You are on page 1of 2

3) Lima Prinsip Etika Dalam Perhubungan Menolong

Apabila kita melakukan proses menolong,sebenarnya

kita telah berusaha untuk

meringankan beban yang sedang ditanggung oleh anak didik kita. Ketika kita
melakukan proses menolong, kita sangat dituntut untuk mengutamakan kebajikan dan
kesejahteraan klien kita.
Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk
menilai sama ada sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk.

Menurut

Kitchener(1984), terdapat lima prinsip etika yang utama di dalam membuat keputusan
secara beretika dalam melakukan proses menolong. Lima prinsip ini juga dinamakan
sebagai golden five principles iaitu :
1. Autonomi
Autonomi membawa maksud kebebasan untuk membuat pilihan untuk diri sendiri.
Setiap dari kita berhak untuk membuat keputusan dan mempunyai kebebasan untuk
berfikir . sebagai tujuan untuk menolong, guru sepatutnya memberi peluang kepada
klien untuk membina keputusan mereka sendiri dengan guru sebagai penggalak kepada
pertumbuhan, perkembangan pelajar, minat dan kebajikan pelajar. Elakkan daripada
guru memberi peluang kepada pergantungan pelajar kepada guru. Menurut Patterson
dan Welfel(2000) autonomi seharusnya melibatkan suatu keadaan yang mana individu
itu berkemampuan untuk memahami implikasi atau kesan daripada pilihan yang dibuat.

2. Beneficence
Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan
dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan diri pelajar.
Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada pelajar seharusnya
berasaskan kepada kebajikan pelajar. Seharusnya guru pembimbing mempunyai
komitmen dan kemahiran yang tinggi untuk membantu pelajar yang memerlukan.

3. Nonmaleficence
Nonmaleficence membawa maksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak
baik

terhadap

pelajar

sama

ada

secara

sengaja

atau

tidak.

Guru

sangat

dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu yang


boleh membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada pelajar. Guru pembimbing
juga dituntut untuk menjaga batasan dalam perhubungan, tidak cuai, serta sentiasa
berusaha untuk mengekalkan rasa hormat kepada pelajar di samping mengelak daripada
melakukan sesuatu untuk kepentingan diri (Patterson dan Welfel,2000).
4. Justice
Justice membawa pengertian iaitu keadilan kepada semua. Sebagai seorang guru
pembimbing, guru seharusnya memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar
tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas
kepada tahap kepercayaan pelajar kepada guru dalam membina perhubungan yang baik.
5. Fidelity
Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan untuk menolong
antara guru dengan pelajar dalam suatu sesi menolong. Kejujuran dan keihklasan
merupakan suatu tanggungjawab untuk memberi kepercayaan serta membuat janji yang
jujur terhadap pelajarnya(Corey,1998).jujur dan ikhlas amat penting dalam proses
membimbing dan memebrri nasihat. Fidelity juga merangkumi kepatuhan guru terhadap
sekolah, guru besar dan profesion keguruan.

You might also like