You are on page 1of 3

RINGKASAN EKSEKUTIF

Melati Raket Enterprise merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang berlokasi di 9A,
Ground Floor Block A, Jalan Selaman 1/1,Dataran Palma, Kuala Lumpur,68000,Ampang
Jaya, Selangor.Kegiatan ini adalah untuk menjual dan membekalkan barnag berassakan sukan
badminton.
Visi,misi dan juga objektif Syarikat Melati Enterprise ialah membangunkan syarikat yang
terbaik untuk masyarakat. Visi syarikat Melati raket Enterprise ialah syarikat akan dikenali
ramai dan menjadi syarikat antarabangsa yang mempunyai 15 cawangan di seluruh negara
dan menjadi pilihan utama masyarakat sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk
membeli barangan berassakan raket dalam tempoh 10 tahun. Syarikat Melati enterprise
mempunyai 3 misi utama dalam menjalankan perniagaan.
Misi syarikat Melati Raket Enterprise adalah untuk mencapai kejayaan yang diinginkan oleh
perniagaan dalam tempoh 10 tahun. Selian itu, syarikat saya juga akan menampilkan
perkhidmatan yang terbaik dan profesional kepada setiap pelanggan supaya dapat memupuk
rasa selsesa dan percaya masyarakat kepada Syarikat Melati Enterprise. Seterusnya , misi
ketiga kami adalah untuk mencapai kematangan yang diinginkan oleh saya dalam tempoh 5
tahun awal perniagaan.
Objektif utama perniagaan adalah bagi mengutamakan keinginan dan kepuasan masyarakat
semasa membeli barangan berasaskan sukan raket di syarikat saya secara berterusan selama
perniagaan saya dijalankan. Selain itu,syarikat saya juga akan membekalkan alatan
berasaskan sukan raket dalam tempoh massa yang tepat dan efektif sepanjang tempoh
perniagaan dijalankan. Seterusnya, saya akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi
permintaan dan kehendak pengguna yang pelbagai. Pada masa yang sama, saya akan
mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum bumi putra yang tinggal berdekatan dengan
lokasi syarikat saya berada . akhir sekali, saya akan menjadi salah satu punca penjanaan
ekonomi dalam negara kerana saya akan mengurangkan peratus penganggur dalam negara
kita secara tidak langsung ia akan turut memberikan pulangan kepada syarikat saya.
Perniagaan Melati Raket Enterprise mempunyai rancangan pentadbiran dalam organisasi
yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus pentadbiran dan kewangan dan pengurus
operasi dan pemasaran. Seterusnya, dalam organisasi saya juga terdapat staf sokongan
pentadbiran dan kewangan, staf sokongan operasi dan pemasaran dan yang terakhir
merupakan seorang pemandu. Jadual spesifiasi tugas telah disediakan oleh Syarikat Melati
Enterprise supaya setiap pekerja dapat menjalankan tugas mengikut jadual dengan mudah.
Selain itu, rancangan pemasaran perniagaan Melati Raket Enterprise adalah menjual
barangan berassakan sukan raket yang berkualiti pada harga yang mampu milik berjenama
Yonex. Harga yang syarikat saya tawarkan merupakan harga mampu milik oleh semua
golongan masyarakat . Syarikat Melati Enterprise menjual barangan berjenama Yonex yang
sudah dikenali ramai jadi kami sudah mempunyai kepercayaan masyarakat dan perkara
tersebut akan membuat syarikat kami mudah berkembang dan mencapai kejayaan dalam
tempoh yang kami inginkan. Syarikat saya juga akan mengadakan promosi kepada para
pelanggan supaya dapat menarik lebih ramai minat pelanggan untuk membeli di syarikat
saya.
Rancangan operasi akan diuruskan oleh staf operasi dan pemasaran dalam menguruskan stok
dan inventori di dalam syarikat. Syarikat saya akan beroperasi mengikut jadual iaitu pada hari
Ahad sehingga Khamis dan tidak beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu. Perniagaan saya
akan beroperasi seawal jam 8.00am sehingga 6.00pm mengikut waktu tempatan. Rancangan
kewangan pernigaan Melati Raket Enterprise memperolehi modal daripada simpanan
peribadi dan telah merancang untuk membuat pinjaman daripada sebuah agensi iaitu agensi
TEKUN bagi memulakan perniagaan saya. Jumlah pinjaman yang diperuntukkan ialah
RM80000. Hal ini bagi memudahkan pengurus besar untuk kegunaan dalam perniagaan.
Modal permulaan perniagaan Melati Raket Enterprise berjumlah sebanyak Rm50000. Modal
permulaan ini saya perolehi daripada hasil simpanan saya sendiri. Prospek masa depan
perniagaan Melati Raket Enterprise memperuntukkan keuntungan maksimun dengan
menyediakan sasaran sebanyak 170% pada setiap tahun. Hal ini akan menyebabkan
perniagaan dapat berkembang dengan pesat dan bertambah maju sepanjang perniagaan saya
dijalankan.

You might also like