You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kegiatan perniagaan /jenis perniagaan Barang


Bentuk perniagaan Perkongsian
Status Baru mula operasi

Nama perniagaan saya ialah Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan yang berbentuk
perkongsian. Kegiatan utama perniagaan ini ialah yang menhasilkan produk makanan
kesihatan berasaskan buah-buahan tempatan yang diinovasikan bersama makanan
berkhasiat.

Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan telah menetapkan visi iaitu menjadi perniagaan
yang maju di Malaysia manakala misi menjual makanan iaitu yogurt yang berasaskan
kesihatan. Buah-buhan tempatan digunakan bersama makanan berkhasiat. Objektif
perniagaan adalah berdasarkan konsep SMART ialah memastikan jualan makanan
berkhasiat mencapai 150 bekas dalam masa sebulan.

Struktur organisasi Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan berdasarkan fungsi dan gaya
pengurusan secara demokratik. Perniagaan ini diasaskan oleh Cik Adreana Hanim binti Abd
Halim dan dibantu oleh 2 orang rakan kongsi iaitu Cik Amelia Hanim binti Abd Halim, Cik
Amesya Hanim binti Abd Halim dan 4 orang pekerja operasi yang berwarganegara Malaysia.
Saya dan pekerja lain mengikuti Program Latihan Keusahawaan dan mendapat suntikan
Typhoid. Di samping itu, setiap pekerja akan dibayar gaji serta faedah seperti caruman
KWSP dan PERKESO.

Selain itu, Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan menawarkan beberapa jenis menu yang
menarik dan pelbagai. Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan menggunakan pelbagai teknik
pemasaran dilakukan bagi mendapatkan pelanggan dan memajukan perniagaan. Antaranya
ialah mengedarkan risalah, pengiklanan melalui media massa dan media elektronik seperti
Instagram, Twitter dan TikTok.

Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan mempunyai 3 orang rakan kongsi iaitu 2 orang
rakan kongsi aktif dan seorang rakan kongsi lelap. Perniagaan ini beroperasi pada hari Isnin
sehingga hari Sabtu. Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan terletak di No 4, Jalan Maheran
7, Taman Tengku Maheran, 06000, Jitra, Kedah. Saya juga akan membuat caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) untuk pekerja tetap.

Seterusnya, rancangan kewangan perniagaan bertujuan untuk mengetahui sama ada


perniagaan ini boleh terus beroperasi atau tidak. Rancangan kewangan ini membolehkan

I
pengurus mengetahui keperluan modal perniagaan dan kos kelengkapan dan pengeluaran
perniagaan seperti peralatan perniagaan elektronik.

Modal permulaan bagi Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan ialah sebanyak RM80 000.
Pinjaman daripada bank ialah sebanyak RM 33 000. Modal daripada pemilik ialah RM 40
000 manakala rakan kongsi setiap seorang sebanyak RM 20 000. Jumlah keseluruhan bagi
sumber pembiayaan dalaman adalah RM 80 000. Perniagaan Hanim Dan Rakan-Rakan
memohon pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana kadar faedahnya
rendah dan proses pinjamanya agak mudah. Modal ini dikeluarkan untuk membeli bahan
mentah produk, membayar sewa kedai, pembelian kenderaan serta perlatan elektrik dan
perabot.

Akhir sekali, harapan perniagaan ini pada masa hadapan,adalah saya akan membuka
beberapa cawangan bagi,meningkatkan permintaan dan mempelbagaikan menu yogurt
berkhasiat untuk menarik minat ramai pelanggan tidak kira lapisan umur.

II

You might also like