You are on page 1of 11

PERKEMBANGAN

FIZIKAL
( AWAL R E M A J A )
TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL
REMAJA
• Menurut Santrock (2014), perkembangan remaja boleh dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu remaja awal (umur antara 9-13 tahun), remaja
pertengahan (umur 14-16 tahun) dan remaja akhir (17-19 tahun).
• Jean Jacqes Rousseau (1712-1778), akil baligh mula pada usia 15
tahun atau mungkin lebih awal daripada yang dianggarkan.
• Perubahan fizikal remaja boleh ditentukan melalui pertambahan tinggi
dan berat badan, perubahan bentuk badan dan kematangan seksual
dan sistem pembiakan.
• Selain itu, perubahan fizikal boleh berlaku disebabkan faktor gen dan
keadaan persekitaran (makanan, penyakit, pencemaran udara,
tekanan psikologi dan diet)
• Menurut Dacey & Kenny (2006), puberti berlaku apabila remaja
perempuan akan mula datang haid pertama dan remaja lelaki
mengalami mimpi basah. Pada masa puberti, kadar
pertumbuhan dan perkembangan berubah secara dinamik.
Saiz badan dan sistem pembiakan berkembang dengan pesat.
Bentuk dan komposisi badan serta ciri-ciri sekunder jantina
turut berubah.
• Pada peringkat ini remaja mula mmbandingkan diri dengan
rakan sebaya serta kehendak jangkaan masyakarat.
• Stanley Hall (1994), zaman remaja ialah jangkaan masa
seseorang itu mengalami berbagai cabaran tekanan (storm
and stress). Ini bermaksud remaja yang mengalami perubahan
fizikil, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan
berbagai konflik di dalam dirinya.
• Siti Nor (2008), fungsi kelenjar pituitari yang mengeluarkan
hormon estrogen bagi remaja perempuan dan hormon
endrogen bagi remaja lelaki akan memainkan peranan penting
bagi perkembangan seksual dan sistem pembiakan.
• Semasa puberti, kedua-dua ciri seks primer dan sekunder
berkembang.
• Ciri-ciri primer melibatkan organ pembiakan zakar dan testis
untuk lelaki manakala faraj, uterus dan ovari untuk perempuan.
• Manakala ciri-ciri sekunder seperti pembesaran buah dada, bulu
pada ketiak dan alat kelamin, pinggang semakin ramping dan
kulit semakin licin bagi perempuan. Bagi lelaki, perubahan
suara semakin garau, bulu pada ketiak dan alat kelamin,
bermisai, berjanggut, bulu kaki dan tangan mulai tumbuh dan
kulit semakin kasar.
BANDING BEZA ANTARA
PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN DARI
ASPEK JERIS
( AWAL R E M A J A )
ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

JASMANI • PERTUMBUHAN SAIZ • MENGAMALKAN PEMAKANAN


BADAN, KETINGGIAN, SEIMBANG, TIDUR SECUKUPNYA,
KEMATANGAN SEKSUAL MENJAGA KEBERSIHAN,
(PUBERTI) BERSENAM SECARA TETAP
EMOSI • MEMPUNYAI PERASAAN • MAHIR DALAM MENGUASAI DAN
SEDIH, GEMBIRA, TAKUT, MENGAWAL EMOSI DALAM
MARAH DAN SAYANG PELBAGAI SITUASI. TERTARIK
KEPADA REMAJA BERLAINAN
JANTINA. INGIN BERDIKARI DAN
MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
SENDIRI. INGIN MENCUBA
PERKARA YANG BELUM PERNAH
DILAKUKAN.

ROHANI • MENGENAL KEWUJUDAN • FAHAM DAN TAHU


TUHAN, IBADAT YANG TANGGUNGJAWAB SEBAGAI
PERLU DILAKSANAKAN, SEORANG HAMBA.
KEPERCAYAAN KEPADA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
PERKARA GHAIB. (SOLAT, PUASA)
ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

INTELEK • KEUPAYAAN BERFIKIR • KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS,


TENTANG BANYAK MENGIRA, MENAAKUL, MENTAFSIR
PERKARA DAN PEMBENTUKAN DAN
• SUKA MENCARI MENGGUNAKAN BAHASA. MEMPUNYAI
PENGETAHUAN BARU PELBAGAI ILMU PENGETAHUAN.
(LAYARI INTERNET)

SOSIAL • KEUPAYAAAN MENJALIN • PANDAI BERINTERAKSI DENGAN


HUBUNGAN DENGAN PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT
KELUARGA, MASYARAKAT • MAMPU MENGATASI CABARAN HIDUP
DAN PERSEKITARAN MELALUI CARA BERBINCANG DAN
BERTUKAR FIKIRAN DENGAN INDIVIDU
LAIN ( PANDAI CARI KAWAN SEBAYA)
IMPLIKASI PERKEMBANGAN
FIZIKAL TERHADAP
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
( AWAL R E M A J A )
• Sentiasa beri sokongan dan tidak mengkritik kanak-kanak
serta remaja.
• Kanak-kanak dan remaja perlu diberikan maklumat yang
berkaitan dengan perubahan fizikal yang berlaku dalam diri
mereka melalui sesi kaunseling atau ceramah kesihatan di
sekolah. Ibu bapa juga harus bersama-sama mendedahkan
kepada anak-anak perkara yang berkaitan dengan
seksualiti, kesihatan seksualiti dan sistem reproduktif
supaya remaja tahu perubahan fisiologi ke atas diri mereka.
• Kanak-kanak berasa tidak selesa akan perubahan fizikal
yang dialami pada peringkat awal remaja. Keadaan ini akan
menyebabkan mereka mengambil masa untuk
menyesuaikan diri dari segi pemikiran perasaan dan
tingkah laku. Ibu bapa dan guru berperanan untuk
membantu remaja dan kanak-kanak dalam usaha untuk
memahami konflik yang dialami mereka.
• Ibu bapa dan guru perlu berunding dengan anak untuk
menetapkan peraturan. Jika remaja diberi peluang untuk
membantu dan menentukan peraturan, mereka akan lebih
memahami peraturan. Mengikut 4 tahap mendidik anak
menurut Rasulullah, pada umur 12-15 tahun, ketika ini ibu bapa
hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang tetapi
tegas dengan arahan disiplin dan beri mereka tanggungjawab
(tegas dalam mendidik untuk solat dan ibadah lain).
• Memberi kesedaran tentang gaya hidup yang sihat terutama
dari segi pengambilan makanan yang seimbang, senaman dan
menjauhkan serta mengelakkan diri daripada melakukan
aktiviti-aktiviti negatif seperti merokok, minum minuman
beralkohol atau perkara-perkara yang bertentangan dengan
agama dan cara hidup masyarakat yang beretika.

You might also like