You are on page 1of 7

World Wide Web atau web merupakan satu media maklumat global iaitu satu tempat yang mana

pengguna dapat mencari, membaca dan menulis melalui komputer yang bersambung dengan
internet. Sejajar dengan perkembangan teknologi web ini maka terdapat pelbagai perkhidmatan
yang disediakan oleh pembekal untuk memudahkan pengguna berkongsi maklumat terutamanya
pengguna mobile. Salah satu perkhidmatan yang disediakan ialah penyimpanan fail secara online
atau Storan Awan (Cloud Storage).

Melihat atau mendengar perkataan cloud storage pada kali pertama, mungkin kita berfikir bahawa
cloud storage berkaitan dengan cuaca atau awan. Sebenarnya, cloud storage atau Storan awan ialah
sebuah servis atau perkhidmatan yang membolehkan individu menyimpan sesuatu fail di dalam
ruang storan internet dan fail tersebut boleh diakses atau dicapai di mana sahaja kita berada dengan
mudah dan cepat menggunakan pelbagai peranti. Dalam maksud lain storan awan ialah menjadikan
Internet sebagai tempat untuk kita menyimpan data, berbanding menyimpannya di ruangan storan
gajet kita. Awan hanyalan metafora untuk Internet. Jika kaedah penyimpanan ini digunakan maka
tidak perlu lagi menyimpan fail di cakera keras, CD atau pun media storan lain.

Fail ygn disimpan dapat dikelolakan dari mana-mana tempat selagi penggunanya mempunyai capaian
Internet. Konsep storan awan ssama seperti pelayan fail (file server) di sesebuah pejabat, hanya
infrustruktur media storannya dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan storan awan dan dapat
dicapai melalui Internet. Perkhidmatan storan awan boleh didapati dengan hanya mendaftar di
laman webnya.

Bagi membina Awan, ianya bukan sekadar menyambung beberapa pelayan di rumah atau pejabat
kemudian menyimpan data ke dalamnya. Bagi membolehkan teknologi tersebut digelar Awan, ianya
perlulah mampu diakses melalui Internet dan mampu disegerakan secara bijak dengan data-data
yang lain di Internet. Sebagai contoh Dropbox, Google Drive, iCloud dan sebagainya.

Semua perkhidmatan storan awan memberikan perkhidmatan yang serupa dari segi fungsinya iaitu
menyimpan data namun mereka boleh dibezakan melalui ciri ke boleh capaian dan sokongan.
Memahami tawaran yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan storan awan merupakan sesuatu
yang sangat penting untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan sebagai
pengguna individu mahu pun perniagaan. Terdapat beberapa ciri penting yang perlu diteliti terlebih
dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini, iaitu:

1. Ruang simpanan
Salah satu perkara penting untuk dipertimbangankan apabila memilih perkhidmatan storan
awan ialah saiz atau ruang simpanan yang diberikan. Perkhidmatan storan awan yang terbaik
ialah yang menyediakan ruang simpanan (storage) tanpa had dan yuran bulanan yang tetap
dan berpatutan. Ini bermakna anda boleh menyimpan sebanyak mana file yang dikehendaki
tanpa had masa dan ruang simpanan. Jika saiz atau ruang simpanan bukan menjadi
keutamaan, anda boleh memilih perkhidmatan yang memberikan harga terendah.

2. Ciri atau antara muka


Perkhidmatan storan awan hendaklah menyediakan antara muka (interface) yang praktikal
supaya proses muat naik dan muat turun (upload and download) serta perkongsian fail
menjadi mudah. Ciri terpenting yang perlu ada pada antara muka storan awan ialah
perkongsian folder, offline syncing (penyelarasan) dan tarikh fail dikemaskini. Interface yang
menarik sudah pasti dapat menarik minat pelanggan untuk mendaftar dengan penyedia
storan awan tersebut.

3. Capaian
Perkhidmatan storan awan mestilah membenarkan menyimpan semua jenis fail digital dan
boleh memuat naik dan memuat turun fail dari pelbagai kategori komputer dan peranti
mudah alih. Ianya juga boleh dicapai dari pelbagai jenis pelayar web (browser) dan tidak
terhad kepada browser tertentu sahaja. Kadar capaian juga cepat dan pantas.

4. Keselesaan / mudah guna


Selain capaian, mempunyai ciri-ciri mudah guna, antara muka yang menarik dan mesra
pengguna sudah cukup untuk menjadikan pengguna faham dan tertarik untuk menggunakan
storan awan. Proses memuat naik dan memuat turun serta pemasangan yang mudah dan
cepat juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna. Pengguna juga tidak akan jemu
untuk menggunakan storan awan tersebut kerana ianya mempunyai daya tarikan yang
tersendiri.

5. Bantuan dan sokongan


Perkhidmatan cloud storage (storan awan) yang mesra pengguna haruslah dibantu oleh
bahagian sokongan (support) yang terbaik. Sumber-sumber teknikal yang sentiasa
bersediamembantu dan tidak ketinggalan dalam menyediakna tutorial dan maklumat yang
komprehensif. Bantuan kepada pelanggan secara terus akan memberi keyakinan yang
mendalam kepada pengguna. Bantuan dan sokongan dari pakar yang terlatih memberi impak
yang positif kepada penyedia perkhidmatan storan awan.

6. Keselamatan
Dalam dunia siber dan digital yang sentiasa berkembang ke hadapan, penggunaan storan
awan (cloud storage) merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkhidmatan ini
menjadi tulang belakang, kebanyakkan pengguna individu dan perniagaan memilih untuk
menyimpan data secara online berbanding dengan menyimpannya dalam komputer sendiri.
Menyimpan data melalui perkhidmatan storan awan jauh lebih murah berbanding dengan
menyimpan di dalam komputer sendiri kerana ia tidak memerlukan sebarang perkakasan
atau sumber teknikal tetapi melibatkan pembekal ketiga yang akan menjadikan ia sedikit
berisiko dan menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan dan privasi. Apabila data atau
maklumat berada di Internet, ia terdedah kepada risiko gangguan dan pemalsuan. Oleh yang
demikian penyedia perkhidmatan storan awan mestilah bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap keselamatan data semasa pergerakan dan penyimpanan.

Terdapat 3 jenis storan awan yang biasa kita dengar iaitu Storan Awam (Public Cloud), Storan
Persendirian (Private Cloud) dan Storan Hybrid (Hibrid Cloud). Namun begitu terdapat satu lagi storan
awan yang wujud iaitu Storan Komuniti (Community Cloud). Ianya bergantung kepada jenis data yang
diuruskan, sebagai pengguna kita perlu membandingkan kesemua storan awan tersebut berdasarkan
tahap keselamatan dan pengurusan yang berbeza.

Storan Awam (Public Cloud) pada dasarnya adalah Internet dan ianya boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja. Iannya memerlukan penyedia atau pembekal perkhidmatan membuat sumber, seperti
aplikasi dan penyimpanan yang boleh digunakan kepada orang awam melalui Internet. Sebagai
contoh awan awam termasuklan Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), Blue Cloud IBM, Sun Cloud,
Google AppEnginie dan Windows Azure Services Platform.

Bagi pengguna, jenis awan ini akan memberikan skala ekonomi yang terbaik, murah untuk disiapkan
kerana kos perkakasan, aplikasi dan jalur lebar dilindungi oleh pembekal. Ia adalah model bayar-
setiap-penggunaan (pay-per-usage) dan satu-satunya kos yang dikeluarkan adalah berdasarkan
keupayaan yang digunakan.

Terdapat beberapa batasan dan namun begitu awan awam mungkin tidak sesuai untuk setiap
organisasi. Model ini boleh menghadkan konfigurasi, keselamatan dan spesifikasi SLA dan
menjadikannya kurang ideal untuk perkhidmatan menggunakan data sensitif yang tertakluk kepada
peraturan.

Awan persendirian pula adalah pusat data yang dimiliki oleh satu syarikat yang menyediakan
fleksibiliti, skala, peruntukan, automasi dan pemantauan. Matlamat awan ini tidak menjual
penawaran sebagai “perkhidmatan” kepada pelanggan luar tetapi sebaliknya untuk mendapatkan
manfaat seni bina awan tanpa melepaskan kawalan mengekalkan pusat data sendiri.

Perkhidmatan awan ini agak mahal kerana ianya berskala sederhana dan bukan pilihan untuk
perniagaan bersaiz sederhana, hanya perusahaan besar yang lebih sesuai. Private Cloud biasanya
didorong oleh kebimbangan mengenai keselamatan dan kepatuhan dan menjaga aset dalam firewall.
Sebagai contoh Private cloud yang selalu digunakan oleh syarikat besar ialah apachecloudstack,
Vmware, MS Azure dan sebagainya.

Manakala Awan Hibrid (Hybrid Cloud)merupakan kombinasi antara awan persendirian dan awan
awam dimana sesebuah organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awam
persendirian dan selainnya dikekal di dalam storan awan awam. Dengan menggunakan pendekatan
Hybrid, syarikat boleh mengekalkan kawalan awan persendirian yang dikawal secara dalaman semasa
bergantung kepada awan awam seperti yang diperlukan.

Sebagai contoh, semasa tempoh puncak aplikasi individu, bahagian aplikasi boleh dipindahkan ke
awan awam. Ini juga akan memberi manfaat semasa gangguan yang boleh diramalkan. Keupayaan
untuk mengekalkan tapak pemulihan becana (Disaster Recovery) di premis bagi kebanyakan
organisasi adalah mustahil kerana kos yang agak besar. Walau bagaimanpun terdapat penyelesaian
kos rendah dan alternatif yang lebih rendah. Perkhidmatan berasakan Cloud Disaster Recovery (DR)
atau Business Continuity (BC) membolehkan organisasi untuk bekerjasama dengan penyedia
perkhidmatan (Service Provider) untuk memastikan agar segalanya dapat dikawal dengan baik dan
sempurna.

Awan Komuniti (Community Cloud) pula merupakan kombinasi di antara awan awam, persendirian
dan hibrid. Isnya dikongsi oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,
pematuhan dasar dan bidang kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau
in-house enviroment.

Setiap storan awan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seperti yang kita ketahui
perbezaan yang sangat ketara antara ketiga-tiga storan tersebut adalah dari segi ruang penyimpanan,
kadar capaian, support, keselamatan dan sebagainya. Storan awan (Cloud Storage) menjadi pilihan
utama untuk perkongsian fail masa kini sama ada untuk kegunaan individu atau perniagaan. Terdapat
beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan cloud storage dan mereka ini menyediakan
perkhidmatan yang boleh dikatakan hampir sama.

Perkhidmatan cloud storage yang popular dan mempunyai hampir 100 juta pengguna di seluruh
dunia. Ia merupakan salah satu pesaing tertinggi dalam pasaran cloud storage. Perkhidmatannya
sangat serasi dengan kebanyakkan peranti dan sistem pengoperasian. Dikenali kerana mempunyai
antara muka (interface) yang mudah malah menawarkan ruang simpanan sebanyak 2GB kepada
pengguna peribadi secara percuma. Manakala bagi perkhidmatan berbayar, bayaran yang dikenakan
sebanyak ialah sebanyak US$10 sebulan atau US$99 setahun dengan ruang simpanan sebanyak
50GB, US$20 sebulan atau US$199 setahun dengan ruang penyimpanan sebanyak 100GB. Tidak lain
tidak bukan ianya ialah Dropbox.

Dropbox juga menawarkan tambahan ruang simpanan 500MB untuk setiap pengguna yang
memperkenalkan pengguna baru. Kelebihan dropbox selain boleh berkongsi fail ia juga
membenarkan pengguna lain mengedit (ubah suai) fail tersebut. Selain itu, Dropbox memiliki aplikasi
desktop untuk memudahkan pemindahan fail hanya dengan kaedah drag and drop. Selain itu juga ia
memberi kemudahan muat naik foto dan video secara automatik.

Selain Dropbox, Google Drive juga merupakan salah satu storan awan yang popular. Google Drive
telah dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan penambahbaikan bagi aplikasi google Docs.
Google drive menyediakan ruang simpanan sebanyak 5GB secara percuma dan jika pengguna
memerlukan ruang yang lebih dari 5GB, pembayaran akan dikenakan mengikut saiz ruang yang
diperlukan. Aplikasi Google Drive juga perlu dipasang di komputer pengguna untuk mewujudkan
folder Google Drive. Pengguna hanya perlu menyimpan fail di dalam folder tersebut dan fail itu akan
secara automatik diselaraskan dengan perkhidmatan cloud storage Google Drive.

Antara kelebihan Google Drive ialah fail yang disimpan di dalam Google drive akan diintegrasikan
dengan Gmail dan Google Apps. Semua penguna Gmail dan Google Apps boleh berkongsi fail yang
disimpan di Google Drive dengan penetapan hak akses yang telah ditentukan. Dengan adanya
kemudahan ini, pengguna tidak perlu lagi untuk mengirimkan fail tersebut melalui e-mail. Selain itu
juga, fail boleh diubahsuai secara online melalui aplikasi yang disdiakan oleh Google Drive seperti
aplikasi pemprosesan teks, lembaran kerja dan persembahan. Google Drive juga memiliki aplikasi
desktop untuk memudahkan pengguna memindahkan fail dari komputer kepada Google Drive
dengan kaedah drag and drop seperti juga Dropbox.

Amazon juga sebagai salah satu pembekal perkhidmatan cloud storage terkemuka juga tidak mahu
ketinggalan dalam menawarkan perkhidmatan cloud storage secara percuma bagi pelanggannya
sama seperti Dropbox dan Google Drive. Amazon memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB secara
percuma. Bagi perkhidmatan berbayar pula Amazon mempunyai pelbagai kategori harga dan ianya
bergantung kepada saiz ruang simpanan yang dikehendaki oleh pengguna. Bayaran sebanyak US$20
setahun untuk saiz ruang simpanan 20GB sehingga US$1000 untuk ruang simpanan 1000GB. Oleh
yang demikian, dapat disimpulkan bahawa hanya harga dan ruang penyimpanan sahaja yang
membezakan antara penyedia perkhidmatan storan awan.

Bagi untuk sesebuah organisasi, storan awan yang amat sesuai digunakan ialah storan hibrid kerana
ianya gabungan antara storan private dan public. Ini penting kerana storan seperti ini lebih memberi
kelebihan kepada sesebuah organisasi. Bukan itu sahaja tahap keselamatan storan jenis ini juga
sangat baik dan mantap. Selain itu juga kos penyelengaraan dan bantuan (support) juga tidak begitu
mahal dan berpatutan. Antara storan awan yang boleh menjadi keutamaan ialah seperti Google
drive, Dropbox dan SkyDrive kerana mereka ini telah dipercayai dan telah diuji dari segi pelbagai
aspek dan sudut.

Menyimpan maklumat yang banyak pada rangkaian atau media storan fizikal seperti pelayan amat
mahal dan sukar diramal. Peranti storan elektronik mempunyai kos yang terlalu tinggi, jangka hayat
yang terhad dan memerlukan persekitaran yang sesuai agar perkakasan tersebut dapat berfungsi
dengan baik dan sempurna. Menurut Baiju NT (2013), kaji selidik yang baru dilakukan ke atas 800
perniagaan dan pengguna di seluruh dunia, telah mendapati bilangan organisasi yang mendapat
kelebihan daya saing melalui penggunaan storan awan telah mencapai hampir dua kali ganda dalam
beberapa tahun yang lalu. Menjelang 2017, pasaran perkhidmatan yang menggunakannya dijangka
melebihi $244 bilion. (http://bigdata-madesimple.com/5-advantages-and-disadvantages-of-cloud-
storage). Sehubungan dengan itu, kaedah penyimpanan data secara Cloud Storage menjadi pilihan
bagi individu dan perniagaan kerana ianya dapat meningkatkan kecekapan disamping meningkatkan
aliran tunai dan kebaikan-kebaikan yang lain. Berikut merupakan beberapa kelebihan atau kebaikan
storan awan;

1. Kegunaan – Semua perkhidmatan storan awan yang dikaji mempunyai folder pada desktop
komputer dan juga Mac’s. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk menarik
dan melepaskan (drag and drop) fail antara storan awan dan storan setempat mereka. Oleh
itu ianya tidak mengambil masa yang lama untuk sesuatu proses dan penggunaannya sangat
mesra pengguna (user friendly).
2. Jalur Lebar – Jalur lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan
tinggi. Ianya lebih merujuk kepada kelajuan dalam pemindahan data dan maklumat.
Perkhidmatan komputer yang berasaskan storan awan adalah sesuai untuk perniagaan yang
berkembang pesat mengikut turun naiknya permintaan jalur lebar. Pengguna juga boleh
mengelakkan menghantar fail kepada individu dan bukannya menghantar pautan web
kepada penerima melalui e-mel pengguna.
3. Kebolehcapaian – Ianya merujuk kepada pautan terhadap dokumen atau fail yang disimpan
dalam storan awan. Kini, pengguna telah ramai menggunakan pelbagai peranti seperti tablet,
telefon pintar, netbook, ipad dan sebagainya. Jika ingin mencapai fail dengan kaedah biasa
dengan peranti seperti ini sudah pasti sukar. Oleh yang demikian, dengan adanya storan
awan, segala-galanya akan menjadi lebih mudah dan cepat. Fail dan dokumen serta video
boleh dicapai dimana sahaja mereka berada dengan hanya memastikan agar peranti tersebut
sentiasa bersambung dengan Internet.
4. Pemulihan bencana / salinan – Pemulihan bencana (Disaster recovery) dan salinan (backup)
adalah perkara yang sangat penting. Jika berlaku sebarang kehilangan data atau maklumat
dari lokasi asal fail tersebut, sudah pasti pengguna akan menghadapi masalah. Pengguna dan
perusahaan perniagaan perlu mempunyai pelan kecemasan sebagai persediaan jika
berlakunya sebarang kecemasan. Storan awan merupakan tempat yang sesuai untuk tujuan
tersebut. Salinan fail akan disimpan dengan baik dan sempurna serta selamat. Jika berlaku
kehilangan data akibat kerosakan pada laptop, desktop atau gadjet lain, pengguna boleh
mengambil semula data tersebut pada storan awan.
Walau bagaimanapun terdapat juga cabaran yang perlu diberi penekanan dalam penggunaan storan
awan. Pengguna juga harus memberi penekanan terhadap cabaran-cabaran tersebut sebelum
memilih jenis storan awan yang sesuai. Antara cabaran-cabaran dalam menggunakan storan awan
dalam organisasi ialah seperti berikut;

1. Kegunaan – Pengguna secara umum perlu berhati-hati apabila menarik dan melepaskan
(drag and drop) fail ketika memindahkan ke storan awan. Ianya akan memindahkan dokumen
dari dalam folder asal ke lokasi storan awan secara kekal. Pengguna lazimnya perlu membuat
salinan dan tampal (copy and paste) daripada menarik dan melepaskan (drag and drop) fail
jika ingin mengekalkan lokasi asal dokumen tersebut. Pengguna juga perlu teliti akan arahan
yang diberikan agar tidak melakukan sebarang kesilapan.
2. Jalur lebar – Beberapa penyedia perkhidmatan storan awan mempunyai kuota yang tertentu
untuk jalur lebar dan jika sesebuah organisasi melebihi kuota yang diberikan, maka dengan
itu caj tambahan akan dikenakan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah penyedia
perkhidmatan storan awan yang membenarkan penggunaan jalur lebar yang tidah terhad
iaitu unlimited. Perkara sebegini harus dipertimbangan oleh organisasi dalam pemilihan
penyedia perkhidmatan storan awan.
3. Kebolehcapaian – Pengguna perlu mempunyai capaian internet untuk mengakses data dan
fail dari storan awan dan jika berlakunya sebarang gangguan pada talian tersebut, maka
dengan itu capaiannya juga pasti akan terganggu. Boleh dikatakan isyarat atau signal
penyedia storan awan amat penting bagi mengatasi masalah ini. Jika talian sentiasa
terganggu dan tidak stabil, ianya sudah pasti akan menjejaskan aktiviti harian sesebuah
organisasi malah penyedia perkhidmatan juga akan kehilangan pelanggan.
4. Sekuriti data – Tahap keselamatan sesebuah penyedia perkhidmatan storan awanmasih tidak
dapat dipastikan. Penyimpanan data dan maklumat di dalam storan awan memerlukan akaun
yang dilindungi oleh kata laluan yang sulit. Namun begitu jika kata laluan itu jatuh ketangan
pihak yang tidak bertanggungjawab sudah pasti segalanya akan musnah. Walaupun tahap
sekuriti yang baik dan mantap, namun terdapat juga pengodam (hackers) yang sangat mahir
dalam memusnahkan atau mencuri dokumen-dokumen penting. Oleh yang demikian,
sesebuah organisasi perlu memikirkan dengan lebih mendalam terhadap isu keselamatan ini.

Secara kesimpulannya, jika dilihat tentang kelebihan perkhidmatan storan awan (cloud storage) dan
seiring dengan perkembangan teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat membangun ketika ini,
sudah sampai masanya bagi sesebuah organisasi untuk membuat tranformasi terhadap pengurusan
data dan maklumat mereka. Sesebuah organisasi juga boleh mengambil manfaat yang sepenuhnya
dan menikmati perkhidmatan storan awan ini malah sistem pengurusan maklumat mereka juga akan
lebih efisyen dan terjamin. Disamping itu juga sesebuah organisasi tidah perlu untuk membelanjakan
sejumlah wang yang besar untuk menyediakan ruang yang luas dan perkakasan (server) yang banyak
untuk tujuan penyimpanan data dan maklumat serta backup. Bukan itu sahaja malah ruang pejabat
juga menjadi semakin selesa keran tidak ada lagi kabinet-kabinet untuk penyimpanan fail dan ianya
juga turut terselamat dari bencana dan kecurian. Kini, zaman telah berubah dan lebih jurus kearah
teknologi “paperless” dan ianya dapat mengurangkan pengguna sumber manusia. Syarikat-syarikat
besar seperti Apple, Google, Amazon dan Windows masing-masing mempunyai aplikasi storan awan
mereka sendiri seperti iCloud, Google Drive, cloud drive amazon, SkyDrive, Dropbox dan sebagainya.
Segala-galanya akan menjadi lebih mudah, ibarat kata pepatah “maklumat hanya dihujung jari”.
Rujukan

Marini Abu Bakar, Dr Sufian Idris, Nor Ieyza Jailani, Roziah Latih, Majumin Hanum & Mohd Zahari
Awang. (2014). CBCT 2203: Konsep Asas Teknologi Maklumat. Edisi Pertama, April 2014. Open
University Malaysia.

Xu, Linda. (2010). Cloud Storage For Dummies. Australian:John Wily & Sons.

Cashman, Shelly. (2012). Enchnaced Discovering Computers. Boston: Course Technology.

Drake, Nate. (2018). The Best Cloud Storage of 2018. Dicapai dari
http://www.techradar.com/news/top-10-best-cloud-storage-services-of-2017

Evolusi Teknologi Storan, Pemindahan dan Perkongsian Data. (2017). Majalah Sains. Dicapai dari
https://www.majalahsains.com/evolusi-teknologi-storan-pemindahan-dan-perkongsian-data/

Zetta Staff. (2016). History of Data Storage. Dicapai dari https://www.zetta.net/about/blog/history-


data-storage-technology

Rosidah Rashid. (2013). Cloud Storage: Trend Penyimpanan Fail Masa Kini. Institut Koperasi Malaysia
(iCOOP). Maktab Koperasi Malaysia. Dicapai dari
http://www.mkm.edu.my/images/Awam/Penerbitan/Dimensi_Koop/DimensiKoop42/Cloud-
Storage.pdf

You might also like