You are on page 1of 41

WUS 101

TERAS KEUSAHAWANAN
RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
NAMA KUMPULAN

DRAGON BALL
NOMBOR KUMPULAN

15
AHLI KUMPULAN

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (K) 109679


MOHD FIRDAUS BIN MOHD 109709
NURUL FAIDAH 108026
SADIYYAH MOHD NUN CHANIFAH 108037
ANG RUO PING 107959

TARIKH SERAH TUGASAN


2 SEPTEMBER 2010
UNTUK PERHATIAN
EN. MOHD SHAFIE ARIFFIN

1
LETTER OF SUBMISSION

NAMA : MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR


NO MATRIK : 109679
NO KAD PENGENALAN : 810429105839
ALAMAT : M05 E8-03, DESASISWA TEKUN,
KOMPLEKS RST, 11800 MINDEN ,
PULAU PINANG.

KEPADA:
Pensyarah Teras Keusahawanan ( WUS 101 )
En. Mohd Shafie Ariffin.

PENGHANTARAN TUGASAN RANCANGAN PERNIAGAAN .

Saya MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR (nombor matrik : 109679) wakil


daripada kumpulan saya menghantar tugasan rancangan pernagaan ini
untuk semakan tuan.
Tuan boleh menghubungi saya di nombor 0176297825 sekiranya
mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..................................

( MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR )

2
Isi Kandungan

Bahagian 1 : Pengenalan

Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan

Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan

Bahagian 4 : Latar Belakang Pemilik

Bahagian 5 : Latar Belakang Projek

Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran

Bahagian 7 : Rancangan Organisasi

Bahagian 8 : Rancangan Kewangan

Bahagian 9 : Rumusan

Bahagian 10 : Lampiran

3
RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 10
Mei 2010 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Syarikat De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat
perniagaan perkongsian yang menawarkan perkhidmatan penjagaan, kecantikan dan
kesihatan khusus untuk kaum wanita dan mempunyai sebuah premis perniagaan di
alamat 2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala
Lumpur. Perniagaan ini ditubuhkan kerana memenuhi keperluan wanita yang
menuntutkan pakej dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan mereka. Setakat ini,
perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan yang menggalakkan terhadap
golongan wanita khasnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur khususnya.
Sasaran utama pelanggan produk ini ialah terdiri daripada golongan eksekutif
dan wanita moden yang mahukan penampilan mereka lebih menarik demi menuntut
keyakinan dalam kerjaya. Kami juga menyediakan pakej perkhidmatan pada kadar yang
berpatutan mengikut kemampuan pelanggan. Pada tahun pertama syarikat ini
ditubuhkan, kami menjangkakan keuntungan ialah sebanyak RM 432,740.00 secara
kasarnya dan kami juga menjangkakan kadar pertumbuhan syarikat kami sebanyak
20% setiap suku tahun.
Syarikat kami percaya bahawa perniagaan berbentuk perkhidmatan produk
kecantikan dan kesihatan wanita ini mampu meningkatkan keuntungan syarikat,
menjamin pulangan modal dan menjana pendapatan kepada pemilik syarikat dan rakan
kongsi. Namun pun begitu, sudah menjadi adat dalam dunia perniagaaan, pasti sesuatu
produk mempunyai persaingan. Syarikat kami terpaksa bersaing dengan beberapa
syarikat yang sama mennyediakan perkhidmatan seumpama ini yang lebih lama
menceburi bidang ini dan tidak kurang hebatnya. Sehubungan dengan itu, syarikat
kami, De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd. memandang perkara ini dari sudut
yang positif dengan menganggap bahawa persaingan satu bentuk halangan yang
mampu memberi kami semangat untuk berdaya saing, dan menambahbaikkan mutu
perkhidmatan.
Oleh itu, bagi memastikan Syarikat De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd.
mampu bersaing dengan syarikat lain serta sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan,

4
kami telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Syarikat kami telah mengambil beberapa strategi seperti strategi pemasaran, promosi,
pakej-pakej yang menarik, perletakan harga dan strategi pemasaran yang mantap.
Dengan kelebihan yang dimiliki oleh produk kami, Syarikat De Chantiks Beauty
Centre & Spa Sdn. Bhd. yakin dapat menguasai bidang perniagaan perkhidmatan
penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita selain dapat memuaskan hati pelanggan
dengan mutu perkhidmatan kami seterusnya dapat menjadikan syarikat kami sebaris
dengan syarikat gergasi yang lain.

5
1.0 PENGENALAN

Rancangan perniagaan ini adalah satu perancangan terperinci yang


menunjukkan strategi-strategi yang akan diambil oleh sesebuah syarikat untuk
memulakan sesuatu perniagaan. Bagi syarikat kami, rancangan perniagaan ini
dihasilkan adalah untuk:

1) Mendapatkan pembiayaan
Rancangan perniagaan ini dihasilkan sebagai satu sumber bukti bertulis bagi
membuat permohonan mendapatkan pembiayaan (pinjaman) dari pihak bank. Syarikat
kami akan berurusan dengan bank utama iaitu, Hong Leong Bank Berhad. Melalui
pinjaman yang diberikan, syarikat kami akan menggunakan secara optimum dalam
proses kajian dan peningkatan (R&D) produk-produk sedia ada kami amnya, dan
khususnya kepada produk baru kami. Selain itu, pembiayaan yang bakal kami perolehi
akan juga digunakan dalam meningkatkan prestasi syarikat dalam meluaskan lagi syer
pasaran syarikat kami supaya kompetitif dalam pasaran semasa. Pembiayaan yang
bakal diperolehi juga digunakan untuk menampung kos modal yang tidak mencukupi.

2) Meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur dan meningkatkan


pelaburan
Rancangan perniagaan ini juga ada menjelaskan secara terperinci tentang
butiran kewangan syarikat kami dan segala perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat.
Maklumat-maklumat yang lengkap dalam rancangan perniagaan ini boleh digunakan
oleh pelabur dalam menilai, mentaksir dan membuat analisis kewangan syarikat kami.
Setakat ini, kedudukan kewangan syarikat kami amat stabil dan mempunyai sistem
pengurusan yang sistematik serta pihak pengurusan yang cekap dalam mengendalikan
aset dan liabiliti syarikat. Kami percaya bahawa akan lebih ramai pelabur akan
membuat pelaburan dalam syarikat kami melalui penelitian rancangan perniagaan
sekaligus dapat meningkatkan keuntungan syarikat serta meningkatkan pendapatan
pemilik serta rakan kongsi.

6
3)Meningkatkan keuntungan syarikat dan memaksimunkan pendapatan pemilik dan
rakan kongsi syarikat.
Syarikat De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd. mensasarkan pulangan
modal dan keuntungan yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, rancangan
perniagaan ini merupakan satu metodologi yang diambil dalam meningkatkan
keuntungan syarikat. Rancangan perniagaan ini mempunyai potensi besar kerana
mampu member nafas baru kepada bidang rawatan kecantikan di negara kita.
Sehubungan dengan itu, keuntungan yang bakal diperolehi akan dapat memudahkan
pihak penguurusan dalam membuat proses pembahagian pembayaran dividen atau
pembayaran keuntungan kepada rakan kongsi. Kadar dividen yang tinggi akan diberi
sekiranya syarikat dapat mencatakan kadar jualan yang tinggi. Oleh itu, kadar dividen
yang tinggi akan mampu menarik pelabur dari luar untuk melabur dan pelabur sedia
ada akan meningkatkan pelaburan. Hal ini akan meningkatkan keuntungan syarikat dan
sekaligus dapat memaksimunkan pendapatan pemilik dan rakan kongsi.

7
2. 0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan


perniagaan yang meliputi aspek pemasaran, pengurusan dan kewangan kedai kepada:
Memohon pinjaman jangka panjang daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menjalankan kajian dan perancangan yang berkesan serta mendalami alam
perniagaan sebelum memulakan perniagaan untuk meningkatkan
kebarangkalian kejayaan perniagaan.
Meneliti segala risiko yang mungkin dihadapi supaya dapat mengurangkan
kemungkinan kegagalan perniagaan ke tahap minimum.
Membuat pelan, menstrukturkan dan memvisualisasikan perkembangan
perniagaan syarikat kami dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Mengesan kelemahan bentuk perniagaan kami dan merancang satu pendekatan
untuk memperbaikinya.
Menganggar bajet dan modal perniagaan kami.

8
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : De Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd


Alamat Perniagaan : 2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
Alamat Surat Menyurat : 2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 03-4149 6929
Bentuk Syarikat : Firma Perkongsian
Kegiatan Utama : Perkhidmatan Kecantikan
Tarikh Mulakan Perniagaan: 2 Julai 2010
Tarikh Pendaftaran : 10 Mei 2010
Nombor Pendaftaran : PW0006239-G
Modal Permulaan : RM150,000
Nama Bank : Hong Leong Bank Berhad (Cawangan Sri Rampai)
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Nombor Akaun Syarikat : 21642902376490

9
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Rakan Kongsi Pertama


Nama Penuh : Mohd Khusairi Bin Masukidar
No. Kad Pengenalan : 810429-10-5839
Tarikh Lahir : 29 April 1981
Umur : 29 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : 38 Lorong 3 Taman Raya Batu 40,
45200 Sabak Bernam.
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Diploma Perguruan Malaysia
Pengalaman Kerja : 6 Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kemahiran / Kebolehan : Mengajar
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1&2
Kemahiran : Pengarah Urusan
Pengalaman : Jurujual Sambilan
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 017-6297825

10
Rakan Kongsi Kedua
Nama Penuh : Mohd Firdaus Bin Mohd
No. Kad Pengenalan : 901103-11-5379
Tarikh Lahir : 3 Nov 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : 226 Kg. Baru, FELDA Neram 1 Tambahan1
24060 Kemaman, Terengganu
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Diploma IT
Pengalaman Kerja : 1 Tahun Usmayati (M) Sdn Bhd
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pentadbiran Perniagaan
Kursus Yg Pernah Dihadiri : Seminar Keusahawanan Siswa, LKS Modul 1&2
Kemahiran : Pengurusan akaun
Pengalaman : Juruwang
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 019-9350783

11
Rakan Kongsi Ketiga
Nama Penuh : Nurul Faidah Binti Md Fauzi
No. Kad Pengenalan : 900116-04-5176
Tarikh Lahir : 16 Januari 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 4 Lorong teratai, Kg Parit Haji Hashim,
86200 Simpang Renggam, Johor
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
Pengalaman Kerja : Cashier di Cafe Kopitiam Batu Berjuntai
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Pentadbiran
Pengurusan Kewangan Sarikat
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1&2,
Kemahiran : Microsoft Word, M. Excel, M. Powerpoint dan aplikasi
multimedia
Pengalaman : Bekerja sebagai kerani
Jawatan Dalam Syarikat : Ketua Badan & Biomagnetik
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 013-9712730

12
Rakan Kongsi Keempat
Nama Penuh : Sa'diyyah Mohd Nun Chanifah
No. Kad Pengenalan : 900321-10-5430
Tarikh Lahir : 21 Mac 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : Lot 1838 Batu 9, Kampung Medan,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Matrikulasi
Pengalaman Kerja : Membantu jualan amal MAKNA
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Hubungan Luar
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1 &2
Kemahiran : Asas Fisioterapi (MAHSA College)
Pengalaman : Bekerja Sebagai Pegawai Perhubungan Awam
Jawatan Dalam Syarikat : Ketua Bidan & Urutan
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 013-3735431

13
Rakan Kongsi Kelima
Nama Penuh : Ang Ruo Ping
No. Kad Pengenalan : 900612075040
Tarikh Lahir : 12 Jun 1990
Umur : 20 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat : No 75,Kampung Belaoh, Keruak, Jertih,
22010 Besut, Terengganu
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : STPM
Pengalaman Kerja : Jurujual Mega Sales
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Syarikat(protocol)
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1 &2
Kemahiran : M. Excel, M. Powerpoint, Microsoft Word
Pengalaman : Berkerja Sebagai Pegawai Pemasaran
Jawatan Dalam Syarikat : Ketua Kecantikan Muka
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Handphone : 016-4648899

14
5.1 LATAR BELAKANG PROJEK CADANGAN/ PROJEK

5.2 PELAN LOKASI PERNIAGAAN

Petunjuk :

1. Sekolah
2. Kawasan Perumahan
3. Masjid De Chantiks Beauty Centre & Spa
4. Rumah Kedai
5. Rumah Kedai

15
5.2 PELAN LANTAI PREMIS PERNIAGAAN

Petunjuk :

1. Kaunter
2. Rawatan Muka & Rambut
3. Stor
4. Rak Jualan
5. Ruang Menungu
6. Tandas
7. Terapi Badan & Biomagnetik
8. Bilik Urut
9. Bilik Mandian Wap

16
6.0 RANCANGAN PEMASARAN

a) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna.

Firma menjalankan perniagaan pusat rawatan kesihatan dan kecantikan serta khidmat
perunding perkahwinan. Perniagaan firma termasuklah melangsing badan, mendandan
rambut, rawatan muka dan biomagnetik (rawatan kesihatan yang menggunakan
kombinasi akupunktur dan refleksologi), urutan tradisional (urutan biasa dan selepas
bersalin), mandian SPA, dan juga persiapan perkahwinan seperti andaman, gubahan
hantaran, sewaan baju pengantin, dan lain-lain lagi.

Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut di atas, firma juga ada menjual
pelbagai produk-produk kecantikan dan kesihatan yang kebanyakannya adalah
berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan wanita.

Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai wanita untuk mencuba dan seterusnya
menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma. Ini kerana kecantikan merupakan
idaman setiap wanita.

b) Pasaran AM

Penjagaan kesihatan dan kecantikan amatlah diambil berat terutamanya oleh wanita-
wanita moden masa kini yang amat mementingkan kesempurnaan diri. Ini adalah
kerana wanita pada zaman ini banyak berkecimpung di dalam kerjaya profesional dan
perniagaan sendiri yang setaraf dengan lelaki. Oleh sebab itu kebanyakan wanita amat
mengambil berat tentang keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda,
bergaya, sihat, ceria, dan yakin.

Perkembangan industri perkhidmatan kesihatan dan kecantikan pada masa ini adalah
amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju
selaras dengan peningkatan taraf wanita seperti yang tersebut di atas.

17
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini
adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli
oleh kaum Cina. Jika kita lihat di merata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan
seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik
untuk membuka perniagaan khidmat kesihatan dan kecantikan akan membuka mata
masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.

c) Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan
yang berada di kawasan :

Taman Ria
Taman Pahlawan
Taman Wira
Laguna Merbok
Lagenda Height

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk


bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi
pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik
bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial Lagenda Height yang berhampiran dengan
pusat-pusat perniagaan, perkembangan komersil, klinik, pusat beli belah akan
memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.

Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut :


1. Wanita berumur diantara 18 45 tahun.
2. Wanita bekerja.

18
3. Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut :

Kawasan/Taman Bilangan Bilangan Bilangan


Rumah Penghuni Pelanggan
berKeluarga (*) Sasaran (^)

1.Taman Ria 3,000 unit 1,200 keluarga 240 orang


2.Taman Pahlawan 1,500 unit 600 keluarga 120 orang
3.Taman Wira 3,000 unit 1200 keluarga 240 orang
4.Laguna Merbok 1000 unit 400 keluarga 80 orang
5.Lagenda Height 1000 unit 400 keluarga 80 orang

Jumlah 760 orang

Nota: (*) 40% dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga.
(^) 20% dari bilangan penghuni berkeluargan dianggarkan mempunyai ciri-ciri
pelanggan sasaran firma.

Anggaran pendapatan firma adalah seperti berikut :

19
Khidmat / Bayaran Anggaran Anggaran Anggaran Anggaran
Rawatan Perkhidmata Pelangga Pelangga Pendapata Pendapatan
n n Sehari n Sebulan n Sebulan Setahun
(RM) (RM) (RM)
Biomagnetik 10.00 5 130 1,300.00 15,600.00
Rawatan Muka 80.00 3 78 6,240.00 74,880.00
Perampingan 129.00 3 78 10,062.00 120,744.00
Urut Tradisional 50.00 5 130 6,500.00 78,000.00
Aromatherapi 80.00 3 78 6,240.00 74,880.00
Rawatan Badan 80.00 2 52 4,160.00 49,920.00
Sauna 30.00 2 52 1,560.00 18,720.00

Jumlah 23 598 36,062.00 432,744.00

Ulasan : Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima pelanggan yang


datang untuk 26 hari dalam sebulan. Bayaran perkhidmatan adalah anggaran
bayaran minima yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan. Buat permulaan,
hanya aktiviti ini sahaja yang dijalankan. Walaubagaimanapun, apabila aktiviti-
aktiviti seperti persediaan perkahwinan, andaman, dan lain-lain mula dijalankan,
anggaran pendapatan firma dijangka akan meningkat lagi.

Diandaikan seorang pelanggan sasaran datang mendapatkan satu jenis


perkhidmatan dalam masa sebulan. Dari bilangan pelanggan sasaran di atas,
didapati ianya lebih daripada mencukupi untuk menghasilkan pendapatan di
atas.

d) Strategi Pasaran firma

Di antara strategi-strategi adalah seperti berikut :

20
i. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan di premis yang baru. Mutu perkhidmatan
akan lebih professional memandangkan perniagaan sudah dijalankan di tapak
perniagaan yang sesuai, tidak lagi di rumah seperti sebelumnya.

ii. Memperluaskan kaedah rawatan dengan alat-alat moden. Campuran antara


rawatan tradisional dan moden.

iii. Menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang lebih murah.

iv. Menjalankan promosi secara Pelanggan Bawa Pelanggan. Setiap pelanggan


yang membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si
pembawa akan dapat satu perkhidmatan secara percuma.

v. Mempelkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan


keatas bayaran perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan
akan diberi secara percuma kepada ahli.

vi. Perkhidmatan akan diberikan dengan penuh beretika dan mengamalkan tahap
professionallisma tinggi. Motto perniagaan Kejelitaan Teras Keperibadian .

vii. Menyediakan perkhidmatan dan pilihan yang lebih banyak kepada bakal-bakal
pengantin yang ingin menggunakan khidmat firma.

viii. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan


pelanggan terlalu lama menunggu.
Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, firma dijangka
akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat
memberikan perkhidmatan professional yang efektif.
7.0 RANCANGAN ORGANISASI / SUMBER MANUSIA

a) Carta Organisasi

21
Pengurus
(Mohd Khusairi bin Masukidar)

Pemasaran Badan Biomagnetik Bidan & Urutan Kecantikan Muka


(Mohd Firdaus bin (Nurul Faidah bt Md (Sadiyyah bt Mohd (Ang Ruo Ping)
Mohd) Fauzi) Nun Chanifah)

Pada masa ini, firma diuruskan oleh Mohd Khusairi bin Masukidar sendiri sebagai
Pengurus. Beliau dibantu oleh empat orang kakitangan yang mempunyai kepakaran
dalam bidang tersendiri iaitu pemasaran, langsingan badan dan biomagnetik,
kecantikan muka, dan perbidanan dan urutan. Firma dijangka akan mengambil dua
orang pekerja lagi apabila perniagaan firma beroperasi sepenuhnya kelak.

b) Latar belakang Pengarah/Pemegang Saham/Ahli Kongsi


Pengurus
Mohd Khusairi bin Masukidar

22
Berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia (DPM) daripada
Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Kuala Lumpur pada tahun 2004, dan
kini sedang melanjutkan pengajian dalam kursus Ijazah Sarjana Muda
(Pendidikan Khas) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pemilik berpengalaman
bekerja selama 6 tahun mengajar di sekolah rendah di Selangor dan turut
berpengalaman mengurus dan berkerja sebagai jurujual di Yunnam Hair Centre :
i. 2005 - 2006 Mengajar di SK Seksyen 7 Sg. Buloh,
Kota Damansara, Selangor
ii. 2005 - 2006 Part Time Trainner di Yunnam Hair Centre,
One Utama, Damansara Utama, Selangor
iii 2007 - 2010 Mengajar di SK Batu 38 Sabak Bernam
Selangor
iv. 2007 - 2010 Part Time Trainner di Yunnam Hair Centre,
Ipoh, Perak
v. 2010-kini Penuntut Tahun Pertama,
Kursus Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Khas)
Universiti Sains Malaysia (USM)

Pemilik Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd amat berminat di dalam industri ini
dan telah membuat perniagaan secara kecil-kecilan di sebuah rumah kedai seperti di
alamat yang tertera sebelum memohon pembiayaan daripada bank ini.
Walaubagaimanapun, beliau masih tetap terikat dengan majikannya iatu Kementerian
Pelajaran Malaysia dan tetap yakin dan komited untuk member perhatian terhadap
perniagaan perkhidmatan yang diberikan sejurus selepas permohonan pinjamannya
diluluskan atau pun selepas tamat pengajian di USM dalam usaha untuk memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan.

Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentabdiran, pemasaran, perakaunan


dan pengurusan operasi lain.

23
c) Latarbelakang Pengurus dan Penyelia (ahli pengurusan)

i. Mohd Firdaus bin Mohd - Pengurus Pemasaran


Beliau berpengalaman sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka.
Dengan kemahiran beliau mengurus akaun dan pentadbiran perniagaa,
pihak syarikat yakin perlantikan beliau sebagai pengurus pemasaran amat
tepat dan pasti dapat memacu keuntungan melalui strategi pemasaran
yang dirancang.

ii. Nurul Faidah bt Md. Fauzi - Melangsing Badan & Biomagnetik


Beliau berpengalaman bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat
pengurusan kesihatan sebelum ini. Berdasarkan pengalaman beliau,
pihak syarikat berasa tidak rugi jika menggajikan beliau kerana sudah
mempunyai pengalaman sedia ada khususnya dalam perkhidmatan
pengurusan badan dan biomagnetik. Di firma ini, beliau bertanggungjawab
kepada pelanggan yang inginkan rawatan melangsing badan dan
biomagnetik.

iii. Sadiyyah bt Mohd Nun Chanifah - Bidan dan Urutan


Beliau pernah menjalani kursus asas fisioterapi di MAHSA College dan
berdasarkan kriteria berpengalaman tersebut, pihak syarkat tidak teragak-
agak melantik beliau memegang jawatan sebagai bidan dan urutan
khususnya bagi urutan tradisional, rawatan bersalin, dan rawatan
bersunat untuk bayi perempuan.

iv. Ang Ruo Ping - Kecantikan Muka


Beliau sangat arif dalam bidang persolekan dan bertanggungjawab
kepada pelanggan firma yang inginkan khidmat persolekan dan
kecantikan muka.
8.0 RANCANGAN KEWANGAN

Aset, Tanggungan & Ekuiti.

24
i. Jumlah Harta (Kos Projek)

SEDIA ADA
PERKARA (00/0/00) JUMLAH
(DERAF) BARU
RM'000 % RM'000 % RM'000 %

a) Ubahsuai 50,000 28 50,000 28


b) Peralatan 68,000 38 68,000 38
c) Deposit sewa 9,600 5 9,600 5
d) Pra-Operasi 1,000 1 1,000 1
e) Modal Kerja Bersih 50,000 28 50,000 28

JUMLAH 178,600 100 178,600 100

ii. Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)

SEDIA ADA
PERKARA (00/0/00) BARU JUMLAH
(DERAF)
RM'000 % RM'000 % RM'000 %

Modal Sumbangan 43,600 24 43,600 24


Untung/(Rugi)
Terkumpul
Overdraf 118,000 66 118,000 66
Pinj BPIMB Harta 17,000 10 17,000 10
tetap
M.
Kerja

JUMLAH 178,600 100 178,600 100

Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-

25
SEDIA BARU JUMLAH
PERKARA ADA (RM000) (RM000)
(RM000)

Siberhutang ( bln)
Stok
- Bahan Mentah ( 3 bln) 9,000 9,000
- Barangan Dalam Proses ( bln)
- Barangan Siap ( bln)
Tunai operasi (3 bulan) * 41,000 41,000
Lain-lain
Jumlah 50,000 50,000
Tolak : Sipiutang ( bln) 0 0
KEPERLUAN MODAL KERJA 50,000 50,000
BERSIH

* Pengiraan tunai untuk menampong operasi selama 3 bulan pertama seperti berikut:-

Gaji - RM21,000
Sewa - RM9,600
Sewa hawa dingin - RM1,200
Telefon - RM1,500
Air/letrik - RM2,100
Pemasaran & promosi - RM2,700
Lain-lain - RM2,900

Nota ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya

HARGA /
SUMBER PEMBIAYAAN
Bil KOS
PERKARA
Sumbang
BPIMB
an

1 68,000 68,000
Peralatan
2 50,000 50,000
Ubahsuai
3 9,600 9,600
Deposit sewa
4 1,000 1,000
Pra-operasi
5 50,000 17,000 33,000
Modal kerja

Jumlah 178,000 135,000 43,600

Prestasi Lepas/Dijangka

26
Prestasi Dijangka (RM000)
Prestasi
Perkara lalu Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Keberuntungan (RM'000)
Jualan 432.7 454.4 477.1
Untung Kasar 364.1 374.4 394.8
Untung Sebelum Cukai 109.5 108.1 117.5
Untung Selepas Cukai 78.8 77.9 84.6
Untung Terkumpul 78.8 156.7 241.3
Ketunaian (RM'000)
Wang Tunai Masuk 611.3 454.4 477.1
Wang Tunai Keluar 445.8 386.3 405.2
Baki Tunai 165.5 68.1 76.6
Tunai Terkumpul 165.5 233.6 310.2

Keselamatan (RM000)
Harta tetap 102.8 87.6 72.4
Harta semasa 184.3 252.8 329.6
Tanggunggan semasa 30.6 30.3 32.9
Tanggunggan berjangka 135.0 110.6 84.9
Modal & Ikuti 122.4 200.3 284.9

Pulangan Bersih:-
a) Atas Jualan (%) 18% 17% 18%
b) Atas Harta (%) 77% 89% 117%
c) Atas Pelaburan (%) 181% 179% 194%

Pulangan Kasar Atas Jualan 84% 82% 83%


Titek Pulangan Modal (%) 70% 71% 70%

Nisbah Semasa (:1) 6.01 8.34 10.02


Nisbah Segera (:1) 5.71 8.03 9.72

Analisa/Penjelasan :

27
a) Prestasi Masa Lalu
Tiada

b) Prestasi Jangkaan

i) Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 432,740.00 pada


tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM 36,062.00 sebulan adalah
bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru..
ii) Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM
78,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 77,891.00 dan
RM 84,610.00 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan
atas pelaburan yang amat menarik.
iii) Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang
tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.
iv) Kedudukan unjuran keatas nisbah semasa menjangkakan firma
berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan
selesa. Dengan ini masalah ketidaktunaian dijangka tidak akan berlaku.
v) Kedudukan unjuran titik pulangan modal berada pada tahap sekitar 70%
daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma
mempunyai.

SENARAI CAGARAN

28
(Tertakluk kepada syarat-syarat jaminan di bawah skim ini)
i) Perjanjian Pinjaman di antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur
Malaysia Berhad dengan pemohon.
ii) Senarai cagaran harta tetap yang ditawarkan.

Bil Jenis Harta Nilai pasaran

1. Rumah sesebuah setingkat seperti RM130,000


berikut:-

88-A Taman Cempaka,


08000 Sungai Petani,
Kedah Darulaman.

Tanah ini telah pun dinilaikan oleh Juru nilai Rahim & Co. Laporan penilaian adalah
seperti yang dilampirkan.

Anggaran nilai cagaran daripada tanah ini adalah seperti berikut :

Harga pasaran - RM130,000


Harga jualan paksa - RM104,000
Nilai cagaran (80%) - RM83,200

Lindungan cagaran - 62%.

Dua orang penjamin akan digunakan untuk menampung pinjaman


yang tidak dilindungi oleh cagaran daripada tanah.

a) Jaminan pihak ketiga oleh :-

Bil Nama No. K/P Pendapatan


Bersih*

1. Azman bin Adnan 720213-02-1466 RM500/bulan

2. Marissa Geena Bt. 781205-02-5645 RM400/bulan


Gibrail Chairy

*Pendapatan bersih penjamin di atas adalah seperti berikut :

29
Nama Penjamin : Hassan bin Bakar

Pendapatan Sebulan Perbelanjaan Sebulan


(RM) (RM)

Gaji Bersih 5,000.00 Belanja Sarahidup 3,000.00


Pendapatan lain 0.00 Bayaran Balik Kenderaan 1,000.00
Cukai pendapatan 500.00
Jumlah pendapatan (A) 5,000.00
Jumlah Perbelanjaan (B) 4,500.00
Pendapatan Bersih 500.00
Sebulan
(A-B)

Nama penjamin : Aminah Bt. Abdul Wahab

Pendapatan Sebulan Perbelanjaan Sebulan


(RM) (RM)

Gaji Bersih 5,000.00 Belanja Sarahidup 3,000.00


Pendapatan lain 0.00 Bayaran Balik Kenderaan 1,100.00
Cukai pendapatan 500.00
Jumlah pendapatan (A) 5,000.00
Jumlah Perbelanjaan (B) 4,600.00
Pendapatan Bersih 400.00
Sebulan
(A-B)

9 .0 RUMUSAN & PENUTUP

30
Sebagai rumusan terhadap projek ini, kami berkeyakinan bahawa
perniagaan yang kami jalankan ini akan mendapat sokongan yang baik
sebagaimana yang diramalkan. Ini memandangkan keadaan persekitaran
yang menjanjikan prospek pulangan yang baik. Ia juga memandangkan
bahawa kawasan ini terletak di kawasan lokasi yang strategik di tengah-
tengah bandaraya yang kian pesat membangun.
Kami telah memulakan perniagaan ini berbekalkan usaha yang
begitu jitu dan ditambah pula oleh sokongan daripada agensi-agensi
terbabit. Sokongan ini amat penting bagi mengukuhkan perniagan kami
dan menjamin kekukuhan prospek perniagaan yang kami jalankan.
Kami mengharapkan agar perniagaan yang kami jalankan ini akan
berjaya dan terus berkmbang maju. Kami akan akan berusaha untuk
memperkembangkan lagi perniagaan kami ini agar menjadi antara Syarikat
seiring dengan matlamat nrgara untuk mencapai sasaran Negara maju
menjelang tahun 2020.

31
10.0 LAMPIRAN

LOGO SYARIKAT

32
Contoh layout dan suasana Chantiks Beauty Centre & Spa Sdn. Bhd:

33
34
35
36
37
38
39
Bibliography

1. http://elearning.business.com.my
2. http://www.bplans.com
3. www.rancanganperniagaan.net
4. www.mara.gov.my/bpn/RP.htm
5. mohdashraf.com/v1
6. usahawanterbilang.com
7. www.bicarajutawan.com

40

You might also like