You are on page 1of 2

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk
menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi
peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai
pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka
negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi
teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam
syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi
yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang
di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana
amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham
Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat milik
penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam
membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya
masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta
cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat
Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham
amanah PNB membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta
pemegang akaun setakat kini.
Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan
strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masingmasing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur,
farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti
korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih
bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan
PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.
Ibu pejabat syarikat ini terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat luar
negara di Singapura dan London dan merancangkan untuk membuka cawangan luarnya yang
ketiga di Tokyo

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)


1. Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22
Mei 1979 untuk mengurus dana-dana unit amanah yang dilancarkan oleh PNB.
2. ASNB bertanggungjawab untuk mendidik para pelabur mengenai faedah melabur dalam
unit amanah melalui penganjuran seminar perancangan kewangan atau lebih dikenali
sebagai Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia, pada setiap hari di seluruh negara.
3. Sejak pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April
1981, PNB telah melancarkan 11 dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah Saham
Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional
2 (ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham
Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan &
ASG-Persaraan), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) dan yang terbaru Amanah Saham
Bumiputera 2 (ASB 2). Daripada 12 dana unit amanah ini, enam daripadanya ialah dana
ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana ekuiti harga berubah-ubah yang
merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.

Bursa Malaysia
Bursa Malaysia, adalah sebuah syarikat pemegang urusniaga saham yang diluluskan di bawah
Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007. Ia mengendalikan integrasi urusniaga
yang berkaitan dengan pertukaran mata wang termasuklah perkhidmatan perdagangan,
pelangsaian, penjelasan dan simpanan.
Ia mengandungi papan utama dan papan kedua dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak
RM700 bilion. Papan utama adalah saham-saham syarikat yang lebih ternama dan lebih stabil.
Manakala papan kedua adalah saham-saham syarikat yang baru tetapi mempunyai prospek
pertumbuhan yang tinggi.
Pasaran saham Bursa Malaysia mempunyai Penanda Aras yang lebih mudah dikenali sebagai
indeks.Jika pada hari tersebut penanda aras indeks naik, maka bolehlah secara umumnya
keseluruhan pasaran dalam keadaan menaik. Sekarang Bursa Malaysia hanya mengambil 30
syarikat dari hampir 1000 yang tersenarai sebagai penanda aras.Kebanyakkan syarikat ini
adalah antara yang berkualiti dan mewakili hampir setiap sektor yang ada di Bursa Malaysia.
Contohnya,Public Bank dari sektor kewangan,British American Tobacco dari sektor
Pengguna,KL Kepong dari sektor Perladangan dan sebagainya.
Bursa Malaysia diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Disamping itu system perundangan yang
menjaga kepentigan pelabur runcit juga ditekankan oleh Suruhanjaya Sekuriti supaya pasaran
saham adalah tempat pelaburan yang selamat.

You might also like