You are on page 1of 16

ABCR2103

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2017

ABCR2103

PRINSIP KOMUNIKASI KORPORAT


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pengenalan : Hubungan Media 1

2.0 Latar Belakang Organisasi : Tenaga Nasional Berhad


2.1 Latar Belakang Syarikat 2
2.2 Jenis Perniagaan Syarikat 2
2.3 Jabatan Hal Ehwal Korporat & Komunikasi TNB 3

3.0 Perhubungan Media 4


3.1 Jenis Media Digunakan 4
3.1.1 Media Tradisional 4-5
3.1.2 Media Baru 5-6
3.2 Strategi Hubungan Media 6-7
3.3 Membina Hubungan Media Yang Berkesan 7
3.3 Aktiviti Bersama Media 8

4.0 Siaran Akhbar 9-12

5.0 Kesimpulan 13

6.0 Rujukan Dan Petikan 14

1.0 PENGENALAN : HUBUNGAN MEDIA

1
Hubungan media adalah istilah yang menggambarkan penglibatan hubungan secara langsung
dengan individu yang bertanggungjawab menghasilkan berita ataupun media massa seperti
editor dan wartawan. Ianya juga merupakan salah satu praktik bidang perhubungan awam
yang paling nyata dan memerlukan kepakaran dan kemahiran mengenai media dan
amalannya serta pemahaman isu dan juga berita-berita semasa.

Hubungan media menggunakan gabungan kemahiran pengurusan berkaitan amalan terbaik


dalam organisasi dengan alat penyiaran media, persidangan media dan media kit. Matlamat
hubungan media adalah memaksimumkan penyampaian berita, mesej, kisah atau maklumat
dalam media massa. Hubungan media boleh menjadi jalan penyelamat semasa krisis syarikat
timbul dan merupakan satu pengiklanan percuma kepada syarikat. Syarikat mungkin
memerlukan hanya seorang sahaja wartawan media ataupun memilih untuk menjemput
sepasukan wartawan media bergantung kepada jumlah maklumat yang harus dikawal.

Pegawai hubungan media syarikat perlu mempunyai hubungan yang baik dengan media,
mengetahui apa yang dikehendakinya, membantu media membentangkan maklumat dan
berita syarikat dengan tepat dapat memberikan syarikat akses interaksi yang tak ternilai
kepada orang ramai.

Melalui hubungan media yang berjaya, syarikat dapat meningkatkan reputasi dan membuka
jalan kepada pelbagai sumber seperti pelaburan, kepakaran, dan lain-lain lagi. Penjimatan kos
pengiklanan juga boleh digunakan kepada pelaksanaan strategi syarikat yang lain. Antara
jenis media yang ada adalah media tradisional iaitu media penyiaran atau media cetak dan
media baru seperti blog, media sosial dan banyak lagi.

2.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI : TENAGA NASIONAL BERHAD

2
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT
Perjalanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula apabila Lembaga Letrik Pusat (CEB)
ditubuhkan pada tahun 1949 lanjutan peningkatan permintaan terhadap penghasilan dan
pengedaran tenaga elektrik. Pada tahun 1965, Lembaga Letrik Pusat (CEB) ditukar kepada
Lembaga Letrik Negara (LLN) dan diteraju oleh anak jati Malaysia. Pada tahun September
1990, dasar penswastaan diperkenalkan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditubuhkan
sebagai sebuah syarikat swasta baru milik kerajaan. Pada tahun yang sama, TNB disenaraikan
di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Kini, tampuk pimpinan TNB diterajui oleh
Datuk Seri Ir. Azman Mohd sebagai Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif dan Tan Sri Leo
Moggie sebagai Pengerusi.

Perniagaan utama TNB adalah bahagian penjanaan elektrik, aktiviti penghantaran dan
pembahagian eletrik. TNB menyediakan perkhidmatan pembekalan eletrik kepada hampir 9.2
juta pengguna ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan. Pelanggan TNB secara
keseluruhan melibatkan pengguna rumah kediaman, industri, dan komersil. Selain daripada
itu, TNB menjalankan perniagaan lain melalui anak syarikat seperti penyenggaraan dan
pembaikan kerosakan, penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran alat ubah, perkhidmatan
kejuruteraan awam dan elektrikal, perkakas suis bervoltan tinggi dan kabel, perkhidmatan-
perkhidmatan pengurusan projek dan juga pembangunan hartanah. TNB juga menjalankan
tanggungjawab sosial korporat syarikat dan membangunkan modal insan dengan
menubuhkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan badan amanah Yayasan Tenaga
Nasional (YTN).

2.2 JENIS PERNIAGAAN


Jenis perniagaan TNB adalah Syarikat Berhad. Pada tahun 1990, TNB disenaraikan di Bursa
Saham Kuala Lumpur. TNB merupakan syarikat utiliti elektrik swasta terbesar negara dengan
jumlah aset sebanyak RM132.9 bilion dan jumlah CAPEX sebanyak RM11.4 bilion yang
melibatkan stesen kuasa dan peningkatan sistem. TNB berkhidmat sekurang-kurang 9.2juta
pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

2.3 JABATAN HAL EHWAL KORPORAT DAN KOMUNIKASI TNB

3
Jabatan Hal Ehwal Korporat & Komunikasi merupakan salah satu jabatan di Bahagian
Perkhidmatan dan Hal Ehwal Korporat, Tenaga Nasional Berhad. Fungsi utama jabatan ini
adalah untuk mengurus persepsi positif untuk TNB termasuklah bahagian-bahagian teras dan
anak-anak syarikat menerusi satu siri pengurusan efektif dalam aspek imej korporat, jenama,
reputasi, dan perhubungan korporat dengan pihak-pihak berkepentingan. Peranan jabatan ini
turut merangkumi penawaran perkhidmatan konsultan yang efektif dalam program
perhubungan awam kepada TNB.

Fungsi utama jabatan ini adalah :


1. Komunikasi Dalaman Dan Penerbitan
2. Laman Web Dan Komunikasi
3. Media Sosial Dan Digital
4. Pengurusan Majlis
5. Perhubungan Media
6. Perhubungan Pemasaran Dan Penjenamaan
7. Pengurusan Sukan
8. Tanggungjawab Korporat

3.0 PERHUBUNGAN MEDIA

4
Perhubungan media melibatkan penyebaran strategik media dalam menceritakan berita atau
maklumat organisasi. Ia bertujuan untuk menyebarkan objektif organisasi kepada penonton
di luar jangkauan segera organisasi dan organisasi dan melibatkan penghantaran mesej
melalui media massa. Menurut Ridgway (1996), perhubungan media adalah corak
komunikasi antara organisasi dengan bahagiam media yang berminat dalam aktivitinya. Oleh
itu, hubungan media bergantung pada tripod seperti di bawah:

3.0.1 Tripod Perhubungan Media

3.1 JENIS RANGKAIAN MEDIA DIGUNAKAN

3.1.1 MEDIA TRADISIONAL


a) Stesen –Stesen Televisyen
Melaui penyampaian berita secara langsung kepada penonton melalui televisyen membantu
penonton melibat gambaran audio dan visual berkaitan situasi sebenar berita yang
disampaikan. Ianya juga dapat menyiarkan sesi temubual pihak yang berkenaan bagi
membantu pemahaman penonton yang melihatnya. Sebagai contoh, temubual diadakan oleh
pegawai TNB digunakan oleh pihak stesen televisyen bagi membantu penyebaran maklumat
yang lebih tepat dan berita yang bukan palsu.

b) Stesen –Stesen Radio


Radio merupakan salah satu bentuk media sosial yang masih digunakan dan kekal relevan. Ini
kerana orang ramai masih mendengar radio dan mendapatkan maklumat ketika sedang
memandu kereta. Contohnya, radio Hot FM, Era FM dan Mix FM dan sebagainya. TNB
menggunakan saluran radio sebagai saluran penyampaian maklumat ataupun promosi
perkhidmatan yang diberi.

5
c) Surat Khabar
Syarikat memilih mengunakan media cetak iaitu surat khabar kerana ianya menyediakan
semua keperluan penyebaran maklumat yang diingini. Ini kerana surat khabar dibaca oleh
semua golongan masyarakat dan pada masa yang sama, kesedaran jenama dapat diwujudkan.
Jangkauan pencapaian maklumat boleh disampaikan walaupun di tempat terpencil yang tiada
rangkaian internet. Sebagai contoh, TNB sering menggunakan akhbar sebagai medium
penyampaian maklumat prestasi dan kewangan syarikat. Selain daripada itu, TNB juga
menggunakan surat khabar untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru mereka.

d) Laporan Tahunan
Setiap tahun, syarikat mengeluarkan laporan tahunan untuk menunjukkan keadaan prestasi
dan kewangan syarikat. Ini akan membantu penonton untuk terus percaya kepada kompetensi
syarikat dan membantu dalam pembuatan keputusan penonton untuk terus melabur kepada
syarikat. Sebagai contoh, TNB mengeluarkan laporan tahunan yang memperlihatkan prestasi
syarikat bagi membantu pihak berkepentingan untuk terus percaya kepada jenama syarikat.

3.1.2 MEDIA BARU


a) Blog dan Laman Web
Jaringan internet membantu penyimpanan berita dan maklumat serta proses memuat
turunnya. Blog dan laman web merupakan ruang bebas bagi wartawan segera yang
menyebarkan maklumat kepada semua masyarakat melalui talian.

b) Laman Web Perkongsian Video


Tumpuan golongan muda sekarang bergantung kepada media sosial dan lain –lain sumber
dalam talian bagi mendapatkan maklumat atau berita terkini. Laman web perkongsian video
seperti Youtube berfungsi sebagai satu saluran penyebaran maklumat, hiburan dan video.
Penyebaran video boleh menjadi faktor penggalak kepada penyebaran maklumat yang
diperlukan oleh organisasi. Sebagai contoh, TNB menggunakan saluran Youtube dengan
memuatnaik video-video korporat ataupun iklan-iklan berunsur kemanusiaan bagi
meningkatkan lagi kesedaran jenama syarikat.

c) Media Sosial

6
Media sosial membentuk penubuhan kumpulan pengguna kecil hingga ke kumpulan komuniti
yang lebih besar yang berkongsi minat, bahasa ataupun budaya yang sama tanpa mengira
perbezaan yang ada. Di dalam dunia tanpa sempadan ini, pengkongsian maklumat melalui
media sosial dianggap lebih mudah dan meluas. Kebanyakan organisasi kerap menggunakan
media sosial sebagai medium komunikasi utama. Sebagai contoh, media sosial Facebook dan
Twitter. TNB menggunakan laman Facebook untuk mencapai pengguna bagi membantu
menyelesaikan aduan mereka dan juga sebagai saluran pemberitahuan maklumat terkini
tentang kejadian-kejadian “breakdown”.

d) Stesen-stesen Televisyen Dalam Talian


Pelaporan berita melalui stesen televisyen secara talian dapat menyampaikan berita secara
langsung dari tempat kejadian dan mengambarkan proses sesuatu berita dengan lebih
terperinci untuk penonton di serata dunia. Sebagai contoh, siaran berita berkaitan keadaan
banjir besar yang berlaku membantu badan bantuan kemanusiaan menghulur sumbangan dan
bantuan kepada mangsa yang terlibat.

3.2 ASAS MEMBINA STRATEGI PERHUBUNGAN MEDIA

a) Tentukan tujuan anda


Apakah yang ingin dicapai daripada aktiviti hubungan media? Adakah ia untuk mendapatkan
sokongan untuk tujuan, menyuarakan isu penting, mengubah tingkah laku, mencipta
jangkaan, meningkatkan kesedaran tentang produk atau merangsang aktiviti pembelian?.
Setelah objektif ditakrifkan, ini akan membentuk strategi hubungan media yang diperlukan.

b) Membangunkan mesej
Mesej apa yang ingin disampaikan melalui aktiviti komunikasi hubungan media?. Ianya perlu
menjadi mudah, berkesan dan menarik. Mesej perlu diperhalusi dan ditajamkan supaya
kesannya kekal bersama penonton.

c) Tentukan siapa yang ingin dicapai


Sebaik sahaja objektif dan mesej telah disahkan, syarikat perlu mengetahui penerbitan,
wartawan, dan penyebar terbaik yang mana boleh membantu syarikat.
d) Membina hubungan

7
Mempunyai hubungan yang baik dengan pihak media banyak membantu syarikat dalam
menyebarkan maklumat kepada pelanggan. Syarikat perlu melabur sedikit masa untuk
mengetahui dan memahami bagaimana pihak media beroperasi. Hubungan media yang baik
ini akan menjadi penyelamat untuk berkomunikasi sekiranya syarikat ditimpa krisis.

e) Menyediakan kandungan maklumat yang berkualiti


Syarikat perlu menyediakan kandungan maklumat berkualiti agar maklumat yang disebarkan
oleh pihak media adalah tepat dan mengikut kehendak syarikat.

f) Pengukuran dan penilaian


Apabila selesai semua langkah sehingga penyiaran berita oleh pihak media, syarikat perlu
menbuat penilaian akhir bagi mengukur sama ada perhubungan media yang dilakukan
berjaya atau tidak. Ianya boleh dilihat melalui tindakbalas penonton terhadap syarikat dari
segi peningkatan atau penurunan saham, sentimen yang diterima sama ada positif atau negatif
dan juga keberkesanan penyampaian mesej diterima oleh penonton atau tidak.

3.3 MEMBINA PERHUBUNGAN MEDIA YANG BERKESAN


Membangun dan mengintegrasikan strategi hubungan media ke dalam pelan komunikasi
secara keseluruhan adalah kemahiran penting untuk pegawai perhubungan media kerana
proses memperterjemah strategi media kepada realiti amat mencabar. Selain daripada itu,
mereka juga perlu membina hubungan profesional dengan pihak media dan mendapat
pengiktirafan organisasi dan sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Hubungan media yang berkesan sering melibatkan perancangan dan pelaksanaan rancangan
dengan teliti. Ianya merangkumi penerangan tentang apa yang ingin disampaikan, kepada
siapa hendak disampaikan, bagaimana hendak disampaikan dan bila perlu disampaikan.
Selain daripada itu, organisasi perlu memahami sasaran penerima dan pihak media dengan
maklumat yang akan menarik perrhatian mereka.

3.4 AKTIVITI BERSAMA MEDIA

8
Syarikat melakukan pelbagai aktiviti bersama pihak media bagi menjaga perhubungan baik
antara mereka. Aktiviti ini juga merupakan kesediaan syarikat dalam menghargai kerjasama
erat yang terjalin antara syarikat dengan agensi media dalam penerbitan laporan berita
sebelum ini. Aktiviti ini dapat menjalinkan lebih kemesraan antara pengamal media dan
syarikat dalam suasana riadah. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah aktiviti sukan
seperti perlawanan boling, bola sepak,dan aktiviti beramah mesra seperti majlis berbuka
puasa, majlis jamuan dan lain-lain lagi.

3.4.1 Perlawanan Boling Bersama Media

3.4.2 Majlis Berbuka Puasa Bersama Media

4.0 SIARAN AKBAR

9
SIARAN AKHBAR

Penghijauan Stesen Petronas


TNBES Sertai GreenTech Malaysia dan PDB bagi Pemasangan
100 Stesen ChargEV Menjelang 2018

12 Oktober 2017, Kuala Lumpur – TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES), anak syarikat
milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menandatangani perjanjian perkongsian
tiga pihak bersama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan Perbadanan Teknologi
Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) untuk meningkatkan komitmen masing-masing secara
kolektif ke arah sasaran pengurangan pelepasan karbon keseluruhan Malaysia sekaligus
memangkinkan inisiatif Ekonomi Hijau.

Melalui perjanjian perkongsian tiga pihak ini, menjelang 2018, PDB komited untuk
memasang 100 stesen pengecasan kereta elektrik, ChargEV dan meningkatkan bilangan
ChargEV secara berperingkat selaras dengan permintaan pasaran melalui penerokaan
perkongsian strategik lain. Di 100 stesen terpilih ini, PDB juga akan memasang Panel Solar
Photovoltaic (PV). Dengan ini, tenaga yang digunakan untuk menghidupkan ChargEV adalah
boleh diperbaharui dan bebas karbon sepenuhnya.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan TNBES, Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd
Hamid, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Mohd Ibrahimnuddin
Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GreenTech Malaysia, Dr. Azman
Zainul Abidin di dalam Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eco
Antarabangsa Ke-8, IGEM 2017.

10
Perjanjian perkongsian ini merupakan lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MoU)
yang ditandatangani pada 2016 di antara GreenTech Malaysia dan PDB untuk memasang 66
stesen pengecasan ChargEV. Sehingga kini, 55 stesen pengecasan telah dipasang di stesen
Petronas terpilih di seluruh negara.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian itu, Dato Ibrahimnuddin berkata, "Kami
gembira dapat menguatkan lagi perkongsian sedia ada kami dengan GreenTech Malaysia dan
membangunkan yang baru dengan TNBES yang memainkan peranan yang lebih besar dalam
memenuhi sasaran hijau negara kita. Perjanjian perkongsian bukan sahaja membolehkan
kami menyediakan kemudahan kepada pemandu kereta elektrik tetapi membolehkan juga
kami mengetahui lebih lanjut apa yang kami boleh lakukan untuk mengurangkan pelepasan
karbon di stesen kami. Pemantauan tindak balas pasaran akan dilakukan secara berterusan
dan pihak kami tidak beragak-agak menambah bilangan stesen pengecasan ChargEV
sekiranya terdapat peningkatan permintaan terhadap kemudahan itu”.

Sebagai tambahan kepada kemudahan pengecasan ChargEV dan Panel Solar PV, TNBES dan
dan GreenTech Malaysia juga akan membantu mengubah 100 stesen terpilih ke dalam konsep
stesen cekap tenaga melalui pemasangan lampu cekap tenaga dan penghawa dingin serta
mengintegrasikan sistem pengurusan tenaga di setiap stesen ini.

Bercakap mengenai perkongsian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GreenTech


Malaysia, Dr. Mohd Azman Zainul Abidin berkata, ” Pengumuman hari ini adalah sesuatu
yang penting kerana ia meletakkan asas kuat dalam masa depan penghijauan sektor
pengangkutan.Mencapai kejayaan pada kerjasama yang lalu, tahun ini GreenTech Malaysia
berbangga untuk berkerjasama dengan TNBES dan PDB untuk memanfaatkan rangkaian
stesen petroleum terbesar negara untuk menubuhkan rangkaian stesen pengecasan kereta
elektrik terluas di Malaysia”.

Pengarah Urusan TNBES, Dr. Ir. Ahmad Jaafar Abd Hamid menyifatkan MoU ini sebagai
satu lagi kerjasama utama GLC dalam meningkatkan usaha ke arah tenaga hijau. ”TNBES
akan menyediakan penyelesaian inovasi gaya hidup cekap tenaga yang akan memacu
pertumbuhan tenaga hijau di Malaysia”.

11
Komitmen PDB terhadap penghijauan stesen Petronas merupakan sokongan terhadap negara
dalam mencapai pengurangan sebanyak 45% pelepasan karbon menjelang tahun 2030. Ianya
juga menyokong inspirasi kerajaan dalam mengubah Langkawi kepada kepada pulau rendah
karbon. Peningkatan kemudahan pengecasan diletakkan bagi melengkapkan usaha
GreenTech Malaysia dalam menggerakkan teksi elektrik di sekitar pulau itu. PDB melihat ke
hadapan untuk mendapatkan peluang yang menarik di bawah kerjasama sinergi ini dalam
menyokong agenda negara hijau.
-tamat-

MAKLUMAT LATAR BELAKANG

GREENTECH MALAYSIA
Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia atau GreenTech Malaysia adalah organisasi di bawah
bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Malaysia (KETTHA),
bertanggungjawab dengan pembangunan dan promosi teknologi hijau sebagai enjin strategik
untuk pertumbuhan sosioekonomi di Malaysia.

TNBES
TNB Energy Services Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad
yang mengkhusus dalam penyediaan penyelesaian dan perkhidmatan tenaga hijau untuk
projek-projek pembangunan, perundingan, operasi dan penyelenggaraan tenaga diperbaharui.
Syarikat menjadi penyedia penyelesaian akhir dalam kecekapan tenaga dan tenaga boleh
diperbaharui sejak ditubuhkan pada tahun 1997.

PETRONAS DAGANGAN BERHAD


Petronas Dagangan Berhad adalah cabang pemasaran utama domestik Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS), syarikat minyak kebangsaan, yang memegang 69.86% ekuiti.
Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982 dan disenaraikan
di Bursa Malaysia pada 8 Mac 1994. Sebagai peruncit dan pemasar terkemuka di Malaysia
bagi produk hiliran minyak dan gas, syarikat memasarkan pelbagai produk petroleum
berkualiti tinggi termasuk petrol motor, bahan bakar penerbangan, minyak tanah, diesel,
minyak bahan api, minyak bunker, pelincir, gas petroleum cecair (LPG) dan bitumen di
Malaysia.

12
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
GreenTech Malaysia
Umar Hamzah | 019-667 8217 | umar.hamzah@greentechmalaysia.my

Petronas Dagangan Berhad


Lim Lai Ling | 012-442 5312 | lailing.lim@petronas.com.my

TNBES
Elena Putri binti Mohamad Nor |03-2296 5566 | elena.putri@tnb.com.my

13
5.0 KESIMPULAN

Perhubungan media merupakan salah satu strategi pengurusan yang perlu diuruskan dengan
terperinci. Setiap perlaksanaannya perlu berjalan dnegan lancar dan maklumat yang
disampaikan boleh difahami dengan jelas oleh sasaran penonton. Melalui perhubungan
media, pegawai perhubungan media perlu meletakkan maklumat tentang produk dan syarikat.
dengan mengembangkan sudut cerita yang menarik dan relevan kepada media. Ini kerana
perhubungan awam merupakan alat pengiklanan percuma organisasi dan ianya memainkan
peranan penting dalam menjamin kestabilan dan kemakmuran syarikat.

Kejayaan syarikat dalam menjalinkan hubungan strategi bersama pihak media dapat
mempengaruhi kualiti imej syarikat ke arah yang lebih efektif terutamanya terhadap sasaran
penonton. Ini boleh dilihat dengan peningkatan maklumbalas positif terhadap syarikat dari
segi penjualan ataupun pelaburan. Saluran media yang digunakan adalah melalui media
tradisional seperti surat khabar, stesen televisyen dan lain – lain serta media baru seperi
laman web, media sosial dan sebagainya.

Kemunculan teknologi maklumat banyak merubah cara penyiaran berita disebarkan kepada
penerima. Selain daripada memberi ruang yang lebih banyak untuk maklumat dan berita
disebarkan, ianya juga dapat mencapai penonton di serata dunia. Oleh itu, pegawai
perhubungan media perlu menyediakan maklumat dan berita yang berkualiti dan menjaga
hubungan yang baik dengan pihak media demi kepentingan kelangsungan syarikat.

(2,581 Patah Perkataan)

14
6.0 RUJUKAN DAN PETIKAN

Ridgway, J. (1996). Practical media relations (2nd ed.). Vermont : University Pres
Cambridge.

15

You might also like