You are on page 1of 15

Visi Kami

Menjadi Pemimpin Global dalam Perbankan Islam

Pemimpin Global ditakrifkan sebagai panduan dan sumber rujukan utama bagi produk
dan perkhidmatan yang inovatif berlandaskan prinsip Syariah.
Penyata Misi Kami

Beriltizam untuk terus membangun dan memperbaharui penyelesaian kewangan


yang diterima sejagat sejajar dengan prinsip Syariah

Menawarkan pulangan yang munasabah dan mampan kepada para pemegang


saham

Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan menjadi Majikan Pilihan bagi
mereka yang berbakat besar

Menghasilkan penyelesaian kewangan yang lengkap bertaraf global melalui


penggunaan teknologi canggih terkini

Menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan berhemat

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) merupakan institusi perbankan


berasaskan Syariah pertama di Malaysia dan Asia Tenggara; dan telah memainkan
peranan utama dalam pembangunan industri perbankan Islam negara. Malah, Bank
telah memberi bantuan teknikal dalam penubuhan beberapa institusi Islam di
rantau Asia seperti Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Diperbadankan pada tahun
1983, matlamat asal penubuhan Bank Islam adalah untuk membantu memenuhi
keperluan kewangan penduduk Islam di Malaysia. Sejak itu, Bank Islam telah
mengembangkan perkhidmatannya dengan lebih meluas kepada pengguna bukan
Islam bagi memenuhi prinsip Perbankan untuk Semua.
Kini, dengan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang
inovatif dan canggih, Bank Islam menawarkan pelbagai jenis penyelesaian
kewangan patuh Syariah kepada lebih daripada lima juta pelanggannya. Sebagai
sebuah bank runcit dengan perbankan pengguna mewakili lebih daripada 70%
daripada jumlah pembiayaan, senarai produk Bank Islam adalah pelbagai; dari
pembiayaan tradisional, simpanan dan penyelesaian pelaburan khusus untuk
pelanggan individu, hinggalah ke penyelesaian kewangan dan perbankan yang
direka bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan yang pantas berubah. Ini
termasuklah yang berkaitan dengan pembiayaan mikro, pengurusan kekayaan,
pasaran modal, perbendaharaan dan produk berstruktur. Kepelbagaian
perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh Bank telah lama wujud sejak awal
penubuhannya apabila Bank bertindak sebagai pengatur utama bagi terbitan Sukuk
yang pertama di dunia sebanyak RM125 juta pada tahun 1990 oleh Shell MDS Sdn.
Bhd.
Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggannya yang sentiasa berkembang,
Bank Islam kini mempunyai rangkaian perbankan Islam yang terluas di Malaysia
dengan 145 cawangan dan lebih daripada 1000 terminal layan diri di seluruh
negara.
Bank Islam, sebagai pelopor industri, percaya akan kepentingan inovasi dan telah
menghasilkan beberapa penyelesaian perbankan paling inovatif untuk pasaran.
Status perintis Bank Islam serta sokongan terhadap pembiayaan beretika dan
bertanggungjawab juga telah memberikannya kelebihan dengan mempunyai
jenama yang kukuh dan francais yang amat membezakannya daripada pesaing
mewujudkan imej sebagai bank Islam tulen yang telah dan akan terus menarik
pelanggan setia yang semakin meningkat. Di samping itu, Bank sentiasa komited
terhadap tanggungjawab sosial korporat, bukan hanya dengan menyumbang
semula kepada masyarakat di mana kami beroperasi malah kepada industri
kewangan Islam secara keseluruhannya melalui perkongsian pengetahuan serta
menjadi sumber rujukan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Bank bukan sahaja

telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi prestasi kewangan tetapi
mengguna pakai pengurusan risiko yang teguh bagi memastikan pertumbuhan
yang mapan.
Visi Bank Islam untuk menjadi Pemimpin Global dalam Perbankan Islam
menggambarkan komitmen Bank terhadap pengembangan jenama kewangan Islam
Malaysia di pasaran global. Dengan menitikberatkan budaya kecemerlangan
perkhidmatan, Bank Islam terus menawarkan hanya yang terbaik dan memenuhi
keperluan setiap pelanggan yang pelbagai serta berusaha untuk mengekalkan
statusnya sebagai simbol perbankan Islam di Malaysia.

Sejarah Penubuhan Bank Islam


1.
Antara tahun 1940 hingga 1959. Era perbincangan tentang amalan riba di
dalam ekonomi dan keburukannya kepada umat Islam. Sebagai alternatifnya
cadangan agar ditubuhan Bank Islam yang akan berurusan tanpa riba. Sarjana
Islam telah menulis buku mengenai bank Islam antaranya Dr. Muhammad Uzair An
Outline of interestless Banking (1955)

2.
Antara tahun 1960 hingga 1969. Ulamak feqah, ahli-ahli ekonomi dan
pegawai-pegawai tingggi bank masyarakt Islam terutamanya di Asia Barat telah
berpadu tenaga memikir dan merangka penubuhan bank perdagangan Islam yang
menjalankan operasi mengikut landasan Islam. Hasilnya pada tahun 1962 Bank
Islam pertama di tubuhkan di Mir Ghamr, Mesir oleh Ahmed El Naggar dan rakanrakan. Sambutan daripada pengguna amat menggalakkan namun atas sebab-sebab
politik ia terpaksa ditutup pada tahun 1967.

3.
1970 hingga sekarang. 1971 perwakilan dari Mesir dan Pakistan telah
membentang usul penubuhan Bank Islam, akhirnya Islamic Development bank
ditubuhkan tahun1974 seterusnya Bank Islam mula berkembang di seluruh Dunia.

Asas Falsafah Bank Islam


1.

Konsep pemilik sebenar

2.

Konsep hubungan manusia dengan pemilik sebenar

3.

Integrasi antara nilai-nilai akhlak dengan kegiatan ekonomi

4.

Sikap positif terhadap kegiatan dan pembangunan ekonomi

5.

Agihan semula kekayaan berorientasikan social

6.

Penghapusan amalan riba

7.

Perkongsian untung rugi.

Rasional Penubuhan Bank Islam


1.

Akidah

2.

Ekonomi

3.

Sosial

4.

Akhlak

5.

Politik

6.

Sejarah

7.

Antarabangsa

Perbezaan Bank Islam dan Bank Konvensional


1. Bebas dari amalan riba
Bank Islam bank yang bebas dari amalan riba, tetapi ia bukalah satu-satunya
perbezaan antara ia dengan bank perdagangan moden. Sifat, pandangan dan
operasi bank perdagangan mestilah ditukar sepenuhnya jika mahu menjadi bank
Islam.

2. Penekanan terhadap kepentingan umum


Bank Islam menerima simpanan dari orang ramai dan kerana itu mereka mesti
menjaga kepentingan umum dan merealisasikan matlamat sosio-ekonomi Islam.
Bank tidak boleh mementingkan profit semata-mata

3. Perhubungan yang rapat antara bank dan peminjam/ pengusaha


Bank Islam menjalankan operasinya melalui perkongsian untung rugi, maka ia
mengeratkan hubungan antara bank dengan pengusaha.Bank tidak mahu
pengusaha rugi, jadi bank akan sentiasa membantu dan memberi pertolongan
kepada pengusaha

4. Bank Islam diharap menjadi bank pelbagai


Bank Islam bukan hanya bank perdagangan tetapi berfungsi sebagai bank
pelaburan, institusi pengurusan pelaburan dan akan menawarkan pelbagai khidmat
kepada pelanggan.

5. Penilaian yang lebih rapi


Bank akan menilai setiap permohonan dengan teliti supaya tidak berlaku kerugian
kepada bank atau pengusaha. Bank juga mestilah mempunyai pakar-pakar untuk
membantu dalam apa jua bentuk pelaburan

Sejarah Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad


Kongres Ekonomi Bumiputera 1980 telah meluluskan usul meminta kerajaan
membenarkan Lembaga Urusan Tabung Haji menubuhkan sebuah Bank Islam untuk
mengumpul dan melaburkan wang umat Islam

Seminar kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam 1981 telah meluluskan


resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengadakan undangundang bagi membolehkan penubuhan bank dan badan kewangan yang dijalankan
mengikut prinsip Islam.

30 Julai 1981 kerajaan telah melantik Jawatankuasa pemandu Kebangsaan Bank


Islam dengan dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar Raja Badiozaman dan
Lembaga Urusan dan Tabung Haji dilantik sebagai urusetia. 5 Julai 1982
Jawatankuasa ini menyediakan laporan:

a.
Sebuah Bank Islam yang menjalankan operasinya mengikut lunas-lunas hukum
syarak hendaklah ditubuhkan
b.
Bank Islam tersebut hendaklah diperbadankan sebagai sebuah syaraikat di
bawah Akta Syarikat 1965

c.
Oleh kerana ankta bank 1973 tidak sesuai bagi operasi bank Islam, maka satu
peruntukan undang-undang yang dikenal sebagai Akta Bank Islam 1982 hendaklah
diadakan untuk melesen dan mengawasi bank Islam, dan pengawasan Bank Islam
di bawah akta ini hendaklah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia.
d.
Bank Islam hendakalah menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk
menentukan bahawa ia menjalankan urusniaganya mengikut lunas-lunas hokum
syarak.

Bank Islam Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun Julai 1983. Ia merupakan Bank
Islam pertama di rantau Asia.

Fungsi Bank Islam


1.
Institusi kewangan yang menyediakan kemudahan perbankan mengikut
prinsip-prinsip kewangan Islam
2.
Institusi kewangan yang tidak melibatkan urusniaga riba dalam kesemua
urusannya
3.
Institusi pilihan untuk masyarakat Malaysia yang inginkan pelaburan mereka
bersih daripada unsur-unsur tidak bermoral
4.

Kemudahan akaun simpanan, akaun semasa, dan akaun pelaburan

5.
Kemudahan pembiayaan perumahan dan kenderaan, pembiayaan
perdagangan, pembiayaan korporat, pembiayaan pengguna, pembiayaan saham
6.
Kemudahan peti simpanan, pemindahan telegraf, cek kembara, pertukaran
wang asing dll.

Operasi Bank Islam


1.

Sumber Dana

2.

Kegunaan Dana

Sumber Dana: Sumber Dana ialah sumber-sumber wang yang bank Islam terima
daripada orang perseorangan, persatuan-persatuan, syarikat-syarikat dan agensiagensi kerajaan. Sumber dana terbahagi kepada 3 iaitu akaun semasa, akaun
simpanan dan akaun pelaburan.

Bank Islam mempunyai pemegang-pemegang saham iaitu kerajaan Malaysia,


Lembaga tabung Haji,

PERKIM, Majlis-majlis Agama Negeri, Perbadanan/Yayasan Agama negeri dan


Perbadanan-perbadanan Peringkat Persekutuan. ( Peringkat awalnya modal
berbayar ialah RM 80 juta)

Kegunaan DanaBank Islam menggunakan wang simpanan yang diperolehi daripada


penyimpan-penyimpan untuk menjalankan perniagaan dengan menyediakan
berbagai jenis pembiayaan, bentuk pelaburan dan khidmat peminjam, rakan
pelabur dan pelanggannya.

Bank boleh menyediakan pembiayaan, pelaburan dan khidmat bagi kegiatankegiatan pengeluaran ekonomi yang tidak bertentangan dengan kehendakkehendak syarak. Antara factor yang yang menentukan pembiayaan, pelaburan dan
khidmat ialah:

1. Kedudukan keuntungan projek berkenaan


2. Kedudukan wang simpanan dan kemampuan bank
3. Polisi bank mengenai pembiayaan dan pelaburaanya.

Dari segi bentuk pembiayaan, pelaburan dan khidmat ia meliputi empat bidang:
1.
Membiayai atau melabur dalam sesuatu projek atau bahagian-bahagian dari
projek tersebut seumpama projek-projek pengeluaran pertanian, binaan,
perkilangan, perdagangan dan khidmat.
2.
Membiayai pelanggan bagi memperolehi harta tetap sama aa yang bergerak
atau tidak seperti rumah, bangunan, tanah, kilang atau loji, alat jentera dan
pengangkutan
3.
Membiayai pelanggan dari segi kehendak modal pusingan seumpama
memperolehi dan memegang stok, inventori seperti alat ganti, bahan-bahan
mentah dan barangan setengah siap
4.

Menyediakan berbagai khidmat bank.

Dipandang dari sudut jangka masa, pembiayaan, pelaburan dan khidmat yang
disediakan oleh bank bolehlah dibahagi kepada tiga kumpulan:
1.

Jangka pendek tempohnya kurang dari 1 tahun

2.

Jangka sederhana tempohnya antara 1 3 tahun

3.

Jangka panjang tempohnya melebihi 3 tahun

Jenis-jenis pembiayaan dan pelaburan yang berkaitan dengan perlaksanaan projek,


memperolehi harta tetap dan memperolehi khidmat harta tetap:

1. Pembiayaan berasaskan al-mudharabah


a.
Bank ( pemilik modal) menyediakan keseluruhan wang tunai bagi membiayai
projek dan pelanggan ( pengusaha) mengurus dan mengusahakannya.
b.
Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan dipersetujui
dan dimeteraikan dalam perjanjian
c.
Bank tidak mencampuri pengurusan projek, tetapi boleh mengawasi dan
membuat susulan
d.

Kerugian jika berlaku, ditangung oleh bank kecuali jika disebabkan oleh kecuaian,
penyelewengan atau penyalahgunaan oleh pengusaha

2. Pembiayaan projek berasaskan al-musyarakah


a.
Bank dan pelanggan atau pelanggan-pelanggan bersama-sama
menyumbangkan pembiayaan projek secara usahasama
b.
Nisbah pembahagian keuntungan antara bank dan pelanggan atau
pelanggan-pelanggan dipersetujui dan dimeteraikan dalam perjanjian. Nisbah ini
tidak semestinya selaras dengan nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing
c.

Bank akan menyertai pengurusan projek tersebut, kecuali jika Bank memberi
keizinan kepada pelanggan atau pelanggan-pelanggan sahaja untuk menjalankan
pengurusan
d.

Kerugian, jika berlaku, ditanggung bersama oleh bank dan pelanggan mengikut
nisbah sumbangan pembiayaan masing-masing

3. Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan dengan tambahan untung


(murabahah)
a.

Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan

b.
Bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak yang meliputi
i.

Kos asal harta tersebut yang dibayar oleh bank dan

ii.

Tambahan untung bank

4. Pembiayaan memperolehi harta berasaskan jualan harga tangguh (bai bi


thaman ajil)
Bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan
Persetujuan antara bank dan pelanggan dicapai mengenai tempoh penangguhan
bayaran atau cara bayaran ansuran
Bank menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui
oleh kedua belah pihak yang meliputi:
i.

Kos asal tersebut yang dibayar oleh bank dan

ii.

Tambahan untung bank

5. Pembiayaan memperolehi kegunaaan atau khidmat harta berasaskan sewaan


( Ijarah)

a.

Bank membeli harta yang hendak digunakan oleh pelanggan

b.
Bank menyewakan harta tersebut kepada pelanggan mengikut tempoh,
kadar sewaan serta syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan perdagangan yang disediakan oleh bank


kepada pelanggannya bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sama ada di
peringkat luar negeri atau dalam negeri:
i.

Surat kredit

ii.

Surat kredit di bawah hukum al-wakalah

iii.

Surat kredit di bawah hukum al-musyrakah

iv.

Surat kredit di bawah hukum al-murabahah

v.
Surat jaminan di bawah hukum al-kafalah (jaminan hutang dan perlaksanaan
kerja)
vi.
vii.

Pembiayaan kehendak modal pusingan di bawah hukum al-murabahah


Khidmat-khidmat lain:

a. Pengirim dan pemindahan wang


b. Jualbeli mata wang
c. Pengurusan pelaburan
d. Khidmat pemegang amanah

SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH / SKIM PERBANKAN ISLAM


Dalam usaha merealisasikan objektif, BNM telah melaksanakan pendekatan secara
beransur-ansur untuk menyediakan prasarana yang perlu dengan mengoptimunkan
sumber yang sedia ada. Langkah pertama ialah menyebarluaskan perbankan Islam
ke seluruh Negara dengan meningkatkan bilangan peserta sebanyak mungkin
dalam tempoh yang singkat. Ini dicapai melalui pelaksanaan Skim Perbankan Tanpa
Faedah ( SPTF) pada bulan Mac 1993. Melalui skim ini, institusi perbankan
konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam
dengan menggunakan prasarana yang sedia ada termasuk kakitangan dan
cawangan. Skim ini dilancarkan pada 4 Mac 1993 sebagai satu skim perintis yang
melibatkan 3 buah bank. Selepas kejayaan skim perintis ini, BNM telah membuka
pernyertaan skim ini menerusi satu set garis panduan khusus kepada bank-bank
perdagangan, syarikat-syarikat kewangan dan bank-bank saudagar pada bulan Julai
1993.

Sungguhpun penyertaan institusi kewangan dalam skim ini adalah sukarela, bankbank terlibat dikehendaki mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan sebuah
Unit Perbankan Islam (UPI) yang diketuai oleh seorang pegawai kanan bank
beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam (DPI) dengan peruntukan
minima sebanyak RM 1 juta, membuka akaun semasa yang berasingan bagi operasi
perbankan Islam di BNM, mendaftar sebagai Ahli Tidak Langsung di dalam system
pembayaran SPEEDS ( sekarang dikenali sebagai RENTAS) dan mematuhi system
penjualan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga dikehendaki
menyediakan lejar am yang berasingan bagi operasi perbankan Islam. Keperluan ini
adalah untuk memastikan bank tersebut tidak mencampuradukkan dana secara
bebas tanpa kawalan dalam yang teratur. Bank juga digalakkan untuk melantik
sekurang-kurangnya seorang penasihat Syariah untuk memastikan bank dalam
urusan harian perbankan Islam.Bilangan yang menyertai skim ini meningkat kepada
54 buah pada akhir Jun 1999.

Tahun 1998 BNM telah menjalankan kajian semula terhadap perbankan Islam. BNM
mendapati SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar, ia telah ditukar kepada
Skim Perbankan Islam (SPI) berkuatkuasa 1 Disember 1998.

Penggunaan kad kredit secara meluas di kalangan orang ramai telah mendorong
Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperkenalkan produk baru dalam perbankan Islam
iaitu kad kredit Islam yang diberi nama Kad Bank Islam (Kad KBI). I
Terdapat banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kewujudan kad kredit Islam
ini. Antaranya ialah desakan dan kehendak orang ramai yang memerlukan kepada
alat
transaksi yang menawarkan perkhidmatan kredit berasaskan kehendak syarak.
Desakan
i~i mungkin timbul dari kesedaran orang Islam untuk mengamalkan prinsip-prinsip
syariah dalam urusan yang berkaitan dengan perbankan Islam. Aspek penting bagi
kad

kedit Islam ini adalah penghapusan elemen riba atau kadar bunga yang menjadi
mekanisme penting dalam sistem kad kredit konvensional yang diamalkan secara
meluas di Malaysia.

4.0 Skim Pinjaman Peribadi-i (Pakej) oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga turut mempromosikan beberapa skim
pinjaman kepada masyarakat umum yang berkelayakkan. Antara skim yang
ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan dalam bentuk Pakej
dan Bukan Pakej. Dua kategori ini diperkenalkan kepada umum bagi membolehkan
masyarakat memilih skim pinjaman mengikut citarasa dan kesesuaian masingmasing. Amaun minimum yang dihadkan dalam pinjaman peribadi ini adalah
sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun maksimum pinjaman yang
dibenarkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Namun, seperti skim-skim
pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh bank-bank yang lain, BIMB meletakkan
syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah mempunyai pendapatan tetap
sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Pemohon pinjaman juga mestilah terdiri
daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektorkerajaan, syarikat senarai
awam yang terpilih, anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang
terpilih yang diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak
Bank Islam. Lebih menarik lagi apabila skim pinjaman peribadi ini turut
mengandungi pelan perlindungan Takaful. Pembayaran semula boleh dilakukan
melalui potongan gaji ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui arahan
Autodebit. Tempoh pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15
tahun atau 180 bulan ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang
mana lebih awal. Pinjaman seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan
kerajaan. Sungguhpun begitu, Pembiayaan Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan
faedah yang paling tinggi adalah sebanyak 5.50% setahun bagi tempoh
pembayaran 11 tahun sehingga ke 15 tahun.

Terdapat banyak lagi skim-skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh
bank-bank di negara kita. Melihat kepada skim-skim pinjaman ini, dapat
disimpulkan bahawa masyarakat di Malaysia dewasa ini mempunyai banyak pilihan
serta panduan untuk memilih bantuan pinjaman yang disediakan. Kadar atau
faedah yang dicaj oleh pihak-pihak bank kebiasaannya menjadi satu kayu ukur bagi
pihak yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sudah pasti, skim pinjaman yang
menawarkan kadar atau bayaran faedah terendah yang menjadi pilihan. Selain itu,
terdapat juga skim-skim pinjaman yang tidak berbentuk peribadi seperti Skim
Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian yang lebih bertujuan untuk
membantu usahan-usahawan pertanian mengembangkan lagi perusahaan mereka.

Pendek kata, objektif-objektif utama skim-skim pinjaman ini adalah bagi membantu
golongan-golongan yang memerlukan.

Pusat Panggilan
Emel

+603 26 900 900+603 26 900 900

contactcenter@bankislam.com.my

Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berteraskan Kontrak
Syariah dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia. KBI adalah
kad yang bebas dari riba dan gharar.
Riba biasanya diterjemahkan sebagai faedah iaitu amaun lebihan yang dicajkan
ke atas sebarang transaksi urusniaga yang melibatkan perak, emas dan wang.
Ghararialah ketidakpastian atau keraguan, dan elemen ini tidak terlibat di dalam
KBI memandangkan keuntungan maksima telahpun dijelaskan terdahulu.
Pusat Kad Bank Islam beroperasi berteraskan konsep Syariah yang dikenali sebagai
Konsep Tawarruq.

Pasaran yang kukuh membolehkan kami untuk menawarkan produk


pelaburan pelabur berteraskan Islam secara jualan langsung, seperti:
Sijil Pelaburan Kerajaan dan Nota Islam Bank Negara

Bon kerajaan yang berdenominasikan di dalam Ringgit dengan dividen /


tahap keuntungan yang tetap
Tempoh matang pada tarikh yang telah ditetapkan semasa penerbitan
Pembayaran kupon atau dividen dibayar pada setiap enam bulan atau
tahunan.
BNM menerbitkan bil jangka pendek tidak melebihi dari 1 tahun dengan
kadar tempoh kebiasaannya adalah 1, 3, 6 dan 12 bulan
Diterbitkan dan ditawarkan dengan harga diskaun dan pada tempoh
matang, bil akan ditebus pada nilai nominal.
Sekuriti Hutang Islam (IPDS)

Bon yang berdenominasikan di dalam Ringgit , diterbitkan oleh syarikat


korporat dengan dividen / tahap keuntungan yang tetap

Tempoh matang pada tarikh yang telah ditetapkan semasa penerbitan

Pembayaran kupon atau dividen dibayar pada setiap enam bulan atau
tahunan

Sekuriti Hutang Komersial (ICP)

Kemudahan perbankan bersindiket yang diterbitkan kebiasaannya untuk


tempoh antara 3 hingga 5 tahun

Nota jangka pendek ini diterbitkan tidak melebihi dari 1 tahun dengan
kadar tempoh kebiasaannya adalah 1, 3, 6 dan 12 bulan

Dijual dengan harga diskaun dan pada tempoh matang, Sekuriti Hutang
Komersial akan ditebus pada nilai nominal.

Bil Penerimaan Islam (AB-i) (Bank Islam dan bank lain)

Bil yang diterbitkan oleh bank merupakan hutang yang layak untuk
didagangkan dalam pasaran sekunder

Transaksi di pasaran sekunder berdasarkan konsep Syariah dikenali


sebagai Bai Dayn (perdagangan hutang).

Produk Pelaburan
Kehadiran Bank Islam di pasaran Islamik membolehkan kami menawarkan produkproduk pelaburan yang menarik secara jualan terus, seperti: Sijil Pelaburan Kerajaan
dan Nota Islam Bank Negara, Sekuriti Hutang Islam (IPDS), Sekuriti Hutang Komersial
(ICP), dan Bil Penerimaan Islam (AB-i)

Tukaran Matawang Asing


Perkhidmatan tukaran matawang asing yang disediakan termasuk perkhidmatan di
kaunter-kaunter cawangan, kontrak jual beli matawang secara pada kadar semasa dan
kontrak pertukaran hadapan matawang asing
Penyelesaian Pelindung Nilai
Bank Islam juga menawarkan penyelesaian pelindung nilai (HEDGING) innovatif yang
mematuhi kehendak Syariah khas untuk mengurus risiko terhadap perubahan kadar
keuntungan dan nilai matawang

You might also like