You are on page 1of 25

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN

DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER 2023

CBMS4303

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

NO. MATRIKULASI : 970519016840001


NO. KAD PENGENALAN : 970519016840
NO. TELEFON : 011-10644102
E-MEL : nurainanazri@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU LEARNING CENTRE


SENARAI KANDUNGAN

1.0 Sistem Maklumat (IS)...............................................................................................1


2.0 Sistem Maklumat pengurusan kerja/ perniagaan..................................................2
1.1 Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS) – Online Transaction...................................3
1.2 Sistem Automasi Pejabat (OAS) – Emel elektronik (Microsoft Outlook)..............5
3.0 Kepentingan IS kepada pembangunan peribadi dan profesional........................7
4.0 Kepentingan IS dalam penjagaan kesihatan di tempat kerja/ rumah...............10
5.0 Kepentingan IS untuk aktiviti riadah dan keseronokkan...................................12
6.0 Kebimbangan privasi dan keselamatan dalam IS dan cara mengatasinya.......14
7.0 Isu perasaan sunyi/terasing penggunaan teknologi dan cara mengatasi...........16
8.0 Isu ketagihan penggunaan teknologi dan cara mengatasinya.............................18
9.0 Rujukan....................................................................................................................20

I
1.0 Sistem Maklumat (IS)

Peredaran masa telah membawa kita semua ke suatu era yang telah dilengkapi dengan teknologi
canggih sejajar dengan perubahan masa dan global. Kepentingan sistem maklumat (IS) dalam
konteks masyarakat abad ini tidak dinafikan kerana telah menjadi salah satu keperluan asas
kepada masyarakat sepertimana ianya satu keperluan asas. Selain itu, kesemua sektor
menggunakan IS sebagai proses kerja yang penting dalam penghantaran emel, pencarian
maklumat, pengajaran dan pembelajaran sekolah, memproses data di organisasi dan pelbagai
lagi. Oleh itu, IS perlu terus kekal supaya boleh mencapai integrasi dalam pengorganisasian.
Sistem maklumat (IS) bermaksud sebagai gabungan perkakasan, perisian dan sistem komunikasi
yang menyokong operasi perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan membantu
pengurusan dalam membuat keputusan. Selain itu, IS adalah kombinasi dari teknologi maklumat
dan aktiviti daripada orang yang menggunakan teknologi untuk menyokong operasi dan
pengurusan atau kajian mengenai rangkaian saling melengkapi peranti keras dan perisian
daripada orang dan organisasi menggunakan untuk mengumpulkan, menapis, memproses,
membuat dan mengedarkan data.

Menurut Maryati, Mohd Zakree, Hafiz, Norhayati, Nurhizam, Salina, Muhammad


Shakirin, Mohamed Ali dan Nassiriah (2014), sistem maklumat terdiri daripada lima kompenan
utama seperti berikut:

Gambarajah 2 : Komponen Sistem Maklumat

1
2.0 Sistem Maklumat pengurusan kerja/ perniagaan

Sistem maklumat membantu untuk mengawal prestasi proses perniagaan. Sistem maklumat
adalah suatu bentuk komunikasi sistem di mana data yang mewakili dan diproses sebagai bentuk
dari memori sosial. IS juga boleh dianggap sebagai bahasa semi formal yang menyokong
manusia dalam membuat keputusan dan tindakan. Sistem maklumat dilihat boleh menyokong
pengurus dan kakitangan bagi menganalisa masalah, mengambarkan subjek yang kompleks serta
produk dan perkhidmatan baru. Kewujudan sesebuah organisasi samaada organisasi kecil, besar,
swasta atau awam memainkan peranan penting kepada pembangunan dan standard sesebuah
negara. Kerajaan Malaysia misalnya telah menggalakkan pertumbuhan organisasi atau syarikat
melalui dasar-dasar yang direka bentuk demi pembangunan bangsa. Melalui galakkan tersebut,
ianya membawa kepada organisasi, syarikat atau firma-firma yang berkembang pesat.

Sistem maklumat pengurusan merupakan sistem maklumat berasaskan komputer yang


direka bentuk untuk memenuhi keperluan maklumat oleh pengurus-pengurus dalam sesebuah
organisasi. Pengurus-pengurus memerlukan maklumat yang boleh membantu mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan. Maklumat yang disediakan oleh
sistem maklumat pengurusan adalah dalam bentuk laporan-laporan dan paparan kepada
pengurus. Sistem maklumat ini perlu berinteraksi dengan sistem pemprosesan urus niaga untuk
memperolehi data-data yang berkaitan. Perkembangan teknologi komputer yang semakin maju
telah menyebabkan organisasi beralih kepada penggunaan komputer dan dimanfaatkan oleh
semua pengurus bagi menyelesaikan masalah.

Menurut Kamarulbaraini, Aini dan Azmi (2002), setiap organisasi menggunakan jenis
maklumat yang berbeza-beza bergantung pada jenis sesebuah organisasi tersebut. Sistem
maklumat dalam sesebuah organisasi dikenali sebagai Sistem Maklumat berasaskan Komputer
(CBIS). Contoh CBIS Adalah Sistem Maklumat Perakaunan (AIS), Sistem Pemprosesan Urus
Niaga (TPS), Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Sistem Automasi Pejabat (OAS), Sistem
Sokongan Keputusan (DSS), Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) dan Sistem Pakar. Kesemua
jenis ini penting kepada syarikat dalam teknologi sistem maklumat.

2
1.1 Sistem Pemprosesan Transaksi (TPS) – Online Transaction

Di syarikat-syarikat besar, terdapat beratus-ratus, beribu-ribu bahkan berjuta-juta


transaksi yang dilakukan pada setiap hari. TPS adalah sistem maklumat tertua yang digunakan
untuk aplikasi perniagaan. Walau bagaimanapun, TPS telah berkembang dengan pesat sejak itu,
terutamanya disebabkan oleh ketersediaan internet. Sekiranya disemak dan direkod secara
manual untuk setiap transaksi, pasti tidak berkesan. Oleh itu, Sistem Pemprosesan Transaksi
(TPS) diwujudkan. TPS adalah satu sistem yang berperanan dalam pengurusan perniagaan
malah membolehkan syarikat memproses transaksi dan sering dirujuk sebagai pemprosesan masa
nyata. Sistem ini biasanya digunakan dalam aktiviti perniagaan untuk merekodkan transaksi
rutin harian. Urus niaga ini boleh termasuk jualan, pembelian, pembayaran, resit, transaksi
dengan pelanggan, tahap inventori dan lain lagi. TPS bertanggungjawab untuk memastikan
semua transaksi diproses dengan selamat dan cekap. Selain itu, membantu penyelia dengan
menjana pangkalan data yang bertindak sebagai asas untuk sistem maklumat yang lain dan juga
membantu organisasi memantau operasi rutin dan rekod peristiwa-peristiwa ini dalam pangkalan
data.

Fungsi utama TPS adalah merekodkan setiap transaksi yang berlaku dalam organisasi
termasuk maklumat seperti tarikh transaksi, jenis transaksi, pihak yang terlibat, jumlah wang
yang terlibat, dan sebagainya. Rekod ini penting untuk tujuan akaun dan audit serta untuk
mengesan prestasi organisasi. Melalui TPS, kita boleh mengendalikan dan mengurus operasi.
Hal ini juga membolehkan multitasking tugas yang lebih luas dengan keupayaan yang tiada
tandingan untuk memproses beribu-ribu transaksi pada masa yang sama tanpa sebarang
kelewatan atau kerosakan. Selain itu, TPS juga berkepentingan kerana memberi perniagaan
kebebasan untuk beroperasi dalam pelbagai segmen masyarakat dengan bekerja dari jauh.
Kebolehoperasian ini memberi peluang kepada perniagaan untuk memanfaatkan, berkembang
dalam pasaran baharu yang mentah dan penuh dengan peluang.

3
Gambarajah 3 : Fungsi dan kepentingan TPS

Gambarajah 4 : contoh Transaction Processing System (TPS)

Terdapat pelbagai keberkesanan dan faedah kepada pihak kakitangan, pelanggan dan
syarikat. Pertama sekali, kita boleh melihat faedahnya kepada kakitangan. Salah satu manfaat
TPS adalah peningkatan produktiviti. Dengan automatik proses urusniaga harian, kakitangan
dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan pantas. Ini bermaksud kurang beban
kerja manual dan lebih banyak masa untuk menumpukan kepada tugas-tugas yang lebih bernilai.
Ini mengurangkan risiko kesilapan manusia, menghasilkan data yang lebih tepat dan boleh
dipercayai. Dengan akses mudah ke maklumat berkaitan urusniaga, mereka dapat menjalankan
tugasan dengan lebih lancar, meningkatkan kepuasan kerja dan produktiviti secara keseluruhan.

Faedah TPS tidak terbatas kepada kakitangan sahaja, malah memberi kesan positif
kepada pelanggan juga. Dalam era responsiviti, TPS membolehkan syarikat memberikan
perkhidmatan yang cepat dan responsif kepada pelanggan. Sebagai contoh, dalam sektor
peruncitan, pembayaran dan penghantaran boleh diproses dengan lebih pantas, meningkatkan
kepuasan pelanggan.

Syarikat itu sendiri juga menikmati banyak faedah melalui pelaksanaan TPS yang
berkesan iaitu pengurangan kos. Kos operasi dapat dikurangkan dengan mengautomasikan
banyak tugas rutin dimana merangkumi pengurangan pekerjaan manual dan penurunan kesilapan
yang boleh menyebabkan kerugian kewangan. Pengurusan stok yang lebih baik juga menjadi
satu kelebihan malah membantu syarikat mengoptimumkan pengurusan inventori. Dengan TPS,
syarikat juga boleh memantau prestasi urusniaga mereka dengan baik dan mengumpulkan data
yang diperlukan untuk analisis. Ini memberi mereka wawasan yang lebih mendalam untuk
pengambilan keputusan strategik dan merancang masa depan perniagaan.
4
1.2 Sistem Automasi Pejabat (OAS) – Emel elektronik (Microsoft Outlook)

Sistem Automasi Pejabat (OAS) merupakan penggunaan peranti elektronik untuk memudahkan
komunikasi formal dan tidak formal terutamanya berkenaan dengan komunikasi maklumat
dengan orang di dalam dan luar negara begi meningkatkan produktiviti kerja. Sistem automasi
pejabat menyokong kerja pada syarikat secara meluas dan biasanya digunakan untuk
meningkatkan aliran kerja dan komunikasi antara rakan sekerja

Dengan melaksanakan automasi pejabat, kita boleh mengoptimumkan struktur


pengurusan yang sedia ada, menyesuaikan sistem pengurusan untuk meningkatkan kecekapan
berdasarkan keupayaan untuk meningkatkan penyelarasan pejabat, mengukuhkan keputusan,
mencapai tujuan dan meningkatkan kecekapan proses. OAS berfungsi dalam word pemprosesan,
mesej elctronik, pengkomputeran dan penjadualan kumpulan kerja, pemprosesan faksimili,
pengimejan dan dokumen elektronik dan aliran kerja pengurusan. OAS direka untuk individu
dan kumpulan. Sistem maklumat peribadi direka untuk memenuhi keperluan pengguna tunggal
dan memperbaiki produktiviti individu dan kumpulan kerja. Contohnya ialah Exchange dan
Outlook Microsoft, Nota Teratai/Domino IBM atau Kumpulan NovellWise. Emel sudah
menjadi satu bentuk komunikasi yang penting kini dan mula diterima untuk urusan rasmi,
walaupun masih memerlukan penggunaan surat menyurat. Pelbagai kelebihan yang dimiliki
menyebabkan ramai pengguna enggan menafikan kepentingannya malah menjadi pilihan utama
dalam semua urusan. Emel adalah surat elektronik yang menghantar maklumat dan fail melalui
rangkaian komputer bagi kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej.
Selain itu, aplikasi ini membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam
bentuk mesej elektronik secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala
dengan cara yang pantas
Gambarajah 5 : Microsoft Outlook sebagai aplikasi OAS

5
Gambarajah 6 : Sistem Automasi Pejabat

Di era digital yang maju, Sistem Automasi Pejabat (OAS) telah menjadi tulang belakang
operasi pejabat moden direka khas untuk membantu dalam pengurusan tugas dan proses pejabat.
Namun, ia bukan sekadar alat teknologi semata-mata. OAS membawa bersama pelbagai faedah
yang signifikan kepada kakitangan, pelanggan dan syarikat. Dengan OAS, kakitangan dapat
meningkatkan efisiens kerja, membolehkan penjadualan mesyuarat dengan mudah, mengelakkan
keperluan untuk aktiviti manual yang membosankan, mengurus jadual peribadi, kakitangan
lebih menumpukan kepada tugas strategik dan kreatif. Malah, OAS juga memberikan faedah
kepada pelanggan seperti memudahkan akses pelanggan kepada maklumat yang berkaitan
dengan akaun mereka. Mereka boleh mengakses status pesanan, maklumat akaun dan sebagainya
melalui sistem OAS tanpa perlu berhubung dengan kakitangan syarikat. Ini menjimatkan masa
pelanggan dan mengurangkan beban kakitangan. Selain itu, OAS juga membolehkan
pengurusan inventori yang lebih efisien bagi membantu syarikat dalam menguruskan stok,
pembelian dan penghantaran produk dengan lebih baik.

6
3.0 Kepentingan IS kepada pembangunan peribadi dan profesional

Salah satu kegunaan IS dalam pembangunan peribadi adalah pengurusan masa dimana
merupakan aspek penting dalam kehidupan individu. Ini merujuk kepada cara individu
merancang, mengurus dan memanfaatkan waktu mereka dengan berkesan. Antara aplikasi
penjadualan adalah Google Calendar. Aplikasi ini membolehkan individu mencipta jadual yang
teratur dan berkala bagi aktiviti dan komitmen mereka. Ini termasuk temujanji, tugas-tugas
harian, mesyuarat, waktu belajar, rehat dan lain-lain. Malah, individu juga boleh menentukan
waktu dan tempat bagi setiap aktiviti dan menyelaraskan jadual dengan keperluan harian mereka.
Contoh, seorang pelajar boleh mencipta jadual belajar yang teratur dengan menetapkan waktu
yang khusus untuk membaca, menyiapkan tugasan dan menghadiri kelas. Kepentingan
menguruskan masa dapat mengurangkan stress. Apabila individu ada jadual yang teratur dan
masa mereka lebih terkawal.

Gambarajah 7: Aplikasi Google Calendar

Keduanya, pembangunan kesihatan. Kini, aplikasi kesihatan seperti Fitbit atau


MyFitnessPal amat memudahkan individu. Penggunaan aplikasi kesihatan seperti ini
membolehkan individu mengumpul dan menguruskan data berkaitan pemakanan dan senaman.
Individu juga dapat merekod maklumat seperti jenis makanan yang mereka makan, jumlah kalori
yang dikonsum, aktiviti senaman yang dilakukan, bilangan langkah yang diambil, kadar jantung
dan banyak lagi. Aplikasi ini berhubung dengan peranti pemantauan kesihatan seperti jam

7
tangan pintar atau alat pengesan aktiviti untuk mengumpulkan data secara automatik.
Pembangunan kesihatan yang efektif akan mendapat kepentingan yang besar seperti dapat
memantau prestasi kesihatan malah dapat dikawal dari semasa ke semasa termasuklah mengukur
penurunan berat badan, peningkatan ketahanan dan penurunan kadar denyutan jantung semasa
aktiviti fizikal. Memantau prestasi kesihatan memberi dorongan positif kepada individu untuk
terus menjaga gaya hidup sihat. Contohnya, seseorang menggunakan Fitbit untuk aktiviti
senaman luar dapat melihat sasaran langkah, melihat peningkatan ketahanan dan memantau
kadar denyutan jantung.

Seterusnya, bagi penggunaan IS dalam pembangunan profesional merangkumi kerjasama


dalam pasukan bagi kejayaan projek dan organisasi. Aplikasi kolaborasi seperti Microsoft
Teams (MT) atau Slack adalah platform komunikasi dalam talian yang membolehkan ahli
pasukan berhubung, berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam masa nyata. Pasukan boleh
mencipta ruang perbualan untuk topik tertentu, berkongsi fail, menjadualkan mesyuarat dan
banyak lagi. Selain itu, mereka boleh berkomunikasi melalui mesej teks, panggilan video atau
panggilan suara dalam platform tersebut. Oleh itu, ianya dapat berkomunikasi dengan efisen.
Aplikasi ini menjimatkan masa berbanding dengan e-mel atau pertemuan fizikal. Sebagai
contoh, pasukan pembangunan perisian boleh menggunakan Slack untuk berkomunikasi dan
berkongsi kod secara langsung. Mereka mungkin mempunyai saluran khas untuk setiap
bahagian projek seperti pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan. Di dalam saluran
tersebut, mereka boleh berkongsi kod sumber, membincangkan masalah yang muncul dan
membuat cadangan untuk penambahbaikan.

8
Gambarajah 8 : Aplikasi Slack digunakan dalam organisasi

Akhir sekali, pengurusan pelanggan (Customer Relationship Management - CRM). Ini


adalah pendekatan dan proses yang digunakan oleh organisasi untuk menguruskan hubungan
dengan pelanggan mereka yang melibatkan penggunaan perisian CRM seperti Salesforce untuk
mengumpul, mengorganisasi dan menganalisis data pelanggan dengan matlamat meningkatkan
kepuasan pelanggan, mengekalkan dan meningkatkan penjualan serta menyediakan
perkhidmatan pelanggan yang lebih baik. Pengurusan pelanggan yang berkesan mempunyai
beberapa kepentingan yang besar seperti menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.
Dengan maklumat sejarah pembelian dan hubungan pelanggan yang terperinci, organisasi dapat
menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan lebih personal. Ini membina
kepercayaan pelanggan dan membina hubungan jangka panjang. Sebagai contoh, sebuah
syarikat penjualan boleh menggunakan Salesforce untuk menguruskan maklumat pelanggan dan
berinteraksi dengan mereka secara lebih berkesan iaitu merekod semua interaksi dengan
pelanggan termasuk panggilan telefon, e-mel dan pertemuan yang memudahkan staf untuk
menyediakan jawapan yang lebih pantas dan berkesan kepada pelanggan. Melalui CRM, dapat
dipastikan bahawa pelanggan diberi perhatian yang berkesan, keperluan mereka difahami dan
hubungan pelanggan terjalin baik. Ia membantu organisasi untuk memaksimumkan nilai
pelanggan dan mencapai pertumbuhan perniagaan yang berterusan.

9
4.0 Kepentingan IS dalam penjagaan kesihatan di tempat kerja/ rumah

Kesihatan adalah harta yang paling berharga dalam hidup manusia. Keupayaan individu untuk
bekerja dengan cekap dan menjalani kehidupan yang bermakna sangat bergantung pada keadaan
kesihatan mereka. Tempat kerja dan rumah menjadi tempat utama keberadaan seseorang dalam
tempoh masa yang lama. Sistem pengurusan penjagaan kesihatan adalah elemen penting dalam
memastikan keadaan kesihatan pekerja di tempat kerja atau individu di rumah diuruskan dengan
cekap dalam menyokong kesejahteraan kesihatan yang berkualiti.

Pertamanya, sistem pengurusan penjagaan kesihatan di tempat kerja dengan pelaksanaan


Program Penyaringan Kesihatan. Syarikat menggunakan sistem ini untuk merancang dan
mengendalikan program penyaringan kesihatan bagi pekerja mereka. Program ini mungkin
termasuk pemeriksaan mata, ujian darah, pengukuran tekanan darah atau ujian kesihatan lain
yang sesuai. Program Saringan Kesihatan mempunyai beberapa kepentingan seperti membantu
mengesan masalah kesihatan awal. Contohnya, seseorang yang mengalami peningkatan tekanan
darah yang tidak terkawal mungkin mendapat rawatan awal dan mampu mencegah komplikasi
yang lebih serius.

Namun demikian, aplikasi kesihatan digital ketika di rumah seperti Telemedicine yang
merupakan contoh bagi penggunaan sistem pengurusan penjagaan kesihatan di rumah. Individu
boleh berbincang dengan doktor mereka secara atas talian atau menerusi aplikasi telemedicine
untuk mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan. Ini adalah penting terutamanya dalam situasi
di mana akses kepada perkhidmatan kesihatan mungkin terhad. Individu boleh menggunakan
aplikasi kesihatan untuk mengawal pemakanan, aktiviti fizikal dan tidur mereka. Ianya dapat
membantu individu menguruskan gaya hidup dengan lebih baik dan mengenalpasti corak yang
mungkin memerlukan perubahan untuk meningkatkan kesihatan. Sebagai contoh, jika seseorang
sedar bahawa mereka kurang bergerak, mereka dapat mengambil langkah untuk meningkatkan
aktiviti fizikal mereka. Selain itu, pesakit kronik boleh menggunakan sistem ini untuk
menguruskan jadual rawatan, mengingatkank pengambilan ubat, dan berkongsi data kesihatan
dengan doktor mereka.

Seterusnya, keselamatan adalah isu kritikal dalam pengurusan perniagaan.


Kepentingannya terletak dalam pemeliharaan kesejahteraan pekerja dan mencegah kecederaan
atau mengelakkan insiden yang membahayakan. Salah satu elemen penting dalam sistem
10
pengurusan keselamatan di tempat kerja adalah sistem pelaporan insiden. Sistem ini
membolehkan pekerja melaporkan insiden kecederaan atau hampir kecederaan dengan mudah
dan tanpa sekatan. Ini termasuk insiden seperti kemalangan, kejadian hampir jatuh, atau apa-apa
kejadian yang melibatkan risiko terhadap keselamatan pekerja. Pentingnya sistem pelaporan
insiden adalah kerana ia membina budaya keselamatan yang lebih baik di tempat kerja. Contoh
penggunaan sistem dalam pengurusan penjagaan kesihatan di tempat kerja adalah penggunaan
sistem perisian "Occupational Health and Safety Management System (OHSMS)” dimana
membolehkan organisasi memantau dan melaporkan insiden keselamatan, menguruskan latihan
keselamatan dan mengesan pematuhan kepada peraturan kesihatan dan keselamatan. Ia
membantu mengurangkan kecederaan dan memastikan keselamatan pekerja.

Selain itu, kepatuhan dengan regulasi adalah suatu konsep yang merujuk kepada
kemampuan sebuah organisasi untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa atau kerajaan. Dalam konteks penjagaan kesihatan di tempat kerja, ini
merangkumi peraturan dan undang-undang yang bertujuan untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja serta melindungi alam sekitar dari potensi pencemaran atau risiko yang
berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Sebagai contoh sebuah syarikat yang mengendalikan
kilang pembuatan produk elektronik. Di negara tersebut, terdapat peraturan yang mengawal
tahap pencemaran udara yang boleh dihasilkan oleh kilang-kilang. Syarikat ini perlu mematuhi
peraturan tersebut untuk memastikan keselamatan pekerjanya dan juga untuk mengurangkan
impak negatif kepada alam sekitar. Syarikat perlu menjalankan pengawasan secara sistematik,
merekod tindakan yang diambil dan memastikan bahawa peraturan-peraturan yang berkaitan
dengan keselamatan dan alam sekitar dipatuhi. Dengan cara ini, syarikat ini dapat
meminimalkan risiko undang-undang, menjaga reputasi mereka dan lebih penting lagi menjaga
keselamatan pekerja serta kesihatan alam sekitar.

11
5.0 Kepentingan IS untuk aktiviti riadah dan keseronokkan

Dari segi aktiviti riadah dan keseronokkan pula, sistem maklumat dapat meningkatkan
pengalaman aktiviti dengan pelbagai cara. Ianya membolehkan individu mencari destinasi
riadah atau aktiviti keseronokan dengan lebih mudah dan efisien serta merancang pengalaman
mereka dengan lebih baik.

Salah satu manfaat utama sistem maklumat adalah memudahkan individu mencari
destinasi riadah atau aktiviti keseronokan dan juga dapat merancang awal. Oleh itu, dengan
adanya laman web pelancongan dan aplikasi seperti TripAdvisor, Airbnb dan Booking.com,
pengguna dapat mengakses maklumat yang meluas mengenai tempat penginapan, tarikan
pelancongan, serta aktiviti riadah di pelbagai destinasi. Contohnya, jika seseorang merancang
percutian ke Malaysia, mereka boleh menggunakan laman web atau aplikasi ini untuk mencari
hotel, mengetahui tarikan pelancongan seperti Petrosains KLCC dan merancang aktiviti riadah
seperti lawatan santai ke taman-taman awam. Dengan maklumat yang mudah diperoleh,
pengguna dapat membuat keputusan yang lebih baik tentang destinasi yang paling sesuai dengan
minat dan keperluan mereka. Selain itu, memudahkan mereka merancang jadual perjalanan yang
efisien dengan mengakses maklumat mengenai waktu operasi, harga tiket dan aktiviti yang boleh
dilakukan di destinasi tersebut. Ini mengurangkan kebingungan dan ketidakpastian dalam
merancang aktiviti riadah atau keseronokan, meningkatkan keseronokan dan keyakinan mereka
semasa perjalanan.

Seterusnya dengan IS, aplikasi peta dan navigasi seperti Google Maps memainkan
peranan penting dalam memastikan bahawa pengguna tiba dengan selamat di destinasi yang
mereka tuju, meningkatkan keseronokan dan keselamatan perjalanan mereka. Google Maps
adalah aplikasi yang popular yang menyediakan pemetaan dan navigasi. Apabila seseorang
merancang untuk pergi ke taman tema, mereka boleh memasukkan destinasi tersebut ke dalam
aplikasi. Aplikasi ini akan memberikan panduan langkah demi langkah dari lokasi semasa
pengguna ke destinasi tersebut. Ini termasuk arahan giliran, jarak yang perlu ditempuh,
maklumat laluan alternatif serta ramalan waktu tiba. Contoh, kita tersesat dan tidak tahu di
mana, maka pengguna boleh menggunakan aplikasi ini. Kelebihan penggunaan aplikasi
pemetaan dan navigasi membantu mengelakkan kehilangan arah dan sesat, menjimatkan masa
dan mengurangkan stres semasa perjalanan.

12
Salah satu aspek yang memainkan peranan utama dalam hal ini adalah akses kepada
berita dan maklumat terkini. Aplikasi berita dalam talian dan portal web telah membolehkan
peserta aktiviti mendapatkan maklumat tentang peristiwa-peristiwa terkini, konsert, festival dan
banyak lagi sama ada berkaitan dengan cuaca, acara-acara tempatan atau berita tentang tempat-
tempat menarik. Ini membantu mereka merancang aktiviti mereka dengan lebih baik dan
membuat keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, jika seseorang merancang percutian
mereka ke destinasi pantai, mereka boleh menggunakan aplikasi berita untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang cuaca, gelombang laut dan amaran cuaca buruk. Dengan maklumat ini,
mereka dapat merancang aktiviti pantai malah mengelakkan risiko cuaca yang buruk.

Dengan platform media sosial, pengguna dapat memanfaatkan maklumat terkini yang
diberikan oleh rakan-rakan mereka untuk menjimatkan masa dan wang semasa merancang
aktiviti. Dengan mendapatkan maklumat terkini daripada rakan-rakan mereka, peserta aktiviti
boleh mengelakkan kesilapan yang mungkin dilakukan jika mereka tidak mempunyai maklumat
yang berkaitan. Contoh yang jelas adalah apabila seseorang merancang melawat ke destinasi
yang belum pernah mereka kunjungi sebelumnya. Rakan-rakan yang telah mengunjungi tempat
tersebut mungkin berkongsi pengalaman mereka, merumuskan tips atau memberikan amaran
tentang perkara yang perlu dielakkan. Ini membantu peserta aktiviti untuk membuat
perancangan yang lebih baik dan mengurangkan kemungkinan kecewa semasa perjalanan.
Contoh, jika seseorang merancang untuk pergi ke destinasi riadah yang jauh, mereka mungkin
mendengar dari rakan bahawa terdapat jalan pintas yang lebih cepat dan lebih baik daripada yang
dicadangkan oleh peta. Maklumat ini boleh membantu mereka sampai ke destinasi dengan lebih
cepat dan menjimatkan masa perjalanan.

13
6.0 Kebimbangan privasi dan keselamatan dalam IS dan cara mengatasinya

Dalam era digital ini, sistem maklumat merangkumi segala aplikasi perbankan dalam talian
sehingga ke rekod kesihatan elektronik. Namun, penggunaan teknologi maklumat yang meluas
akan menimbulkan pelbagai kebimbangan terutamanya berkaitan privasi dan keselamatan. Salah
satu kebimbangan utama adalah sistem maklumat privasi individu. Penggunaan data peribadi
oleh syarikat-syarikat teknologi atau jenayah siber merupakan ancaman siber. Antara contoh
risiko data peribadi adalah nombor kad kredit, maklumat perbankan atau maklumat peribadi lain
boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama pihak ketiga. Kebanyakkan
syarikat mengumpul data pengguna tanpa kebenaran manakala penjenayah siber boleh mencuri
data dengan tujuan tidak baik.

Selain itu, teknologi maklumat juga membolehkan penjejakan pengguna secara


terperinci. Ini termasuk penggunaan kuki (cookies) dan analitik web untuk mengumpul data
mengenai perilaku pengguna secara dalam talian. Penjejakan ini boleh menggugat privasi
individu dengan memberikan maklumat yang terlalu banyak kepada pihak lain. Ketiganya,
serangan siber yang semakin meluas. Serangan siber merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh
penjenayah siber atau individu yang menggunakan teknologi untuk tujuan jahat seperti mencuri
data, merosakkan sistem komputer atau menjejaki aktiviti pengguna secara tidak sah. Serangan
siber boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Salah satu jenis serangan siber iaitu serangan DDoS
(Distributed Denial of Service), di mana penyerang cuba melumpuhkan sistem dengan
menghantar trafik yang sangat banyak sehingga sistem tidak dapat berfungsi dengan baik.
Serangan siber yang berjaya boleh mengakibatkan kerugian kewangan, reputasi yang terjejas dan
masalah keselamatan yang serius.

Gambarajah 7: Cookies di website

14
Keempat, kehilangan data dimana ianya merupakan aset yang sangat berharga dalam
kebanyakan organisasi dan individu. Sistem penyimpanan awan (One Drive) menjadi semakin
popular dalam menyimpan data, tetapi ia juga memaparkan risiko, terutamanya jika penyedia
perkhidmatan awan mengalami gangguan teknikal atau masalah keselamatan. Kejadian seperti
ini boleh menyebabkan data yang tersimpan di awan menjadi tidak dapat diakses atau terancam
hilang.

Untuk mengatasi kebimbangan privasi dan keselamatan di dalam sistem maklumat,


tindakan berikut boleh diambil seperti menggunakan ”User Privacy Controls”. Pengguna perlu
berhati-hati dengan maklumat peribadi mereka dan memberikan kebenaran secara berwajaran
untuk mengumpul data dengan menggunakan alat kawalan privasi yang disediakan dalam
aplikasi atau pelayar web mereka. Seterusnya data backups. Perkara ini penting untuk
menjalankan penyandaran data yang berkala untuk mengurangkan risiko kehilangan data akibat
kejadian tidak diingini. Cara mengatasi ketiganya adalah Two-Factor Authentication (2FA).
Penggunaan 2FA untuk akaun pengguna dalam sistem maklumat menambah lapisan keselamatan
tambahan, memerlukan pengguna untuk menyediakan faktor pengesahan kedua di luar kata
laluan, menjadikannya lebih sukar untuk akses tanpa kebenaran.

Gambarajah 8: Two-Factor Authentication untuk keselamatan sistem maklumat

15
7.0 Isu perasaan sunyi/terasing penggunaan teknologi dan cara mengatasi

Penggunaan teknologi yang canggih telah mengubah cara kita berkomunikasi dengan orang lain
dan membawa faedah. Namun begitu, teknologi juga telah menimbulkan isu bahaya terhadap
perasaan sunyi dan terasing dalam masyarakat moden. Fonemana ini membimbangkan kerana
dapat merosakkan hubungan sosial serta kesihatan emosi individu.

Isu pertama adalah peningkatan isolasi sosial. Individu yang menggunakan peranti
teknologi seperti telefon bimbit atau komputer dengan kerap mungkin mengalami kurangnya
hubungan sosial dengan kehidupan sebenar. Mereka merasa terasing dan sunyi kerana lebih
memilih berkomunikasi secara maya berbanding berjumpa dengan rakan-rakan atau keluarga
secara fizikal. Contohnya seseorang yang suka bermain permainan video dalam talian dengan
rakan maya. Interaksi sosial mereka akan berkurang dan mereka mungkin akan berasa terasing
dengan rakan sebaya yang lain. Bagi permasalahan ini, kita perlu bertindak mengatasi isu
dengan melalui kesedaran diri dan usaha mewujudkan keseimbangan antara penggunaan
teknologi dan interaksi sosial dalam kehidupan sebenar. Mereka perlu sedar dengan
menghadkan masa bermain peranti elektronik. Mereka seharusnya merancang aktiviti bersama
rakan atau keluarga dan terus mengeratkan hubungan silaturrahim.

Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh memberi implikasi sosial dan emosi.
Contoh yang mudah adalah seseorang yang menghabiskan banyak masa di platform media sosial
seperti Facebook, Instagram atau Twitter mungkin merasa sunyi kerana terlalu banyak
melibatkan diri dalam perbandingan sosial yang merosakkan. Apabila mereka sering melihat
gambar atau cerita kehidupan orang lain yang dipaparkan pada media sosial, ianya seringkali
dipercayai sebagai pandangan yang ideal dan sempurna. Ini menyebabkan perasaan terasing dan
rendah diri kerana individu mungkin merasa bahawa kehidupan mereka tidak sehebat kehidupan
orang lain di media sosial. Kita boleh atasinya dengan cara tingkatkan kesedaran menggunakan
media sosial yang seimbang. Mereka perlu sedar apa yang dilihat adalah hanya gambaran
suntingan dan tidak mencerminkan sepenuhnya realiti. Semua orang mempunyai kisah, masalah
dan ketidaksempurnaan mereka sendiri, meskipun mungkin tidak terlihat di media sosial. Oleh
itu, penting untuk menggunakan media sosial dengan bijak dan perlu untuk berinteraksi dengan
orang lain secara fizikal.

16
Seterusnya, teknologi telah merevolusi cara kita berhubungan dan berkomunikasi dalam
hubungan romantik. Penggunaan teknologi dalam komunikasi boleh menyebabkan isu-isu dalam
hubungan. Contoh yang jelas apabila pasangan yang terlalu bergantung kepada mesej teks atau
media sosial untuk berkomunikasi. Kedua cara ini adalah mudah dan segera, tetapi apabila
terlalu banyak menggunakannya boleh mengurangkan kedalaman hubungan. Pasangan mungkin
berasa bahawa mereka tidak memberikan perhatian yang mencukupi satu sama lain dan perasaan
sunyi serta terasing mungkin akan muncul. Cara untuk mengatasi isu ini adalah dengan
menemui keseimbangan yang tepat antara komunikasi teknologi dan interaksi muka.
Komunikasi melalui mesej teks dan media sosial boleh menjadi alat yang berguna, tetapi penting
juga untuk memberikan ruang peribadi dan tidak bergantung secara berlebihan kepada teknologi.
Pasangan harus memberi komitmen dengan meluangkan masa untuk berjumpa dan berbicara
secara langsung. Meluangkan masa berkualiti bersama tanpa gangguan teknologi adalah penting
untuk memperkuat hubungan.

Walaupun teknologi mempermudahkan komunikasi, namun isu ini akan menimbulkan


kesan negatif dalam dunia perniagaan dan kerja. Ini mungkian terjadi apabila individu lebih
cenderung untuk berkomunikasi melalui e-mel, perbualan video atau pesanan teks bagi
menggantikan pertemuan muka. Walaupun komunikasi maya mempunyai kelebihan seperti
memudahkan dan cepat, namun ianya boleh mengurangkan kedalaman hubungan antara rakan
sekerja dan bos. Apabila komunikasi berlaku semata-mata melalui skrin komputer atau peranti
mudah alih, kehilangan elemen peribadi yang berharga seperti hubungan mata, bahasa badan dan
nada suara boleh merosakkan perhubungan dan mengurangkan persefahaman. Cara
mengatasinya dengan menggalakkan pertemuan secara langsung. Hubungan yang kukuh dan
persefahaman dalam persekitaran kerja adalah penting. Ini tidak hanya membina hubungan yang
lebih baik, tetapi juga meningkatkan produktiviti dan kolaborasi.

17
8.0 Isu ketagihan penggunaan teknologi dan cara mengatasinya

Ketagihan terhadap penggunaan teknologi merupakan isu yang semakin mendapat perhatian
dalam masyarakat moden. Peningkatan penggunan telefon bimbit, komputer dan media sosial
menyebabkan ramai orang terjebak. Ini menganggu kehidupan seharian dan memberi kesan
buruk kepada kesihatan fizikal dan mental.

Ramai orang diluar sana mempunyai isu ketagihan media sosial. Mereka sanggup
menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk melihat platform media sosial seperti FB,
Instagram, Tiktok, Twitter. Mereka merasa terpanggil untuk memeriksa berita, mengemaskini
status, membalas komen yang boleh menggangu produktiviti dan hubungan sosial. Mereka perlu
mengamalkan cara penggunaan yang berhemah dan berkesan untuk mengatasi permasalahan ini.
Kita sebenarnya boleh menghadkan masa harian untuk mengakses media sosial dan hanya
mengikuti akaun yang memberi kesan positif. Amalan ini boleh membantu seseorang
mengawal\ semula penggunaan media sosial mereka

Permainan video menjadi salah satu bentuk hiburan yang sangat popular dalam kalangan
generasi muda. Namun, perlu diakui bahawa ketika seseorang terlalu teruja dan enggan untuk
mengawal penggunaan permainan video, ia boleh membawa kepada ketagihan yang
mengakibatkan pelbagai kesan negatif dalam kehidupan harian termasuk gangguan kepada
tanggungjawab harian, kurang tidur dan prestasi akademik yang merosot. Sebagai contoh
seorang pelajar mungkin melupakan tugasan sekolah, ujian atau kerja rumahnya kerana terlalu
asyik bermain permainan video. Ini boleh menyebabkan masalah di sekolah dan dalam
kehidupan keluarga. Mereka perlu mengatasinya dengan langkah yang betul dengan kesedaran
ketagihan permainan online di sekolah dan keluarga perlu memberi didikan tentang isu
permainan video.

18
Gambarajah 9: aktiviti permainan video
Kini, perbelanjaan semakin mudah dengan adanya pembelanjaan dalam talian. Dengan
hanya beberapa klik, pengguna boleh membeli. Namun ianya memberikan kesan kewangan
yang teruk kepada individu tersebut. Isu ketagihan membeli barangan dalam talian semakin
menggila. Ketagihan ini bermula dengan melihat tawaran yang menarik seperti promosi,
penawaran khas, diskaun di laman-laman web beli belah. Mereka merasa tertarik untuk membeli
tanpa berfikir panjang. Ini boleh membawa kepada pembelian impulsif yang seringkali tidak
diperlukan atau berlebihan. Contohnya, seseorang mungkin membeli baju, aksesori atau
barangan lain yang mereka tidak perlukan hanya kerana harganya murah atau terdapat tawaran
hebat. Pengguna yang terjebak dalam pola pembelian impulsif mungkin akhirnya mengalami
beban hutang yang tinggi dan sukar untuk menguruskan kewangan mereka. Mereka mungkin
terlilit dengan hutang kad kredit, pinjaman atau pembayaran yang tertunggak. Mereka boleh
atasi dengan membuat senarai perbelanjaan yang perlu dan jelas. Perlu diingatkan membeli
barang mengikut keperluan bukan kehendak.

Ketagihan teknologi peranti seperti telefon bimbit. Lebih membimbang lagi apabila
kanak-kanak seawal usia dua hingga tiga tahun telah mula bermain gajet atau peranti digital
seperti tablet dan telefon pintar, seolah-olah peralatan ini telah menjadi peneman atau pengasuh
selain ibu bapa dan penjaga. Apabila seseorang individu menghabiskan masa lebih daripada
empat jam menggunakan internet untuk sesuatu perkara yang tiada kaitan dengan pekerjaan atau
pembelajaran, akan mengundang pelbagai masalah. Contohnya ibu bapa yang memberikan
telefon pintar untuk mendiamkan anak kecil mereka dan cara ini berisiko menyebabkan anak
ketagihan. Oleh itu, pihak kerajaan, sekolah, lebih lagi penjaga untuk menggelakkan
penggunaan teknologi peranti secara berlebihan. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa yang
lebih banyak dan cuba interact anak-anak denga perkara yang lebih bermanfaat.

19
9.0 Rujukan

21 Best Accounting Software in Malaysia (Oct 25, 2023), Marketing Signal Lab.
https://marketingsignallab.com/accounting-software-in-malaysia/

Amy Fontinelle ( June 11, 2023), 6 Components of an Accounting Information System (AIS).
https://www.investopedia.com/articles/professionaleducation/11/accounting-information-
systems.asp

Apa itu Transaction Processing System. https://nagitec.com/apa-itu-transaction-processing-


system/

Asyraf Roslan (Dis 15, 2018) Awasi ketagihan permainan video, boleh mendorong keganasan.
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/awasi-ketagihan-permainan-video-boleh-mendorong-
keganasan-193645

Atini Alias, Siti Haziqah Shaban, Siti Marhamah Kamarul Arifain, Aimi Khairunnisa Abdul
Karim (Sept 10, 2021). Hubungan Kesunyian Dengan Ketagihan Internet Dalam
Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Semasa Pandemik Covid-19.
file:///C:/Users/User/Downloads/865-1522-1-SM.pdf

Azzahra Aulia (Ogos 6, 2023) Jenis Office Automation System (OAS) dan Manfaatnya untuk
Bisnis. https://www.sekawanmedia.co.id/blog/mengenal-office-automation-system/

Ben Embara Faisal (Mac 28, 2023) Apa Maksud Sistem Maklumat | Definisi Penuh, Contoh.
https://caritekno.com/definisi-sistem-maklumat/

Fahmy A Rosli (Sept 7, 2019) TPM bimbang masyarakat ketagih teknologi, media sosial.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604548/tpm-bimbang-masyarakat-ketagih-
teknologi-media-sosial

Fungsi sistem maklumat, Information Communication and Technology-Sistem Maklumat.


https://infosysict.wordpress.com/modul/fungsi-sistem-maklumat/#:~:text=Sistem%20maklumat
%20dalam%20bidang%20perniagaan,urusniaga%20di%20dalam%20sebuah%20perniagaan
20
Information System ( May 29, 2012 ). https://raditya-pw.blogspot.com/

Jenis dan kegunaan Sistem Maklumat (Nov 23, 2012).


https://www.scribd.com/document/114204908/Jenis-Dan-Kegunaan-Sistem-Makluma

Kadar ketagihan Internet di Malaysia tinggi berbanding banyak negara lain – Annuar (Feb 22,
2022). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-ketagihan-internet-di-
malaysia-tinggi-berbanding-banyak-negara-lain-annuar-348145

Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Dan Kesan Buruk.


https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html

Leon N, Balakrishna Y, Hohlfeld A, Odendaal WA, Schmidt B-M, Zweigenthal V, Anstey


Watkins J, Daniels K (Ogos 13, 2020), Membuat penambahbaikan kepada sistem
maklumat kesihatan rutin untuk mengukuhkan pengurusan sistem kesihatan.
https://www.cochrane.org/ms/CD012012/EPOC_membuat-penambahbaikan-kepada-
sistem-maklumat-kesihatan-rutin-untuk-mengukuhkan-pengurusan-sistem

Management Informataion System (Sept 8, 2008).


http://misspinkcute.blogspot.com/2008/09/tugasan-3.html

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial (Jun 4, 2023).
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/masalah-kesihatan-mental-bertambah-teruk-kerana-
media-sosial-422364

Mazmalek Mohamad (Nov 11, 2016). Seimbang keperluan privasi, keselamatan.


https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/211577/seimbang-keperluan-privasi-
keselamatan

Memahami Lebih Jauh Mengenai Office Automation System.


https://www.pelatihan-sdm.net/memahami-lebih-jauh-mengenai-office-automation-system/

Memahami Sistem Pemprosesan Transaksi dalam Bisnis. https://kledo.com/blog/sistem-


pemrosesan-transaksi/

21
Nurul Madiha, Mohd Ilham, Mohd Azul, Mohd Azul Mohamad Salleh (Jan 2015). Privacy and
Security Issues among Users of Social Media Applications.
https://www.researchgate.net/publication/305304978_ISU_PRIVASI_DAN_KESELAM
ATAN_DALAM_KALANGAN_PENGGUNA_APLIKASI_MEDIA_SOSIAL_Privacy
_and_Security_Issues_among_Users_of_Social_Media_Applications

Nyinditya Fika Kinasih ( Sep 11, 2023), Sistem Pemprosesan Transaksi : Erti, fungsi, jenis dan
contohnya. https://www.reqrut.id/apa-itu-sistem-pemrosesan-transaksi/

Office Automation System (OAS). https://rizkihabibur.blogspot.com/2018/04/office-


automation-system-oas.html

Penggunaan Informasi Teknologi Dalam Pengurusan Rekod Perubatan.


http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-informasi-teknologi-dalam-pengurusan-rekod-
perubatan/

Rosnani binti Ismail, Pengenalan kepada Sistem Maklumat Perakaunan.


https://online.fliphtml5.com/eraqv/kubg/#p=1

Salmah Omar (Oct 2015), Pengaruh Peranti Teknologi Kepada Perkembangan Sosial Dan
Permasalahan Kesihatan Kanak-Kanak.
https://www.researchgate.net/publication/306256070_PENGARUH_PERANTI_TEKNO
LOGI_KEPADA_PERKEMBANGAN_SOSIAL_DAN_PERMASALAHAN_KESIHAT
AN_KANAK-KANAK

Sistem maklumat Pengurusan (Ogos 13, 2018).


https://adadalydidal.blogspot.com/2018/08/sistem-maklumat-pengurusan-cbms4303.html

Sistem Maklumat Penjagaan Kesihatan.


https://drdollah.com/sistem-maklumat-hospital/#:~:text=Sistem%20Maklumat%20Penjagaan
%20Kesihatan%20(Healthcare,pengumpulan%2C%20perkongsian%20dan%20penggunaan
%20maklumat.

22
Sistem Pemprosesan Transaksi, Bagaimana Cara kerjanya (Dis 22, 2022).
https://entrepreneurcamp.id/sistem-pemrosesan-transaksi/#:~:text=Kelebihan%20Sistem
%20Pemrosesan%20Transaksi%201%201.%20Produktivitas%20Hal,Penggunaan%20yang
%20Mudah%20...%205%205.%20Recovery%20

Sistem Pemprosesan Transaksi: Apakah itu dan bagaimana ia berfungsi?


https://portalcripto.com.br/ms/kamus/sistem-pemprosesan-transaksi-apakah-itu-dan-bagaimana-
ia-berfungsi/

Sistem-Sistem Fungsian Dalam Organisasi. https://pdfcoffee.com/bab-5-jenis-jenis-sistem-


maklumat-fungsian-pengenalan-pdf-free.html

Syazwana Aziz, Noraini Abdol Raop, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor (Sept 10, 2021)
Pengaruh Faktor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Terhadap Kualiti Hidup Dalam
Kalangan Belia. file:///C:/Users/User/Downloads/848-1488-1-SM%20(1).pdf

Vely Sia ( Apr 26, 2022), Peranan Sistem Pemprosesan Transaksi bagi perusahaan.
https://www.jurnal.id/id/blog/sistem-pemrosesan-transaksi/

What is Transaction Processing System?. https://mindmajix.com/what-is-transaction-


processing-system#importance-of-transaction-processing-system

23

You might also like