You are on page 1of 12

KOD DAN NAMA KURSUS

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

TUGASAN KUMPULAN

NOTA PADAT
PERBANDINGAN PENGURUSAN
SEKTOR AWAM & SEKTOR SWASTA

DISEDIAKAN UNTUK
ENCIK ALI HAFIZAR BIN MOHAMAD RAWI

DISEDIAKAN OLEH
WAN SITI SARAH BINTI WAN SALLEH (260892)
ROS MARINIE BINTI MAMAT (260837)
ABU BAHTIAR BIN ROSLI (260910)
MOHD ASMAR SAFAWIE BIN MOHD MOHTHAR (206593)

TARIKH HANTAR
22 SEPTEMBER 2018
BAB 7
PERBANDINGAN PENGURUSAN
SEKTOR AWAM
&
SEKTOR SWASTA
PENGENALAN

 Organisasi sektor awam kerap dikaitkan denagn pertubuhan-pertubuhan, badan-

badan dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri.

 Bagi sektor swasta, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakatialah

organisasi-organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk

mendapatkan perkhidmatan atau barangan mereka.

 Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan

kemajuan sesebuah negara adalah sama penting

DEFINISI PENTADBIRAN SEKTOR AWAM

 Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan

proses, organisasi dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan

peranan masing-masing) yang melaksanakan undang -undang dan perintah

yang diisukan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

 Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apabentuk pentadbiran demi

memenuhi kepentingan awam. Perkataan yang mudah difahami ialah

pentadbiran kerajaan.

 Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan

Kuasa.
DEFINISI PENGURUSAN SEKTOR SWASTA

 Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang,

mengorganisasi, mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.

 Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi -fungsi

pengurusan mengikut cara atau pilihan masing-masing.

 Lock (1998:12): Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau

tuan punya organisasi dan satu pihak lagi ialah pekerja.

 Dalam melaksanakan tugas pengurusan organisasi, pemilik menggunakan

khidmat pekerja (orang lain) untuk membantu. Pengurusan juga adalah satu

aktiviti yang bersifat universal tetapi pendekatannya tidak boleh sama semua

situasi.

 Getwood et al. (1995:4): pengurusan sebagai satu set aktiviti yang dibentuk

untuk mencapai objektif-objektif organisasi dengan menggunakan sumber-

sumber secara cekap dan berkesan dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
PERBANDINGAN PERSAMAAN PENTADBIRAN ANTARA SEKTOR AWAM &

SWASTA
PERBEZAAN PENTADBIRAN SEKTOR AWAM DAN SWASTA

 Nilai Produk Akhir

Perbezaan dari segi nilai produk akhir yang ingin dicapai oleh sektor awam dan

swasta merupakan pendapat yang selalu dibincangkan.Pengurusan sektor

swasta bermatlamatkan pulangan keuntungan kewangan, manakala sektor

awam pula lebih menumpukan matlamat pembangunan negara dari aspek

sosioekonomi dan politik.

 Pengawalan Kuasa

Bagi mengawal organisasi sektor awam yang besar, pengurusan dalam sektor

awam lebih bersifat pemusatan kuasa. Pemusatan kuasa dalam pentadbiran

awam boleh digambarkan sebagai hak untuk membuat sesuatu keputusan perlu

mengikut hierarki tertentu, di mana individu yang menduduki hierarki tertinggi

dalam sesebuah organisasi awam diberi kuasa membuat keputusan organisasi.

Dalam pengurusan sektor swasta, konsep pembahagian kuasa lebih diamalkan

kerana ia tidak memerlukan banyak masa untuk membuat keputusan. Organisasi

yang kecil memudahkan proses mengawal kuasa dan tindakan para pelaku

(kakitangan) yang dipertanggungjawabkan.


 Faktor Pertanggungjawaban

Pengurusan setiap organisasi awam adalah saling berkaitan dan

tindakantindakan yang dilakukan adalah saling dipertanggungjawabkan.

Contohnya, apabila berlaku sesuatu tragedi seperti banjir besar, maka beberapa

organisasi atau kementerian akan bergabung,saling membantu dan memikul

tanggungjawab bersama.Dalam organisasi swasta pula,pihak pengurusan hanya

dipertanggungjawabkan terhadap organisasi mereka sahaja.Jatuh bangun

organisasi bergantung kepada keberkesanan tanggungjawab yang dipikul oleh

kakitangan mereka.

 Aktiviti Organisasi

Dalam menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi, pengurusan sektor awam terikat

kepada undang-undang, peraturan, dan prosedur. Pihak pengurusan sektor

awam perlu memastikan terlebih dahulu agar semua prosedur diikuti dalam

melaksanakan sesuatu aktiviti terutama yang berkaitan dengan kerja.

Bagi pengurusan sektor swasta, selagi aktiviti yang dijalankan tidak menyalahi

undang-undang kerajaan, mereka bebas menentukan cara atau kaedah yang

boleh memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

 Pertukaran Pemimpin Organisasi

Jawatan-jawatan utama dalam sektor swasta biasanya dijawat oleh pemilik

organisasi tersebut sepanjang hayat mereka. Jika berlaku pertukaran, mungkin

diwarisi pula oleh waris mereka atau melalui rakan kongsi yang baru atau
sebilangan pemegang saham yang terbesar yang menduduki jawatan lembaga

pengarah.

Para pemimpin bagi sektor awam kerap bertukar, sama ada sudah sampai umur

bersara, dipindahkan ke organisasi awam yang lain ataupun dipinjamkan

seketika ke mana-mana jabatan. Perubahan pucuk pimpinan kerajaan juga,

boleh mengubah kedudukan individu-individu yang menduduki jawatan-jawatan

utama sektor awam.

 Perancangan Perkembangan Organisasi

Di samping meletakkan keuntungan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang

disediakan oleh sektor swasta sebagai kayu pengukur kecekapannya,

pembesaran operasi organisasi sektor swasta juga dianggap sebagai salah satu

tanda kemajuan. Tidak dinafikan, pihak yang terlibat dalam sektor swasta

mempunyai ruang yang cukup luas dan bebas dalam merancang perkembangan

organisasi mereka.

Organisasi sektor awam berkembang mengikut perancangan tahunan dan

perancangan berpandukan Dasar Pembangunan Negara. Perkembangan

pentadbiran sektor awam boleh diukur dari segi pemodenan organisasi awam,

penswastaan, dan pengkorporatan agensi-agensi awam, pertambahan

kemudahan untuk rakyat, dan pencapaian matlamat negara.


 Perspektif Belanjawan

Segala perbelanjaan untuk perkhidmatan awam ditanggung oleh kerajaan.

Sebahagian besar sumber kewangan kerajaan ialah dari wang rakyat yang

dikutip daripada pelbagai jenis cukai, duti eksais dan bayaran-bayaran

perkhidmatan yang minimum. Setiap tahun belanjawan negara dibentangkan di

Parlimen dan pembahagian peruntukan kepada setiap organisasi awam adalah

tidak sama.

Belanjawan pengurusan sektor swasta pula bergantung kepada perolehan

keuntungan yang terhasil daripada penjualan produk atau perkhidmatan mereka.

Peruntukan yang besar biasanya ditumpukan kepada usahausaha

pembangunan produk, kakitangan, dan pembesaran organisasi.

 Perhatian Media Massa

Pentadbiran kerajaan sentiasa mendapat perhatian media massa dalam dan

luar negeri. Segala keputusan dan tindakan kerajaan akan dilaporkan kepada

rakyat. Rakyat berhak mengetahui keputusan dan tindak tanduk kerajaan dalam

mentadbirkan negara.

Pihak media mempunyai kesan yang agak sedikit terhadap keputusankeputusan

organisasi swasta. Laporan terhadap organisasi swasta biasanya tertumpu

kepada organisasi-organisasi besar sahaja.


 Fungsi Utama Operasi

Perbezaan paling nyata ialah sektor awam bertindak sebagai penyedia dan

pembiaya perkhidmatan tetapi tidak mengeluarkan barangan. Contohnya dalam

membina sebuah sekolah, kelulusan dan peruntukan dibuat oleh Kementerian

Pendidikan. Kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya dan Kerajaan Negeri turut

diperoleh. Urusan pembinaan dilaksanakan oleh pihak pemaju yang berjaya

dalam saingan mendapatkan kontrak bagi membina sekolah tersebut. Jika

pemaju yang dipilih telah selesai membina sekolah mengikut spesifikasi yang

ditetapkan, maka Kementerian Pendidikan akan membayar kos pembinaan

kepada pihak pemaju melalui Jabatan Perbendaharaan.


PERBEZAAN PENTADBIRAN SEKTOR AWAM DAN SWASTA
KESIMPULAN

 Pentadbiran atau pengurusan sektor awam dan swasta mempunyai persamaan

dan perbezaan yang jelas, seperti sistem pentadbiran,perlaksanaan operasi,

objektif organisasi, peningkatan produktiviti dan sebagainya.

 Kewujudan pentadbiran awam berfungsi untukmelaksanakan aktiviti-aktiviti

kerajaan yang dibentuk oleh badan perundangan dan eksekutif.

 Manakala organisasi sektor swasta wujud daripada modal dan usaha

persendirian atau perkongsian. Sektor swasta berfungsi menyediakan barangan

dan perkhidmatan untuk pengguna yang sebahagian besarnya tidak boleh

dikeluarkan oleh kerajaan

 Dalam sesebuah negara yang menjalankan sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen, individu dan sektor swasta diberi kebebasan untuk mengumpul

kekayaan melalui penawaran produk dan perkhidmatan

 Perbezaan di antara kedua-dua sektor tersebut tidak terhad kepadasembilan

jenis perbezaan sahaja. Terdapat banyak lagi perbezaan lainseperti pentadbiran

kewangan, pembangunan kakitangan, strukturpentadbiran, pembentukan polisi

organisasi, peningkatan kualiti,pelaburan, dan sebagainya.

You might also like