam untuk melabur dalam sektor ekonomi negara.

Majlis Kerajaan Tempatan

Penubuhan kerajaan tempatan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada

penduduk setempat menguruskan kawasan masing-masing. Tanggungjawab kerajaan

tempatan termasuk mengangkut sampah, membersihkan longkang, membersihkan kawasan,

mengurus pasar dan menyediakan kemudahan rekreasi. Sebagai contoh, kerajaan tempatan
terdiri daripada majlis bandaran dan majlis daerah, dengan ketua eksekutif ialah Datuk

Bandar atau Yang Di Pertua Majlis.

Rujukan

Bolman, L. G. (1991). Reframing Organizations: Artistry, Choice and Leadership. San


Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Hamid, A. S. (1995). Perkhidmatan Awam Malaysia ke arah kecekapan dan keberkesanan:
Pembaharuan dan kemajuan dalam Perkhidamatan Awam Malaysia 1995 . Malaysia:
Kerajaan Malaysia (January 1, 1996).
Dimock, M. &. (1964). Public Administratio. New Delhi: Oxford University Press.
Donnelly, J. H. (1964). Fundamentals of Management. Boston : MA: Irwin.
DuBrin, A. J. (1988). Human Relations: A Job Oriented Approach. . Englewood Cliffs: NJ:
Prentice Hall.
Dunn, W. N. (1994). Public Policy Analysis: An Introduction. Englewood Cliffs: NJ: Prentice
Hall.
Dye, T. R. (1978). Understanding Public Policy. Englewood Cliffs: NJ: Prentice Hall.
Gordon, G. J. (1995). Public Administration in America. . New York: St. Martin’s Press.
Henry, N. (1990). "Root and Branch: Public Administration’s Travail Toward the Future’,
in’Public Administration: The State of the Discipline, edited by Naomi B. Lynn and
Aaron Wildavsky. Chatam: NJ: Chatam House Publishing.
Lawton, A. (1998). Ethical Management for the Public Services. Buckingham: Open University
Press.
Le Grand, J. &. (1984). The Economics of Social Problems: The Market versus The State. .
LondoN: MacMillan.
Rainey, H. G. (1991). Understanding and Managing Public Organizations. San Francisco:
Jossey Bass Publishers.
Rodee, C. A. (1987). ntroduction to Political Science. New York: McGraw-HilL.
Shafritz, J. M. (1992). Classics of Organizations Theory. Belmont, CA: Sadsworth Publishing.
Steers, R. M. (1985). Introduction to Organization Behavior. Glenview, IL: Scott-Foresman.
Theodoulou, S. Z. (1995). ‘How Public Policy Is Made’, in’Public Policy: The Essential
Readings, edited by Stella Z. Theodoulou and Mathhew A. Cahn. Englewood Cliffs: NJ:
Prentice Hall.
Torrington, D. &. (1987). Personnel Management: A New Approach. Englewood Cliffs: NJ:
Prentice-HalL.
Waldo, D. (1990). ‘A Theory of Public Administration Means in Our Time a Theory of Politics
Also’, in’Public Administration: the State of the Discipline, edited by Naomi B. Lynn
and Aaron Wildavsky. Chatam: NJ: Chatam House Publishers, Inc.
Awang, S. (2006). akulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia
EKAYASA – Journal of ethics, legal and governance Vol. 2. Pentadbiran Awam dan
Proses-proses Pengurusan: Satu Kerangka Konseptual , 42-57.
Ahmad, A. S. (1994). PerkembanganPentadbiran Awan dan Pengurusan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lampiran

You might also like