You are on page 1of 2

Pengenalan Kepada Perniagaan LAM ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan Milikan Tunggal yang dimiliki oleh Lam Chen

Riang. Perniagaan ini dimulakan pada 1 Ogos 2011 dengan modal wang tunai simpanan sebanyak RM80,000 dibankkan ke dalam Bank OCBC Malaysia Bhd. Aktiviti perniagaan adalah menjual beli alatan sukan. Premis perniagaan di alamat 130,Bt 7 Jalan Tokai ,Simpang Empat,06650 Alor Star, Kedah. LAM ENTERPRISE dibantu oleh dua orang pekerja dengan gaji RM1200 sebulan. LAM ENTERPRISE memilih perniagaan menjual dan membeli alatan sukan kerana :i. Perniagaan ini milikan tunggal yang akan dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Untung atau rugi perniagaan adalah di bawah tanggungan pemilik seorang sahaja. ii. Alatan sukan merupakan satu produk yang mana semua orang memerlukan untuk memudahkan urusan harian. iii.Alatan sukan adalah satu produk yang memang digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Kelebihan-kelebihan menjalankan perniagaan LAM ENTERPRISE adalah seperti berikut : i. Semua orang (pengguna) mesti menggunakan alatan sukan untuk memudahkan urusan harian masing-masing. ii. Barangan sukan merupakan satu barangan yang mempunyai jaminan sekiranya berlaku kerosakan pada sesuatu tempoh biasanya setahun (12bulan). iii. Kedudukan perniagaan berada di kawasan yang memang mudah untuk orang kunjungi. Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh LAM ENTERPRISE ialah : i. Sekiranya mengalami kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh pemilik seorang diri. ii. Persaingan di antara kedai-kedai alatan sukan yang berdekatan contoh Al-Ikhsan dan Adidas.

RUMUSAN APLIKASI KONSEP, PRINSIP DAN ANDAIAN PERAKAUNAN Perniagaan saya LAM ENTERPRISE telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan dalam merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan. Antaranya ialah :1. Kos Sejarah Konsep Kos Sejarah telah saya gunakan dalam merekod Aset Bukan Semasa dalam penyediaan Kunci Kira-Kira. 2. Wang Sebagai Ukuran Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). 3. Konservatisme Konsep ini saya telah gunakan semasa membuat penilaian Stok akhir iaitu mengikut nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran. 4. Prinsip Catatan Bergu Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip catatan bergu.

You might also like