You are on page 1of 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR

1. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.


2. Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
3. Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4. Berbincang dengan pensyarah penyelia tentang pelaksanaan praktikum sebelum
menjalani praktikum.
5. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
6. staf sokongan di sekolah.
7. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang
peranan dan tanggungjawab masing-masing
8. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
9. staf sokongan di sekolah.
10. Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat
lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu pertama praktikum.
11. Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan
12. peraturan sekolah.
13. Hadir ke sekolah dengan tugas rutin seorang guru serta terlibat dengan aktiviti
anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum.
14. Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan mengikut sistem yang diguna
pakai di sekolah.
15. Menyerahkan Rekod Pengajaran Harian kepada pentadbiran sekolah pada setiap
minggu di sepanjang tempoh praktikum.
16. Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum
17. pada minggu pertama setiap bulan.
18. Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).
19. Menyediakan rancangan semester dan mingguan sepanjang tempoh praktikum.
20. Menyediakan RPH mengikut format yang ditetapkan oleh IPG dan memuat naik fail
RPH secara atas talian sebelum melaksanakan PdP. (Lampiran A)
21. Penulisan RPH selain daripada Kursus Bahasa perlu ditulis dalam bahasa Melayu.
22. Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian dalam bahasa Melayu kecuali kursus
bahasa. (Lampiran 2-3 dan Lampiran 2-3a).
23. Memuat turun dan mencetak RPH, Jurnal Reflektif dan Borang Bimbingan Praktikum.
24. Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang pengajaran.
25. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan untuk Bidang Teras dan Elektif
Teras dalam tempoh praktikum (Lampiran 2-2).

1
26. Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian untuk kursus bidang teras dan elektif
teras.
27. Melaksanakan dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum. Perancangan
kokurikulum perlu disediakan mengikut tempoh praktikum (Lampiran 2-4 dan
Lampiran 2-4a). Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum bagi mana-mana
komponen pada setiap kali pelaksanaan.(Lampiran B)
28. Melengkapkan, mengemas kini dan menyerahkan portfolio amalan profesional
kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada setiap kali
bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 2-3b).
29. Mengisi Borang Refleksi Praktikum IPG selepas selesai menjalani praktikum.
30. Menyerahkan Borang Rumusan Kekerapan Bilangan Penyeliaan Praktikum kepada
Unit Praktikum setelah tamat praktikum (Lampiran 2-7).
31. Pelajar bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan rekod-rekod
berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan
buku panduan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like