You are on page 1of 16

Fakulti Sastera Dan Sains Sosial

Jabatan Pengajian India

AFEA 2109
MASYARAKAT DAN BUDAYA ORANG-ORANG INDIA
DI MALAYSIA
SEMESTER 2
(2015/2016)

Soalan 4: Institusi-institusi agama Hindu memainkan


peranan penting dalam budaya India Malaysia. Bahaskan
kenyataan ini dengan bukti-bukti yang bersesuaian.

Nama: Chong Koh Meng


Nombor Matrik: AEE 140007
Nama Pensyarah: Dr. Manimaran a/l Subramaniam

1
PENGENALAN

Institusi keagamaan merujuk kepada struktur sosial dan mekanisme sosial yang

berasaskan kepada sesuatu yang berbentuk organisasi atau persatuan yang bertujuan untuk

mengawasi masyarakat yang menganuti agama tersebut. Kebiasaannya institusi kegamaan

akan dirujuk kepada kuil dan persatuan-persatuan agama. Walau bagaimanapun, institusi

agama bukan sahaja untuk bersembahyang pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu sahaja.

Tetapi ianya merupakan pusat kepada kegiatan para panganut sama ada dari segi kerohanian

atau keduniaan. Institusi keagamaan juga beroperasi untuk memelihara kebajikan masyarakat

yang diwakilinya. Masyarakat India di Malaysia ialah sekurang-kurangnya 1.7 million yang

mewakili sebanyak 7% daripada jumlah populasi penduduk di Malaysia, tetapi hanya 80%

daripada keseluruhan masyarakat India di Malaysia yang beragama Hindu manakala yang

selebihnya beragama Kristian, Sikh, Islam dan Buddha. Oleh itu, institusi-institusi

keagamaan ini sememangnya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

masyarakat India Malaysia. Antara institusi-institusi keagamaan yang berasaskan persatuan

yang terkenal dan bergiat aktif di Malaysia ialah Malaysian Hindu Sangam, Hindu Saiva

Sangam, Vivekanda Ashramam, Pure Life Society, Devine Life Society, Temple of Fine Arts,

Agathiyar Sanmarkan Sangam dan sebagainya. Insitusi keagamaan yang berasaskan kuil

ialah Scott Temple Sri Mahamariamman Temple, Batu Malai Sri Murugan Perumal Kuil,

Vinayagar Temple dan sebagainya. Masyarakat India di Malaysia berjaya menpertahankan

dan mengamalkan kebudayaan tradisi mereka di Malaysia adalah salah satu sebabnya kerana

kewujudan institusi-institusi keagamaan yang telah mendorong kepada perkembangan dan

pembangunan masyarakat India. Peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi keagamaan

ini dalam perkembangan dan pembangunan budaya masyarakat India di Malaysia dapat

dilihat dalam aspek institusi sosial iaitu keluarga, kesenian, bahasa, kebudayaan tradisi,

keagamaan, pendidikan, dan pembangunan ekonomi.

2
PERANAN INSTITUSI-INSTITUSI KEAGAMAAN

INSTITUSI SOSIAL (KELUARGA)

Objektif utama bagi setiap institusi keagamaan mahupun kuil atau pertubuhan

keagamaan adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna. Tetapi untuk

membentuk sebuah masyarakat yang sempurna dan seimbang, kompenon asasnya iaitu

Keluarga perlu ditanam dengan nilai-nilai murni berdasarkan ajaran agama. Hal ini adalah

kerana keluarga merupakan institusi sosial yang penting. Dalam setiap keluarga akan

mempunyai individu ataupun anggota masyarakat yang akan berfungsi sebagai unit micro.

Maka, institusi keagamaan akan berperanan untuk membentuk dan melahirkan anggota

masyarakat yang stabil dan terkenal dalam hal-hal keagamaan dan ekonomi. Hal ini telah

menjadi objektif utama kepada Malaysian Hindu Sangam, Malaysian Hindu Youth Council,

Malaysian Hindu Dharma Mamandram, dan sebagainya.

Institusi keagamaan akan mengajar dan menyemai nilai-nilai keagamaan melalui

pengajian dan aktiviti yang berbentuk keagamaan. Hal ini adalah untuk melahirkan anggota

keluarga yang baik dengan akhlak dan nilai-nilai keagamaan dalam panduan hidup mereka.

Apabila anggota kelaurga mempunyai pendedahan kepada pengajaran agama, maka mereka

akan membentuk institusi keluarga tersebut sebagai institusi kekeluargaan seperti yang

dituntut dalam agama Hindu. Agama Hindu mengajar penganutnya untuk sentiasa bersatu dan

berkumpul bersama keluarganya.Oleh itu melalui pendedahan ini, anggota keluarga tersebut

akan memelihara kesatuan dalam keluarga dengan mengadakan family gathering. Hanya

melalui pengajaran yang berbentuk keagamaan, keluarga yang seimbang dapat dilahirkan

dalam sesebuah masyarakat.

Secara umumnya, kerajaan sememangnya tidak menyokong untuk perkembangan

pengajaran keagamaan Hindu kepada masyarakat India di Malaysia, maka pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) seperti institusi-institusi keagamaan terpaksa memainkan peranan untuk

3
mendedahkan tentang pengajaran agama Hindu kepada masyarakat India di Malaysia.

Contohnya, Malaysian Hindu Sangam menyediakan kelas yang akan mengajar tentang agama

Hindu dan memberikan buku teks keagamaan secara percuma. Pada masa sekarang di

Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 300 buah kuil Hindu berdaftar di seluruh Malaysia

yang berperanan sebagai institusi keagamaan kepada masyarakat Hindu tempatan manakala

terdapat lebih daripada 200 pertubuhan keagamaan yang berdaftar sebagai institusi

keagamaan. Pertubuhan keagamaan ini memainkan peranan di peringkat tempatan dan di

seluruh negara.

Sasaran utama bagi institusi-institusi keagamaan Hindu ialah keluarga. Hal ini adalah

kerana keluarga penting bagi mengekalkan pengamalan kebudayaan masyarakat India. Setiap

ajaran adat, kebudayaan dan keagamaan yang terdapat di dalam sesebuah keluarga akan

diwariskan kepada generasi yang seterusnya supaya ajaran tersebut tidak pupus. Contohnya,

peraturan untuk memakai pakaian tradisional semasa mengunjungi kuil merupakan suatu

ajaran yang perlu dipratikkan dalam keluarga supaya generasi baru dapat mengetahui dan

mengamalkannya. Salah satu prinsip yang ditekankan dalam ajaran agama Hindu ialah

konsep Percaya kepada Tuhan ataupun Believe in GOD. Konsep ini juga merupakan

prinsip pertama dalam Rukun Negara Malaysia. Maka untuk menegaskan konsep ini,

kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan akan dijalankan di kuil. Hal

ini adalah supaya semua penganut agama Hindu dapat bersatu di kuil dan menyertai aktiviti

keagamaan serta secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara

penganut agama Hindu.

4
KESENIAN

Seperti yang diketahui, kuil merupakan pusat kepada masyarakat Hindu seperti

anggota agama yang lain. Jika ingin membincangkan tentang perkembangan kebudayaan

India di Malaysia, maka kita tidak boleh terlepas daripada membincangkan tentang aspek

kesenian masyarakat India khususnya penganut agama Hindu. Kebudayaan masyarakat India

popular dengan pelbagai keistimewaan dan keunikkan. Antara yang bidang terdapat dalam

kesenian ialah persembahan tarian, persembahan muzikal, lukisan, drama, nyanyian dan

sebagainya. Segala aktiviti kebudayaan masyarakat India dan keagamaan Hindu akan

dimulakan dengan persembahan kesenian seperti tarian, persembahan muzikal ataupun

nyanyian lagu-lagu suci agama Hindu. Salah satu kebaikan membuat persembahan di dalam

permulaan sesebuah acara atau majlis adalah individu yang membuat persembahan akan

dikenali oleh ramai hadirin dan dapat menjadi terkenal. Malah, kadang-kadang individu yang

kerap membuat persembahan akan menjadi idola kepada genarasi muda untuk mengikuti

jejak langkahnya dalam bidang kesenian.

Peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi keagamaan tidak dapat disangkalkan

dalam pembangunan kesenian budaya masyarakat India di Malaysia. Misalnya, Temple of

Fine Arts memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesenian masyarakat India

di Malaysia. Institusi ini mengajar tarian Bharathanatyam, Peacock Dance, dan Tarian

Kolattham serta mengajar cara bermain alat-alat muzik tradisional India seperti veenai, sittar,

tabala dan sebagainya. Selain mengadakan kelas mengajar tarian dan bermain alat-alat muzik,

Temple of Fine Arts juga kerap mengadakan persembahan-persembanhan muzikal secara

besar-besaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mewakili masyarakat India di

Malaysia. Persembahan-persembahan yang diadakan ini selalunya akan menjadikan tumpuan

kepada masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, maka perkara ini secara tidak langsung

5
dapat mendedahkan serta mempromosikan kebudayaan tradisional India kepada masyarakat

umum. Pada masa sekarang, lebih ramai orang India dan bukan India yang berminat untuk

mempelajari tarian tradisional India dan alat-alat muzik tradisional India. Hal ini secara tidak

langsung dapat dapat membantu masyarakat India di Malaysia untuk mengekalkan dan

memelihara kebudayaan India dengan lebih baik.

Selain pertubuhan keagamaan, kuil juga memainkan peranan yang penting dalam

pengekalan dan pemeliharaan kebudayaan masyarakat India di Malaysia. Kebiasaannya

semasa hari-hari kebesaran dan istimewa agama Hindu seperti Navarathiri, pihak kuil akan

menganjurkan pertandingan Thevaram, Bhajan, tarian Bharathanatiyam, dan melukis Kollam.

Hal ini adalah kerana untuk mengeluarkan bakat yang terpendam dalam diri masyarakat India

di Malaysia. Hal ini adalah kerana bagi pertandingan nyanyian seperti Thevaram dan Bhajan,

peserta perlu mempunyai suara yang lantang dan merdu serta menyanyi dengan intonasi yang

betul. Manakala, persembahan dengan alat-alat muzik tradisional seperti Nathasvaram, dan

Urumi Meelam masih lagi dijalankan di kuil-kuil Hindu. Hal ini jelas menggambarkan

bahawa kuil memainkan peranan untuk memelihara kesenian masyarakat India dengan lebih

teliti pada zaman moden ini untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

6
BAHASA

Bahasa merupakan salah satu ciri yang akan menunjukkan ketertinggian pencapaian

sesuatu tamadun di dunia. Hal ini adalah kerana bahasa berperanan sebagai medium untuk

komunikasi antara sesame manusia serta dapat menyenangkan kehidupan harian. Dalam

sejarah dunia, tercatat bahawa Bahasa Tamil merupakan antara bahasa tertua di dunia yang

masih digunakan dalam pertuturan harian oleh masyarakat India khususnya orang Tamil di

serata dunia. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang budaya penggunaan Bahasa Tamil

dalam kehidupan harian oleh masyarakat India di Malaysian kian berkurangan kerana mereka

lebih terdorong untuk menggunakan Bahasa Inggeris ataupun Tanglish. Selain itu,

kebanyakkan masyarakat India di Malaysia tidak mahu untuk menghantar anak-anak mereka

ke sekolah Tamil tetapi lebih cenderung untuk menghantar ke sekolah kebangsaan, sekolah

Cina ataupun sekolah antarabangsa. Hal ini adalah kerana terdapat stigma dalam kalangan

masyarakat India di Malaysia yang berpendapat bahawa penguasaan Bahasa Tamil tidak

begitu penting untuk mencapai kemajuan dalam bidang pekerjaan di masa hadapan

berbanding dengan penguasaan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Maka, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Hindu Sangam dan

Persatuan Bahasa Tamil Malaysia memainkan peranan yang penting untuk memartabat

penggunaan Bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. Misalnya,

Malaysian Hindu Sangam akan menjalankan aktivitinya dengan menggunakan Bahasa Tamil

sebagai medium pengantaraan di seluruh Malaysia. Malahan, risalah-risalah Malaysian Hindu

Sangam yang diedarkan juga dicetak dalam Bahasa Tamil. Selain itu, Persatuan Bahasa Tamil

Malaysia mengadakan ceramah kepada para ibu bapa dan anggota masyarakat India yang lain

tentang kepentingan Bahasa Tamil supaya lebih banyak ibu bapa akan menghantar anak-anak

7
mereka ke sekolah Tamil. Hal ini adalah supaya generasi muda India di Malaysia menguasai

Bahasa Tamil dan dapat mengekalkan penggunaan Bahasa Tamil dalam kehidupan harian.

Selain itu, institusi-institusi keagamaan juga memainkan peranan penting untuk

memartabatkan Bahasa Tamil dengan menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa rasmi dan

bahasa pengantaraan dalam semua aktivti yang dianjurkan. Contohnya, persatuan keagamaan

seperti Saiva Sithanda Mandram dan Saiva Sithanda Church menggunakan kitab ataupun teks

agama dalam Bahasa Tamil malah mengadakan ceramah dan bhajan berkenaan agama Hindu

serta Kristian dalam Bahasa Tamil di tempat ibadat masing-masing. Institusi keagamaan juga

akan mengadakan pertandingan yang berkenaan dengan agama dan bahasa serta

mengendalikan kursus-kursus dalam Bahasa Tamil di setiap sekolah Tamil di seluruh negara.

Aktiviti yang diadakan oleh institusi keagamaan ini jelas menggambarkan tentang ajaran

agama Hinduisme serta untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Tamil. Seterusnya,

terdapat juga persatuan seperti Pure Life Society dan Devine Life Society yang menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan tetapi tetap menggunakan Bahasa Tamil untuk

menyampaikan mesej kepada masyarakat.

8
KEBUDAYAAN TRADISI

Masyarakat India di Malaysia sememangnya kaya adat tradisi yang telah diwarisi

secara turun-temurun daripada negara India. Dalam kebudayaan orang India, setiap adat

ataupun tuntutan mempunyai makna dan fungsinya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana

kehidupan seseorang manusia berkait rapat dengan adat tradisi sejak lahir sehingga

meninggal dunia dimana agama dan kebudayaan akan memainkan peranannya. Kebudayaan

India dan agama Hindu mengajar masyarakatnya menjalani putaran hidup dengan sempurna.

Kebudayaan tradisional masyarakat India dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti aspek

pakaian, makanan, perkahwinan, kematian, upacara keagamaan dan sebagainya. Pada masa

sekarang, genersi muda mula mengabaikan kebudayaan tradisional, maka institusi-institusi

keagamaan mula mengambil bahagian untuk mempertahankan dan memartabatkan

kebudayaan tradisional masyarakat India di Malaysia.

Jika dilihat dalam aspek pakaian, masyarakat India mempunyai pakaian tradisional

yang unik dan berwarna-warni kepada kaum lelaki dan perempuan, misalnya kain dhoti serta

jippa untuk kaum lelaki manakala sari dan shelwaar kameez kepada kaum perempuan.

Walaupun pada masa sekarang, masyarakat India di Malaysia tidak lagi memakai pakaian

tradisional dalam kehidupan seharian mereka tetapi akan memakainya sewaktu menghadiri

majlis-majlis perkahwinan, mengunjungi ke kuil dan semasa musim perayaan. Institusi

keagamaan dan kuil juga memainkan peranan dalam usaha untuk mengekalkan pemakaian

pakaian tradisional dalam kalangan masyarakat India di Malaysia dengan mengenakan

beberapa peraturan ketat berkenaan dengan cara pemakaian semasa mengunjungi kuil dan

apabila menyertai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan serta agama Hindu.

Contohnya, organisasi Kuil Batu Caves mempunyai peraturan yang ketat dalam aspek cara

9
pemakaian semasa mengunjungi kuil tersebut kepada masyarakat tempatan dan luar negara.

Antaranya, penganut agama Hindu perlu memakai pakaian tradisional manakala masyarakat

lain perlu memakai pakaian yang sesuai serta tidak menjolok mata. Pelancong tempatan

mahupun luar negara khususnya kaum perempuan tidak bole memakai seluar pendek atau

skirt pendek, maka mereka dikehendaki memakai kain sarung yang dibekalkan oleh pihak

kuil. Walaupun cara pemakaian pakaian tradisional di kuil dilihat sebagai suatu bentuk

paksaan namun demikian ianya adalah untuk mengekalkan budaya pemakaian pakaian

tradisional sebagai suati identiti.

Manakala dalam aspek pemakanan pula masyarakat India mempunyai citarasa

makanan yang tinggi serta unik dan istimewa. Hampir kebanyakkan kuil-kuil agama Hindu

adalah bersifat vegetarian. Malah makanan yang telah dipersembahkan kepada Tuhan tidak

akan diberikan kepada masyarakat. Untuk hidangan bagi masyarakat, makanan akan dimasak

secara berasingan. Antara makanan tradisional masyarakat India yang terkenal di Malayia

ialah thosai, idli, vaddai, muruku, putthu dan sebagainya. Makan makanan beralaskan daun

pisang merupakan salah satu cara makanan yang paling terkenal di seluruh dunia. Ia

merupakan identiti yang paling unik dalam budaya India. Walaupun peredaran masa telah

banyak membawa perubahan dalam budaya yang diamalkan oleh masyarakat India, tetapi

budaya makanan yang beralaskan daun pisang masih dapat dikekalkan di Malaysia.

Kebanyakan institusi agama masih menggunakan cara ini untuk menghidang makanan.

Institusi kuil akan menghidangkan makanan menggunakan daun pisang sebagai identiti

kebudayaan masyarakat India.

Selain itu, budaya memakan dengan menggunakan tangan masih lagi dipelihara

dengan adanya institusi-institusi agama terutamanya kuil. Penggunaan tangan semasa

memakan bukanlah sesuatu yang diwajibkan di kuil-kuil tetapi penganut Hindu masih

menggunakan tangan kerana mereka mengganggap menggunakan sudu ataupun garpu di kuil

10
adalah suatu perkara yang kurang sopan. Pihak kuil juga tidak menyediakan sebarang sudu

ataupun garpu. Secara tidak langsung, hal ini menggalakan masyarakat India tanpa mengira

miskin dan kaya menggunakan tangan apabila memakan. Seterusnya, Persatuan agama Hindu

seperti Hindu Saiva Sangam dan Persatuan Hindu Sangam akan menyediakan makanan

tradisional seperti vadai, thosai dan idli apabila mengadakan aktiviti-aktiviti tahunan. Hal ini

membolehkan masyarakat bukan India untuk mengetahui makanan India dengan lebih

mendalam. Mereka juga akan menghidang manisan tradisional seperti, kesari, vadai dan juga

laddu. Terdapat juga banyak restoran yang menjual makanan tradisional India misalnya

Temple of Fine Arts telah membuka sebuah restoran yang bernama Annalaxhmi di mana

mereka hanya menjual makanan masyarakat India yang berasaskan vegetarian. Dengan

cara ini makanan tradisional orang India dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat dan

cara ini membantu oarng India untuk mengekalkan budaya ini dalam kehidupan seharian.

Kebudayaan tradisi orang India dapat dilihat dalam segala aspek kehidupan iaitu

untuk kelahiran, perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Untuk setiap aspek dan perayaan

tersebut mempunyai upacaranya yang tersendiri yang akan dibuat oleh pendeta agama.

Contohnya, di kuil akan mempunyai bacaan mazmur-mazmur suci semasa menjalankan

upacara keagamaan dan akan mempunyai bacaan-bacaan mazmur suci untuk upacara

perkahwinan dan kematian. Selain itu, setiap aktiviti kebudayaan ataupun keagamaan akan

dimulakan dengan sembahyang kepada bahasa dan agama sebagai pujian serta untuk

mendapat restu. Selain itu, salah satu kebudayaan masyarakat India ialah pemakaian potthu

iaitu sesuatu yang berbentuk tanda yang berwarna hitam atau merah di dahi, pemakaian

barang kemas dan menyemat bunga di sanggul oleh golongan wanita.

11
PENDIDIKAN

Institusi-institusi keagamaan juga memainkan peranan dalam perkembangan

pendidikan masyarakat India di Malaysia. Hal ini adalah untuk melahirkan masyarakat India

yang berpendidikan dan berilmu samada dalam ilmu dunia mahupun ilmu agama. Contohnya,

institusi keagamaan seperti kuil-kuil Hindu akan menyediakan pendidikan formal dan secara

tidak formal kepada masyarakat India di Malaysia. Institusi kuil akan menyokong kepada

penubuhan dan proses pembelajaran di peringkat tadika di dalam setiap sekolah-sekolah

Tamil di seluruh negara. Hal ini adalah kerana kerajaan tidak menyediakan peruntukkan yang

khas kepada penubuhan tadika di sekolah bukan kebangsaan. Manakala secara tidak formal,

institusi kuil akan menyediakan kelas keagamaan dan menyediakan buku teks khas sebagai

dorongan kepada para pelajar untuk datang ke kelas keagamaan. Institusi kuil juga akan

menganjurkan ceramah ataupun seminar motivasi kepada para pelajar sebagai dorongan

kepada pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan. Malah, institusi ini juga akan

mengiktirafkan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan seperti di peringkat UPSR,

PMR, SPM dan STPM supaya mereka terinspirasi dengan pengiktirafan tersebut dan

berusaha dengan lebih gigih lagi. Pengiktirafan akan dibuat melalui pemberian sijil

penghargaan dan sumbangan hadiah dalam bentuk wang. Institusi-institusi keagamaan

memainkan peranan yang efektif serta memberikan fokus kepada bidang pendidikan dan

sekolah kerana mereka ingin memotivasikan masyarakat India di Malaysia untuk mencapai

kemajuan dalam kehidupan mereka. Institusi keagamaan dan juga badan bukan kerajaan juga

telah membina dewan di sekolah-sekolah Tamil. Hal ini adalah kerana sekolah-sekolah Tamil

berkenaaan dapat menyewakan dewan tersebut dan menambahkan tabung pendapatan

12
sekolah serta secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada peruntukkan

daripada pihak kerajaan.

KEAGAMAAN DAN EKONOMI

Institusi keagamaan seperti pertubuhan keagmaan dan kuil juga memainkan peranan

dalam hal ehwal yang berkaitan dengan agama Hindu di Malaysia. Kebiasaannya mereka

akan menganjurkan kempen-kempen kesedaran ataupun ceramah kepada masyarakat India

sejagat di Malaysia supaya mereka berada dalam landasan agama yang betul. Contohnya

semasa perayaan Deepavali dan Thaipusam, institusi keagamaan akan memainkan peranan

dengan lebih efektif supaya sambutan tersebut dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang

kekacauan. Semasa musim perayaan Deepavali, institusi akan akan mengadakan kempen

dengan slogan FREE ALCOHOL DIWALI bagi memberikan peringatan kepada

masyarakat India bahawa untuk tidak mengambil alcohol semasa perayaan Deepavali. Hal ini

adalah tindakan tersebut bertentangan dengan prinsip untuk menyambut Deepavali. Manakala

pada tahun ini, institusi keagamaan Hindu di negara kita telah membuat kempen JANGAN

MEMBUANG SAMPAH semasa musim perayaan Thaipusam. Hal ini adalah kerana setiap

tahun semasa sambutan Thaipusam akan terdapat banyak sampah-sarap yang bertaburan di

tempat sambutan diadakan hasil daripada perlakuan tyang tidak peka untuk menjaga

kebersihan oleh masyarakat India sejagat.

Selain itu, institusi keagamaan juga memberikan perhatian kepada pemupukan

semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat India di Malaysia. Hal ini adalah

agama Hindu mengajar penganutnya untuk menjadi manusia yang sejati. Manusia yang sejati

mengikut prinsip agama Hindu adalah individu yang rela untuk membantu sesama manusia

tanpa mengharapkan sebarang balasan. Hal ini adakah kerana pemberian perkhidmatan secara

13
ikhlas kepada manusia yang memerlukan adalah setaraf dengan berkhidmat ataupun memuja

kepada Tuhan. Oleh kerana pada masa sekarang, masyarakat sekarang lebih bersikap

materialistik dan individualistik, maka institusi-institusi keagamaan terpaksa melaksanakan

pelbagai kempen dan ceramah kesedaran tentang kepentingan sikap kesukarelawanan dan

membantu kepada masyarakat India di Malaysia.

Institusi-institusi keagamaan di Malaysia juga menbantu masyarakat India dalam

ekonomi mereka. Hal ini dapat dilihat apabila organisasi kuil ataupun pertubuhan keagamaan

seperti Malaysian Hindu Sangam menyokong keluarga India yang tidak stabil dari segi

ekonomi. Mereka akan memberikan bantuan dalam bentuk barang keperluan harian dan wang

untuk kehidupan seharian mereka. Malah terdapat juga inisiatif daripada golongan yang

berpendidikan tinggi serta berkemampuan daripada pertubuhan keagamaan untuk

mengadakan bengkel kemahiran seperti kelas memasak, kelas menjahit dan sebagainya

kepada golongan masyarakat India yang berpendidikan rendah dan kurang berkemampuan

agar mereka dapat menggunakan kemahiran ini untuk memajukan diri mereka. Hal ini adalah

kerana secara tidak langsung mereka ingin menjadikan masyarakat India di Malaysia untuk

pandai berdikari untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan.Contohnya, terdapat institusi

kuil yang memberikan ruang kedai dengan kadar sewa yang rendah kepada golongan ibu

tunggal untuk berniaga di halaman ataupun premis kuil untuk menampung kehidupan

mereka. Akhirnya, institusi keagamaan juga akan mengadakan seminar ataupun ceramah

kepada para pelajar dan orang dewasa yang akan memberikan pendedahan tentang bagaimana

untuk menjadi stabil dalam aspek ekonomi dan kewangan.

14
KESIMPULAN

Institusi-institusi keagamaan di Malaysia berusaha dengan keras untuk

menyeimbangkan pencapaian masyarakat India di Malaysia dalam segala aspek setanding

dengan masyarakat lain. Oleh itu, mereka berusaha untuk mencipta identiti yang tersendiri

kepada masyarakat India secara umumnya dan kepada penganut agama Hindu secara

khususnya. Masyarakat India merupakan golongan minoriti di dalam negara ini, maka

institusi keagamaan ini berusaha untuk mencipta identiti masyarakat India Malaysia dan

identiti penganut Hindu yang sejati serta ingin mengubah persepsi masyarakat lain terhadap

mayarakat India di Malaysia. Masyarakat India di Malaysia haruslah berterima kasih kepada

pihak yang terlibat dengan institusi-institusi keagamaan kerana mereka sanggup mengambil

risiko demi pengekalan budaya masyarakat India. Merekalah yang menyelesaikan pelbagai

masalah yang timbul bagi kaum dan budaya India di Negara kita terutamnya Persatuan Hindu

Sangam.

BIBLIOGRAFI

http://pravinatormeister.blogspot.my/2015/10/peranan-institusi-keagamaan.html

http://www.hindusangam.org.my/

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-

berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

http://www.templeoffinearts.org/sg/newweb/html/our-story.htm

http://makanantradisional2012.blogspot.com/p/makanan-tradisional-india.html

15
16

You might also like