You are on page 1of 11

GMGA 1013

ASAS PENTADBIRAN AWAM

TUGASAN INDIVIDU
SEMESTER 1: SESI JULAI 2020/2021

NAMA: :MUHAMMAD FAKIMI BIN RADZALI

NO MATRIK: :276751

TAJUK JURNAL: :INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN

PENSYARAH: :PUAN SITI ROHANA BINTI OMAR


TARIKH SERAHAN:15.08.2020

1
BIL PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Tajuk: Institusi Raja Berpelembagaan 4

2.1 Latar Belakang 4

2.2 Fungsi Institusi Raja Berpelembagaan 6

2.3 Kepentingan Institusi Raja 7


Berpelembagaan

3.0 Isu dan cabaran 8

4.0 Kesimpulan 10

5.0 Rujukan 11

2
1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara


yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan. Pada awal kurun ke-
11 telah muncul Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada
sebagai teras sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan melayu.

Institusi Raja-raja melayu pada hari ini merupakan kesinambungan sejarah dan warisan
tamadun yang telah memberikan kesan positif kepada kestabilan sosial, politik, dan
ekonomi sesebuah kerajaan yang berdaulat seperti Malaysia. Kerajaan-kerajaan melayu
diwujudkan dan diperintah dengan sepenuhnya oleh seorang raja yang berkuasa penuh
dan berdaulat dalam konsep pemerintahan raja multak. (Hassan, 2003)

Ditangan bagindalah terletaknya semua kuasa dan pemerintah dalam pengurusan


semua negeri. Raja adalah penyusun istiadat, pemilik kerajaan dan berdiri teguh
mempertahankan imej negara dan Islam. Kuasa raja adalah restu daripada daulat yang
dimiliki oleh raja tersebut. Kuasanya digunakan bagi menggerakkan gentera serta tenaga-
tenaga pemerintah dan pentadbiran.

Raja dan rakyat harus memahami tugas masin-masing dan menjalankan peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan.. Kedudukan institusi raja bertunjang kepada rakyat yang
mendaulatkan raja mereke. Peranan Intitusi Raja adalah bagi memelihara dan
mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di
negara ini.

3
2.0 Institusi Raja Berperlembagaan
2.1 Latar Belakang

Malaysia Warisan sistem politik yang masih kekal hingga ke hari ini adalah Malaysia
antara negeri di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja
Berpelembagaan. Intisuti Raja di Malaysia sebagai teras sistem pemerintahan dan
pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad lamanya.

Sistem Raja di negara ini telah membuat evolusi daripada sisitem Beraja Mutlah
beralih kepada sistem Raja Berpelembagaan. Dalam sistem Beraja Mutlak, Raja
mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pentadbiran dan pemerintahan negeri dengan
bantuan pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris.
Segala kuasa dan arahan perundagan tertakhluk pada raja. Raja jugalah penyusun adat
istiadat negara.

Dalam sistem Raja Berpelembagaan, Raja harus bertindak mengikut peruntukan


perlembagaan yang ditetapkan. Manakala DYMM Raja-raja bagi negeri-negeri hendaklah
mengikut atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Sementara di
peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah
Menteri yang akan diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam
beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara. (rosliza, 2012)

Menjelang kemerdekaan, sistem Raja mutlak telah dimansuh. Namun telah digantikan
dengan memperkenalkan sistem berkerajaan dan bernegara yang menggabungkan
Institusi Raja dengan Institusi rakyat berasaskan konsep Raja Berpelambagaan dan
demokrasi berparlimen. Suara rakyat dalam satu ikatan murni diberikan wajah baru oleh
Kedaulatan Raja.

4
Perlembagan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama
negara, secara undang-undangnya telah mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Pemerintahan ( Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa dalam memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen.
Serta meletakan cop mohor yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses
penggubalan undang-undang kepada Rang undang-undang yang telah lulus.

Selain itu, walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kuasa kebebasan untuk
membuat apa-apa penyataan yang berkaitan dengan Raja-raja Melayu, namun mereka
tidak dibenarkan untuk mengcadangkan serta menganjurkan pemansuhan Institusi Raja
dalam apa jua prosiding Parlimen. Pindaan Perlembagaan berkaitan Majlis Raja-raja dan
keutamaan Raja juga tidak boleh dilaksanakan tanpa perkenan Majlis Raja-raja. Dalam
aspek perundagan kedudukan dan keselamatan diri Raja-raja Melayu terselamat.

Di samping peruntukan Perlembagaan seperti undang-undang jenayah negara juga


menjaga kedudukan Raja-raja Melayu. Tindakan menentang Raja, dikategorikan sebagai
kesalahan terhadap lima negara, iaitu kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur
hidup ataupun hukum bunuh. Contohnya kesalahan berperang melawan Raja-raja,
dibolehkan keatasnya hukuman bunuh jika didapati bersalah melakukan kesalahan
terhadap tubuh badan raja atau bakal pengganti Raja. Sementara itu, sesiapa yang
merancancang untuk memecat datau lemucutkan Raja daripada takhta akan di kenakan
penjara seumur hidup atau denda.

Menerusi Perlembagaan Persekutuan Institusi Raja telah diterima sebagai simbol


perpaduan. Dalam perkara 153 menjaga kedudukan orang-orang Melayu tanpa
mengaibkan kedudukan kepentingan bangsa lain. Ini bermaksud,Raja bukan sekadar
golongan tertentu sahaja, raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan
saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan politik. Sehingga
ke hari ini Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berpelembagaan. Semua rakyat berbeza agama hidup aman di atas bumi bertuah
ini.

5
2.2 Fungsi Institusi Raja Berpelembagaan

2.2.1 Ketua Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu


Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah antara pihak yang penting sebagai
pendamai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini. Antara fungsi yang
masih kekal sebagai Institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagai Ketua
Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu.Sehubungan dengan itu, apa-apa perkara yang
melibatkan agama islam perlu mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu. (Khalid.K,
2014)

2.2.2 Melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar


Selain itu, Melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar juga merupakan fungsi utama
bagi Institusi Raja Berperlembagaan.Selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan
Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam
kalangan Ahli Parlimen,yang Baginda berpendapat mempunyai sokongan majority dalam
Dewan rakyat.

2.2.3 Memprorog atau Membubarkan Parlimen


Institusi Raja Berperlembagaan juga turut berfungsi sebagai pihak yang Mempunyai
kuasa memprorog atau membubarkan Parlimen. Prorog adalah suatu situasi di mana
Ketua Negara menggantung Parlimen tanpa membubarkan Parlimen itu sendiri. Hal ini
seperti yang termaktub dalam perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda
juga mempunyai kuasa mutlak dalam membubarkan Parlimen. Walau bagaimanapun,
peruntukan mengenai memprorog Parlimen ini masih belum diuji di mahkamah Malaysia
dan tiada penghakiman telah dibuat mengenainya sebelum ini. (BAKAR, 2019)

6
2.3 Kepentingan Institusi Raja Berpelembagaan

2.3.1 Institusi Raja Penaung serta pelindung kedudukan istimewa


melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah kaum-kaum lain di
Malaysia
Dalam Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja dirujuk sebagai „Raja-
Raja‟, sekali gus menunjukkan bahawa Duli Tuanku adalah Raja bagi seluruh rakyat
Malaysia dan bukan untuk satu kaum sahaja. Institusi ni bertanggungjawab menjaga
kepentingan semua kelompok masyarakat Malaysia. Hal ini menunjukan bahawa Institusi
Raja Berperlembagaan adalah amat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai
rakyat yang berbilang kaum. Sebagai contoh, tidak lama dahulu, Sultan Ibrahim dalam
komen baginda pada September 2017, mengenai sebuah dobi di Muar yang hanya
menerima pelanggan beragama Islam, baginda bertitah bahawa amalan ini tidak sesuai
dengan masyarakat negeri Johor.Titah baginda: “Johor milik Bangsa Johor dan milik
semua kaum dan agama.” Ini membuktikan bahawa Institusi Raja Berperlembagaan di
negara Malaysia adalah symbol kepada perpaduan masyarakat Malaysia.

2.3.2 Institusi Raja sebagai satu institusi semak imbang terakhir


kepada kuasa kerajaan dan Perdana Menteri
Walaupun di negara Malaysia terdapat Parlimen dan mahkamah untuk semak imbang
kerajaan, namun jika Parlimen dikuasai wakil rakyat sepenuhnya, maka ia tidak akan
berjaya menyemak imbang kerajaan dan Perdana Menteri. Sejarah juga pernah
membuktikan yang mahkamah pernah terdedah kepada pengaruh kuasa Perdana Menteri
dan mahkamah juga pernah menjadi asbab tragedi seperti yang berlaku di Rwanda pada
1994, pembunuhan beramai-ramai etnik Tutsi oleh etnik majoriti Hutu apabila seorang
hakim mahkamah menuduh kaum etnik Tutsi yang membunuh Presiden Rwanda yang
berbangsa Hutu yang mati akibat tembakan roket yang mengenai helikopter yang
dinaikinya. Justeru itu, Institusi Raja Bererlembagaan di Malaysia ini adalah penting
diperlihara dan dikekalkan sebagai pelindung kesinambungan identiti, cara hidup dan
budaya masyarakat Malaysia, dan sebagai institusi semak dan imbang terakhir untuk
rakyat dan negara setelah institusi-institusi lain seperti Parlimen dan mahkamah tidak
berjaya.

7
3.0 ISU DAN CABARAN

Cabaran yang dihadapi oleh Institusi Raja pada hari ini sangat berbeza jika
dibandingkan dengan zaman sebelum ini. Negara telah melantik Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara. Oleh itu, peranan dan kedaulatan raja adalah
terpelihara oleh undang-undang negara. Namun, kedudukan institusi raja pada hari ini
berdepan dengan pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh segelintir masyarakat. Hal ini
berlaku disebabkan pengaruh daripada permainan perebutan kuasa politik.

3.1 Mempersoalkan Tentang Kuasa Dan Peranan Raja

Antara cabaran yang dihadapi adalah, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa pihak
termasuk segelintir masyarakat melayu yang mula mempersoalkan tentang kuasa dan
peranan Raja. Malah terdapat juga pihak yang lancang bersuara menyatakan Institusi Raja
tidak releven dan kewujudannya perlu disemak semula. Hal ini terjadi disebabkan kesan
dan akibat pemimpin yang mempersoalkan peranan Insitusi Raja dengan membangkitkan
pelbagai soalan yang akhirnya mempengaruhi minda serta mengelirukan rakyat.

Cabaran-cabaran ini dipersuarakan melalui media-media baru seperti twitter,


instagram, facebook, blog dan laman web yang memburuk-burukkan dan
mempersendakan Institusi Raja. (Ismail Kamus, 2009)

Sebagai contoh kes mempersoal pelantikan Menteri Besar Johor yang menggantikan
Menteri Besar yang meletakkan jawatan. Dalam hal ini, ada yang mengatakan pelantikan
Menteri Besar Johor adalah disebabkan budi bicara dari Sultan. Masalah ini berakhir
apabila menteri besar Johor dilantik dan diperkenankan Sultan.

8
3.2 Menghina Institusi Raja
Seterusnya Institusi Raja juga menerima cabaran dengan kes penghinaan .Antaranya,
seperti yang berlaku baru-baru ini dimana seorang pekerja kilang Shahril Mohd Sarif
berumur 37 telah ditahan kerana telah menghina Agong dan Permaisuri Agong di laman
social. Kes ini berlaku pada 6 Julai 2020. Menurut Hakim Edwin Paramjothy berkata
tertuduh sebelum ini pernah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas kesalahan yang
sama. Mahkamah juga mendapati tertuduh dalam penghantarannya telah menggunakan
perkataan yang kesat dan lucah sekali gus melampaui kebebasan bersuara (BeritaHarian,
2020)

3.3 Krisis hubungan antara institusi raja dan kerajaan


Institusi Raja Melayu terus menerima cabaran pada penghujung 2018 iaitu berkaitan
isu konvensyen antarabangsa mengenai pembasmian kaum. Namun isu ini tidak
berlarutan apabila mendapat jaminan daripada kerajaan pakatan harapan bahawa tidak
akan meratifikasikan konvesyen ini. Tunku Mahkota Johor telah mengeluarkan status
mengenai Pulau Kukup, kemudian kenyataan tersebut telah dimaklum balas oleh institusi
raja Johor dengan menyatakan bahawa “Kerajaan Persekutuan tidak harus terbabit
dalam perkara tanah negeri,”

Dalam hal ini Tun Dr. Mahathir Mohamed menegaskan, kerajaan persekutuan
bertanggungjawab ke atas segala hal yang berlaku di negara ini, termasuk dalam urusan
negeri. Ekoran kritikan baginda terhadap Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri
mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memahami
konsep persekutuan. Kemudian, Tun Dr. Mahathir datang ke Johor untuk menghadap
Sultan Johor semperna lawatan, Tunku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih kepada
Tun Dr Mahathir dan mengharapkan agar boleh bekerjasama dalam menuju ke hadapan
untuk kebaikan negara. (Yaacob)

9
4.0 KESIMPULAN

Institusi Beraja di Malaysia pada masa kini perlu dikekalkan dan dipelihara. sebagai
kesinambungan agama, adat resam, budaya dan cara hidup. Hal ini kerana, kerajaan dan
dasar boleh bertukar setiap lima tahun. Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu
dikekalkan untuk kestabilan dan kesinambingan agama, budaya, identiti dan cara hidup
masyarakat di negara ini. Sejak berkurun lamanya budaya dan cara hidup di Malaysia
adalah cara budaya hidup Melayu dan Islam. Budaya dan cara hidup seperti ini harus
dikekalkan kerana penuh dengan moral, adab, kesopanan dan kesusilaan. Tanpa asas
moral atau agama yang kuat, maka kesusilaan dan adab masyarakat akan lemah. Pada
masa ini Institusi Raja adalah penting sebagai pelindung dan pemgekal identiti hidup
walaupun bertukar kerajaan.

Rakyat seharusnya sedar bahawa tugas Istitusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-
istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri. Sebaliknya tugas Institusi Raja lebih
besar iaitu mengekalkan keharmonian, menyatupadukan rakyat dengan memelihara dan
mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di
negara ini. Penularan budaya seperti ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan
agar rakyat tidak terus terhasut supaya membenci Raja-raja melayu sehingga
menyebabkan taat setia rakyat terhakis.

10
5.0 RUJUKAN

BeritaHarian. (2020, julai 6). Pekerja kilang dipenjara 10 bulan hina Agong, Permaisuri
Agong di laman sosial.
bernama. (2018, jun 9). Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut
rakyat benci Raja. www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-selangor-amat-
dukacita-tindakan-orang-melayu-hasut-rakyat-benci-raja-177714, p. astro awani.
Hassan, M. S. (2003). Melaka Perihatin Isu Institusi Raja-raja Melayu dalam doktrin
Raja berpelembagaan.
Kasim. (2020). Menghayati Sistem Pemerintahan Negara.
Khalid.K. (2014, september 18). Institusi Raja Berpelembagaan di Malaysia.
MAIS. (2020). Kepentingan mendaulatkan institusi beraja di Malaysia.
rosliza. (2012). Sistem Pemerintahan yang berteraskan demokrasi berparlimen dan
konsep Raja Berpelembagaan. 22.
Saidin, S. (2019, November 23). Kedaulatan Raja dari Perspektif Perlembagaan
Persekutuan.
Yaacob, A. M. (n.d.). Institusi Raja di tanah melayu. p. 15.
BAKAR, Z. R. (2019, september 8). Kuasa Agong menurut Perkara 55. (s. harian, Ed.)

11

You might also like