You are on page 1of 18

SOALAN LATIHAN 1. Dr. Ramli ialah seorang pakar mata sementara Dr. Chin seorang pakar telinga.

Mereka bercadang hendak menubuhkan sebuah klinik.

a. Apakah bentuk perniagaan yang sesuai diceburi oleh mereka? Jelaskan dua

kelebihan jika mereka memilih menubuhkan bentuk perniagaan itu.

(5 markah)

2. Terdapat lima bentuk pemilikan perniagaan. Senaraikan LIMA (5) jenis pemilikan tersebut. (5 markah)

3. Hafeez dan lima orang rakan sekolejnya sebulat suara untuk menubuhkan sebuah perniagaan penjualan makanan beku segera. Dua orang daripada rakannya hanya menjadi penyumbang modal tanpa memainkan peranan dalam pengurusan perniagaan. Mereka telah mengadakan Kontrak Perjanjian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan perselisihan faham. (i) Nyatakan jenis perniagaan yang ditubuhkan oleh Hafeez dan rakan-rakan. (1 markah) (ii) Terangkan TIGA (3) kelebihan dan kekurangan jenis perniagaan tersebut. (6 markah)

4. Gambar di bawah menunjukkan satu cara perniagaan dimulakan.


Pasar Maju Riang Ria Pasar Maju Riang Ria Pengurus: Mohd Rizal Bin Merican Pengurus: Naina Merican Bin Mohd Rizal

(a) Terdapat pelbagai cara memulakan perniagaan. Bagaimanakah perniagaan di atas

di mulakan? Jelaskan jawapan anda. (b) Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan perniagaan? Terangkan.

5. Perniagaan Ramli bercadang mengambil alih Perniagaan Ros. Aset Perniagaan Ros

ialah RM67 000 tetapi Perniagaan Ramli terpaksa membayar RM85 000. Berdasarkan di atas, jawab soalan berikut: a) Berapakah nilai muhibah?
b) Mengapakah Perniagaan Ramli sudi membayar harga belian melebihi aset

Perniagaan Ros yang diambil alih?

6. Apakah perbezaan antara stok bergerak pantas dengan stok bergerak perlahan?

7. Sediakan Akaun Perdagangan berdasarkan maklumat berikut:


RM 35 000 11 000 150 210 4 000 3 500

Jualan Belian Pulangan jualan Pulangan belian Stok awal Stok akhir

8. Nyatakan jenis pelanggan berikut: a) Pelanggan yang membuat pertimbangan teliti sebelum membeli. b) Pelanggan yang membeli berasaskan emosi.

9. Sediakan Akaun Untung Rugi berdasarkan maklumat berikut: RM 20 000 2 400 2 000 3 800 350 310

Untung kasar Upah dan gaji Insurans Susut nilai kenderaan Belanja iklan Hasil komisen

10. Apakah Kunci-Kira-kira?

11. Perniagaan Tim mempunyai modal RM 50 000. Untung bersih diperoleh bagi sesuatu tahun ialah RM 5 000. Kira kadar pulangan modalnya.

SOALAN OBJEKTIF

1. Dalam pengurusan kewangan, apakah aspek yang diutamakan? A. Menyimpan rekod penghutang B. Menyimpan rekod perakaunan C. Menjalankan kursus kerjaya D. Menyediakan jadual tugas kakitangan

2. Anda ingin membuka sebuah kedai runcit. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah............ A. B. C. D. Cukai yang perlu dibayar Pengalaman Keadaan ekonomi negara Tahap pendidikan

3. Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan untuk memulakan

perniagaan? I Modal yang mencukupi II Merancang strategi perniagaan III Sumber bekalan mudah diperoleh IV Lokasi yang strategik A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 4. Berikut ialah satu cara untuk memulakan perniagaan.
Mendapat kebenaran untuk menggunakan jenama perniagaan daripada syarikat induk Perlu membayar royalti kepada syarikat induk

Apakah cara perniagaan tersebut? A. Francais B. Warisan C. Jober para D. Mengambil alih

5. Rajah
Mengenal pasti jenis pelanggan

Pengurusan pelanggan Memahami sifat pelanggan

menunjukkan cara pengurusan pelanggan dalam pengendalian perniagaan.

Apakah X? A. Mengenal pasti status pelanggan B. Memahami gaya hidup pelanggan C. Mengetahui cara melayan pelanggan D. Menganggap pelanggan sebagai raja 6. Puan Lili memulakan sebuah kedai runcit dengan sumbangan modal sendiri. Beliau dibantu oleh dua orang anaknya untuk menguruskan perniagaannya. Apakah jenis milikan perniagaan tersebut? A. Francais B. Perkongsian C. Syarikat sendirian berhad D. Milikan tunggal 7. Antara berikut, yang manakah menunjukkan milikan tunggal? A. Ejen Pelancongan Fauziah Bersaudara B. Klinik Dr. Lim Ah Tee C. Syarikat Transport Ramesh Sdn. Bhd D. Kedai Elektrik Sin Heng Berhad 8. Antara berikut, yang manakah benar tentang perkongsian? I. II. III. IV. Rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad Bilangan rakan kongsi sekurang-kurangnya 50 orang Modal disumbangkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam perjanjian Keuntungan perniagaan dibayar kepada rakan kongsi dalam bentuk dividen

A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

JAWAPAN : 1. B 2. C 3. C 4. A 5. C 6. D 7. B 8. B

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah liabiliti terhad? 2. Nyatakan dua kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad? 3. Apakah kelebihannya jika sebuah perkongsian ditukarkan kepada Syarikat Sendirian Berhad?

LATIHAN KAJIAN KES Encik Mohan dan Encik Raj adalah dua orang rakan kongsi dalam perniagaan Perundingan Kejuruteraan di bandar Kuantan sejak tahun 2000 lagi. Perniagaan perkongsian mereka semakin maju dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di sekitar bandar Kuantan. Syarikat mereka juga mendapat banyak kontrak daripada kerajaan negeri Pahang. Justeru itu, mereka memerlukan modal yang banyak untuk memperkembangkan operasi perniagaan. Oleh yang demikian, mereka bercadang untuk mengubah pemilikan perniagaan sekarang kepada Syarikat Sendirian Berhad. SOALAN Apakah dua dokumen utama yang perlu disediakan untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad? ULASAN Soalan ini menguji pengetahuan calon tentang dokumen yang diperlukan dalam mendaftarkan sesuatu syarikat sendirian berhad. Terdapat beberapa dokumen terlibat dan dua dokumen terpenting ialah Tatawujud Syarikat dan Tataurus Syarikat. LATIHAN (KOPERASI) 1. Terangkan maksud rizab dan dividen. 2. Terangkan maksud awam dan berhad bagi sebuah syarikat awam berhad. 3. Berdasarkan syarikat awam berhad, jawab soalan berikut:
i. ii.

Siapakah yang menjadi ahli syarikat tersebut? Siapakah yang menentukan dasar syarikat?

(1 markah) (1 markah)

iii.

Mengapakah syarikat berhad disifatkan sebagai sebuah badan yang sah? (4 markah)

4. Apakah kebaikan syarikat awam berhad sebagai sebuah badan perniagaan? Jelaskan

empat kebaikan.

(8 markah)

5. Syarikat MT Berhad mempunyai modal sebanyak 800 000 unit syer bernilai RM sesyer. Bagi tahun perakaunan berakhir pada 31.12.2010, untung bersih syarikat itu berjumlah RM120,000. Pada tahun itu, syarikat membayar dividen interim 8% dan dividen akhir 5%. Baki untung bersih yang tidak diagihkan disimpan sebagai rizab. a. Jumlah dividen interim b. Jumlah dividen akhir c. Jumlah rizab

LATIHAN (KOPERASI) 1. Apakah tujuan pembentukan sesuatu koperasi? 2. Bagaimanakah untuk mengatasi kelemahan pengurusan koperasi?

LATIHAN KAJIAN KES Sekolah Menegah Kebangsaan Ayer Jauh telah menubuhkan koperasi di peringkat sekolah. Nama koperasi ialah Koperasi Terus Maju Berhad. Terdapat seorang ahli memiliki lebih 20 peratus jumlah modal koperasi. Tahun pertama beroperasi, perniagaan agak maju. Semua keuntungan dibahagikan kepada ahli-ahli sebagai bayaran rebat. Setiap tahun akan diadakan mesyuarat agung koperasi. SOALAN Adakah terdapat kesilapan dalam penubuhan dan perjalanan koperasi sekolah tersebut? Berikan alasan anda. ULASAN Soalan ini menguji pengetahuan calon tentang ciri-ciri koperasi. Terdapat dua kesalahan dalam kes di atas iaitu Seorang ahli memiliki lebih 20 peratus jumlah modal koperasi dan Semua keuntungan dibahagikan kepada ahli-ahli sebagai bayaran rebat .

LATIHAN ANEKA PILIHAN

Modal diperoehi dengan menjual saham kepada ahli Harga barang dan perkhidmatan berpatutan Ditubuhkan untuk manfaat sekumpulan individu

1. Perkara-perkara di atas adalah mengenai sejenis pemilikan perniagaan. Pemilikan perniagaan yang dimaksudkan ialah A. Syarikat awam berhad B. Perbadanan awam C. Perkongsian berhad
D. Koperasi

2. Walaupun kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi, tetapi sambutan orang ramai untuk menjadi ahli sesuatu koperasi adalah kurang. Mengapa? A. Tanggungan ahli tidak terhad B. Harga barang dan perkhidmatan mahal C. Koperasi hanya mementingkan keuntungan D. Pengurusan koperasi kurang cekap

Walaupun modal Syarikat Maju Teramat Maju Sendirian Berhad lebih kecil berbanding modal Syarikat Penyelidikan Bio Diesel Berhad, namun ia mempunyai beberapa kelebihan. 3. Apakah kelebihan Syarikat Maju Teramat Maju Sendirian Berhad berbanding modal Syarikat Penyelidikan Bio Diesel Berhad? A. Lembaga Pengarah syarikat sendirian berhad dipilih oleh kerajaan B. Syarikat sendirian berhad membayar kadar cukai yang lebih rendah berbanding syarikat awam berhad C. Penyata kewangan syarikat sendirian berhad tidak perlu disiarkan kepada orang ramai D. Bilangan pemegang syer syarikat sendirian berhad tidak terhad.

4. Urusan pentadbiran sesebuah syarikat sendirian berhad adalah di bawah kawalan dan pengurusan A. Para pekerja syarikat B. Pemegang syer syarikat C. Pihak pemiutang syarikat D. Ahli lembaga pengarah yang dilantik

5. Antara yang berikut, manakah yang perlu mendedahkan penyata kewangan kepada orang ramai? A. Firma Perakaunan Ali dan rakan-rakan B. Pasar mini Murni di Kampung Seroja, Pahang C. Wira Bank Berhad di Ipoh, Perak D. Syarikat Sunshine Sendirian Berhad di Puchong

Jawapan: 1. D, 2. D, 3. C, 4. D, 5.C

Encik Fred adalah ejen yang bertindak bagi pihak syarikat XYZ Bhd. Cik Laila adalah pemegang saham syarikat XYZ Bhd.
6. Apakah bentuk ganjaran yang diperolehi oleh kedua-dua mereka?

Encik Fred A B C D Komisen Gaji Untung Royalti

Cik Laila Dividen Dividen Dividen Komisen

9. Siapakah yang bertanggungjawab mengawal dan mengurus pentadbiran sebuah syarikat sendirian berhad? A. B. C. D. Pemegang syer Lembaga Pengarah Seorang Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen Pekerja syarikat

10. Keluarga Mat mempunyai sebuah syarikat sendirian berhad. Lembaga Pengarah bercadang menukarkannya kepada syarikat awam berhad untuk mengumpulkan modal yang lebih. Cadangan itu ditolak oleh Encik Mat. Mengapakah Encik Mat menolak cadangan tersebut?

A. B. C. D.

Pemegang syer tidak menikmati liabiliti terhad Kewujudan syarikat awam berhad tidak kekal Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai Cukai syarikat awam dikenakan sebanyak 25%

Jawapan: 6. A, 7. D, 8.D, 9.B, 10.C

11.

Situasi I : Modalnya RM28,000 dan modal dikumpulkan menerusi jualan syer.

Situasi II : Pelanggannya terdiri daripada penghuni di kawasan sekeliling dan mampu mengiklankan untuk menambahkan pelanggan.

Berdasarkan maklumat tersebut, nyatakan jenis pemilikan perniagaan bagi situasi I dan situasi II. A. B. C. D. Milikan tunggal Perkongsian Perkongsian

Perbadanan awam Syarikat Syarikat awam sendirian berhad berhad Milikan tunggal Syarikat sendirian berhad

12.

Apakah ciri pemegang debentur? A. Pemegang debentur menerima dividen B. Pemegang debentur merupakan pelabur syarikat C. Pemegang debentur berhak menguruskan syarikat D. Pemegang debentur dibayar faedah walaupun syarikat rugi

13. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.

Syer dimiliki oleh sekumpulan orang persendirian Badan korporat yang sah LiabilitI terhad

A. Perkongsian B. Syarikat awam berhad C. Syarikat sendirian berhad D. Syarikat koperasi berhad

14. Antara berikut, yang manakah dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengarah? I. II. III. IV. Restoran Yus dan Ming Kedai Cermin Mata Ekin Syarikat Malzan Sdn.Bhd. CIMM Bank Berhad

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

Jawapan: 11.B, 12.D , 13.C, 14.D

15. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu pemilikan perniagaan. Modal dikumpulkan menerusi jualan syer kepada ahli Keuntungan disebut lebihan dan membayar rebat atas belian perniagaan tersebut?

Apakah jenis pemilikan A. Perkongsian B. Koperasi runcit C. Perbadanan awam

D. Syarikat sendirian berhad

16. Pernyataan yang benar berkenaan prinsip koperasi?

I. Setiap anggota menanggung liabiliti tidak terhad II. Bekerjasama untuk membela kepentingsn bersama III. Ditubuhkan mengikut peruntukkan Akta Koperasi IV. Modal diperoleh dengan cara menjual syer kepada orang awam melalui media massa

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

17. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat awam berhad yang ingin menyenaraikan syernya di Bursa Malaysia? A. Mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk menerbitkan prospectus B. Mendapat kelulusan daripada MIDFCCS untuk menerbitkan syer C. Mendapat kelulusan daripada bank saudagar untuk menerbitkan prospectus D. Mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan untuk menjual syer kepada orang ramai

18. Pernyataan manakah benar mengenai pengertian perkataan awam? I. Syer syarikat itu boleh dijual kepada orang awam II. Hal ehwal syarikat didedahkan kepada orang awam III. Syer syarikat itu tidak boleh dipindah milik secara bebas IV. Penubuhan syarikat perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia

A. B.

I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

19. Syarikat Samsudin Berhad mempunyai modal sebanyak 5 000 000 syer bernialai RM0.50 sesyer. Pada tahun 2007, syarikat itu membayar dividen interim 5 % dan dividen akhir 8 %. Berapakah jumlah dividen dibayar pada tahun itu?

A. RM 125,000 B. RM200,000 C. RM325,000 D. RM500,000

Jawapan: 15.B, 16.C, 17.A, 18.A, 19.A 20. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah koperasi.

Syarikat Koperasi MK Berhad mempunyai lebihan RM55,000 bagi tahun perakaunan 2010. Syarikat itu menyimpan RM10,000 sebagai rizab dan membayar 10% atas modal syer yang berjumlah RM300,000. Baki dibayar sebagai rebat atas belian. Jumlah belian pada tahun itu ialah RM300,000. Berapakah kadar rebat atasn belian? A. 2% B. 5% C. 7.5%

D. 10%

21. Rajah berikut menunjukkan suatu situasi. JABATAN TELEKOM Bertukar kepada SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA BERHAD Apakah kesan perubahan tersebut? I Mengurangkan perbelanjaan kerajaan II Pengecualian daripada cukai pendapatan III Peningkatan kecekapan pengurusan IV Menggalakkan persaingan yang sihat A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 22. Apakah keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer syarikat berhad? A. Rebat B. Lebihan C. Faedah D. Dividen 23. Rajah 1 menunjukkan perubahan jenis pemilikan.

Syarikat Toyo Sdn. Bhd.

Syarikat Toyo Berhad

Mengapakah perubahan jenis pemilikan tersebut berlaku? A. Membuat persediaan untuk penswastaan B. Memudahkan pengumpulan modal yang lebih besar C. Membolehkan pemegang syer dilindungi liabiliti terhad D. Memudahkan keanggotaan lembaga Pengarah dibesarkan

24. Salah satu sebab mengapa sesuatu firma melakukan pengambil alihan ialah untuk

A. Mengurangkan belanja pengurusan B. Meningkatkan jumlah pekerja C. Mengurangkan persaingan D. Mengurangkan pembayaran cukai keuntungan

25. Pilih pernyataan yang benar tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad A. B. C. D. Syer boleh pindah milik dengan kebenaran Bilangan pemegang syer tidak terhad Syer boleh dijual kepada orang ramai Hal ehwal syarikat diumumkan Syer boleh dipindah milik dengan bebas Bilangan pemegang syer terhad Syer dijual kepada sekumpulan individu tertentu Hal ehwal syarikat dirahsiakan

Jawapan: 20.B , 21. C, 22.A, 23.A, 24. , 25.A

LATIHAN (PERBADANAN AWAM) 1. Mengapakah sesebuah perbadanan awam diwujudkan? A. Menyekat pelaburan asing ke Negara ini. B. Memberi hak kepada kerajaan untuk mengutip lebih banyak cukai. C. Mengelakkan sektor swasta menguasai sesuatu sektor ekonomi Negara ini. D. Menyediakan kemudahan penting untuk rakyat pada harga yang lebih rendah. 2. Apakah kelebihan perbadanan awam berbanding dengan syarikat umum berhad? A. mutu perkhidmatan lebih tinggi B. harga perkhidmatan lebih murah C. pengurusan yang lebih cekap D. margin keuntungan lebih tinggi 3. Walaupun kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi, tetapi sambutan orang ramai untuk menjadi ahli sesuatu koperasi adalah lebih kurang. Mengapa? A. tanggungan ahli tidak terhad B. harga barang dan perkhidmatan mahal C. koperasi hanya mementingkan keuntungan D. pengurusan koperasi kurang cekap Jawapan: 1. D 2. B 3. D 4. Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan? Nyatakan objektif-objektif penswastaan. 5. Pada pendapat anda, adakah penswastaan memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat?

You might also like