You are on page 1of 45

KERJA KURSUS PERNIAGAAN KERTAS 3

RANCANGAN PERNIAGAAN

NAMA PERNIAGAAN : LOVELY GIFT ENTERPRISE

ALAMAT PERNIAGAAN :

217,Jalan Tuanku Abdul Rahman,City Centre,50100 Wilayah

Persekutuan,Kuala Lumpur

NAMA : AMINUL AZMIN BIN AHMAD SYAHIR

KELAS : 5 IBNU RUSYD


ISI KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Lovely Gift Enterprise dimiliki oleh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir.
Pemilik kedai berkelulusan Sarjana Muda dalam Pengurusan Pembangunan (Kepujian) dan
mempunyai pengalaman bekerja selama 2 tahun di Syarikat D'Herbs sebagai pegawai pemasaran
dan agen jualan.Beliau juga mempunyai kemahiran seperti mengikuti kursus latihan
keusahawanan dalam bidang pemasaran yangdianjurkan MARA.

Pada peringkat awal penubuhan perniagaan,sebanyak RM100,000 disediakan sebagai


modal permulaan perniagaan untuk membiayai kos peralatan dan mesin membuat barang
cenderahati serta keperluan operasi yang lain.Nama perniagaan yang diusahakan ialah Lovely
Gift Enterprise beralamat di 217,Jalan Tuanku Abdul Rahman,City Centre,50100 Wilayah
Persekutuan,Kuala Lumpur.

Bentuk perniagaan yang diusahakan ialah milikan tumggal dan berasaskan


barang.Perniagaan Lovely Gift Enterprise menghasilkan cenderahati mengikut cita rasa
pelanggan dengan harga yang mesra pengguna.Nombor perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah
0045395155-H.Perniagaan Lovely Gift Enterprise diuruskan oleh Encik Aminul
Azmin.Perniagaan mengambil dua orang pengurus iaitu pengurus kewangan untuk
mengemaskini akaun dan penyata kewangan dan pengurus sumber manusia untuk menjaga
kebajikan pekerja.Perniagaan juga mengambil akauntan untuk mengawal aliran keluar masuk
wang dengan teliti dan penyelia operasi untuk memastikan operasi perniagaan berjalan lancar.
Kami menggunakan carta organisasi berbentuk fungsian bagi memudahkan pembahagian kerja
mengikut kemahiran dan pengalaman.

Lovely Gift Enterprise menggunakan analisis swot bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan perniagaan ini dan menyediakan campuran pemasaran bagi memastikan perniagaan
dapat bersaing dengan adil. Pernigaan ini beroperasi pada 1 April 2019 dan memiliki pekerja
yang berkemahiran dan berpengalaman dalam membuat corak pada beg.Kami juga menyediakan
sumber fizikal untuk memastikan perniagaan berjalan lancar.
1.0 PENGENALAN

Lovely Gift Enterprise dimiliki oleh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir. Lovely Gift
Enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di 217,Jalan Tuanku
Abdul Rahman,City Centre,50100 Wilayah Persukutuan,Kuala Lumpur pada 1 April
2019.Bermula dengan modal sebanyak RM100,000.Lovely Gift Enterprise menjual pelbagai
jenis cenderahati seperti kain tuala,cawan dan non woven bag yang sesuai untuk semua jenis
pelanggan khususnya badan kerajaan,badan swasta,sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam
serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kelebihan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah
lokasinya yang strategik kerana kedai ini merupakan satu-satunya kedai yang menjual
cenderahati korporat di kawasan itu.Jalan Tuanku Abdul Rahman juga merupakan kawasan yang
sibuk dengan pelancong yang mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke negara
mereka.Lovely Gift Enterprise juga menawarkan barang cenderahati yang berkualiti dan mampu
milik.Modal yang digunakan adalah sebanyak RM80 000 daripada modal sendiri dan RM20 000
daripada Skim Pembiayaan Kecil (SPK) daripada Skim Pembiayaan Tekun Niaga.Selain
itu,wakil daripada Lovely Gift Enterprise dan saya telah menyertai Program Latihan
Keusahawanan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
2.0TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan Lovely Gift Enterprise menyediakan Rancangan Perniagaan adalah untuk mendapatkan
pembiayaan kewangan daripada agensi kerajaan iaitu Skim Pembiayaan Tekun Niaga sebanyak
RM20000.Untuk membolehkan Lovely Gift Enterprise mendapatkan pinjaman kewangan
daripada agensi kerajaan,Lovely Gift Enterprise perlu mempunyai pengetahuan dalam mengurus
perniagaan yang diusahakan.Selain itu,semua pekerja Lovely Gift Enterprise melibatkan diri
dalam perniagaan secara sepenuh masa.Tambahan pula,pekerja Lovely Gift Enterprise
merupakan warganegara bumiputera yang berusia 18-60 tahun. Selain itu tempoh bayaran balik
yang panjang membolehkan kami untuk membuat bayaran balik.Pekerja Lovely Gift Enterprise
juga mengikuti Program Latihan Keusahawanan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA).Lovely Gift Enterprise telah menghantar wakil untuk menyertai Program Perintis
Latihan Enterprise Management Solution (EmaSS) dalam bidang pengurusan kewangan.Bagi
pihak atasan seperti saya telah menyertai Program Pembangunan Komuniti Usahawan Building
Leaders & Entrepreneurial Society (BLESS) dalam bidang pembangunan usahawan.Tujuan
membuat pinjaman adalah untuk membeli aset seperti rak,meja dan barang-barang cenderahati
korporat untuk memasarkan perniagaan,mengubahsuai premis dan membeli stok.Kami memilih
untuk membuat pinjaman di Tekun Niaga kerana kelayakan yang diperlukan tidak terlalu ketat
seperti pemohon harus berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir
pembayaran.Tempoh pembayarannya juga panjang iaitu selama 10 tahun maksimum.
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

BUTIRAN MAKLUMAT

Nama perniagaan Lovely Gift Enterprise

Alamat perniagaan 217,Jalan Tuanku Abdul Rahman,City

Alamat surat menyurat Centre,50100 Wilayah Persekutuan,Kuala


Lumpur

No.telefon 013-361 6172

No.faks 03-92723646

Bentuk pemilikan perniagaan Milikan Tunggal

Bentuk perniagaan Barang

Kegiatan utama perniagaan Menjual cenderahati korporat

Tarikh pendaftaran perniagaan 4 Januari 2019

Tarikh mula perniagaan 1 April 2019

No.pendaftaran 0045395155-H

Modal sendiri RM 80 000

Modal pinjaman RM 20 000

Modal keseluruhan RM 100 000

Nama bank Maybank Berhad

No.akaun 3024617329122
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

BUTIRAN MAKLUMAT

Nama penuh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir

No. Kad Pengenalan 890220-08-0603

Tarikh Lahir 20/2/1989

Umur 30 Tahun

No.telefon 011 3951 1593

Alamat Tetap No.141,Jalan Burung Sintar,Taman Bukit


Maluri,52100 Kepong,Kuala Lumpur

Kelulusan Akademik Ijazah Sarjana Muda dalam Pegurusan


Pembangunan (Kepujian)

Kemahiran Membuat pelbagai jenis reka bentuk

Pengalaman Bekerja selama 2 tahun di Syarikat D'hers


sebagai pegawai pemasaran dan agen jualan

Status perkahwinan Bujang

Kursus yang dihadiri -Program Pembangunan Komuniti Usahawan


Building Leaders &

Entrepreneurial Society

(BLESS)

-Program Latihan Keusahawan yang


dianjurkan oleh MARA
5.0 KEDUDUKAN TAPAK PROJEK

Lovely Gift Enterprise terletak di 217,Jalan Tuanku Abdul Rahman,City Centre,50100 Wilayah
Persekutuan,Kuala Lumpur

Frozen Treats

Sebab memilih lokasi :

1)Lokasi yang strategik kerana Lovely Gift Enterprise merupakan satu-satunya kedai yang
menjual

cenderahati korporat di Jalan Tar.

2)Tempat tarikan pelancong di mana ramai pelancong datang untuk membeli cenderahati sebagai

kenangan dan dibawa pulang ke negara asal

3)Kawasan pelanggan mencari barang keperluan dan membeli hadiah dari semua pelusuk negeri
Kuala Lumpur dan Selangor
4)Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan di hadapan sebuah pasaraya besar iaitu Sogo
6.0 OBJEKTIF PROJEK

6.1 VISI , MISI DAN OBJEKTIF

VISI

Lovely Gift Enterprise dikenali oleh semua penduduk di seluruh Malaysia

MISI

Menjadikan produk Lovely Gift Enterprise sebagai pilihan utama pengguna

OBJEKTIF

- Memenuhi permintaan dan kehendak pengguna yang pelbagai

- Membuat inovasi terhadap barang cenderahati yang sedia ada di pasaran

- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum bumiputera

- Memperoleh keuntungan sebanyak RM 50 000 pada tahun pertama beroperasi


6.2 SASARAN JUALAN

Berikut merupakan sasaran jualan Lovely Gift Enterprise bagi tempoh satu tahun.Lovely Gift
Enterprise mensasarkan jualan bulanan meningkat setiap bulan.

BULAN SASARAN JUALAN

April 2019 RM 35000.00

Mei 2019 RM 38500.00

Jun 2019
RM 42350.00

Julai 2019
RM 46585.00

Ogos 2019
RM 51243.50

September 2019
RM 56367.85

Oktober 2019
RM 62004.64

November 2019 RM 68205.10

Disember 2019
RM 75025.61

Jan 2020
RM 82528.17

Feb 2020 RM 90780.99

Mac 2020 RM 99859.09

Jumlah RM 748449.95
6.3 SASARAN UNTUNG

Untung perniagaan dijangka akan meningkat sebanyak 26 % daripada sasaran jualan pada setiap
bulan . Berikut merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh setahun

BULAN SASARAN UNTUNG

April 2019 RM 17000

Mei 2019 RM 20140

Jun 2019 RM 23622.80

Julai 2019 RM 27483.26

Ogos 2019 RM 31759.43

September 2019 RM 36494.40

Oktober 2019 RM 41733.72

November 2019 RM 47528.76

Disember 2019 RM 53935.74

Jan 2020 RM 61016.50

Feb 2020 RM 68839.09

Mac 2020 RM 77478

Jumlah RM 507032.35
6.4 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah siswazah-siswazah daripada Institusi
Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kakitangan kerajaan yang
bekerja di pejabat sekolah seperti kerani.Perniagaan juga menyasarkan pelancong daripada
Amerika Syarikat yang sangat gemar membeli cenderahati.
7.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

7.1 JENIS STRUKTUR ORGANISASI

Perniagaan Lovely Gift Enterprise menggunakan struktur organisasi berdasarkan fungsian .


Kami memilih struktur organisasi ini kerana ianya mudah dibentuk dan dipraktikkan . Struktur
ini diwujudkan berdasarkan kepada fungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran ,
pengeluaran serta pengurusan sumber manusia .

Organisasi ini diketuai oleh pengurus besar iaitu Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir dibantu oleh
dua orang staf pengurusan iaitu pengurus kewangan , Rahmat Bin Abd.Kasim dan penyelia
operasi iaitu Muhammad Yusuf Bin Ahmad. Pengurus kewangan akan disokong oleh staf
sokongan iaitu akauntan iaitu Liu Yak Kew a/l Wong manakala pengurus sumber manusia iaitu
Muhammad Yusuf Bin Ahmad dibantu oleh penyelia operasi iaitu Alia Binti Razlan. Akhir
sekali , pekerja-pekerja yang membantu melancarkan perniagaan seperti juruwang , pembantu
kedai, pemandu van,tukang jahit,pereka logo dan pengukir.
7.2 CARTA ORGANISASI

PENGURUS BESAR

Aminul Azmin Bin Ahmad


Syahir

PENGURUS SUMBER
PENGURUS KEWANGAN
MANUSIA
Rahmat Bin Abd.Kasim
Muhammad Yususf Bin
Ahmad

PENYELIA OPERASI
AKAUNTAN
Alia Binti Razlan
Liu Yak Kew a/l Wong

JURUWANG PEMBANTU PEREKA PEMANDU TUKANG


KEDAI LOGO DAN VAN JAHIT
Aishah Binti PENGUKIR
Radzi Waheeda Binti Rais Bin Savasthy a/p
Imran Muhammad Bin Ramlan Ravi
Arif
7.2.1 SPESIFIKASI TUGAS PENTADBIRAN

JAWATAN TUGAS

Pengurus Besar -Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan


berkesan -Mengawal dan memberi arahan kepada
kakitangan
-Mengawal dan mengenalpasti dasar dan misi perniagaan
Pengurus Kewangan -Memastikan aliran keluar masuk wang diurus dengan
Baik
-Mengemaskini akaun dan penyata
kewangan
Pengurus Sumber -Memastikan para pekerja menjalankan tugas mengikut spesifikasi
Manusia kerja
-Menjaga kebajikan pekerja
Akauntan -Mengira aliran keluar masuk wang dengan teliti

Penyelia Operasi -Memastikan operasi perniagaan berjalan dengan


lancar
-Memastikan keperluan stok sentiasa
mencukupi dan berkeadaan baik serta selamat

7.3 KOS PENTADBIRAN


7.3.1 JADUAL IMBUHAN ATAU GAJI PEKERJA

JAWATAN GAJI (RM) KWSP(RM) PERKESO(RM) JUMLAH

Pengurus Besar 4000 520 69.05 4589.05

Pengurus Kewangan 3500 455 60.35 4015.35

Pengurus Sumber 3200 426 55.15 3671.15


Manusia

Akauntan 1800 234 30.65 2064.65

Penyelia Operasi 1700 221 28.85 1949.85

Juruwang 1400 182 23.65 1605.65

Pereka logo dan 1600 208 27.15 1835.15


pengukir

Tukang Jahit 1500 195 25.35 1720.35

Pemandu van 1200 156 20.15 1376.15


Pembantu kedai 1300 169 21.85 1490.85

Jumlah sebulan 21200 2756 362.20 24318.20

Jumlah setahun 254400 33072 4346.40 291818.40

*Gaji adalah termasuk potongan PERKESO dan KWSP


7.3.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA

1 .Cuti Sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan atau diserang sebarang penyakit,
pihak syarikat akan memberi keizinan untuk cuti sakit . Gaji pekerja akan tetap dibayar.
 
2.Tempat penjagaan anak-anak
Kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja yang disediakan oleh majikan

3.Kenaikan Gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi yang terbaik dan memuaskan akandiberikan kenaikan gaji.

4.Kemudahan keselamatan
Penyediaan alat keselamatan dan persekitaran pekerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah
kepada sebarang risiko

5.Bonus tunai
Penghargaan yang dibayar secara tunai kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan
prestasi perniagaan
7.4 KOS PERBELANJAAN LAIN

7.4.1 SENARAI HARGA PERALATAN DAN KELENGKAPAN

Berikut merupakan senarai keperluan peralatan pejabat bagi perniagaan Frozen Treats :

Peralatan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM)

Rak 5 unit 150 750

Meja 6 unit 300 1800

Kerusi 5 unit 30 150

Penghawa dingin 4 unit 4000 16 000

Komputer 3 unit 3500 10 500

Telefon dan mesin 2 unit 2200 4400


faks

Jumlah 25 10 180 33 600


8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 CARTA ALIR

Berikut merupakan carta alir pengeluaran bagi perniagaan Lovely Gift Entrpise :

MULA

Menerima tempahan cawan daripada pelanggan

Menyukat bahan mengikut resepi yang ditetapkan

Mengukir cawan mengikut kehendak pelanggan

Membungkus cawan dengan kemas

Menyerahkan cawan yang sudah dibungkus kepada pelanggan

Menerima bayaran daripada pelanggan

TAMAT
8.2 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN

Perniagaan Lovely Gift Enterprise akan beroperasi 6 hari seminggu iaitu hari Isnin hingga hari
Ahad dan cuti umum. Perniagaan ini tidak beroperasi pada hari Jumaat sahaja.Waktu perniagaan
seperti yang tertera di bawah :

Hari Waktu operasi


\
Isnin hingga Khamis 10:00 pagi-11:00 malam

Sabtu,Ahad & Cuti 8:00 pagi-11:00 malam


umum

Jumaat Tutup
8.3 KEPERLUAN DAN KOS BAHAN MENTAH

Bahan mentah yang diperlukan dalam membuat pau , karipap , creampuff, donut dan popia
adalah seperti di bawah .Penambahan peruntukan perbelanjaan sebanyak 5% disebabkan oleh
faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah .

BAHAN ANGGARAN ANGGARAN


MENTAH SEBULAN (RM) SETAHUN (RM)

Kain tuala RM 400 RM 4800


kososng

Non woven RM 600 RM 7200


bag

Sticker RM 250 RM 3000

Benang RM 200 RM 2400

Kotak kecil RM 280 RM 3360

Pembalut RM 150 RM 1800


hadiah

Cawan kosong RM 500 RM 6000

JUMLAH RM 2380 RM 28560


8.3.1 KOS PERBELANJAAN OPERASI

Butiran Perbelanjaan Aset Perbelanjaan bulanan


(RM) (RM)
MESIN DAN PERALATAN

Mesin pencetak logo 5000

Mesin jahit sulam 4500

Mesin ukiran 6000

Komputer Design 3500

Jarum 5
BAHAN MENTAH
Kain tuala kosong 400

Non woven bag 600

Sticker 250

Benang 200

Kotak kecil 280

Pembalut hadiah 150

Cawan kososng 500

Gaji pekerja

KWSP

PERKESO

Belanja utility

Jumlah
8.4 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

8.4.1 SENARAI DAN KOS MESIN / PERALATAN

Jenis mesin Kuantiti Harga(RM) Pembiaya

Mesin pencetak 2 unit 5000 Pinjaman


logo

Mesin jahit 1 unit 4500 Pinjaman


sulam

Mesin ukiran 2 unit 6000 Pinjaman

Komputer 1 unit 3500 Sendiri


design

Jarum 20 unit 5 Sendiri

Jumlah 26 unit 19005


8.4.2 KEWAJARAN PEMILIHAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

Perniagaan Lovely Gift Enterprise menggunakan sumber fizikal dan sumber teknologi bagi
memastikan visi/misi dan objektif (VMO) dapat dicapai oleh perniagaan.

Di antara sumber fizikal yang digunakan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah
bangunan,kemudahan,mesin,peralatan teknologi maklumat,komunikasi,stok,bahan mentah dan
produk siap. Kami menggunakan bangunan sebagai tempat untuk menjalankan operasi
perniagaan,mengurus perniagaan dan menjual barang cenderahati kami.Kami juga mempunyai
kemudahan yang merujuk kepada kelengkapan pengurusan perniagaan.Kelengkapan kemudahan
dapat menjamin kelancaran sesebuah perniagaan.Contoh kemudahan yang kami sediakan ialah
tempat penjagaan anak-anak untuk pekerja yang sudah mempunyai anak.

Selain itu,kami juga menggunakan mesin seperti mesin pencetak logo yang digunakan untuk
mencetak logo,mesin jahit sulam yang digunakan untuk menjahit beg dan mesin ukiran untuk
membuat ukiran pada cawan.Kami juga menggunakan peralatan teknologi dan komunikasi
seperti telefon untuk melakukan urus niaga bersama pelanggan.Kami juga mempunyai stok.Stok
ialah barangan dagangan yang sedia ada di dalam stor atau gudang.Kami juga menggunakan
bahan mentah seperti kain tuala kosong,non woven bag,pelekat (sticker),benang,kotak kecil dan
pembalut hadiah.Kami mengurus bahan mentah dengan teliti supaya tidak berlaku kerosakan
pada bahan mentah sebelum diproses.Akhir sekali,kami juga menggunakan produk siap.Produk
siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual di pasaran.Kami
menguruskan produk siap secara kondusif dan sistematik bagi memastikan kualiti produk berada
dalam keadaan yang baik.

Lovely Gift Enterprise mempunyai prosedur mengurus sumber fizikal.Pertama ialah


perlindungan insurans dan keselamatan seperti insurans kebakaran bagi melindungi
bangunan,mesin dan stok daripada kebakaran.Selain itu,insurans kecurian yang akan melindungi
perniagaan daripada kehilangan atau kerosakan akibat rompakan atau kecurian.Semua aset
usahawan akan dilindungi.Kedua ialah penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang seperti
mesin,peralatan teknologi maklumat dan komunikasi diselenggera secara berkala bagi
memastikan operasi berjalan lancar.

Sumber teknologi yang digunakan Lovely Gift Enterprise pula ialah harta intelek,lessen
perisisan,kemahiran dan pengalaman.Kami menggunakan harta intelek untuk menjaga
perniagaan daripada ancaman cetak rompak,barangan tiruan,penyalahgunaan tanpa kebenaran
dan sebagainya.Contoh harta intelek yang kami gunakan ialah lukisan.Kami juga menggunakan
lesen perisisan yang merupakan perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna
perisisan.Penggunaan perisian tanpa lesen adalah merupakan satu jenayah perdagangan.Lovely
Gift Enterprise mendapatkan lesen perisisan tulen untuk mengelakkan diri daripada dikrnakan
saman serta melindungi nama naik perniagaan.Kami juga menggunakan kemahiran dan
pengalaman.Contohnya,kami mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman
dalam bidang yang diceburi supaya dapat mengelak berlaku kesilapan semasa menjalankan
tugas.Kesannya,pekerja yang mahir,cekap dan berpengalaman boleh meningkatkan produktiviti
perniagaan dan mereka akan dibayar dengan gaji yang tinggi.

Lovely Gift Enterprise juga mempunyai prosedur mengurus sumber teknologi.Kami


menggunakan pengurusan paten.Paten adalah hak eksklusif untuk suatu reka cipta,sama ada
berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.Semua reka cipta
kami belum dizahirkan oleh mana-mana syarikat.Kami membuat pendaftaran paten supaya hak
cipta kami dilindungi undang-undang.Kami mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO) untuk melayakkan perlindungan di Malaysia.
8.5 SUSUN ATUR RUANG OPERASI

STOK
MENYIMPAN
BAHAN MENTAH
TANDAS SURAU

TEMPAT
TEMPAT MENJAHIT JUALAN
DAN TEMPAT
MENGUKIR

KAWASAN
PAMERAN
KAWASAN
MENGHIAS DAN
TEMPAT
PENJAGAAN ANAK
PINTU
8.6 SPESIFIKASI TUGAS OPERASI

JAWATAN TUGAS

Jururwang -Menjaga kaunter untuk sebarang aktiviti jual beli

Pereka logo dan -Mereka logo pada beg supaya beg akan kelihatan lebih menarik
pengukir
-Mengukir ukiran pada cawan untuk kelihatan lebih mengagumkan

Tukang Jahit -Menjahit beg serta mencorakkan beg itu dengan perkataan yang menarik
menggunakan kreativiti

Pembantu kedai -Menyusun barang cenderahati di rak

-Melayan pelanggan dengan menerangkan kepada mereka kelebihan barangan


cenderahati Lovely Gift Rnterprise

Pemandu van -Membawa barang cenderahati yang di ambil dari kilang ke premis perniagaan
9.0 RANCANGAN PEMASARAN

9.1 ANALISIS PASARAN

9.1.1 STRATEGI PEMASARAN

9.1.1.1 MAKLUMAT PESAING

Pesaing Perkhidmatan Kekuatan Kelemahan

1. Reza Gift Shop Penghantaran barang - Harga murah -Perkhidmatan


yang lambat
-Persekitaran kedai
yang selesa -Servis kurang
memuaskan
2.Kedai Mencetak logo -Premis terletak di -Kualiti barang
cenderahati Mei kawasan strategik kurang
Mei memuaskan
-Mempunyai
pelanggan tetap -Kedai yang kecil

2.Best Souvenir Menjahit baju -Menggunakan mesin -Harga mahal


Enterprise yang canggih
-Tidak membuat
-Mempunyai ramai sebarang promosi
pekerja
9.1.1.2 PERKHIDMATAN DAN HARGA YANG DITAWARKAN

BIL JENIS KUANTITI HARGA

1. Cawan 1 RM 15.00
1
2. Non woven bag RM 4.00
1
3. Kain tuala RM 8.00
9.1.1.3 SAIZ PASARAN

Saiz pasaran yang terlibat adalah meliputi seluruh kawasan Kuala Lumpur.Lovely Gift
Enterprise akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 15% syer pasaran daripada jumlah
perniagaan yang menjalankan perniagaan yang sama.Bagi perancangan yang awal,perniagaan
kami telah mengenalpasti dan membuat tinjauan untuk memastikan segala kegiatan pemasran
dapat beroperasi dengan lancar,memandangkan keadaan lokasi terletak di kawasan yang menjadi
tumpuan iaitu di hadapan pasaraya besar,SOGO.

Saiz pasaran untuk perniagaan kedai ini berdasarkan kepada tiga faktor iaitu jualan pada hari
biasa,jualan pada hari minggu dan jualan pada musim cuti sekolah di mana pada hari minggu dan
musim cuti sekolah terdapat pertambahan jumlah pelanggan.Kami menganggarkan saiz pasaran
diperoleh bersamaan dengan pemduduk seramai 7000.Pelanggan yang membeli dianggarkan
40%.

Saiz pasaran kami juga berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja atau yang
masih menuntut di sekolah.Kami menetapkan harga berdasarkan faktor tersebut dan kami
menawarkan satu barang percuma bagi pembelian 10 barang ke atas.
9.1.1.4 CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Campuran pemasaran dilakukan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bagi
mencapai objektif perniagaan yang dilaksanakan . Elemen campuran pemasaran yang melibatkan
produk , harga , promosi dan agihan dalam merancang dan melaksanakan strategi berkesan .
Campuran pemasaran perniagaan Frozen Treats Enterprise adalah seperti berikut :

1.Produk (Product)

Lovely Gift Enterprise menawarkan pelbagai pilihan cenderahati agar pelanggan memperoleh
kepuasan.Lovely Gift Enterprise turut mementingkan kualiti produk dengan menggunakan
bahan-bahan mentah berkualiti tinggi. Antara barang cenderahati yang dijual ialah :

 Cawan
 Non woven bag
 Kain tuala

2. Harga (Price)

Perniagaan Lovely Gift Enterprise juga memberi potongan harga pada setiap pembeliah
melebihi RM100 sebanyak 5%.

Bil Perisa Harga sepeket

1. Cawan RM 15.00

2. Non woven bag RM 4.00

3. Kain tuala RM 8.00


3.Promosi (Promotion)

Pelbagai kaedah promosi diguna pakai bagi menyebarkan maklumat produk seperti risalah dan
medium talian seperti Facebook,WEchat,WhatsApp dan Telegram.Lovely Gift Enterprise
menawarkan pakej istimewa khususnya kepada pelancong.Selain itu,potongan harga diberikan
juga kepada pelajar dan penuntut universiti.

4.Agihan (Place)

Lokasi perniagaan berhampiran dengan kawasan tumpuan ramai seperti pasaraya besar
SOGO,Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan kawasan
perniagaan yang menjual barang-barang keperluan harian dan kehendak secara tidak langsung
menarik tumpuan orang ramai mendapatkan cenderahati yang berkualiti.
9.1.1.5 KOS PEMASARAN

Antara strategi pemasaran Lovely Gift Enterprise ialah dengan mengiklankan perniagaan
kami di surat khabar,memasang kain rentang di jalan,membuat laman web perniagaan sendiri
supaya pelanggan mengetahui tentang perniagaan kami.

Selain itu,kami juga menawarkan promosi kepada pelanggan iaitu memberi diskaun sebanyak
5% bagi pembelian RM100 ke atas.Kedua,menyediakan kad ahli untuk pejabat-pejabat sekolah
yang membolehkan kami melakukan urus niaga dengan lebih mudah.Kami juga membuat ruang
pameran barang-barang cenderahati yang kami hasilkan supaya pelanggan dapat membuat
pilihan..

Perkara Aset tetap(RM) Bulanan (RM) Lain-lain

Van 3500

Tol

Minyak petrol 20

Selanggara van 150

Promosi 250

Papan tanda 1500

Lesen kedai 60

Insurans van

Jumlah
9.1.1.6 SYER PASARAN
Syer pasaran merujuk pada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding
pesaing.

Berdasarkan kajian yang perniagaan telah jalankan, saya mendapati pesaing yang menjalankan
perniagaan menjual pastri terdiri daripada 2 kedai dalam radius 5m dari lokasi kedai saya.
Berdasarkan jumlah jualan yang dianggarkan, kami mensasarkan penguasaan syer pasaran
sebanyak 40% daripada sasaran jualan berbanding pesaing masing-masing 25% dan 35% setiap
satu. Kelebihan ini adalah berdasarkan kekuatan yang kami ada seperti Ruang kedai yang bersih
dan baharu selain menggunakan pelbagai jenis mesin yang canggih dan berteknologi terkini.

Peratus syer
Pesaing
pasaran
LOVELY GIFT ENTERPRISE 40%
REZA GIFT SHOP 20%
KEDAI CENDERAHATI MEI MEI 30%
BEST SOUVENIR ENTERPRISE 10%
100%
SYER PASARAN

35%
40%
100%

Frozen Treats 25% Azimah Frozen Food


PN Frozen Food

9.2 ANALISIS INDUSTRI

9.2.1 SWOT

Pendekatan SWOT disenaraikan oleh Lovely Gift Enterprise untuk menyediakan sebarang
kemerosoton atau masalah yang bakal ditempuhi pada masa akan datang . Dengan adanya
pendekatan in perniagaan ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera .

1.Strengths 1. Digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti penuntut


(Kekuatan) universiti untuk dijadikan sebagai bahan untuk assignment.Turut
digunakan oleh syarikat besar untuk dijadikan hadiah untuk
sebarang majlis
2. Tempat tarikan pelancong kerana terdapat banyak pasaraya dan
kedai yang menjual hadiah serta cenderahati
3. Harga yang berpatutan kerana harga yang diletakkan adalah
paling murah berbanding kedai cenderahati lain
4. Banyak melakukan potongan harga terutamanya pada musim
perayaan dan cuti sekolah

2.Weaknesses 1. Masih kekurangan ilmu kerana kebanyakan pekerja yang diambil ialah
(Kelemahan) pekerja yand berkelulusan diploma dan kurang menyertai kursus kerana
masa yang terhad
2. Mendapatkan pekerja yang dipercayai disebabkan ramai pekerja tidak
mempunyai sebarang rekod kerana baru kali pertama bekerja
3. Susah untuk membuat pinjaman dengan bank kerna terlalu ramai yang
membuat dengan bank menyebabkan proses menjadi sukar

3.Opportunities 4. Meluaskan pasaran seperti membuka kedai baharu berdekatan dengan


(Peluang) kedai kerana masih terdapat beberapa kedai yang kosong dan tidak disewa
5. Buka kedai baharu di tempat lain seperti membuka sebuah kedai di
negeri yang lain seperti Johor dan Terengganu
6. Mengembangkan lagi rangkaian produk seperti membuat laman web
sendiri dan mula membuat jualan secara online

4.Threats 7. Cita rasa pengguna berubah seperti pengguna lebih meminati


(Ancaman) produk seperti cenderahati perkahwinan kerna sudah biasa membeli
cenderahati korporat
8. Ekonomi tidak menentu seperti pelaksanaan cukai baharu oleh
kerajaan yang akan membebankan lagi penjual
10.0 RANCANGAN KEWANGAN
11.0 PENUTUP

Antara sebab perniagaan Lovely Gift Enterprise boleh berjaya ialah kerana cenderahati korporat
adalah termasuk di dalam kategori cenderahati yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan
masyarakat setempat . Cenderahati korporat boleh dijadikan sebagai hadiah dalam pe;bagai
majlis atau acara. Misalnya majlis perkahwinan , sambutan hari lahir dan sambutan hari guru .
Oleh itu , perniagaan boleh berkembang.Selain itu , perniagaan ini mengamalkan prinsip mesra
pelanggan iaitu memberi layanan terbaik kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke Lovely
Gift Enterprise . Dengan ini , perniagaan akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada
masalah dalam berkomunikasi . Akhir sekali , Lovely Gift Enterprise boleh berjaya kerana
lokasinya yang strategik . Berhampiran dengan tapak perniagaan ini terdapat pasaraya besar
seperti SOGO yang sentiasa penuh dengan orang ramai mencari barang keperluan dan barang
kehendak yang boleh memberikan Lovely Gift Enterprise mendapat pelanggan dengan mudah
dan senang.

Cadangan dan harapan untuk perniagaan ini sudah semestinya adalah untuk mengembangkan
perniagaan ke peringkat lebih tinggi sekaligus membuka cawangan di seluruh negeri dalam
Malaysia .

Sekiranya untung perniagaan menunjukkan hasil yang baik dan lumayan sudah semestimya
pihak Lovely Gift Enterprise akan menjalankan tanggungjawab sosial seperti memberikan
sumbangan kepada golongon yang memerlukan dan memberikan sumbangan kemudahan secara
percuma kepada rumah warga emas dan anak-anak yatim.Oleh itu, pihak Lovely Gift Enterprise
amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MARA
dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan dapat beroperasi  dengan lebih efisyen dan
mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara. Sekian terima kasih .
LAMPIRAN
FLYERS

You might also like