You are on page 1of 11

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

MPU3412

COMMUNITY SERVICE

MAY 2018

NAMA : CHONG MEI KUAN

MATRIK NUMBER : 860502595260002

SEMESTER : MAY 2017

LEARNING CENTER : BATU PAHAT, JOHOR

EMAIL : meganjanice@hotmail.com

PHONE NUMBER : 0177044404


Isi Kandungan

Bil Perkara Halaman

1 Aktiviti 1: Perancangan Projek Khidmat Masyarakat 2-7

2 AKTIVITI 2 – RAKAMAN VIDEO 8

3 AKTIVITI 3 – JURNAL REFLEKTIF 9 - 10

MPU 3412 Page 1


Aktiviti 1: Perancangan Projek Khidmat Masyarakat

1 Tema : Pembangunan Komuniti


2. Nama projek : Projek Keceriaaan Sekolah “Sekolahku Indah”
3. Latar belakang aktiviti khidmat masyarakat:
Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu. Sekolah yang cantik dan ceria
sememangnya menjadi impian semua guru dan murid-murid. Oleh itu, 3 orang pelajar
OUM Semester 5 telah merancang projek khidmat masyarakat pada bulan Julai 2018
untuk menjadikan kawasan sekolah menjadi ceria dan bersih. Dengan ini,murid-murid
pasti berasa seronok untuk belajar di sekolah yang ceria.
Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah. Antaranya ialah
mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Misalnya
mencuci meja dan bangku di sekitar sekolah, mengutip sampah, mencabut rumput dan
mencuci gelanggang bola keranjang. Kita mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah
agar dapat belajar dengan selesa.
Selain itu, peserta juga mengecat semula tiang gelanggang bola keranjang kerana
sudah berkarat . Semua warga sekolah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
mengecat dan membersihkan kawasan sekolah agar bangunan sekolah kelihatan lebih
berseri.
4. Tarikh : 13 July 2018 dan 20 July 2018
5. Masa : 8:30 am - 12:30 pm dan 2:30 pm – 4:30pm
6. Tempoh pelaksanaan projek : 2 hari
7. Ahli kumpulan projek:
Hari Pertama: 13/7/2018
4 orang guru dan 26 orang murid sekolah
Hari Kedua: 20/7/2018
3 orang guru dan 5 orang murid sekolah menengah

8. Organisasi yang terlibat: Persatuan bola keranjang SJKC PALOH

Persatuan bola keranjang SMK PALOH

MPU 3412 Page 2


9. Objektif projek : i. Membersih dan menceriakan kawasan sekolah.
ii. Memupuk semangat kerjasama antara guru dengan anak
murid.
iii. Memupuk semangat bertanggungjawab terhadap
persekitaran sekolah agar murid dapat belajar dengan
lebih selesa.
iv. Menerapkan nilai-nilai murni seperti mencintai
kebersihan, berdisiplin dan bekerjasama dan
mempunyai semangat sayang dan cintakan sekolah.

10. Anggaran perbelanjaan :

Anggaran Kos Jumlah Catatan


1. Makanan dan minuman RM 10.00 Peruntukan daripada
guru dan murid X 38 orang PIBG sekolah.
RM 760.00
-Sarapan X 2 hari
-Makan tengah hari
-Minum petang
3. Peralatan Peruntukan daripada
- Beg sampah 2 unit RM 10 PIBG sekolah.
-Penyapu 3 unit RM 24
-Serbuk cuci 1 unit RM 5
RM 232.00
-Sarung tangan 6 unit RM 18
-Cat 5 liter 1 unit RM 135
-Berus cat 8 unit RM 40
JUMLAH BESAR RM 992.00

MPU 3412 Page 3


11. Perancangan dan Pelaksanaan aktiviti :
Perancangan Projek
Sebelum memulakan pelaksanaan projek ini, saya dan rakan seperjuang OUM
berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan kebenaran beliau.
Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan sekolah.
Dengan ini, saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan
persetujuan Guru Besar sekolah iaitu En Tan Guo Leng .Selepas kertas kerja disahkan,
kami membeli peralatan dan bahan yang diperlukan.

Pelaksanaan Projek

Pada 13/7/2018,saya dan 3 orang rakan seperjuang menjalankan aktiviti

seperti membersihkan taman bunga sekolah, mengindahkan infrastruktur sekolah


dengan mencuci meja dan bangku.Selain itu, kami menyusun pasu bunga untuk tujuan
menghiasi tapak perhimpunan serta mencuci tapak perhimpunan.
Di samping itu, kami mencuci lantai gelanggang bola keranjang disebabkan sangat
kotor di sebelah gelanggang bola keranjang telah membina bangunan baru sekolah.
Pada 20/7/2018, saya dan dan 2 orang rakan seperjuang OUM membimbing
anak murid mengecat tiang di sekeliling gelanggang bola keranjang dengan cat warna
merah. Tindakan ini untuk mengelakkan kemalangan berlaku.Cat warna yang
berwarna merah untuk menarik perhatian murid supaya anak murid boleh menjaga
keselamatan diri sendiri sebab tiang bola keranjang sudah berkarat, sangat bahaya.

Tentatif Program
Hari Pertama – 13/7/2018
Masa Aktiviti
8.00 am Pendaftaran / Sarapan
8.30 am Taklimat ringkas
9.00 am Senamrobik
9.30 am Mencuci meja bangku di sekitar sekolah.

MPU 3412 Page 4


10.30 am Mencabut rumput sepanjang taman bunga sekolah
11.30 am Menyapu dedaun kering lalu mengutip daun-daun kering .
12.30 am Menikmati makan tengah hari / solat
2.30 pm Menyusun pasu bunga di sekeliling tapak perhimpunan
3.30 pm Mencuci tangga pentas
4.30 pm Minum petang / bersurai

Hari Kedua– 20/7/2018


Masa Aktiviti
8.30 am Sarapan
9.00 am Mencuci tiang di tapak perhimpunan
10.00 am Membersihkan tangga pentas di tapak perhimpunan.
12.00 pm Menikmati makan tengah hari / solat
1.00 pm Mengecat tiang di sekeliling gelanggang bola keranjang .
2.30 pm Mencuci gelanggang bola keranjang lalu menukar jaring bola
keranjang yang baru
4.30 pm Minum petang / bersurai

Pembahagian kumpulan:
TARIKH KUMPULAN NAMA SUDUT
13/7/2018 1 -Chong Mei Kuan
-6 murid SJKC PALOH

Taman bunga
2 -Too Kai Shin
sekolah/
-6 murid SJKC PALOH
Gelanggang bola
keranjang sekolah/
3 -Soh Leong Sing
Tapak perhimpunan
-6 murid SJKC PALOH
4 -Chong Choi Yun
-6 murid SJKC PALOH

MPU 3412 Page 5


20/7/2018 -Chong Mei Kuan Gelanggang bola
-Too Kai Shin keranjang sekolah
-Chong Choi Yun
-5 orang pelajar sekolah
menengah SMK PALOH.

12. Cadangan / Komen :

i. Mengecat bangunan lama.


Cat bangunan yang pudar atau sudah luntur pasti akan mengganggu keceriaan
sekolah. Sewajarnya bangunan sekolah dicat lima tahun sakali dan pihak
sokolah boleh meminta peruntukan tersebut daripada Kementerian Pelajaran.
Sesungguhnya, bangunan yang baru dicat akan menyerlahkan lagi keceriaan
pokok.
ii. Membuat landskap di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat.
Landskap yang menarik pasti dapat menceriakan lagi kawasan sekolah.
Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-
gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih
selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman
daripada bangunan konkrit yang kaku. Kos binaanya boleh memohon
peruntukan daripada PIBG sekolah.
iii. Menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di
kawasan sekolah.
Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam
situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk
ditanam di kawasan sekolah.

MPU 3412 Page 6


13. Penghargaan :

Melalui projek khidmat masyarakat ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat
memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama
dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini,
mestilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar.

14. Koleksi Gambar:

Disediakan oleh,

MEGAN
( CHONG MEI KUAN ) (959pp)

MPU 3412 Page 7


AKTIVITI 2 – RAKAMAN VIDEO

PAUTAN VIDEO URL: https://youtu.be/1vGOqlsKph4

MPU 3412 Page 8


AKTIVITI 3 – JURNAL REFLEKTIF
Tugasan Khidmat Masyarakat yang telah saya pilih ialah mengindahkan kawasan
sekolah. Setelah memilih tajuk tugasan yang ingin dilakukan, saya bernekad untuk membuat
tugasan khidmat masyarakat di SJKC PALOH. Program ini telah dijalankan pada 13.07.2018
dan 20.07.2018. Saya memilih tugasan ini kerana merasakan tanggungjawab yang harus saya
berikan untuk berbakti kepada masyarakat Kesyukuran program yang dilaksanakan telah berjalan
dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Seawal jam 8.00 pagi, murid telah tiba untuk memulakan aktiviti yang telah
dirancang. Kami semua terus memulakan tugas masing-masing yang telah ditetapkan seperti
membersihkan taman bunga, menyapu gelanggang bola keranjang, mengecat, tiang
gelanggang ,mencabut rumput dan membersihkan tapak perhimpunan.Setelah projek selesai,
kami semua berkumpul untuk menikmati jamuan yang telah disediakan lalu beramah mesra
sambil bertukar-tukar fikiran dan pandangan.

Lantaran ini, saya dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid melalui
aktiviti keceriaan ini. Nilai-nilai seperti menjaga kebersihan, tolong menolong, dan bekerjasama
diterapkan semasa aktiviti ini. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengamalkan nilai-nilai
ini dalam kehidupan seharian mereka

Kekuatan

Melalui penyertaan khidmat masyarakat ini saya telah mendapat pendedahan tentang
pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugas. Saya juga dapat membina hubungan
yang baik di antara rakan-rakan dan murid yang terlibat. Selain itu, saya turut didedahkan dengan
cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja di dalam sesebuah kumpulan.

Kelemahan

Antara kelemahan yang didapati adalah masa yang suntuk semasa menjalankan
aktiviti kerana hanya boleh dilaksanakan pada hujung minggu selama 2 minggu. Ketidakhadiran
beberapa orang murid untuk sama-sama bergotong-royong mencantikkan kawasan sekolah. Di
samping itu, kami juga terpaksa berhati-hati ketika beramah mesra atau meminta bantuan dengan
guru sejawat agar tidak tersinggung perasaan mereka, didapati penglibatan guru tidak aktif
mengakibatkan aktiviti ini dilaksanakan dengan lambat.

MPU 3412 Page 9


Cadangan

Saya ingin mencadangkan agar aktiviti membersihkan kawasan sekolah patut dijadikan
aktiviti wajib kepada semua guru dan anak murid pada masa akan datang.Aktiviti seperti ini
boleh dilaksanakan 2 kali dalam setahun.

Tambahan pula, jawatankuasa kebersihan juga boleh terdiri daripada ibubapa murid agar
mereka dapat memastikan kawasan sekolah anak mereka sentiasa bersih dan cantik. Secara tidak
langsung ini akan menggalakkan anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah dengan perasaan
gembira dan seronok.

Penghargaan

Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak
sekolah terutamanya Tuan Guru Besar yang telah memberikan sokongan sepenuhnya dalam
menjayakan projek ini. Di samping itu juga, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh
guru dan murid yang terlibat serta pihak pengurusan sekolah telah mendorong saya lebih yakin
untuk merealisasikan projek ini dan seterusnya tugasan yang diberikan dapat disiapkan. Saya
merasa sungguh gembira kerana telah dapat menyumbangkan sesuatu yang sangat berguna dan
bermanfaat untuk masyarakat.

(424 pp)

MPU 3412 Page 10

You might also like