You are on page 1of 13

Latar Belakang TEKUN Nasional

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal


penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN
Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada
bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan
keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan
usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-
mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang
perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan,
khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.
Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional
menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan
peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan
hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu
dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

Visi
Sebagai institusi peneraju pembiayaan mikro yang unggul.

Misi
Melahirkan dan membangunkan usahawan melalui pembiayaan mikro kredit yang mudah di
akses.

Objektif
i) Menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan.
ii) Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan TEKUN.
iii) Mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan.
iv) Memupuk budaya keusahawanan dan menabung di kalangan usahawan.
v) Memastikan pembiayaanyang dikeluarkan dapat dikutip semula mengikut jadual agar
dapat disalurkan semula kepada usahawan lain.

FAQ Skim Pembiayaan TEKUN Niaga

1. Apakah syarat asas pembiayaan TEKUN Nasional ?


i) Bumiputera dan warganegara Malaysia
ii) Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
iii) Pemohon bukan seorang muflis
iv) Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
v) Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
vi) Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak
(mobile)
vii) Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
viii) Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan
daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi
rumah.
ix) Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
x) Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan
sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
xi) Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin
memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri
minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan
(progress project)

2. Saya mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai lesen / pendaftaran perniagaan


sendiri tetapi berniaga menumpang di premis rakan / keluarga. Adakah saya layak untuk
mendapatkan pembiayaan TEKUN?
Layak. Tuan/Puan perlu mengemukakan surat kebenaran atau perjanjian sewa premis
berkenaan.

3. Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan pembiayaan TEKUN Nasional ?


Anda boleh mendapatkan borang permohonan pembiayaan TEKUN Nasional dimana-
mana pejabat TEKUN kawasan atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN
Nasional.
4. Saya sedang membayar balik pembiayaan pertama. Bolehkah saya mengeluarkan
keseluruhan simpanan saya ?
Tidak boleh. Simpanan tuan/puan hanya boleh dikeluarkan setelah bayaran balik
pembiayaan dijelaskan sepenuhnya, kecuali pengeluaran simpanan disebabkan bencana
alam, perubatan kronik, menunaikan haji dan melanjutkan pelajaran ke IPT.

5. Saya adalah pemandu teksi. Bolehkan saya memohon pembiayaan TEKUN untuk
membuat pembayaran baki kepada syarikat teksi ?
Boleh dipertimbangkan.

6. Sekiranya nama saya ”blacklist”, adakah saya layak membuat permohonan


pembiayaanTEKUN ?
Boleh dipertimbangkan.

7. Apakah tujuan insuran takaful ?


Insuran takaful bertujuan untuk melunaskan baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian
atau kecacatan kekal akibat kemalangan dalam tempoh bayaran balik pembiayaan
tersebut. Selain itu waris juga menerima wang khairat kematian sebanyak RM 1,000.00
(potongan wajib kepada semua peminjam)

8. Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya peminjam tidak dapat menyelesaikan
pembiayaan?
TEKUN Nasional akan membuat tuntutan sehingga bayaran di jelaskan sepenuhnya.
Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya peminjam engkar membuat bayaran
seperti yang dipersetujui di dalam surat perjanjian pembiayaan.

9. Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan TEKUN ?


Tempoh bayaran balik pembiayaan TEKUN adalah diantara 6 bulan sehingga 10 tahun.
(mengikut had pembiayaan)

10. Sekiranya saya ingin memohon pembiayaan TEKUN, berapakah had pembiayaan yang
boleh saya pohon ?
Tuan/puan boleh memohon pembiayaan TEKUN daripada RM 1,000.00 sehingga
RM 100,000.00
11. Saya masih mempunyai baki pembiayaan dengan salah sebuah institusi kewangan yang
berjumlah RM 25,500.00. Adakah saya masih boleh memohon pembiayaan TEKUN ?
Layak. Pemohon yang mempunyai baki pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi
RM 100,000.00 layak memohon pembiayaan TEKUN.

12. Dimanakah sepatutnya saya menghantar permohonan saya ? adakah di kawasan rumah
atau di kawasan saya berniaga ?
Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis
perniagaan / projek anda.

13. Adakah terdapat sebarang kadar keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan
TEKUN?
Peminjam dikenakan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun

14. Saya dan isteri berniaga secara berasingan dan mempunyai lesen masing-masing. Adakah
kami layak memohon pembiayaan secara berasingan ?
Layak

15. Sekiranya saya berpindah perniagaan ke kawasan lain, bolehkah bayaran pembiayaan
saya dipindahkan kepada Pegawai TEKUN kaswasan berkenaan ?
Boleh. Sila maklumkan kepada pegawai TEKUN sebelum tuan/puan berpindah.

FAQ Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN

1. Apakah Skim / Produk Pembiayaan TEMAN TEKUN?


Skim / Produk TEMAN TEKUN adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai
secara berkumpulan.

2. Apakah objektif pembiayaan Skim TEMAN TEKUN?


Untuk membantu usahawan berdaya maju dan berdaya saing dalam perniagaan mereka.
3. Apakah syarat-syarat utama menyertai Skim TEMAN TEKUN?
Bumiputera dan masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah. Menubuhkan
kumpulan seramai 5 orang yang menjalankan perniagaan berdekatan, melantik seorang
ketua, saling percaya mempercayai, tiada tali persaudaraan dan bertanggungjawab
sesama ahli kumpulan.

4. Apakah panggilan kepada ahli yang meminjam?


Ahli atau peminjam dipanggil TEMAN TEKUN.

5. Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim TEMAN TEKUN?


Pembiayaan Perniagaan berkumpulan dan jumlah seperti berikut:-
Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000
Pembiayaan kali kedua dan seterusnya sehingga RM20,000

6. Apakah kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama pembiayaan
Skim TEMAN TEKUN?
Kelayakan dan had maksimum permohonan pembiayaan kali pertama tidak lebih
RM10,000 dan perlu diproses dibawah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN.

7. Sebagai peminjam Skim TEMAN TEKUN , apakah kewajipan setiap minggu?


Ahli TEMAN wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan
setiap minggu. (*di dalam kes tertentu / tidak dapat dielakkan ahli dibenarkan hadir ke
perjumpaan minima 2 kali dalam tempoh sebulan dan bayaran balik dibuat mengikut
perjanjian pembiayaan yang dipersetujui. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN
Nasional)

8. Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Produk TEMAN TEKUN?
Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.

9. Kenapa saya perlu bayar secara mingguan? Kenapa tidak secara bulanan?
Pembayaran mingguan memudahkan usahawan. Usahawan boleh membuat pembayaran
secara bulanan tetapi WAJIB hadir ke perjumpaan mingguan untuk mewujudkan hubungan
rapat antara TEKUN dan Usahawan.
10. Apakah pembiayaan Produk TEMAN dikenakan kadar keuntungan?
Pembiayaan Skim TEMAN TEKUN dikenakan kadar keuntungan sebanyak 4% untuk
setahun dan 5% untuk simpanan / tabung peminjam.

11. Berapa lama proses kelulusan pembiayaan Produk TEMAN?


Proses kelulusan dalam masa 14 hari bekerja.

12. Jika terdapat salah seorang ahli kumpulan meninggal dunia, membuat penyelesaian awal,
berpindah setelah permohonan DILULUSKAN,apakah tindakan selanjutnya?
Tidak perlu membuat penggantian ahli dan nama ahli tersebut masih kekal di dalam
kumpulan tersebut dengan mencatatkan status di dalam sistem.

13. Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN?


Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran

FAQ Skim Pembiayaan Program TEMANITA

1. Apakah Skim Pembiayaan Program TemanNita?


Skim Pembiayaan Program TemanNita adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk
membiayai secara berkumpulan khusus untuk kaum wanita.

2. Apakah syarat-syarat utama menyertai Program TemanNita?


Bumiputera dan wanita yang mempunyai perniagaan sah.

3. Apakah jenis dan jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Program TemanNita?
Perniagaan berkumpulan lima orang WANITA ( 5 ) dan jumlah seperti berikut:-
- Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
- Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000

4. Apakah Pembiayaan Program TemanNita dikenakan kadar keuntungan?


Pembiayaan Program TemanNita dikenakan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun dan
5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.
FAQ Skim Pembiayaan Kontrak i

1. Berapakah nilai maksimum dan tempoh pembiayaan?


Jumlah pembiayaan RM 1,000 sehingga RM 100,000. Tempoh pembiayaan Kontrak
adalah berjangka pendek iaitu tidak lebih daripada 6 bulan.

2. Apakah pembiayaan Skim i-Factoring dikenakan caj atau faedah?


Kadar Caj yang dikenakan ialah satu perpuluhan lima peratus (1.5%) sebulan daripada
jumlah pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

3. Syarat-syarat Utama?
• Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan Bumiputera yang berumur antara 18
hingga 60 tahun untuk layak memohon.
• Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
• Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus Perniagaan dijalankan secara
sepenuh masa.
• Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
• Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (paid up
capital ) tidak boleh melebihi RM 500,000.
• Inden Kerja / PO / LO / Surat tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.
• Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor (
PKK ), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
• Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (
GLC ).

4. Berapa lama masa yang diambil untuk memproses sesuatu permohonan dan apakah
dokumen yang diperlukan?
Proses kelulusan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

5. Dokumen yang diperlukan ?


• Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN yang lengkap diisi
• Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
• Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
• 1 Keping Gambar Pemohon
• Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
• 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
• Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
• Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
• Sebut harga tujuan pembiayaan
• Salinan surat perjanjian sewa premis
• Surat kebenaran rakan kongsi (jika perkongsian)
• Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
• Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ) dan lesen-lesen yang berkaitan
(Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)

6. Bolehkah anda memohon sekiranya anda mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit


yang tidak baik?
Anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan.

7. Adakah saya memerlukan penjamin @ cagaran?


Tidak perlu penjamin atau cagaran.

8. Kaedah bayaran balik pinjaman?


Penawar kontrak akan membayar terus kepada TEKUN selepas menerima dokumen
daripada penerima biaya. Sekiranya bayaran mempunyai lebihan, pihak TEKUN akan
membayar baki tersebut melalui cek atau autodebit kepada penerima biaya.

9. Adakah usahawan boleh memohon sekiranya muflis?


Pemohon mestilah tidak muflis

FAQ Ar Rahnu TEKUN

1. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?


• Qardh Diguna pakai dalam pembiayaan gadaian kepada pelanggan.
• Rahn Pelanggan mencagarkan Emas kepada AR RAHNU TEKUN untuk tujuan cagaran
pinjaman.
• Wadiah Yad Dhamanah Diguna pakai ketika AR RAHNU TEKUN menyimpan Emas.
• Fi penyimpanan dikenakan ke atas pelanggan untuk memastikan barang gadaian dalam
keadaan baik dan selamat.
• Ujrah Upah simpanan emas yang dikenakan kepada pelanggan mengikut nilainya dan
tempoh simpanan

2. Apakah yang boleh saya perolehi daripada produk ini?


AR RAHNU TEKUN ialah satu cara mudah untuk memperolehi pembiayaan dengan hanya
memberikan barangan emas / barang kemas sebagai cagaran di mana AR RAHNU TEKUN
Nasional akan mengenakan fi penyimpanan yang berpatutan.

3. Apakah fi dan upah gadaian yang perlu saya bayar?


Upah simpan ( Ujrah ) bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun

4. Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?


Pembayaran balik pembiayaan boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus sebelum atau
pada tarikh matang.

5. Bagaimanakah saya akan menerima pinjaman/wang hasil dari gadaian?


Pembiayaan dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di kaunter AR RAHNU TEKUN.
Tuan perlu menyimpan resit gadaian bagi tebusan dan bayaran balik pembiayaan.

FAQ PROGRAM DANA KHAS

i) Program Pembiayaan Agropreneur Muda


TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu belia yang terlibat dengan
aktiviti Pertanian dan Industri Asas Tani.

1. Syarat Kelayakan Asas


Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

2. Syarat Kelayakan Tambahan adalah seperti berikut:


• Warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun sahaja;
• Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 6 bulan ( telah mendapat hasil )
• Pembiayaan untuk pengembangan / pembesaran projek sahaja
• Pemohonan perlu mendapat sokongan daripada Jabatan / Agensi pembimbing di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

3. Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:


• Jumlah Pembiayaan sehingga RM 50,000 sahaja.
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
• Sumbangan Tabung Pengurusan yang dikenakan adalah sebanyak 2% setahun.
• Simpanan wajib 5% setahun

Pemantauan pelaksanaan projek secara bersama oleh TEKUN & Jabatan / Agensi Pembimbing
di bawah MOA.

ii) Program Pembangunan Usahawan Siswazah ( PPUS )


TEKUN menyediakan program pembiayaanuntuk membantu golongan siswazah yang
telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan
tetapi kekurangan modal.

1. Syarat Kelayakan Asas


Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

2. Syarat Kelayakan Tambahan


• Mempunyai Diploma / Ijazah / Ijazah Lanjutan. Tempoh sah laku 10 tahun.
• Berumur 18 - 40 tahun sahaja.

3. Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:


• Jumlah Pembiayaan sehingga RM 50,000 sahaja
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
• Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
• Simpanan wajib 5% setahun
• Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
• Maksima 3 orang rakan kongsi dikalangan siswazah boleh memohon
pembiayaanTEKUN Nasional untuk tujuan perniagaan syarikat tersebut.
• Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu
syarikat adalah RM150,000.00 (maksima RM50,000 setiap seorang rakan
kongsi).
iii) Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar
TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu golongan nelayan yang
memerlukan modal bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti perikanan yang dirancang serta
untuk membantu mengurangkan dan memerangi orang tengah melalui pengambil alihan
hutang nelayan.
TEKUN telah menyediakan pembiayaan kepada golongan nelayan ini dalam 4 aktiviti iaitu:

• Menyelesaikan Hutang Daripada Orang Tengah


• ( Pembiayaanakan disalurkan terus kepada Orang Tengah )
• Membeli Input & Peralatan Kelengkapan ( Sampan, Enjin & Pukat )
• Penternakan Ikan Dalam Sangkar ( Akuakultur )
• PembiayaanKepada Isteri Nelayan Untuk Aktiviti Yang Boleh Menjana & Menambah
Pendapatan

1. Syarat Kelayakan Asas


Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaan TEKUN sedia ada.

2. Syarat Kelayakan Tambahan


• Menjalankan sendiri aktiviti nelayan
• Memiliki lesen nelayan (Keutamaan adalah kepada ahli Persatuan Nelayan)
• Mempunyai bot / perahu

3. Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:


• Jumlah Pembiayaansehingga RM 50,000 sahaja
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan.
• Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
• Simpanan wajib 5% setahun

iv ) Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera ( SPBT )


TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk membantu bekas anggota tentera dan
juga isteri atau anak bekas tentera yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

1. Syarat Kelayakan Asas


Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.
2. Syarat Kelayakan Tambahan
• Buku Perkhidmatan ATM
• Terdiri daripada bekas tentera yang berpencen dan tidak berpencen
• Pasangan dan Anak di kalangan bekas tentera boleh dipertimbangkan

3. Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:


• Jumlah Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi Bekas Tentera Yang Berpencen
Dan Tidak Berpencen
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
• Jumlah Pembiayaansehingga RM50,000 bagi Pasangan dan Anak di kalangan
bekas tentera
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan
• Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun

iv) Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera


TEKUN menyediakan program pembiayaan untuk menggalakkan golongan profesional
menceburi bidang perniagaan yang mengamalkan ( practice ) atau menjalankan
perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan atau sebagai
modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.

1. Syarat Kelayakan Asas


Program pembiayaan ini adalah mengikut syarat pembiayaanTEKUN sedia ada.

2. Syarat Kelayakan Tambahan


• Berumur 18 - 50 tahun sahaja.
• Berdaftar dengan Badan Profesional yang diiktiraf di Malaysia.
• Memiliki sekurang-kurangnya pendidikan tahap Ijazah atau setaraf.
• Modal Berbayar tidak melebihi RM300,000.

3. Maklumat Pembiayaan adalah seperti berikut:


• Jumlah Pembiayaansehingga RM100,000
• Tempoh Bayaran Balik sehingga 10 tahun @ 120 bulan
• Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
• Simpanan wajib 5% setahun
• Perniagaan secara perkongsian pintar (smart partnership) dibenarkan.
• Rakan kongsi boleh dipertimbangkan ( maksima 3 orang per syarikat )
• Jumlah keseluruhan maksima pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu
syarikat adalah RM300,000.00 (maksima RM100,000 setiap seorang rakan
kongsi).
• Simpanan wajib 5% setahun
• Proses kelulusan adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

You might also like