You are on page 1of 17

MPU 3412

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER MEI / 2019

MPU 3412

KHIDMAT MASYARAKAT
MPU 3412

BIL ISI KANDUNGAN M/S


1.0 Aktiviti 1 - Dokumentasi 2
1.1 Pengenalan Aktiviti 2
1.2 Latar Belakang Organisasi : SRA Bandar Seri Putra 3
1.3 Maklumat Aktiviti Khidmat Masyarakat 3
1.4 Ahli –Jawatankuasa Dan Penjelasan Tugasan 4
1.5 Objektif Aktiviti Khidmat Masyarakat 4
1.6 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti 5–6
1.7 Belanjawan Program 6
1.8 Penghargaan 7
2.0 Aktiviti 2 - Komunikasi 8
2.1 Lampiran URL Video 8
3.0 Aktiviti 3 – Jurnal Reflektif 9
3.1 Rekod Sebelum, Semasa dan Selepas Perlaksanaan 9 – 10
3.2 Kekuatan dan Kelemahan 10 – 11
3.3 Cadangan dan Penambahbaikan 11
4.0 Aktiviti 4 – Cara Menghormati Masyarakat Berbilang Bangsa 12
4.1 Menghormati dan Menerima Budaya Lain 12
4.2 Toleransi 12 – 13
4.3 Mengamalkan Budaya Keamanan 13
5.0 Kesimpulan 14
6.0 Rujukan Dan Petikan 15
MPU 3412

PROGRAM JALINAN KASIH DAN


GOTONG ROYONG BERSAMA
SRA BANDAR SERI PUTRA

TEMPAT :
SURAU MUMTAZ,
SEKOLAH RENDAH AGAMA
BANDAR SERI PUTRA
JALAN SERI PUTRA 2/1 BANDAR
SERI PUTRA, 43000 KAJANG,
MALAYSIA

TARIKH :
07 JULAI 2019 ( SABTU)

MASA :
08:30 AM – 01:00 PM

1
MPU 3412

1.0 AKTIVITI 1 - DOKUMENTASI

1.1 PENGENALAN AKTIVITI


Program Khidmat Masyarakat yang bertemakan gotong royong telah dilaksanakan dengan
jayanya pada 07 Julai 2019 bersamaan hari Sabtu bertempat di Surau Mumtaz, Sekolah Rendah
Agama Bandar Seri Putra (SRABSP). Program ini dijalankan dengan kerjasama di antara
pelajar Open University Malaysia (OUM) dengan guru dan murid SRABSP berserta pihak
Persatuan Ibu Bapa Sekolah (PIBG) SRABSP. Jumlah keseluruhan peserta terlibat adalah
hampir 30 orang. Program aktiviti kemasyarakatan secara berkumpulan ini dirancang bagi
membersihkan kawasan surau dan sekitarnya. Selain daripada sebagai tanggungjawab sosial,
program ini juga diadakan bagi menjalinkan serta mengukuhkan semangat kemasyarakatan di
dalam komuniti. Ianya juga membantu menerapkan konsep kerjasama serta tolong menolong
antara satu sama lain dengan memberi sumbangan dalam bentuk kemahiran dan tenaga kerja.

1.1.1 Lokasi Aktiviti Khidmat Masyarakat. Surau Mumtaz SRABSP

1.1.2 Peserta Program Khidmat Masyarakat Yang Terlibat

2
MPU 3412

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI


Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) merupakan sebuah sekolah rendah
agama yang dikendalikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah rendah
agama ini terletak di Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul
Ehsan. SRABSP mempunyai sokongan serta komitmen yang luar biasa daripada ibu bapa
dalam pelbagai program dalam dan luar darjah sehingga sekolah ini mencapai kecemerlangan
dan menjadi ikon dalam bidang pendidikan dan sukan. SRABSP membuktikan kecemerlangan
dalam bidang akademik dengan merangkul Anugerah Sekolah Harapan 2015 dan 2016,
Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Selangor 2017 dan juga yang terkini Anugerah Sekolah
Cemerlang Daerah Sepang bagi tahun 2018. Menariknya juga, SRABSP merupakan satu-
satunya sekolah rendah agama di Malaysia yang mempunyai pasukan bola sepak sendiri yang
mempunyai pencapaian cemerlang sama ada di peringkat negeri dan juga di luar negara.

1.3 MAKLUMAT AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT


Berikut merupakan maklumat tentang aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan :-

Nama Program : Program Jalinan Kasih Dan Gotong Royong Bersama SRABSP
Tema : Program Khidmat Masyarakat Di Sekolah – Gotong Royong
Tarikh : 07 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 08.30 pagi sehingga 01.00 petang
Tempat : Surau Mumtaz, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP)
Peserta : 30 Orang
3
MPU 3412

1.4 AHLI JAWATANKUASA DAN PENJELASAN TUGAS

Nama Ahli Jawatan Penjelasan Tugas


Elena Putri Mohamad Nor Ketua Program Membuat perancangan dan perlaksanaan
program seperti berurusan dengan pihak
sekolah dan PIBG. Membahagikan
tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa
lain serta memastikan semua aktiviti
program berjalan lancar.
Hayati Yusoff Setiausaha Membantu ketua program menyediakan
surat permohonan kepada sekolah dan
menyediakan senarai keperluan
program.
Norliza Ayob Pengurusan Jamuan Menguruskan keperluan makanan dan
minuman kepada semua peserta.
Mohd Faidz Pengurusan Aktiviti Menguruskan barang keperluan untuk
kegunaan aktiviti pembersihan.
Mohd Syafiq Pengurusan Logistik Menguruskan pengangkutan bagi semua
barang keperluan program semasa hari
program berlangsung.

1.5 OBJEKTIF KHIDMAT MASYARAKAT


Antara objektif program khidmat masyarakat ini adalah:-
 Membantu meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silatulrahim di antara
masyarakat setempat dengan warga sekolah.
 Memupuk dan menerapkan semangat generasi muda dengan aktiviti kemasyarakatan di
samping mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyumbang tenaga kerja di dalam
program yang berfaedah.
 Membentuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap komuniti di persekitaran
serta menerapkan sifat saling bantu membantu antara satu sama lain.
 Membentuk konsep sukarelawan bagi melahirkan generasi muda yang kaya dengan jati
diri dan nilai – nilai murni dalam menghadapi cabaran globalisasi yang mendatang.

1.6 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI


4
MPU 3412

PERANCANGAN AKTIVITI
Perancangan yang strategik diperlukan bagi memastikan perancangan aktiviti lebih jelas dan
bersistematik mengikut kepentingan, aktiviti yang dilakukan lebih mudah dikawal dan tahap
pencapaian matlamat boleh dikenalpasti serta bersesuaian dengan objektif program.
Perancangan melibatkan aktiviti – aktiviti seperti misi dan matllamat yang hendak dicapai,
pemilihan strategi dan taktik untuk mencapai matlamat, dan pengagihan sumber seperti tenaga
kerja, kos pembelanjaan yang terlibat serta kemudahan dan peralatan yang diperlukan. Berikut
merupakan perancangan program yang terlibat di dalam aktiviti ini:-

Perkara Tugasan
Perancangan Program ini dirancang sejak dari awal bulan Jun 2019 untuk memastikan
ianya berjalan dengan lancar. Pemilihan projek gotong royong sekolah
dipilih dicadangkan dilakukan pada 07 Julai 2019 bertempat di SRABSP.
Penyusunan Perlantikan pasukan sukarelawan seramai 5 orang terdiri daripada pelajar
OUM disusun mengikut peranan masing-masing dan ahli pasukan diberi
taklimat tentang program yang akan diadakan.
Tenaga Kerja Beberapa pihak lain terlibat dalam menjayakan program ini seperti wakil
pelajar dan guru SRABSP, pihak PIBG SRABSP dan juga ibu bapa murid.
Arahan Tugas Proses pembuatan keputusan perlu dipersetujui sebulat suara dan arahan
diberikan kepada ahli pasukan. Ahli perlulah patuh dan fahami dengan
jadual program yang telah ditetapkan.
Penyelarasan Beberapa mesyuarat dan perjumpaan bersama ahli pasukan dan juga pihak
sekolah telah diadakan bagi menyelaraskan program ini bagi memastikan
ianya berjalan dengan lancar.
Pelaporan Semua proses yang berkaitan dengan projek dan dokumentasi disediakan
dan direkod seperti surat permohonan kepada sekolah, aktiviti pembersihan,
jamuan dan sebagainya.
Belanjawan Belanjawan disediakan mengikut anggaran belanjawan dan segala tindakan
yang mempunyai implikasi kewangan direkod dan diproses.

PELAKSANAAN AKTIVITI
Pelaksanaan aktiviti perlulah sama seperti yang dirancangkan supaya matlamat program boleh
dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pada 07 Julai 2019, seawal 8.30 pagi, saya

5
MPU 3412

bersama-sama rakan pasukan tiba di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra bagi
melaksanakan program gotong royong di kawasan surau sekolah berkenaan. Cuaca pagi hari
itu agak buruk di mana hujan lebat turun sehingga melewatkan perjalanan program gotong
royong ini. Berikut merupakan tentatif jadual program gotong royong yang diadakan:-

Masa Aktiviti
08:30 am – 09:00 am Para Peserta Berkumpul
09:00 am – 09:30 am Sarapan Pagi
09:30 am – 10:00 am Sesi Pengenalan Diri, Taklimat Program Gotong Royong dan
Pengagihan Tugas Pembersihan
10:00 am – 12:30 pm Sesi Pembersihan Kawasan Dalaman dan Luaran Surau
Mumtaz
12.30 pm – 01:00 pm Program Tamat dan Makan Tengah Hari

1.7 BELANJAWAN PROGRAM


100 peratus jumlah peruntukan belanjawan dibiayai oleh sumbangan peribadi pelajar Open
University Malaysia (OUM) sebanyak RM500.00 dan juga sedikit sumbangan makanan dan
minuman daripada pihak PIBG SRABSP. Berikut merupakan pecahan pembelanjaan yang
digunakan di dalam program ini.

Belanjawan (RM) (RM)


Peruntukan
Sumbangan peribadi pelajar OUM 500.00
Tolak : Pembelanjaan
Pembelian Peralatan Pembersihan 100.00
Tempahan Sarapan Pagi 150.00
Tempahan Makan Tengah Hari 250.00
Jumlah Pembelanjaan (500.00)
Lebihan / (Kurangan) 0.00

1.8 PENGHARGAAN
Saya sebagai pelajar OUM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli pasukan OUM,
pihak SRABSP, pihak PIBG SRABSP, adik – adik SRABSP Gators dan juga ibubapa murid
lain yang telah menjayakan Program Jalinan Kasih dan Gotong Royong di kawasan surau
SRASBP yang berlangsung pada 07 Julai 2019 lepas. Terima kasih yang tidak terhingga di atas

6
MPU 3412

sokongan padu dan komited kepada semua pihak yang terlibat walaupun cuaca buruk sedikit
menghalang kelancaran program ini. Semua ini memberi dorongan kepada saya untuk menjadi
lebih yakin dalam merealisasikan program ini sekaligus dapat menyiapkan projek khidmat
masyarakat sepertimana diperlukan di dalam tugasan OUM MPU3142 – Khidmat Masyarakat.
Melalui program ini, saya dapat mempelajari nilai-nilai hidup yang berguna dan dapat
mengeratkan silatulrahim di dalam komuniti ini. Sikap tolong menolong antara satu sama lain
dan saling bekerjasama dapat dilihat sepenuhnya sepanjang program ini berlangsung. Semoga
dengan program khidmat masyarakat seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara kita
semua.

2.0 AKTIVITI 2 – KOMUNIKASI

2.1 LAMPIRAN URL VIDEO

7
MPU 3412

Sudutan rakaman program gotong royong telah dikumpulkan di dalam video dan dimuatnaik
ke dalam Youtube di lampiran url berikut:-

https://www.youtube.com/watch?v=OfcrDco__MI&feature=youtu.be

Sudutan rakaman program gotong royong yang dikumpulkan di dalam video dan dimuatnaik
juga ke dalam Google Drive di lampiran url berikut:-

https://drive.google.com/drive/folders/1cZc51xhxc5R3BfZaqouV6AGKokmJjtk_?usp=sharing

3.0 AKTIVITI 3 – JURNAL REFLEKTIF

3.1 REKOD REFLEKTIF

8
MPU 3412

SEBELUM PELAKSANAAN
Perancangan dan penyelarasan program khidmat masyarakat ini adalah amat diperlukan dalam
mengekalkan kelancaran jadual yang ditetapkan sekaligus membantu mencapai objektif
matlamat program. Semua ahli pasukan memberi kerjasama dan perhatian sepanjang
penyusunan dan penyelarasan pelan tindakan dan berjaya melaksanakan tugas dan peranan
masing-masing dengan baik sekali. Semua keputusan yang diambil semasa perancangan juga
dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli pasukan dan kerjasama yang bagus dapat
ditunjukkan sepanjang projek berjalan. Semua proses dan pelan tindakan dapat diselaraskan
dengan baik apabila aspek komunikasi antara ahli jawatankuasa ditekankan. Melalui aplikasi
Whatsapp, semua ahli berkongsi kemajuan peranan dan tugas yang diberikan serta
mengkongsikan sebarang halangan yang dihadapi sepanjang proses tugasan. Segala persiapan
dari segi surat menyurat, kelulusan, tempahan makanan dan keperluan peralatan juga berjaya
diselesaikan sebelum bermulanya program.

SEMASA PELAKSANAAN
Semasa program gotong royong ini berlangsung, para peserta berkumpul pada waktu yang
ditetapkan walaupun cuaca buruk disebabkan hujan turun dengan lebat. Peralatan pembersihan
semua dikumpulkan dan peserta menikmati sarapan pagi sebelum bermulanya taklimat
pengenalan dan sesi pembersihan. Aktiviti pembersihan berlangsung bermula pukul 10.30 pagi
sehingga 12.30 tengah hari dan program dijangka tamat pada 01.00 petang. Para peserta akan
membersihkan kawasan dalaman surau terlebih dahulu sebelum pergi ke kawasan luar surau.
Semua pihak menunjukkan kerjasama dan saling bantu membantu semasa proses pembersihan
berlangsung. Hujan mulai reda pada pukul 11.45 pagi dan semua peserta masih lagi memberi
komitmen yang kuat termasuklah peserta muda iaitu para sukarelawan pelajar SRABSP dan
para pemain SRABSP Gators. Ini menunjukkan program khidmat masyarakat ini dapat
membantu dalam memupuk semangat kemasyarakatan di dalam diri generasi muda dan
membantu mereka menjalani gaya hidup yang sihat dan memperolehi pengalaman yang
bernilai.

SELEPAS PELAKSANAAN
Selepas program tamat, semua pihak diberi penghargaan atas kejayaan penglibatan dalam
program gotong royong dan komited sehingga selesai. Semua berkumpul untuk sesi
9
MPU 3412

bergambar. Semua peralatan pembersihan dikumpulkan di satu tempat dan peralatan –


peralatan ini terus diberikan kepada pihak sekolah sebagai sumbangan dan boleh digunakan
untuk program khidmat masyarakat seterusnya. Sesi temuramah peserta yang terlibat juga
dilakukan bagi mengetahui bagaimana program ini memberi kesan kepada mereka. Rata-rata
peserta merasa gembira dapat terlibat dalam program ini kerana ianya memberi peluang kepada
mereka memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga memupuk semangat tolong
menolong serta sikap ringan tulang. Program tamat selepas sesi jamuan makan tengah hari.
Objektif dan matlamat program tercapai.

3.2 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KEKUATAN
 Objektif dan matlamat program berjaya dicapai dengan bantuan semua pihak kerana
memberikan sepenuh kerjasama sepanjang program dirancang dan dilaksanakan.
 Semua ahli jawatankuasa dan peserta komited dalam melaksanakan tugas dan peranan
masing-masing dengan baik.
 Perjalanan program lancar mengikut jadual dan tugasan yang diberi pada saat-saat akhir
berjaya diselesaikan.
 Program gotong royong tamat dengan semangat perpaduan kemasyarakatan yang
harmoni.
 Bantuan yang diterima oleh ibubapa yang hadir menunjukkan keprihatinan terhadap
persekitaran persekolahan anak-anak.

KELEMAHAN
 Kurangnya peralatan pembersihan yang sesuai. Sebahagian kawasan tidak dapat
dibersihkan sepenuhnya disebabkan ketiadaan peralatan yang sesuai seperti kawasan
10
MPU 3412

longkang sekitar surau tidak dapat dibersihkan sepenuhnya kerana ketiadaan peralatan
'water jet' dan rumput panjang dan dahan pokok besar tidak dapat dipotong kerana
peralatan terhad.
 Kekurangan peralatan gotong royong dengan nisbah peserta yang hadir.
 Penglibatan ibubapa yang sedikit dalam program ini walaupun program gotong royong
telah diwar-warkan seminggu sebelum dilaksanakan.
 Ketiadaan lori sampah yang ditetapkan untuk mengambil sampah.

3.3 CADANGAN DAN PEMBAIKAN


 Tempoh masa perancangan program perlu dimulakan awal sekurang-kurangnya
sebulan. Semua ahli jawatankuasa yang terlibat perlu hadir ke semua mesyuarat yang
diadakan.
 Pembuatan keputusan bagi memberi ketetapan pada lokasi dan tarikh program, jumlah
peserta, permohonan kelulusan kepada pihak terlibat dan anggaran perbelanjaan perlu
dibuat dengan cepat bagi memudahkan ahli pelaksana melakukan tugasan mereka.
 Membuat lawatan tapak sebelum program dimulakan agar jenis peralatan yang sesuai
boleh dibawa dan digunakan ketika program berlangsung.
 Membawa peralatan pembersihan tambahan agar semua pihak dapat membersihkan
kawasan yang ditugaskan dengan lebih efisen dan cepat.

4.0 CARA MENGHORMATI MASYARAKAT BERBILANG BANGSA

11
MPU 3412

4.1 MENGHORMATI DAN MENERIMA BUDAYA LAIN


Belajar untuk menerima dan menghormati budaya lain adalah satu langkah penting untuk
mempelajari sesuatu yang baru mengenai dunia dan mempunyai pengalaman mengenainya.
Salah satu cara penting untuk menerima dan menghormati budaya lain adalah dengan
meluangkan sedikit masa mempelajari dan mengembangkan pengetahuan berkaitan budaya dan
agama lain. Membuat sedikit penyelidikan dalam budaya dan agama dapat membantu dalam
memahami budaya lain dan bagaimana menghormati mereka. Dengan cara ini, ianya boleh
mengelakkan kesalahfahaman terhadap budaya lain. Cara terbaik untuk belajar menghormati
dan menerima budaya lain adalah dengan mengajar tentang budaya yang berbeza kepada
generasi baru pada usia muda lagi. Ini akan membantu mengurangkan diskriminasi mereka
setelah dewasa kelak. Setiap ibubapa perlu meluangkan masa untuk mengajar anak-anak
mereka berkaitan budaya lain dan cara menghormatinya.

Setiap manusia dilahirkan di dalam etnik, bangsa, agama dan budaya mereka sendiri. Dengan
mengamalkan kesedaran diri dan meluangkan masa mencerminkan kepercayaan dan
kecenderungan diri sendiri, dapat membantu individu menyedari perkara-perkara baru tentang
budaya sendiri dan budaya lain. Ini dapat membantu dalam aspek penerimaan budaya dan
menghargai perbezaan budaya. Menghormati dan menerima budaya lain pastinya membantu
negara dalam menjaga perpaduan dan keharmonian di antara bangsa dan negara seterusnya
menjadi sebuah negara berbilang bangsa yang terbaik di dunia.

4.2 TOLERANSI
Toleransi merupakan alat yang digunakan di seluruh dunia untuk mengajak orang yang berbeza
bangsa, agama dan budaya untuk hidup dan bekerja bersama demi kebaikan negara. Toleransi
adalah satu konsep yang amat penting dalam mempelajari menghormati dan menerima budaya
lain. Toleransi merupakan satu pengiktirafan terhadap hak asasi manusia dan hak kebebasan
orang lain di mana ianya juga merupakan pengiktirafan nilai perbezaan tanpa sebarang
penghakiman. Toleransi adalah amat penting dalam penghormatan terhadap masyarakat
berbilang bangsa kerana penerimaan bebas ke atas perbezaan orang lain adalah kunci
keamanan dalam kemasyarakatan.

12
MPU 3412

Melalui toleransi bersama, kepercayaan agama merupakan sumber etika dan moral dalam
masyarakat perlu dihormati dengan baik kerana ianya menyumbang kepada kemakmuran
negara. Usahasama semua pihak adalah penting bagi mewujudkan toleransi dalam
kemasyarakatan dan perpaduan dalam negara. Lanjutan daripada rusuhan yang berlaku pada 13
Mei 1969, Rukun Negara diperkenalkan bertujuan untuk mencapai perpaduan dan
keharmonian bangsa dan kepentingannya dalam menstabilkan negara. Di dalam Rukun Negara,
tidak menghina kepercayaan agama dan budaya bangsa lain dan menekankan prinsip tingkah
laku yang baik adalah komponen penting yang perlu disemat dalam diri dan masyarakat.

4.3 MENGAMALKAN BUDAYA KEAMANAN


Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama adalah bertanggungjawab
menghormati semua agama dan bangsa serta komited dalam memelihara pepaduan,
keharmonian dan muhibah di dalam negara ini. Melalui perayaan tahunan seperti Hari Raya,
Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, perayaan ini perlu digunakan dalam proses
memupuk dan mempromosi perpaduan sosial, kedamaian, dan integrasi kaum dengan
menyertai semua perayaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye (2016), mencapai perpaduan di antara kaum, agama dan
budaya yang pelbagai merupakan cabaran terbesar negara. Sehubungan itu, dengan
mengamalkan budaya keamanan dan membina persefahaman serta penghormatan di kalangan
kumpulan etnik mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
adalah kunci keamanan dan perpaduan negara. Perpaduan negara merupakan hadiah yang tidak
ternilai dan harus dijaga daripada perkara yang boleh menghasut ketegangan antara kaum
seperti ekstremisme, ketaksuban keagamaan dan juga lonjakan perkauman. Tindakan tegas
perlu diambil sekiranya terdapat individu yang cuba ingin merosakkan perpaduan dan
mewujudkan ketegangan serta rusuhan antara bangsa dan agama di dalam negara ini.

13
MPU 3412

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Program Jalinan Kasih dan Gotong Royong bersama SRA Bandar Seri Putra
berlangsung dengan jayanya pada 07 Julai 2019. Ini semua disebabkan oleh perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang baik daripada semua pihak terutamanya ahli jawatankuasa yang
terlibat. Semua ahli menjalankan peranan dan tugasan yang diberikan dengan bagus dan
program dapat diselaraskan dengan baik sehingga tamat. Matlamat dan objektif program untuk
membantu meningkatkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silatulrahim di antara
masyarakat setempat dengan warga sekolah serta menerapkan semangat generasi muda dengan
aktiviti kemasyarakatan di samping mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyumbang
tenaga kerja di dalam program yang berfaedah telah berjaya dipupuk. Walaupun terdapat
halangan dan kelemahan yang terjadi, semuanya boleh diperbaiki dan cadangan baru boleh
dimasukkan ke dalam program khidmat masyarakat yang lain. Program seperti ini penting bagi
mendidik generasi muda untuk mempelajari pengalaman baru yang boleh digunakan dalam
menjalani hidup kemasyarakatan yang berbilang bangsa dan agama. Adalah penting untuk
masyarakat kini menghormati dan menerima budaya lain, bertoleransi dan mengamalkan
budaya keamanan agar perpaduan dan keharmonian negara tidak mudah tergugat dengan
hasutan negatif yang boleh meruntuhkan muhibah antara masyarakat berbilang bangsa dan
agama.

(2,541 Patah Perkataan)

14
MPU 3412

6.0 RUJUKAN DAN PETIKAN

Tan Sri Lee Lam Thye, 08 Feb 2016. Promote A Culture Of Peace. The Star. Diambil
daripada https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2016/02/08/promote-a-culture-of-peace/

15

You might also like