You are on page 1of 2

Integrasi Hadapan

Strategi integrasi hadapan sering digunakan oleh kebanyakan syarikat kerana popularinya
dalam industri yang berbeza termasuk kereta, makanan segera, teknologi maklumat dan
sebagainya. Strategi integrasi hadapan digunakan untuk memperoleh pemilikan dari pengedar
dan peruncitnya. Strategi ini boleh dilaksanakan dengan memperolehi peniaga sedia ada atau
syarikat boleh mula membuka cawangannya di lokasi utama. Sebuah syarikat melaksanakan
strategi integrasi ke hadapan apabila ia mahu merealisasikan skala ekonomi dan meningkatkan
pasar industri mereka. Perkembangan teknologi internet telah membuat integrasi hadapan lebih
mudah dilaksanakan dan menjadi lebih popular dalam mengembangkan perniagaan. Contohnya,
sebuah syarikat pembuatan mempunyai keupayaan untuk menubuhkan kedai dalam talian dan
menggunakan pemasaran digital untuk menjual produknya. Sebelum ini, ia terpaksa
menggunakan syarikat runcit dan firma pemasaran untuk menjual produk dengan berkesan.

Antara syarikat yang menggunakan pendekatan integrasi hadapan adalah syarikat


Apple Inc. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Steve Job dan Steve Wozniak pada tahun 1976-
1977 yang mana pada ketika itu ia dikenali sebagai Apple Computer Company sebelum ditukar
kepada apple Inc. pada tahun 2007. Ibu pejabat Apple Inc. terletak di Cupertino, California,
U.S.A. Syarikat ini mula berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat gergasi dalam bidang
teknologi dengan produk pertama yang mereka lancarkan iaitu Apple I dan disusuli dengan
Apple II pada tahun 1977. CEO semasa iaitu Tim Cook diangkat menjadi pengerusi selepas
kematian Steve Job pada tahun 2011. Beliau juga merupakan rakan kongsi Steve Job dan
individu yang dipercayai untuk mengemudi kapal Apple selepas ketiadaan pengasas asal. Antara
sumbangan Tim Cook adalah beliau berjaya meningkatkan jualan Iphone sebanyak 859 Juta unit
sekitar tahun 2011-2017.

Apple Inc. telah mengusahakan strategi integrasi ke hadapan sejak bertahun-tahun. Pada
masa ini, Apple mempunyai 361 kedai di seluruh dunia di bawah pemilikannya. Apple Inc. telah
membuka kedainya sendiri untuk terus berinteraksi dengan pelanggan untuk memahami
keperluan dan kehendak mereka. Ini merupakan antara sebab utama mengapa mereka
menggunakan integrasi hadapan sebagai strategi pemasaran mereka. Selain itu mereka juga dapat
menjimatkan kos pemasaran selain meningkatkan keuntungan syarikat. Selain itu, dengan
mengamalkan integrasi hadapan, syarikat akan mendapat beberapa kelebihan dalam
menyelesaikan masalah dihadapi syarikat. Antara masalah yang dapat diselesaikan oleh strategi
integrasi hadapan ialah kos pengedar dan peruncit sedia ada yang mahal dan tidak dapat
memenuhi keperluan pengedaran sesebuah firma dan tiada pengedar berkualiti yang memberikan
kelebihan persaingan kepada firma berbanding pesaingnya.

Selain itu integrasi hadapan juga memberi kelebihan kepada syarikat apabila organisasi
mempunyai kemudahan pengeluaran yang tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Integrasi ke hadapan akan mengukuhkan rangkaian nilai organisasi dari pengeluaran hingga
jualan dan sokongan produk. Selain itu ia juga sesuai apabila organisasi mempunyai sumber daya
dari segi sumber manusia untuk mengurus dan membiayai perbelanjaan saluran pengedaran.
Dengan melaksanakan integrasi hadapan syarikat dapat mengurangkan kos pengedaran dan
menurunkan harga produk untuk meningkatkan penjualan apabila peruncit atau pengedar semasa
mempunyai margin yang tinggi yang meningkatkan kos produk dan akan menyebabkan harga
tinggi produk. Ia juga memberi kelebihan kepada organisasi yang bersaing dalam industri yang
semakin berkembang dan dijangka berkembang pada masa akan datang.

You might also like