You are on page 1of 19

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

IKEA International Group (IKEA) merupakan salah satu syarikat terkemuka


antarabangsa yang berpusat di Sweden dan mempunyai beberapa cawangan di negara lain
antaranya ialah negara Malaysia. Syarikat ini lebih dikenali sebagai syarikat yang mampu
merekabentuk sendiri ke atas perabot keperluan rumah dan mencipta pelbagai perabot separa
siap (ready-to-assemble) seperti katil, rak, kerusi, meja dan pelbagai lagi perabot. Ia telah
ditubuhkan adalah seorang pemuda bernama Ingvar Feodor Kamprad. Sehingga kini, IKEA
masih dikatakan merupakan pengeluar perabot yang terbesar di dunia. IKEA juga dikatakan
terkenal dengan reka bentuk arkitektural dan seni yang moden dan terkini yang diaplikasikan
kepada pelbagai pilihan,dan kerap tampil dengan idea-idea ringkas yang menarik serta
diselitkan dengan konsep mesra-alam.

Kini, IKEA bervisikan untuk membentuk kehidupan seharian yang lebih baik untuk
semua orang. Idea tertubuhnya syarikat ini pula adalah untuk menawarkan pelbagai produk
kelengkapan rumah yang praktikal dan direka bentuk dengan baik pada harga yang rendah
agar ramai orang dapat memilikinya. Visi dan idea perniagaan ini dikatakan oleh pihak
market positioning statement IKEA sehingga ia menjadi teras komunikasi pemasaran IKEA
yang disasarkan untuk membina jenama IKEA dan memberi inspirasi kepada orang ramai
untuk datang ke gedungnya.

Selain itu, pengasasnya Ingvar Kamrad mengatakan bahawa beliau tidak


menyenaraikan syarikat IKEA di dalam pasaran saham kerana mahu melindungi keunikan
konsep IKEA yang menjadi sebahagian daripada perkembangan syarikat. Hal ini demikian
kerana, konsep ini disedari Ingvar Kamrad pada awal 1980an ketika kedai IKEA telah berada
di 20 buah negara dan sedang berkembang. Keputusannya itu juga membuatkan beliau
mempunyai kebebasan mutlak dan struktur pemilikan jangka masa panjang. Beliau percaya
bahawa semua operasi syarikat di bawah jenama IKEA ini akan membina sejarah permulaan
sendiri sehingga mereka berjaya mendapat nama.

1
Tambahan pula, IKEA dikatakan sangat komited dalam membina hubungan baik
dengan kebanyakkan pembekal dari negara luar. Perkara ini penting agar produk yang
dihasilkan mereka berkualiti dan kaedah pengeluaran yang ekonomikal serta dibeli dalam
jumlah yang banyak untuk mengurangkan kos. Lebih jelas lagi, kebanyakan produk IKEA
dipisahkan dan dibungkus dengan teknik pembungkusan rata IKEA untuk merendahkan lagi
kos agar harga kekal rendah, majoriti produk perabot.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejak enam dekad yang lalu, telah wujud sebuah syarikat yang bernama IKEA.
Penubuhan itu bermulanya dari sebuah hutan di Selatan Sweden sehingga ia berkembang dan
telah menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Penubuhan IKEA
ini telah bermula pada tahun 1926 iaitu di tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di
Smaland, Selatan Sweden. Beliau telah dibesarkan di ‘Elymtaryd’, iaitu sebuah ladang
perkampungan kecil yang bernama Agunnaryd. Sejak muda lagi, Ingvar telah mempunyai
ilmu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan.

Asal usul IKEA telah diasaskan oleh Ingvar Kamprad pada tahun 1943 semasa
berusia 17 tahun. Umum mengetahui bahawa, IKEA kini merupakan syarikat penjual perabot
yang terkemuka dari Sweden serta mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah
negara. Nama asal IKEA ini merupakan idea daripada gabungan awalan nama pengasasnya
iaitu Ingvar Kamprad (IK), dengan huruf pertama ladang dan kampung tempat beliau
membesar iaitu Elmtaryd dan Agunnaryd (EA). Syarikat IKEA ini telah lama wujud pada
masa dulu tetapi ia bukanlah dikenali sebagai kedai perabot, tetapi ia adalah pemborong yang
mengeluarkan pen mata bulat. Dengan adanya penjualan pen, beliau juga kemudian telah
mengambil keputusan untuk menjual kad krismas, rokok, pemetik api, stoking nilon dan
produk lain yang secara pukal. Untuk menambah portfolio perniagaannya, Ingvar Kampard
juga turut menceburi bidang perkhidmatan penghantaran susu di kampungnya. Selepas
memperoleh keuntungan daripada perniagaan lamanya, beliau telah mengambil keputusan
untuk menjual perabot yang bergaya dan berharga pada masa yang sama.

2
Pada tahun 1951, IKEA telah menghasilkan katalog pertama dengan menggunakan
slogan bahasa Svenska iaitu “Vågen till goda inköp med IKEA” yang bermaksud “The road
to good purchases [is] with IKEA”. Slogan itu juga adalah slogan pertama IKEA.
Manakala, pada tahun 1953 merupakan detik penting dalam sejarah penubuhan IKEA
apabila Kamprad berjaya membuka satu bilik pameran perabot di Amhult, Smaland. Bilik
pameran ini merupakan satu kejayaan yang besar bagi pengasanya apabila dihadiri oleh ramai
pengunjung yang mengunjunginya terutama pada hari minggu.

Namun begitu, pada tahun 1955 dugaan pertama tiba apabila IKEA telah diboikot
oleh pengilang tempatan yang membekalkan perabot untuknya, dimana mereka mula tidak
bersetuju dengan konsep harga murah yang diperkenalkannya. Ini menyebabkan, beliau
terpaksa berusaha untuk menghasilkan perabot. Maka, terjadinya detik penting dalam konsep
IKEA apabila Kamprad mencipta dan merekabentuk perabot dengan ideanya yang tersendiri.
Oleh disebabkan situasi itu, Kamprad memulakan jualan dengan sesuatu yang tidak diduga
apabila menjual perabot separa pasang siap yang dibungkus didalam kotak flat pack yang
dihasilkan di gudangnya sendiri. Konsep ini sangat lengkap dengan harga yang mampu milik,
senang dibawa, mudah disambung dan mempunyai rekabentuk yang menarik. Kejayaannya
dalam inovatif ini menyebabkan beliau terus dikenali oleh orang ramai dan menempa nama di
seluruh dunia.

Seterusnya, pada tahun 1958, semua dapat menyaksikan gedung pertama IKEA
dibuka di Älmhult yang mempunyai keluasan 6,700 meter persegi untuk kelengkapan rumah.
Pada ketika itu, ia merupakan satu pameran perabot terbesar di Skandinavia. Pada tahun
1959, penghantaran ke rumah telah wujud dengan menggunakan van keluaran gergasi
automotif Jerman, Volkswagen (VW). Situasi tersebut menandakan IKEA sedang
membangun dengan pantas dan berada di kemuncaknya.

Perniagaan IKEA menjadi semakin lancar apabila pada tahun 1960, IKEA
memulakan ujian kualiti terhadap produk menggunakan standard ujian Sweden. Hasilnya 3
tahun kemudian, mereka berjaya melebarkan sayap sehingga ke luar Sweden untuk pertama
kalinya dengan membuka cawangan yang terletak di Oslo, Norway.

3
Di samping itu juga, pada tahun 1969 lahirnya satu lagi cawangan IKEA dibuka di
Copenhagen, Denmark. IKEA tidak pernah berhenti berusaha lagi selepas itu apabila dalam
masa 10 tahun sepanjang tahun 70-an mereka berjaya membuka cawangannya di Switzerland,
Kanada, Belanda dan Singapura.

Pada tahun 1986, Ingvar Kamprad bersara dari Kumpulan Pengurusan untuk menjadi
penasihat INGKA Holding BV. Oleh sebab itu, Anders Moberg telah dilantik menjadi
Presiden dan CEO baru Kumpulan IKEA. Akhirnya pada tahun 1991, IKEA telah
memperoleh kilang kayu persendirian dan menubuhkan kumpulan industri Swedwood untuk
mengeluarkan komponen perabot berasaskan kayu. Ia merupakan kronologi penubuhan
Syarikat IKEA yang pada masa sekarang yang telah berkembang pesat dan menjadi
perniagaan yang terkemuka di seluruh dunia sehingga ke hari ini kerana ia juga telah
ditubuhkan di Malaysia.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Untuk menetapkan hala tuju atau fokus kajiann, berikut merupakan persoalan yang timbul
untuk menjalankan kajian:

1. Sejauhmanakah keperluan latihan dan pembangunan berfungsi dalam organisasi


Syarikat IKEA?
2. Apakah analisis SWOT yang diaplikasikan oleh Syarikat IKEA?
3. Bagaimanakah cara Syarikat IKEA berjaya di pelbagai negara?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


Berikut adalah objektif kajian yang telah dijalankan:

1. Mengenalpasti fungsi keperluan latihan dan pembangunan dalam organisasi Syarikat


IKEA.
2. Mengenalpasti analisis SWOT yang diaplikasikan oleh Syarikat IKEA.
3. Mengenalpasti strategi Syarikat IKEA berjaya di pelbagai negara.

4
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Pengkaji membahagikan kepentingan kajian kepada dua pihak iaitu:

 Pekerja
Untuk membantu pekerja baik pekerja atasan mahupun bawahan di Syarikat IKEA
mengetahui maklumat berkaitan latihan dan pembangunan yang telah diaplikasikan
oleh syarikat mereka. Secara tidak langsung, ia akan membantu pekerja untuk
membuat penilaian terhadap syarikat dalam aspek kebajikan.

 Syarikat
Untuk membuat penilaian secara menyeluruh terhadap latihan dan pembangunan
yang telah diaplikasikan untuk pekerja bagi meningkatkan kemahiran dari segi
fizikal dan mental. Penilaian ini juga adalah berkesan agar mereka lebih fokus dalam
menjalankan tanggungjawab semasa melakukan pekerjaan.

1.6 VISI SYARIKAT

Syarikat IKEA telah memulakan sebuah visinya iaitu untuk membentuk kehidupan
seharian yang lebih baik untuk semua orang. Visi syarikat ini menunjukkan syarikat IKEA
amat menitikberatkan akan kepentingan pelanggannya. IKEA menekankan konsep membina
hubungan yang baik dan rapat dengan penggunanya. Mereka memberi layanan yang terbaik
seperti menyediakan kafe kafe di samping memberi diskaun yang hebat dan menyediakan
aktiviti untuk seisi keluarga.

Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea
kepada pelanggan dalam memilih barangan sahaja, malah ia diperagakan agar pelanggan
boleh memegang, merasai dan menggunakannya dalam memberi kepuasan yang maksimun.
Dengan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian serta keselesaan produk tersebut di
kediaman mereka. Sebagai contoh, perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar menyerupai
ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang dilengkapi dengan sofa, meja, televisyen,
rak buku, meja sisi dan sebagainya. Untuk kemudahan seisi keluarga pula. Syarikat IKEA

5
telah menyediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-
aktiviti khas dan restoran untuk memudahkan mereka membeli perabot-perabot.

1.7 MISI SYARIKAT


Syarikat IKEA juga telah memulakan sebuah misinya dengan “Menawarkan
pelbagai produk kelengkapan rumah yang praktikal dan direka bentuk dengan elok
pada harga yang rendah agar ramai orang dapat memilikinya”. Untuk meraih
pelanggan yang ramai serta kekal, syarikat IKEA menawarkan pelbagai jenis produk
pada harga yang berpatutan dan harga mampu milik agar pelanggan mampu membeli
dan memilikinya. Kualiti produk yang dihasilkan IKEA adalah sangat bersesuaian
dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai contoh, panel belakang rak buku
IKEA telah diperbuat daripada bahan yang lebih rendah harganya tetapi masih
memenuhi fungsinya iaitu untuk melindungi buku dari kotoran dan terjatuh. Selain
itu, produk-produk IKEA juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi
memastikan ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan sesuatu
negara. Ini menunjukkan IKEA amat mementingkan kualiti barangan yang dihasilkan
untuk kepuasan semua pelanggan meskipun harga yang ditawarkan adalah rendah.

BAB 2 STRUKTUR ORGANISASI

2.1 KEPENTINGAN CARTA ORGANISASI DALAM SYARIKAT


Setiap pertubuhan mahupun syarikat mempunyai carta organisasi yang
tersendiri. Ini kerana, carta organisasi merupakan satu keperluan agar sesebuah
organisasi dalam dijalankan dengan cekap, adil dan saksama. Salah satu kepentingan
carta organisasi ialah digunakan sebagai senarai rujukan bagi semua. Ia bertujuan
untuk mengetahui kedudukan pangkat serta tanggungkawab yang di amanahkan di
dalam sesuatu syarikat mahupun pertubuhan. Dalam masa yang sama, ia dapat
memberi gambaran tentang kebolehan dan kemampuan pengurusan operasi setiap
organisasi.

6
Selain itu, dengan adanya carta organisasi ia dapat membezakan jawatan
setiap ahli dalam syarikat. Ini kerana setiap jawatan yang diperuntukkan dalam
sesebuah organisasi adalah berlainan mengikut kemampuan dan kepakaran pekerja
agar dapat melancarkan lagi pengurusan sesebuah organisasi. Seterusnya, ia
digunakan untuk mengenal pasti majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu
mengenali antara satu sama lain supaya dapat membentuk satu pasukan yang sentiasa
bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya, kepentingan carta
organisasi bagi sesebuah syarikat ialah tidak melakukan tugasan yang melangkaui
masa. Hal ini kerana, setiap pekerja mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-
masing yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mereka tidak akan melangkaui kuasa yang
telah ditetapkan serta tidak akan mengmabil alih tugasan pekerja lain.

2.2 CARTA ORGANISASI SYARIKAT


Syarikat IKEA kini dimiliki oleh Yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal
oleh keluarga Kamprad. Syarikat IKEA ini dipegang oleh Stiching INGKA
Foundation dan INGKA Holding BV yang merupakan syarikat bukan keuntungan.
Syarikat induk IKEA pula terletak di Netherland, Amsterdam iaitu Inter IKEA
Holding dan Inter IKEA System BV serta Inter IKEA Holding yang terletak di
Luxemborg. Syarikat yang memegang reka bentuk dan bekalan pula terletak Sweden
iaitu Swedwood dan IKEA of Sweden.

Bagi struktur kumpulan daerah pula ialah IKEA Holding Co. dan dibawahnya
mempunyai tiga buah syarikat di negara-negara terpilih iaitu IKEA Property Co.,
IKEA Distribution Co, dan IKEA Retail Co. Gambar rajah dibawah merupakan
gambar rajah struktur carta organisasi syarikat IKEA.

7
Rajah 1

Rajah 2

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian adalah asas aliran kerja untuk tesis sarjana yang menjadi
rujukan bagi penilai agar analisis kajian dapat dilakukan secara konsisten dan
sistematik. (Kothari, 2002) mendefinisikan kaedah sebagai pendekatan yang
sistematik dan teratur terhadap kajian dan pemprosesan data dengan tujuan
menganalisis maklumat dari data yang dikumpulkan untuk tujuan penyelidikan.
(Fincham, 2008) menunjukkan bahawa pendekatan harus mempertimbangkan skala
sampel, sifat ujian, ukuran dan prestasi sampel, konfigurasi dan pelaksanaan

8
kuesioner, protokol kerja lapangan dan prosedur untuk analisis dan pelaporan
penemuan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif.

3.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Bagi mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan, kajian ini mengunakan dua
kaedah iaitu kaedah penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan lapangan.

1) Penyelidikan Perpustakaan
Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana pengkaji yang terdahulu melakukan
penyelidikannya serta melihat kekuatan dan kelemahannya. Melalui kaedah ini,
pengkaji dapat mengetahui cara yang perlu diambil bagi menyempurnakan kajian
tersebut. Data-data yang diperolehi melalui buku, jurnal, laporan bertulis, majalah
dan lain-lain sumber merupakan bahan dan maklumat yang tepat berhubung tajuk
kajian yang dilakukan.

2) Penyelidikan Lapangan
Kajian Lapangan mempunyai berbagai cara bagi mendapatkan maklumat. Antara
kaedah bagi penyelidikan lapangan ini ialah kaedah temubual, kaedah pemerhatian
dan kaedah soal selidik. Namun begitu, kajian ini hanya merangkumi kaedah
pemerhatian sahaja.

3.3 KAEDAH PEMPROSESAN DAN PENGANALISISAN DATA


Sumber data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber utama dan sumber
sekunder. Sumber utama ialah sumber yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan
topik yang dikaji termasuk temubual, pemerhatian, laporan, artikel, tesis dan sebagainya.
Sumber kedua pula ialah sumber yang ada perantaraan di antara keadaan atau pengalaman
yang dikaji seperti majalah dan buku-buku ilmiah. Dalam kajian ini, kedua-dua sumber
tersebut telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Kemudian, data yang diperolehi
tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif untuk menyokong kajian.

3.4 ANALISIS KUALITATIF

Analisis kualitatif dimaksudkan sesuatu yang dilakukan dengan bekerja menggunakan


data, menganjurkannya, memecahkannya kepada unit-unit yang terkawal, mensintesiskannya,

9
mencari pola, mencari apa yang penting dan apa yang perlu dipelajari, dan memutuskan apa
yang akan memberitahu kepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982). Analisis data pula
adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian
dalam cara yang mudah difahami. Ia juga melibatkan proses menguruskan data dan
mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan
kajian. Antara analisis yang digunakan ialah data internal iaitu laman web dan profil syarikat
serta data eksternal iaitu rujukan perpustakaan, rujukan melalui laman sesawang dan jurnal.

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Objektif 1: Mengenalpasti fungsi keperluan latihan dan pembangunan dalam


organisasi Syarikat IKEA.

Latihan dan pembangunan ini merupakan aspek penting untuk mengukur kemampuan
dalam sesebuah organisasi atau negara. Dengan lebih jelas, ia adalah penting untuk setiap
individu itu dilatih dengan baik supaya dapat memberikan sumbangan kepada sesebuah
organisasi mahupun sesebuah negara. Tambahan pula, pekerja terbahagi kepada dua,
pertamanya pekerja tingkat rendah dan pekerja tingkas atas. Pekerja ditingkat rendah akan
“dilatih” manakala pekerja tingkat atas perlu “dibangunkan”. Berikut adalah latihan dan
pembangunan yang diaplikasikan oleh syarikat IKEA:

a) Jualan
-Bersepadu merentasi gedung, restoran dan ruang digital IKEA.
-Mencerita pengalaman pelanggan kepada pengunjung dengan mengemukakan
produk kelengkapan rumah yang direka bentuk dengan baik, berfungsi, dan
menawarkan pada harga yang sangat rendah supaya seramai mungkin orang membeli
produk tersebut.

10
b) Inspirasi dan Komunikasi
-Menyatukan bakat strategik dan visual IKEA untuk memberikan inspirasi kepada
orang ramai agar mendapat nilai dalam tawaran IKEA.
-Membina jenama IKEA dengan menghidupkan ribuan produk IKEA dengan
mencipta penyampaian kandungan holistik, bersepadu dan berinspirasi di seluruh
saluran IKEA.

c) Penunaian
-Mewujudkan aliran sebaik mungkin daripada pembekal kepada pelanggan dan
memastikan produk tersedia di gedung dan dalam talian.
-Melihat pengurusan bekalan secara menyeluruh daripada mendapatkan kepatuhan
sebelum produk masuk ke dalam negara kepada menghantarnya ke rumah pelanggan
IKEA.

d) Navigasi dan Operasi


-Meningkatkan nilai pelanggan ialah kunci kepada pertumbuhan dan keuntungan
jangka panjang.
-Menyokong perniagaan IKEA untuk menambah baik prestasi perniagaan dan
mencari cara yang lebih baik untuk mengukuhkan pengalaman pelanggan.
- Menjadikan IKEA sebagai tumpuan pelanggan.

e) Fungsi Sokongan
-Merupakan unit keluarga yang besar yang terdiri daripada pasukan-pasukan yang
berbeza dengan matlamat yang sama iaitu menyokong seluruh perniagaan IKEA.
-Kewangan memastikan bahawa akaun IKEA terurus;
-Sumber Manusia menguruskan pengambilan, latihan dan faedah untuk menarik,
mengembangkan dan memberikan inspirasi kepada pekerja IKEA.
-Penyelesaian Perniagaan IT menyediakan perkhidmatan yang pantas dan mesra
pengguna.
-Pasukan Pemerolehan mengoptimumkan dan mencari sinergi dalam semua proses
pembelian.

11
f) Pusat beli-belah
-Menguruskan pusat beli-belah yang diterajui oleh IKEA, memberikan nilai kepada
penyewa IKEA dan mewujudkan destinasi yang ceria untuk orang ramai membeli-
belah, menjamu selera dan bermain di bawah satu bumbung.

4.2 Objektif 2: Mengenalpasti analisis SWOT yang diaplikasikan oleh Syarikat


IKEA.
SWOT merupakan singkatan daripada perkataan Strenghts (kekuatan), Weaknesses
(kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman). Analisis SWOT ini
membenarkan syarikat menilai operasinya dari sudut pandang dalaman dan luaran yang
mempengaruhi garis bawah. Kekuatan dan kelemahan adalah faktor dalaman yang boleh
dipengaruhi oleh Syarikat. Peluang dan ancaman, di sisi lain ialah faktor luaran yang harus
diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan kanan.
Kebanyakan organisasi yang terancang. Analisis SWOT memainkan peranan yang penting
dalam mengenalpasti tanda aras dalam menambahbaikkan pemasaran, strategi pengurusan
dan keluaran produk dan perkhidmatan.

Melalui analisis SWOT ini para pengusaha atau sesebuah organisasi perniagaan dapat
mengenal pasti cabaran dan potensi sebenar dalam sektor industri yang diceburi iaitu
merangkumi faktor pengurusan, persaingan, pasaran dan apa jua perkara yang memberi kesan
yang baik dan buruk pada perniagaan. Pengkaji telah memilih IKEA untuk tujuan kajian
kerana syarikat ini memenuhi kriteria untuk melakukan analisis SWOT iaitu mempunyai
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Di samping itu, analisis SWOT adalah salah satu proses mengenal pasti faktor luaran
dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi
yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat, misi dan visi
organisasi tersebut (Rangkuti dan Freddy, 2000). Berikut merupakan senarai analisis SWOT
terkini yang telah digunakan oleh syarikat IKEA :

1) Kekuatan (Strenghts)

12
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan serta keunikan yang
dimiliki oleh sesebuah organisasi syarikat yang tidak terdapat pada organisasi lain.
Kelebihan dan kekuatan ini akan memberi kemampuan kepada organisasi tersebut
untuk bersaing dengan organisasi syarikat yang lain. Menurut syarikat IKEA kekuatan
dan kelebihan yang mereka miliki adalah dari segi produk yang dihasilkan. Produk
yang dihasilkan adalah berkualiti, berpatutan dengan reka bentuk Skandinavia moden
yang melalui proses reka bentuk yang cekap. Selain itu, pengurusan rantaian bekalan
IKEA bertaraf dunia. IKEA berusaha mendapatkan kayu dekat pasarannya untuk
mengurangkan kos pengangkutan. IKEA juga mengamalkan prinsip menggunakan
harga yang rendah bagi sesuatu produk tanpa mengurangkan kualiti produk tersebut.

2) Kelemahan (Weakness)
Skala dan saiz perniagaan antarabangsa yang diamalkan oleh syarikat IKEA
menyebabkan syarikat ini susah mengawal kualiti dan standard syarikat. Hal ini
disebabkan cawangan-cawangan syarikat IKEA yang berada di luar negara diuruskan
oleh pengurus yang dilantik oleh jawatankuasa tertinggi IKEA. Oleh sebab itu,
penyelewengan dan salah laku dalam syarikat mudah berlaku dan syarikat induk
susah mengawal aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pengurus cawangan IKEA
di luar negara. Tidak dinafikan bahawa IKEA menawarkan produk yang ekslusif
dengan harga berpatutan. Namun begitu, golongan yang kurang berkemampuan sukar
memiliki produk yang dikeluarkan oleh IKEA iaitu bagi golongan yang
berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, syarikat IKEA harus menyeimbangkan kualiti
produk yang dikeluarkan di samping menawarkan harga yang rendah kepada semua
pelanggan agar semua orang tidak kira berpendapatan tinggi atau rendah dapat
memiliki produk yang telah dikeluarkan oleh IKEA.

3) Peluang (Opportunities)
Faktor luaran seperti peluang untuk membantu dalam meningkatkan lagi
keuntungan perniagaan, meningkatkan permintaan berdasarkan trending semasa dan
jangka panjang pasaran agar perniagaan dapat dikembangkan dan bertapak lebih
kukuh. IKEA meluaskan pasarannya ke antarabangsa untuk status global melalui
pengembangan model Asia dan Eropah Timur. IKEA juga boleh menggunakan lebih
banyak papan partikel sebagai ganti kayu padu untuk mengurangkan lagi kos
pembuatan dan pengangkutan. Meskipun terdapat idea-idea yang negatif dalam

13
pengembangan E-commerce IKEA ada peluang berkait untuk mencapai pertumbuhan
dan meningkatkan tingkat dari segi layanan kepada pelanggan.

4) Ancaman (Threats)
Ancaman adalah situasi penting yang tidak menguntungkan dalam linkungan
perniagaan. IKEA sendiri menghadapi ancaman dari segi kuasa pasaran. Hal ini
kerana banyak pesaing yang telah mula menceburi bidang pasaran perumahan dan
perabot. Pada jangka masa yang panjang Syarikat IKEA akan terancam kerana
pesaing mungkin akan menyediakan produk yang berkonsepkan harga yang
berpatutan serta mampu milik. Kesannya, para pelanggan akan lebih tertumpu dengan
produk yang dikeluarkan oleh pesaing kerana menawarkan harga yang lebih
berpatutan daripada IKEA. Oleh itu, jualan pasaran syarikat IKEA akan terancam dan
pelanggan berkemungkinan berubah arah kepada produk yang dikeluarkan oleh
syarikat pesaing. Ancaman ini merupakan cabaran bagi IKEA untuk mencari jalan
penyelesaian untuk memaksimumkan kualiti produk mereka. Selain itu, kemelesetan
ekonomi juga merupakan ancaman bagi IKEA kerana akan mengurangkan
perbelanjaan yang dikeluarkan oleh para pelanggan dalam membeli-belah. Keadaan
ekonomi yang tidak stabil akan menyebabkan pelanggan berfikir berkali-kali dan
berfikir panjang sebelum berbelanja.

4.3 Objektif 3: Mengenalpasti strategi Syarikat IKEA berjaya di pelbagai


negara.
Setiap syarikat mempunyai strategi atau usaha yang tersendiri untuk membolehkan
mereka kekal berkembang pesat di seluruh dunia. Antara strategi yang telah dilaksanakan
oleh syarikat IKEA ialah berpegang teguh dengan konsep perniagaan dunia tanpa sempadan,
sentiasa meluaskan pasaran, fokus globalisasi dan mementingkan lokalisasi. Strateginya
adalah seperti berikut:

a) Berpegang teguh dengan konsep perniagaan dunia tanpa sempadan.


Syarikat-syarikat IKEA boleh membuka cawangan di negara lain yang berada dalam blok
perdagangan yang sama. Contohnya ialah AFTA, NAFTA dan EU. IKEA juga menjadi
anggota EU disebabkan itu terdapat banyak syarikat IKEA ditubuhkan di negara-negara
Eropah. Jadi, IKEA boleh berdagang secara bebas dan tidak dibatasi oleh sempadan negara.

14
Selain itu, urusniaga import dan eksport yang dijalankan oleh syarikat IKEA dijalankan tanpa
halangan malahan cukai yang dikenakan adalah rendah.

b) Sentiasa meluaskan pasaran.


Syarikat IKEA telah meluaskan pasaran ke kawasan atau negara-negara yang baru dikenal
pasti sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang mampu dan boleh menyediakan pasaran
bagi eksport pengeluaran dunia dan antarabangsa. Di samping itu, IKEA telah membuka
cawangan di negara-negara yang baru muncul dan mempunyai peningkatan kuasa beli seperti
China, Argentina, dan Jerman. Negara-negara ini merupakan kebanyakan rakyatnya terdiri
daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Jadi, strategi ini mendatangkan hasil apabila
cawangan syarikat IKEA yang ditubuhkan di negara tersebut mempunyai peluang yang besar
untuk meraih keuntungan yang tinggi.

c) Fokus globalisasi.
Globalisasi dirancang adalah untuk meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia,
mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma. Buktinya, Syarikat
IKEA boleh didapati di seluruh dunia. Oleh kerana IKEA mempunyai banyak gedung di 40
buah negara dengan nilai dan idea perniagaan yang sama. Produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah sama di setiap cawangan dan hanya mengalami beberapa perubahan
seperti rekabentuk produk, menu hidangan makanan dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian
budaya dan agama di negara-negara tertentu.

d) Mementingkan lokalisasi.
Lokalisasi ialah salah satu usaha untuk mengubah subsidi asing ke dalam organisasi tempatan
supaya bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan di mana ia beroperasi. Lokalisasi itu terbahagi
kepada dua bentuk berikut:

 Lokalisasi Produk
IKEA menjalankan konsep ini agar produk boleh diubahsuai mengikut negara yang
beroperasi. Antara perubahan yang berlaku ialah dalam bentuk ukiran, bentuk dan
saiz. Selain itu, kafeteria IKEA juga berbeza dari segi menu hidangan mengikut
sesebuah negara itu beroperasi. Contohnya, kafeteria di Damansara, Malaysia
menyediakan makanan yang sedikit berbeza mengikut kehendak pelanggan di
Malaysia. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti

15
penganutnya agama islam, makanan yang disediakan haruslah menepati syarat-
syarat halal.

 Lokalisasi Pasaran
Cawangan syarikat IKEA yang terdapat di negara lain akan diubahsuai bentuk
pengurusan mengikut budaya tempatan. Pihak pengurusan perlu mengubahsuai
waktu bekerja atau cuti perayaan mengikut budaya tempatan. Contohnya, Malaysia
mempunyai rakyat yang berbilang kaum, maka banyak perayaan yang akan disambut
di negara ini. Oleh itu, pihak pengurusan perlu memberikan cuti tambahan untuk
pekerjanya menyambut hari perayaan mereka.

4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti mampu membantu


IKEA meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya ialah meningkatkan
perkhidmatan online. IKEA haruslah menyediakan perkhidmatan online yang lebih
cekap tanpa kegagalan sistem untuk memproses data dan mengelakkan dari
berlakunya sebarang gangguan sambungan internet. Misalnya, produk keluaran
terbaru atau sebarang perubahan perlulah dikemas kini dengan segera di dalam portal
rasmi IKEA agar para pelanggan dapat mengetahui produk keluaran terbaru IKEA.
Syarikat IKEA harus menerangkan secara lebih terperinci berkaitan kualiti produk
yang dikeluarkan kepada pelanggan. Selain itu, harga produk yang dihasilkan juga

16
perlu dimaklumkan kepada pelanggan supaya mereka dapat membuat pertimbangan
awal.

Di samping itu, mengekalkan tawaran harga rendah. Pihak pengurusan IKEA


haruslah sentiasa merangka strategi baru bagi mengekalkan penawaran harga yang
rendah walau apa jua keadaan sekalipun serta mencari strategi bagi meningkatkan
keuntungan syarikat. Hal ini supaya, pesaing tegar seperti The Home Depot dan
Lowe’s tidak dapat menyaingi IKEA.

Akhir sekali ialah meningkatkan promosi bagi produk yang dikeluarkan.


IKEA perlu meningkatkan jualan melalui promosi dengan lebih giat bagi
membolehkan IKEA memperolehi keuntungan modal untuk membuka lebih banyak
lagi cawangan di negara-negara membangun. Hal ini seterusnya dapat memberi
banyak keuntungan kepada syarikat IKEA sendiri.

4.5 RUMUSAN

Kesimpulannya, IKEA merupakan sebuah syarikat yang mengaplikasikan


keperluan Latihan dan pembangunan yang baik. Ia juga telah berjaya menarik ramai
pelanggan daripada seluruh negara bagi membeli produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Pelbagai perkhidmatan daripada mereka telah dilaksanakan bagi memberi
kepuasan kepada pelanggan. Selain itu, syarikat IKEA sentiasa berinovasi untuk
meningkatkan kualiti produk agar ia menjadi sebuah syarikat yang terkemuka

17
berbanding pesaing yang lain seperti The Home Depot dan Lowe’s. Di sebalik
peningkatan kualiti produk tersebut, IKEA dikatakan akan sentiasa mengekalkan
harga yang murah seiring dengan misi syarikat serta sentiasa berpegang teguh dengan
visi syarikat. Pekerjanya yakin bahawa bekerja di bawah kepimpinan syarikat yang
berkaliber pasti akan memberi pulangan yang besar kepada syarikat. Maka, tidak
hairan lagi jika IKEA menjadi sebuah syarikat pengeluar perabot yang lebih
dipercayai dan terkenal seantero dunia pada masa kini.

RUJUKAN
Diyana AR. ( 2015, August 20) 11 perkara tentang pengasas IKEA yang membuatkan Dia
menjadi billionaire dimuat turun daripada https://www.thevocket.com/ingrad-kamrad-
pengasas-ikea/

18
Jcrechi, E. (2014, November 26). Didapatkan dari Prezi.com:
https://prezi.com/oyfwpumuwf/kepentingan-carta-organisasi/

Khalid, N. (2013, April 2). The N.K. Didapatkan dari blogspot:


http://norziyanakhalid.blogspot.com/2013/04/carta-organisasi.html

Khir Khalid. (2019, September 26) Memperkasa strategi Pemasaran dimuat turun daripada
https://marketinginasia.com/2019/09/26/memanfaatkan-analisis-swot-dalam-
memperkasa-strategi-pemasaran/

Mohamed, N. M. (2014, October 27). Retrieved from slideshare:


https://www.slideshare.net/aqimsmkti/syarikat-multinasional-ikea

Sarenawati Jaafar (2014). Organisation Behavior.Open University Malaysia


https://www.slideshare.net/sarikeisarawak/ikea-42502075

Zhafran Ghani Al Rafisqy. (2021, Mac 22) Contoh analisis SWOT (lengkap pengertian,
tujuan, manfaat dan cara membuatnya dimuat turun daripada

https://ekspektasia.com/contoh-analisis-swot/

19

You might also like