You are on page 1of 8

1.

0 : PENGENALAN

Menurut laman web Wikipedia (2015), kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang
merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai
perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu
mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai
aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi dan teknikal serta dapat
menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas.

Menurut Mohd Rafis Ramli (2014), kalkulus telah diwujudkan di sebahagian besar oleh
Newton dan Leibniz, walaupun beberapa idea-idea yang telah digunakan oleh Fermat dan
juga Archimedes. Tambahnya, kalkulus dibahagikan kepada dua bahagian, yang berkait rapat.
Satu bahagian dipanggil “kalkulus pembezaan” dan bahagian yang lain dipanggil “kalkulus
kamiran”. Kalkulus kamiran membayangkan satu bentuk matematik yang mengenal pasti
isipadu, luas dan penyelesaian kepada persamaan. Kalkulus pembezaan adalah satu kajian
terhadap fungsi dan kadar perubahan dalam fungsi apabila pembolehubah diubah.

Sehubungan itu, bagi memenuhi tugasan kerja kursus bagi kursus Kalkulus
MTES3083, saya dikehendaki membina tangki simpanan air dengan menggunakan
permodelan matematik yang melibatkan maksimum dan minimum melalui pengaplikasian
fungsi pembezaan dan fungsi terbitan separa.
2.0 : REKA BENTUK TANGKI SIMPANAN AIR

2.1 : Reka Bentuk Tangki Simpanan Air Kawasan Sekitar

Rajah 1, tangki simpanan air di Taman Temerloh Jaya

Saya telah memilih untuk membuat tinjauan terhadap tangki simpanan air yang
terdapat di Taman Temerloh Jaya. Reka bentuk bagi tangki simpanan air di atas ialah
berbentuk silinder.

Isipadu bagi tangki simpanan air yang sedia ada di taman tersebut ialah
2.2 : Cadangan Reka Bentuk Tangki Air Untuk Menampung 3000 Orang Penduduk
Dalam Tempoh 5 Hari

Secara purata, penggunaan air di setiap rumah oleh seorang penduduk dianggarkan
sebanyak 210𝑙 dalam sehari untuk kegunaan hariannya.

Jumlah isipadu air yang digunakan oleh 3000 orang penduduk bagi 5 hari

i. Bilangan penduduk
= 3000
ii. Isipadu air yang digunakan oleh setiap penduduk
= 210𝑙
iii. Jumlah isipadu air yang digunakan oleh 3000 penduduk bagi sehari
= 210𝑙 x 3000
= 630 000𝑙 sehari
iv. Jumlah isipadu air yang digunakan oleh 3000 penduduk bagi 5 hari
= 630 000𝑙 x 5 hari
= 3 150 000𝑙

∴ Saiz tangki air yang sesuai untuk menampung 3000 penduduk dalam masa 5 hari

3 150 000𝑙 = 3150 m3

Pada pendapat saya, reka bentuk bagi tangki simpanan air yang sesuai
dicadangkan untuk saiz yang besar itu bagi menampung isipadu air berkapasiti tinggi
untuk bilangan penduduk yang ramai ialah tangki air berbentuk silinder. Hal ini kerana
tangki air berbentuk silinder dapat mengatasi masalah tekanan ke atas dinding yang
seragam. Konsep reka bentuk silinder ini adalah seperti pada rajah 2.
Rajah 2

Isipadu silinder,

π𝑗 2 𝑡 = 3150

3150
t=
πj2

Jumlah luas permukaan silinder,

A = 2πjt + 2πj2

3150
A = 2πj ( 2 ) + 2πj2
πj

6300
A= + 2πj2
j

6300
A= + 2πj2
j

dA
= −6300j−2 + 4πj
dr
dA
Apabila A adalah minimum, dr
=0

−6300j−2 + 4πj = 0

6300
j3 =

3 6300
j= √

= 7.9441

3150
t=
π(7.9441)2
= 15.89 𝑚

Jumlah luas permukaan = 2𝜋(7.9441)2 + 2𝜋(7.9441)(15.89)

= 1189.66 𝑚2

Kos pembinaan bagi 1m2 ialah RM70. Jadi kos bagi harga tangki air yang dicadangkan ialah

Kos harga tangki silinder = 1189.66 m2 × RM70

= RM83276.20

3.0 : POPULASI PENDUDUK MUSLIM MENGGUNAKAN MODEL MATEMATIK

Masalah untuk menganggarkan jumlah penduduk adalah penting kerana kadar kelahiran bayi
di Malaysia telah meningkat. Ini membawa bermacam-macam perubahan dari segi keperluan
negara seperti perlunya pertambahan katil di wad bersalin, kemudahan perubatan untuk
kanak-kanak dan pendaftaran baru untuk pelajar-pelajar tahun 1 di sekolah-sekolah rendah.
Semua ini perlu dirancang supaya sebarang perubahan di masa depan boleh di atasi.

Bagi tujuan ramalan populasi penduduk, kita akan membina satu model perubahan
populasi yang telah dikemukakan oleh Thomas Malthus pada tahun 1798.

Andaikan P = P(t) adalah jumlah populasi pada masa t. Andaikan bahawa kadar
kelahiran α dan kadar kematian β (individu per unit masa) adalah malar. Maka pada suatu
selang masa yang pendek, δt, bilangan kelahiran dan kematian diberikan secara
penghampiran oleh

Kelahiran ≡ α P δt , kematian ≡ β P δt .

Jadi perubahan bilangan penduduk, δP,dalam selang masa δt diberi oleh persamaan

δP = α P δt – β P δt = (α – β) P δt = γ P δt

yang γ = α – β. Bahagikan dengan δt dan ambil had apabila δt → 0 dapat

dP
= γP
dt

Pisahkan pembolehubah dan diperoleh

1
dP = γ dt
P

Kamirkan kedua-dua belah dapat

InP = t + c
Yang c adalah pemalar kamiran. Gunakan syarat awal bila t = 0, P = Pₒ (Pₒ adalah jumlah
penduduk pada masa t = 0). Akhirnya kita dapat

P = Pₒeγt

Bentuk populasi yang boleh diramalkan bergantung kepada pemalar γ. Kita akan dapat
peningkatan secara eksponen jika γ > 0, penyusutan secara eksponen jika γ < 0 dan stabil
(tiada perubahan) jika γ = 0. Sekarang pertimbangkan jadual berikut :

Tahun Populasi (× 106 )


1980 13.76
1990 17.76
1995 20.69
Jadual 1, populasi Malaysia

Kita akan gunakan model Malthus untuk meramal populasi Malaysia pada tahun 2000. Ambil
t = 0 sebagai tahun 1980, jadi Pₒ = 13.76. Katakan pengiraan kita adalah dalam selang 10
tahun, jadi pada t = 1 (i.i 1990), kita dapat dari formula P = Pₒeγt

P(1) = 13.76eγ1 = 17.76

iaitu

17.76
γ = ln ( ) = 0.255
13.76

Maka ramalan jumlah penduduk pada tahun 2000, (i.i. t = 2) ialah

P(2) = 13.76eγ(2) = 22.923 juta orang

Jadi, untuk menganggar populasi penduduk muslim dalam tempoh 20 tahun akan
datang, kita juga boleh menggunakan model Malthus. Saya mengambil jumlah penduduk
negara Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang mempunyai bilangan
penganut agama Islam yang banyak.

Menurut satu laman web berkenaan dengan statistik penduduk Malaysia


https://www.gcarian.com/statistik-penduduk-malaysia.jsp, Jabatan Perangkaan Malaysia akan
mengeluarkan statistik jumlah penduduk Malaysia pada setiap tahun. Untuk tahun 2018
penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.4 juta penduduk. Kadar pertumbuhan
penduduk pula diangarkan bertambah sebanyak 1.1%. Oleh itu, bilangan penduduk Malaysia
pada masa sekarang iaitu tahun 2019 boleh didapati melalui,

Andaikan T1 = 2018 , T2 = 2019 , 𝑇11 = 2029

a = 32.4 juta

r = (1 + 11%) = 1.011

n=1

Tn = ar n−1

T2019 = 32.4 juta ( 1 .011)2−1

= 32.76 juta

T2029 = 32.4 juta ( 1.011 )11−1

= 36.15 juta

Tahun Populasi (× 106 )


2018 32.4
2019 32.76
2029 36.15
2039

Berdasarkan model Malthus, kita dapat meramal populasi penduduk dalam tempoh 20 tahun
akan datang iaitu pada tahun 2039. Ambil t = 0 sebagai tahun 2019, jadi Pₒ = 32.76. Katakan
pengiraan kita adalah dalam selang 10 tahun, jadi pada t = 1 (i.i 2029), kita dapat dari formula
P = Pₒeγt

P(1) = 32.76eγ1 = 36.15

iaitu

36.15
γ = ln ( ) = 0.0985
32.76

Maka ramalan jumlah penduduk pada tahun 2039, (i.i. t = 2) ialah

P(2) = 32.76eγ(2)

= 32.76e(0.0985)(2)

= 39.89 juta orang


Rujukan

Mohd rafis ramli 2014 https://www.scribd.com/document/225406600/tugasan-Kalkulus

Wikipedia 2015 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kalkulus

You might also like