You are on page 1of 15

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS (BBA)

SEMESTER MAY 2019

MPU3412

KHIDMAT MASYARAKAT

NO. MATRIKULASI : 861203595214001


NO. KAD PENGNEALAN : 861203-59-5214
NO. TELEFON : 012-2889414
E-MEL : nooridayumohdnor@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI


ISI KANDUNGAN
AKTIVITI 1

1.1 Pengenalan
1.2 Tujuan
1.3 Misi
1.4 Matlamat
1.5 Objektif
1.6 Tema
1.7 Nama Aktiviti
1.8 Anjuran
1.9 Tarikh dan Masa
1.10 Tempat
1.11 Ahli-ahli Yang Terlibat
1.12 Tugasan
1.13 Objektif Aktiviti
1.14 Perincian Aktiviti
1.15 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti
1.16 Perbelanjaan
1.17 Penghargaan

AKTIVITI 2

2.1 Pautan video di youtube

AKTIVITI 3

3.1 Jurnal Reflektif


3.2 Rekod Sepanjang Pelaksaan Program
3.3 Kekuatan dan Kelemahan
3.4 Cadangan untuk Penambahbaikan

AKTIVITI 4
AKTIVITI 1

1.1. PENGENALAN

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan


dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk
meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu.
Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil
dan impak kepada komuniti yang menerima. Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang
amat penting untuk memupuk perasaan muhibah dan mengeratkan silaturrahim.

Mata pelajaran Khidmat Masyarakat MPU3412 adalah salah satu subjek yang ditawarkan
pada semester May 2019. Untuk lulus dalam mata pelajaran ini, saya diwajibkan menjalankan
salah satu aktiviti khidmat masyarakat secara berkumpulan. Aktiviti ini haruslah dijalankan
dengan bersungguh-sungguh dan rasa tanggungjawab agar objektif program ini dapat dicapai
sepenuhnya.

1.2. TUJUAN

Kertas kerja ini dibuat adalah untuk melahirkan manusia yang cintakan agama, bangsa dan
negara. Ia juga mendidik ahli-ahli sebagai agen-agen pembangun masyarakat dan
kemanusiaan. Aktiviti seperti ini dapat mengumpulkan ahli-ahli bagi melaksanakan pelbagai
aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan rekreasi. Mewujudkan kerjasama di kalangan ahli-ahli
bagi mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka kepada anggota dan masyarakat
umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan, ketinggian akhlak serta
kesepaduan ilmu, iman dan amal. Dalam masa yang sama dapat melaksanakan pelbagai
aktiviti yang positif dan melahirkan ahli-ahli yang berketerampilan, berilmu, bertaqwa
sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.
1.3. MISI

Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar, kami akan memastikan perkara-
perkara berikut perlu dipatuhi :-
1. Menjaga tingkahlaku bagi semua ahli sepanjang program diadakan.
2. Program hendaklah dilaksanakan mengikut matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan.
3. Mematuhi peraturan yang ditetapkan dan arahan ketua kumpulan dengan tugasan yang
telah diberikan.

1.4. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah sebagai panduan atau rujukan untuk memastikan program
berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan

1.5. OBJEKTIF
1. Memupuk perasaan kasih sayang di kalangan masyarakat terutamanya anak-anak
yatim.
2. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang betul, melatih pemikiran secara kritikal
untuk menyelesaikan masalah serta menerapkan kemahiran bersosial dengan
masyarakat.
3. Menyuntik semangat kerja secara berpasukan dan ciri-ciri kepimpinan.
4. Memberi pendedahan yang luas tentang pengurusan program dengan melakukan
urusan bersama pihak lain dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang
diberikan.

1.6. TEMA

’ANAK YATIM, ANAK KITA. KELUARGA ASNAF, KELUARGA KITA’


1.7. NAMA AKTIVITI

”PROGRAM RAYA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM”

1.8. ANJURAN

Aktiviti yang saya dijalankan ini adalah bersama –sama dengan Gerakan Sukarelawan
Malaysia (non-govermental organisation). Mereka telah ditubuhkan pada tahun 2016 oleh
beberapa orang sukarela yang giat membuat kebajikan. Pada tahun 2019, ahli mereka semakin
bertambah dan mendapat banyak sokongan dari beberapa organisasi yang lain. Antara aktiviti
yang pernah mereka jalankan adalah seperti memberi bantuan kepada orang yang kurang
mampu, misi bantuan krisis air, projek kongsi rezeki dan bermacam-macam lagi. Aktiviti kali
ini melibatkan lebih kurang 20 orang sukarelawan.

1.9. TARIKH DAN MASA

Program ini dijalankan pada :

Tarikh : 12 June 2019

Masa : 3.00 petang hingga 8.00 malam

1.10. TEMPAT

Aeon Mall Shah Alam


Jln Akuatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

McDonalds Shaftsbury, Putrajaya,


Present 1, 62000 Putrajaya.
1.11. AHLI-AHLI YANG TERLIBAT

Seramai 20 orang sukarelawan dan 18 orang anak yatim

BIL NAMA JAWATAN


1 En Haiyan Ubda Pengerusi Gerakan Sukarelawan Malaysia
2 Puan Norshida Naib Pengerusi Gerakan Sukarelawan Malaysia
3 Fatma Syazana Setiausaha Gerakan Sukarelawan Malaysia
4 Hidayah Sofia Bendahari Gerakan Sukarelawan Malaysia
5 Noor Idayu Ahli sukarelawan (saya)
6 Najwa Anuar Ahli sukarelawan
7 Shahzrul Hussin Ahli sukarelawan
8 Nasha Mahmood Ahli sukarelawan
9 Nur Shieda Md Noh Ahli sukarelawan
10 Aizatul Illy Ahli sukarelawan
11 Nurashikin Desa Ahli sukarelawan
12 Julyarnis Jamaris Ahli sukarelawan
13 Farrah Dylla Ahli sukarelawan
14 Ainil Illyani Ahli sukarelawan
15 Syarifah Nashita Ahli sukarelawan
16 Muhammad Adam Ahli sukarelawan
17 Maulana Rahman Ahli sukarelawan
18 Mohd Shamsol Ahli sukarelawan
19 Hazwani Nabilah Ahli sukarelawan
20 Mohd Firdaus Ahli sukarelawan

1.12. TUGASAN
Setiap seorang anak yatim akan dijaga oleh seorang sukarelawan. Sukarelawan akan
membantu anak itu mencari sepasang baju dan kasut untuk kelengkapan raya.
1.13. OBJEKTIF AKTIVITI

 Meringankan sedikit perbelanjaan untuk kelengkapan hari raya bagi anak-anak yatim
ini.

 Menceriakan anak-anak yatim dengan pakaian baru dan berbuka di McDonalds.

1.14. PERINCIAN AKTIVITI

 Aktiviti ini telah dirancang 3 bulan lebih awal oleh ahli kumpulan Gerakan
Sukarelawan Malaysia
 Dana adalah dari sumbangan orang ramai. Kami telah mewar-warkan dalam laman
rasmi Facebook Gerakan Sukarelawan Malaysia.
 Perbelanjaan berbuka puasa pula telah mendapat tajaan dari pihak pengurusan
McDonalds, iaitu En Faizul Rizal.
 Anak-anak yatim ini dipilih dari yang di jaga oleh ibu mereka sendiri dari keluarga
asnaf sekitar Shah Alam dan Klang.
 Peruntukan sebanyak RM150 untuk seorang anak. Untuk satu set baju dan kasut.

1.15. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH AKTIVITI CATATAN


3 Jun 2019 Perjumpaan dengan ahli Gerakan Sehabis perjumpaan, setiausaha
Sukarelawan Malaysia. Membincangkan mewar-warkan meminta
cadangan untuk projek seterusnya iaitu sumbangan di laman rasmi
Projek Raya Bersama Anak-anak Yatim. Facebook Gerakan Sukarelawan
Malaysia
28 April Pencarian, perbincangan dan pemilihan Menetapkan shopping mall
2019 calon anak-anak yatim yang layak sekitar untuk membeli keperluan dan
Shah Alam dan Klang perbelanjaan untuk seorang.
5 May 2019 Perjumpaan dengan ahli yang terlibat Setiap ahli yang terlibat
untuk menetapkan tugasan semasa projek hendaklah menjemput dan
dijalankan kelak. menghantar pulang anak-anak
yatim ke rumah masin-masing.
2 June 2019 Hari Program Raya Bersama Anak-anak
Yatim berlangsung.

1.16. PERBELANJAAN

Untuk kelengkapan raya seperti pakaian dan kasut, peruntukan seorang anak yatim RM150.

Total RM150 x 18 orang = RM 2700

Makanan buka puasa, ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan McDonalds.

1.17. PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinNya, saya berjaya menyiapkan aktiviti
khidmat masyrakat saya. Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada Gerakan
Sukarelawan Malaysia kerana membantu saya dengan sepenuhnya bagi menjayakan program
raya bersama anak yatim ini. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada pihak OUM
kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat program khidmat masyarakat ini
menerusi subjek MPU3412 (Khidmat Masyarakat). Seterusnya, terima kasih juga saya
ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Mr Gananathan kena sudi memberi tunjuk ajar dan
nasihat dalam menjayakan projek ini. Ucapan terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.
Semoga Allah s.w.t menerima kebaikan anda dan membalasnya dengan pahala yang berlipat
kali ganda serta kebaikan dan keberkatan untuk kita semua.
AKTIVITI 2

Rakaman video berserta gambar telah diupload di youtube. Video saya bertajuk
’COMMUNITY SERVICE MPU3412 (OUM) SEMESTER MAY 2019 by Idayu Mohd Nor’
berdurasi 8.49 minit. Ini adalah pautan video tersebut:
https://youtu.be/vYM3TWmz43g
AKTIVITI 3

JURNAL REFLEKTIF
KHIDMAT MASYARAKAT MPU 3412
PROGRAM RAYA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
TARIKH : 12 JUN 2019

3.1. REKOD SEPANJANG PERLAKSANAAN PROGRAM

Sebelum Perlaksanaan
Tiga kali mesyuarat telah diadakan.
Aktiviti khidmat masyarakat program bersama anak-anak yatim telah dipilih pada
mesyuarat kali pertama. Idea ini mendatang sambutan yang baik oleh semua ahli. Ini
kerana, dana dari orang ramai semakin bertambah.
Program ini dipilih sempena raya yang akan datang.
Pembahagian tugas dan pencarian anak yatim telah diatur oleh pengerusi kelab iaitu En
Haiyan Ubda
Perbincangan tentang calon anak-anak yatim dan pemilihan telah ditetapkan pada pada
mesyuarat yang kedua.
Masalah yang dikenalpasti :
 Pembahagian anak-anak yatim kepada sukarelawan. Ini kerana sukarelawan
dikehendaki menjemput dan menghantar mereka di rumah.
 Perbelanjaan yang diperuntukan untuk seorang budak.
 Pemilihan shopping mall dan restoran.

Semasa Perlaksanaan
Program bermula pada pukul 3petang. Pada pukul 2, sukarelawan yang terlibat hendaklah
menjemput anak-anak yatim seperti yang telah diberikan.
Perjumpaan di hadapan Maybank di dalam Aeon Mall Shah Alam pada pukul 3. Sedikit
taklimat dari pengerusi.
Berpecah dan mengiringi anak yatim untuk membantu mereka mencari barang keperluan
(baju dan kasut). Di samping itu, merakam video dan gambar sepanjang program
berlangsung.
Pada pukul 5, kesemua hendaklah berkumpul satu tempat bersama-sama barang yang
telah dipilih untuk pembayaran. Selesai pembayaran sahaja, kami dikehendaki berkumpul
untuk sesi bergambar bersama. Kebetulan selepas bergambar, kami terjumpa satu
keluarga bersama anak OKU yang sedang memilih baju. Kami menyumbang sedikit
sumbangan berbentuk wang untuk anak mereka.
Pada pukul 6, kami telah bertolak ke Putrajaya untuk berbuka puasa di McDonalds
Shaftsbury.
Kami sampai di McDonalds pada pukul 7.00pm. Makanan telah tersedia oleh pihak
McDonalds. Bacaan doa telah dibaca oleh Encik Maulana dan kami berbuka puasa pada
pukul 7.20pm.
Serahanan sumbangan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim . Pada pukul
9.00pm, kami telah bertolak balik dan menghantar anak-anak yatim pulang ke rumah
masing-masing.

Selepas Perlaksanaan
Menemuramah ahli sukarelawan yang terlibat.
Memuat naik rakaman video dan kesemua gambar ke Google Drive
Pengumpulan maklumat untuk assignment.

3.2. KEKUATAN DAN KELEMAHAN YANG DAPAT DIKENALPASTI

Kekuatan
 Program ini dapat menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan yang baru
dikenali dari kumpulan ini.
 Kami didedahkan dengan cara untuk merancang, mengurus dan melaksanakan
sesuatu program secara berkumpulan. Malahan, dapat berbincang sesama kami
untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan.
 Kerja berkumpulan juga mengajar kami menjadi lebih bertolak ansur dalam
mendengar, menerima dan mencadangkan idea dan pendapat. Malah saya juga
turut didedahkan dengan cara dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan
apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan
Kelemahan
 Tempoh program sangat singkat kerana bulan puasa
 Pembahagian tugas yang dibincangkan semasa mesyuarat tidak dipatuhi kerana
penyertaan ramai sukarelawan pada saat akhir..

3.3. CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

 Program ini perlu dilanjutkan masa bagi mewujudkan pertalian yang lebih
mesra dengan anak-anak yatim.
 Program khidmat masyarakat ini perlukan masa dan perancangan yang teliti
agar aktiviti yang dijalankan itu akan memberi impak kepada kumpulan.
AKTIVITI 4

Sikap saling hormat-menghormati merupakan salah satu titik punca wujudnya keamanan dan
kebahagiaan dalam kehidupan masyarakat kita di Malaysia yang terdapat pelbagai kaum.
Tanpa titik punca ini, kita akan hidup dalam huru-hara, tiada pertimbangan dan bermusuhan
sesama sendiri. Hal ini bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu
kesopanan dan kesusilaan yang bertujuan melahirkan warga negara yang bersopan santun dan
bersusila. Sifat ini adalah paling bermakna dan sangat penting dalam perhubungan antara satu
sama lain dalam hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Nilai hormat-menghormati adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Namun begitu, masih lagi terdapat golongan yang menganggap sikap hormat hanya perlu
diberikan kepada orang tertentu sahaja yang mempunyai pangkat dan dapat memberi
keuntungan kepada mereka. Nilai atau rasa hormat ini boleh ditunjukkan dalam aktiviti harian
seperti sikap bekerjasama tanpa mengira kaum, harta, usia dan pangkat.

Sikap hormat-menghormati harus ada pada setiap individu, tidak mengenal usia, kaya atau
miskin, berpangkat atau tidak. Sikap ini perlu kerana, untuk memastikan keharmonian dalam
kehidupan bermasyarakat . Berkaitan dengan aktiviti khidmat masyarakat, sikap rasa hormat
ini perlu diterapkan ketika menjalankan aktiviti ini kerana melibatkan pelbagai orang dan
perlu dijalankan bersama-sama. Terdapat beberapa cara seseorang individu itu menunjukkan
rasa hormat terhadap masyarakat apabila menjalankan aktiviti khidmat masyarakat.

Tunjukkan rasa syukur terhadap setiap perkara dan perbuatan. Ucapkan terima kasih pada ahli
yang terlibat atas bantuan dan sokongan yang diberi. Ianya sangat penting kerana sebagai
tanda penghargaan terhadap mereka yang telah membantu melancarkan aktiviti khidmat
masyarakat ini. Tunjukkan rasa hormat dengan mengatakan terima kasih. Walaupun
diucapkan secara tidak langsung, tetapi ia sangat bererti bagi yang menerima ucapan itu.
Tidak menggunakan masa lebih dari beberapa minit untuk mengucapkannya.
Bercakap dengan sopan kepada semua orang. Ketika ingin bercakap dengan ahli yang lain,
samada menyampaikan maklumat atau meminta pertolongan, hendaklah menggunakan bahasa
yang sopan dan cara bercakap dengan betul. Agar tiada terasa hati. Dengan cara ini, orang
akan merasa senang dan rasa saling menghormati.

Bersikap sopan sepanjang aktivti dilakukan. Apa saja perbuatan hendaklah dalam keadaab
sopan dan teratur. Ini salah satu cara kita menunjukkan rasa hormat terhadap setiap ahli yang
terlibat dan masyarakat sekeliling. Jangan melakukan perkara-perkara yang tidak sopan
seperti menjerit di khalayak ramai dan bercakap dengan kuat tanpa mengendahkan keadaan
sekeliling. Ini akan membuatkan orang sekeliling tidak selesa dengan kita dan memandang
serong. Ini akan membuat orang hilang rasa hormat terhadap kita.

Jangan mengamalkan sikap diskriminasi terhadap seseorang. Kita hendaklah menghormati


semua orang tanpa mengira status. Banyak orang hanya akan menghormati orang-orang yang
berstatus tinggi dan akan bersikap kasar terhadap orang yang berstatus rendah. Kita
seharusnya bersikap baikkepada orang sekeliling. Aktiviti ini melibatkan anak-anak yatim,
seharusnya kami melayan mereka dengan baik. Tidak mahu mereka rasa tersisih.

Menawarkan bantuan juga salah satu cara menunjukkan rasa hormat. Membantu mereka yang
memerlukan pertolongan. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan.

Merujuk artikel dari portal rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara pada tarikh 13 Disember
2017 yang bertajuk ‘Aktiviti Kemasyarakatan Sebagai Medium Memupuk Semangat
Perpaduan Sesama Rakyat.
RUJUKAN

1. Ibrahim Ahmad, Abdul Halim Mohamed, Saadon Awang. (2007). Kokurikulum


Pembangunan Masyarakat. (Edisi kelima). Sintok: UUM Press.
2. Maimunah Osman (Khidmat komuniti yang Berkesan). (2000) Cetakan Siri
Pengurusan INTAN
3. Eddy Rosyadie (Juara Pentas! Panduan Praktikal Khidmat komuniti) : Cetakan
Pertama. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Sidhu, Kulwindr Kaur (Khidmat komuniti dan kemahiran persembahan): Cetakan
Kedua. (2007). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

You might also like