You are on page 1of 18

1.

0 KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

Menurut Shertzer dan Stone (1974) bimbingan merupakan suatu proses


yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu
tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari
segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan
menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat
mereka.

Boy dan Pine (1968) menyatakan bahawa kaunseling ialah suatu


perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada
seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang
efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh
kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta perasaan
klien.

Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tingkah laku


seseorang dapat diubah kepada kehidupan yang lebih produktif. Sebagai
contoh, Ahmad suka lumba haram motosikal di jalan raya. Perkhidmatan
kaunseling dapat membantu Ahmad mengubah tingkah lakunya yang bahaya ini
dapat menggalakkan minat Ahmad supaya berlumba di litar lumba motosikal.

Selain itu, seseorang dapat mengurus kendiri dengan efektif apabila


dalam kesulitan dengan menjalankan bimbingan dan kaunseling. Sebagai
contoh, Ali kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan
pelajarannya tergugat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat
membantu Ali menerima kehilangannya dan mengurus pelajarannya.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membantu klien


berkembang secara positif dan mencapai potensi. Misalnya, Sami minat
melukis dan ibu bapanya menyuruh Sami untuk masuk ke aliran sains yang tidak
disukai olehnnya. Kaunseling dapat membantu Sami untuk mencapai resolusi
Sami dan ibu bapanya.

1
2.0 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
RENDAH

Pada zaman globalisasi ini, kaunselor atau guru bimbingan dan


kaunseling di sekolah rendah dikehendaki memainkan peranan yang penting lagi
mencabar. Grafik 1 di bawah telah menunjukkan peranan guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah rendah.

mengurus memupuk
perkhidmatan mengenal
program pelajar
bimbingan pasti pelajar
bimbingan dengan
dan yang
dan tabiat belajar
kaunseling bermasalah
kaunseling dan baik

Grafik 1 : Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah

Mengikut Grafik 1 di atas, peranan guru bimbingan dan kaunseling di


sekolah rendah merangkumi tugas untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling, mengurus program bimbingan dan kaunseling untuk murid,
mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan memupuk pelajar dengan tabiat
belajar.

Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling, guru perlu memberi


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid. Tugas kaunselor
merangkumi perbincangan permasalahan individu dan membantu klien
menyelesaikan masalah. Kaunselor juga perlu mengumpul maklumat pelajar
dengan menjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar,

2
menyimpan rekod, surat-menyurat dan melaporkan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kepada pentadbir.

Selain itu, pekerjaan seorang guru bimbingan dan kaunseling juga perlu
mengurus program bimbingan dan kaunseling. Di antara pengurusan yang
boleh dibuat ialah perancangan program, pengelolaan program, penentuan
halatuju dan menilai keberkesanan program. Dalam perancangan program, guru
perlu merancang program di sekolahnya. Guru akan menggunakan prosedur
kaunseling untuk mengelola program tersebut. Guru harus menentukan halatuju
dan menilai keberkesanan program dengan mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan program serta mengambil tindakan seterusnya.

Guru bimbingan dan kaunseling juga perlu mengenal pasti pelajar


bermasalah dari segi disiplin. Guru bertanggungjawab untuk menangani
masalah murid melalui beberapa perancangan dan program. Guru bimbingan
harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan
perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum dan
kokurikulum.

Bagi memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan baik, guru bimbingan
dan kaunseling perlu membantu murid-murid untuk memahami kemahiran
belajar. Sebagai contoh, guru boleh meminta murid untuk mengumpulkan
maklumat sebelum melanjutkan pelajaran. Guru harus membantu murid untuk
membuat pemilihan mata pelajaran yang efektif dengan mengambil gambaran
minat dan meningkatkan motivasi belajar.

Guru bimbingan dan kaunseling juga bertanggungjawab dalam menjaga


psikososial dan kesejahteraan murid. Guru harus meningkatkan harga diri
murid dengan mengadakan Kem Bina Insan dan Kem Motivasi. Guru bimbingan
dan kaunseling perlu membimbing murid-murid menyelesaikan masalah diri
sendiri. Guru boleh memberi kaedah supaya murid membebaskan diri daripada
belenggu masalah.

3
3.0 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG DITAWARKAN
DI SEKOLAH RENDAH

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bertambah penting sekarang


kerana negara-negara mengalami perubahan pesat. Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara
dan menyahut cabaran Wawasan 2020 serta membantu murid mencapai celik
akal dan kesejahteraan hidup.

Inventori, Bimbingan Konsultasi


taksiran dan Penilaian dan
dan rekod Kaunseling rujukan

Grafik 2 : Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Ditawarkan Di Sekolah


Rendah

Berdasarkan grafik 2 di atas, antara perkhidmatan yang paling penting


dan perlu dilaksanakan di bilik kaunseling ialah pengendalian fail bimbingan
dan kaunseling. Pengendalian fail bimbingan dan kaunseling ini dikendalikan
oleh guru kaunseling untuk setiap murid. Guru kaunseling perlu mengumpul dan
merekod butiran ujian dan penilaian diri pelajar. Selepas itu, guru kaunseling
harus mengemaskini rekod kaunseling pelajar dan mentafsir data untuk tujuan
pembangunan diri pelajar.

Perkhidmatan yang seterusnya ialah perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling. Terdapat beberapa jenis kaunseling seperti kaunseling individu,
kaunseling kelompok, kaunseling pengembangan diri dan kaunseling kerjaya.
Kaunseling individu dijalankan secara individu kepada seseorang murid. Ia
terbahagi kepada empat bahagian kecil iaitu kaunseling individu akademik,

4
kaunseling individu kerjaya, kaunseling individu peribadi dan kaunseling individu
tentang penyalahgunaan dadah.

Selain itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah juga


menawarkan perkhidmatan penilaian. Penilaian program bimbingan dan
kaunseling dijalankan secara formatif dan sumatif. Penilaian secara formatif
bermaksud jenis ujian formal atau tidak formal dilaksanakan untuk mengesan
tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Penilaian sumatif pula
bermaksud satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam
sesuatu tahap persekolahan.

Di samping itu, guru kaunseling juga menjadi orang yang berkuasa untuk
memberi khidmat konsultasi kepada guru, pentadbir dan ibu bapa.
Walaupun golongan seperti guru dan pentadbir mempunyai tahap pendidikan
yang tinggi, namun mereka kadang-kala berlaku perselisihan faham sesama
mereka. Pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan wujudnya perkhidmatan
konsultasi daripada guru kaunseling. Bukan itu sahaja, perkhidmatan yang
disediakan di bilik kaunseling juga merujuk pelajar daripada pihak yang tertentu
untuk mendapatkan perkhidmatan pakar dan lanjutan. Sebagai contoh, guru
kaunseling boleh merujuk tentang kelebihan seseorang murid daripada guru
kelas, guru kokurikulum ataupun jurulatih bagi membantu murid tersebut menjadi
pakar dalam bidang yang diceburi.

Secara keseluruhannya, murid-murid di sekolah adalah berbeza-beza


daripada segi taraf sosioekonomi, aras motivasi dan sahsiah. Dengan itu,
seorang guru akan mengalami pelbagai masalah murid, sama ada masalah
disiplin yang ringan atau yang lebih berat. Lantaran itu, perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah rendah amat diperlukan bagi membantu guru
menangani pelbagai masalah murid di sekolah.

5
4.0 TEORI-TEORI KAUNSELING

Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu


pengetahuan. Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan
tokoh-tokoh yang terkenal. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan
peribadi dimana ianya akan membentuk suatu ‘teori penggunaan’ tentang
tingkah laku manusia. Teori ini sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-
kepercayaan dan andaian-andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan
seharian mereka.

Terdapat tiga teori kaunseling yang kami pelajari iaitu Teori


Psikoanalitik, Teori Berpusat Klien dan Terapi Rasional-Emotif (RET).
Tujuan penggunaan teori dalam proses kaunseling adalah untuk membantu
kaunselor mempermudah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh klien.

Sigmund
Freud

Teori
Psikoanalitik
Terapi
Rasional-
Emotif
(RET)
Teori
Berpusat
Klien

Grafik 3 : Teori-teori kaunseling

6
4.1 Teori Psikoanalitik

Mengikut pandangan Sigmund Freud mengenai manusia ialah manusia itu


hanya mementingkan diri sendiri. Andaian-andaian yang dibuat ialah tingkah laku
manusia ditentukan oleh kuasa-kuasa tidak sedar. Tingkah laku orang dewasa
banyak dipengaruhi oleh perkembangan peringkat awal kanak-kanak. Masalah-
masalah akan timbul kerana wujudnya konflik dalam diri individu yang
disebabkan oleh sejarah lampau yang menyebabkan helah bela diri.

Teori Psikoanalitik telah membahagikan tahap kesedaran manusia


kepada tiga bahagian iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam tidak sedar
seperti Rajah 1 di bawah. Sigmund Freud telah membuat analogi dengan
membuat persamaan terhadap seketul ‘iceberg’ yang besar. Seperti yang kita
sedia maklum ‘iceberg’ ini biasanya akan terapung di atas permukaan air. Beliau
menerangkan bahawa kedudukan dan tahap pemikiran manusia adalah sama
juga seperti struktur iceberg.

Rajah 1 : Teori Psikoanalitik Sigmund


Freud

Alam sedar merupakan tahap di mana ia merangkumi apa sahaja yang


seseorang sedari tentang perkara-perkara tertentu. Alam sedar berkaitan dengan
pemikiran, sensasi, perasaan, dan ingatan. Dalam erti kata lain apa-apa yang

7
kita sedang rasakan, ingatkan dan fikirkan pada masa kini. Semua perkara ini
adalah perkara yang kita sedari sepenuhnya. Sebagai contohnya kita sedang
gembira, marah, sepi, lapar, kenyang, inginkan sesuatu dan sebagainya.
Peringkat alam sedar ialah di bahagian paling atas iceberg yang timbul.

Alam pra sedar ialah tahap di mana ia mengandungi ingatan-ingatan


yang tidak disedari pada masa kini, tetapi sebenarnya ingatan-ingatan tersebut
boleh disedari melalui proses memberi perhatian dan mengingat semula.
Misalnya kita tidak mengingati warna baju yang telah kita pakai semalam.
Sebenarnya perkara ini kita boleh ketahui dengan mengingat semula, kesan
proses ingatan itu dapat menyedarkan diri kita. Alam pra sedar ini berada pada
tahap di antara tahap alam sedar dan alam tidak sedar, pada bahagian iceberg
ia digambarkan berada di antara bahagian iceberg yang yang timbul dan
bahagian iceberg yang tenggelam.

Tahap kesedaran ketiga ialah alam tidak sedar. Menurut Freud, tahap ini
merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini, ingatan-ingatan yang
tersimpan pada waktu dahulu disisihkan daripada tahap sedar disebabkan oleh
tidak membuatkan seseorang selesa dan membawa kebimbangan, sesuatu
perkara boleh menyebabkan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam
emosi. Freud juga mengatakan bahawa tahap kesedaran adalah merupakan
asas kepada tingkah laku manusia. Tahap alam tidak sedar ini mengandungi
kesemua naluri (seksualiti) dan keinginan yang tidak dibenarkan masuk ke alam
sedar. Tahap ini digambarkan dengan bahagian iceberg yang terletak di bawah
permukaan air.

4.2 Teori Berpusat Klien

Rogers berpandangan bahawa manusia adalah rasional, baik dan


bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa
kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina, bekerjasama boleh
dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir, 2006). Emosi-emosi

8
negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan
seperti sayang, keselamatan dan penerimaan.

Andaian-andaian Teori Berpusat Klien adalah seperti Grafik 4 di bawah.

a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang


diri kita berdasarkan interaksi kita dengan
orang lain.

b. Individu bertingkah laku dalam bentuk


yang boleh meningkatkan konsep
kendirinya.

c. Hanya dengan pengalaman dan


penghormatan barulah individu akan bersedia
untuk berkongsi masalahnya.

Grafik 4 : Andaian-andaian Teori Berpusat Klien

4.3 Terapi Rasional-Emotif (RET)

Terapi Rasional-Emotif dikembangkan oleh Albert Ellis. Terapi ini


mengandaikan bahawa manusia sebagai penilai, perunding dan pengawal diri.
Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap
beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan
menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. Terapi ini juga
memandang bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan ke arah
perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi manusia akan mengkhianatinya
disebabkan kecenderungan untuk berfikir secara tidak rasional.

Terapi ini berlandaskan bahawa manusia boleh berfikir secara rasional


dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira,

9
berfikir, menterjemahkan diri, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan
mengiktiraf diri sendiri. Sebaliknya manusia juga cenderung untuk merosakkan
diri sendiri, suka menangguh semasa membuat sesuatu, mengulangi
kepercayaan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu
menyalahkan diri sendiri dan pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini
meyakinkan bahawa terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima
kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup
secara lebih harmoni.

Menurut Ellis (1979), manusia menghadapi masalah bukan disebabkan


oleh satu peristiwa itu tetapi disebabkan oleh pandangan atau pemikiran
manusia terhadap peristiwa tersebut. Bagi terapi ini, seseorang individu akan
mengalami neorosis dan psikosis bukan disebabkan oleh satu peristiwa tetapi
kerana idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak
logik. Implikasi daripada pemikiran yang tidak rasional akan menimbulkan
gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat kalah diri. Terapi ini telah
mendefinisikan tingkah laku yang tidak sesuai dan kalah diri sebagai tindakan
yang boleh menjadi gangguan kehidupan seseorang. Tingkah laku yang
dimaksudkan adalah seperti tingkah laku yang kaku, kompulsif, streotaip, fobia
dan penarikan diri.

10
5.0 KEGUNAAN TEORI KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH

Berdasarkan situasi Abdul Razak, saya telah memilih Teori Psikoanalitik


sebagai panduan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Abdul Razak.
Pada umumnya pendekatan psikoanalitik melihat manusia sebagai individu yang
telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa
orang tokoh terkenal. Antaranya, Amir Awang (1991) yang menyatakan bahawa
pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-
naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan sejak
dari awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkah
laku yang tidak logik dan tidak rasional.

Dalam memahami pemikiran manusia, menurut Freud dalam Lee Keok


Cheong et.al (2012) telah mengutarakan konsep-konsep personaliti yang
mempunyai tiga sistem yang berkaitan antara satu sama lain. Menurut beliau,
sistem ini berfungsi dalam membentuk personaliti seseorang yang merangkumi
cara-cara berfikir dan tingkah laku. Tiga sistem tersebut ialah Id, Ego, Superego.

ID
EGO

SUPER
EGO

Struktur Personaliti

11
Id merupakan tempat letaknya dorongan biologikal dan tenaga-tenaga
naluri. Id ini adalah diwarisi, bersifat primitif, dan tidak boleh disedari. Id terletak
pada tahap alam tidak sedar. Id mewakili keseronokan seseorang manusia.

Sistem personaliti yang kedua ialah ego. Ego mewakili personaliti yang
mempunyai sifat realistik, rasional dan logikal. Ia bertindak seolah-olah seperti
kuasa eksekutif dan pengawal kepada tindakan-tindakan fikiran dan tingkah laku
yang sesuai dengan keadaan persekitaran. Ego beroperasi berlandaskan
kepada prinsip realiti kerana ia perlu mencari jalan yang realistik dan
pertimbangan wajar dalam memenuhi keperluan. Pada masa yang sama, ego
cuba mengelak masalah yang disebabkan oleh fikiran dan tingkah laku yang
bersifat mementingkan diri sendiri.

Superego ialah sistem personaliti yang ketiga. Ia merupakan komponen


personaliti yang mempunyai nilai moral. Menurut Freud, Id dan Ego tidak
mempunyai nilai-nilai moral di mana Superego akan bertindak untuk mendesak
Id untuk tidak mengeluarkan impuls kepuasannya untuk mencapai kenikmatan
semata-mata. Superego juga akan mengarah ego agar dapat mengikuti nilai-nilai
moral yang dipegang oleh masyarakat sekeliling.

Mengikut struktur personaliti di atas, saya dapat menganalisis struktur


personaliti Abdul Razak berdasarkan Teori Psikoanalitik Sigmund Freud. Grafik 5
di bawah telah menunjukkan struktur personaliti Abdul Razak.

11 tahun
ID anak kedua
belum cukup matang
kerja-kerja sekolah gagal disiap
EGO kerap datang lewat ke sekolah
menjaga adik di rumah

lari dari rumah


SUPEREGO mudah marah dan aggresif
Abdul Razak

12
Grafik 5 : Struktur Personaliti Abdul Razak

Berdasarkan grafik 5 di atas, saya mendapati Abdul Razak hanya berusia


11 tahun. Oleh itu, Abdul Razak merupakan seorang anak yang belum cukup
matang. Bagi Id Abdul Razak, walaupun dia merupakan anak kedua daripada
enam adik-beradik, tetapi dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang
berat seperti menjaga dan mengurus adik-adiknya. Pada usia ini, dia sepatutnya
hidup dalam keadaan yang mencari keseronokan sebagai seorang kanak-kanak.

Selain itu, Abdul Razak sebagai seorang murid, dia mempunyai banyak
kerja sekolah. Bagi Ego Abdul Razak, dia gagal menyiapkan kerja-kerja sekolah
yang diberi oleh guru kerana dia perlu menjaga adiknya di rumah. Dia telah
menghabiskan masa untuk menjaga dan menguruskan adiknya. Oleh itu, dia
tidak mampu membuat kerja sekolah dan lewat pergi ke sekolah. Pada realitinya,
Abdul Razak tidak menjalankan tugas sebagai seorang murid. Dia terpaksa
memikul tugas untuk menjaga adik-adiknya.

Oleh kerana Abdul Razak seorang murid yang pendiam, dia selalu
diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Abdul Razak mudah marah apabila
diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Bagi Superego Abdul Razak, dia tidak
mengikut nilai-nilai moral yang dipegang oleh masyarakat sekeliling. Hal ini
kerana apabila dia dimarahi oleh bapanya, dia pernah cuba lari dari rumah tanpa
pengetahuan sesiapa. Hal ini kerana Abdul Razak mempunyai tekanan dan
tanggungjawab yang berat untuk menjaga adik dan menyiapkan kerja sekolah.
Dia tidak dapat menampung tekanan tersebut. Oleh itu, dia cuba lari dari rumah
supaya tidak perlu menghadapi tekanan tersebut. Sikap lari dari rumah telah
melanggar nilai moral masyarakat sekarang.

13
6.0 KAEDAH-KAEDAH BANTUAN

Untuk membantu Abdul Razak menyelesaikan masalahnya, terdapat dua


kaedah yang boleh dijalankan oleh guru kaunseling. Guru kaunseling harus
membantu Abdul Razak supaya dia berkembang secara positif dalam
kehidupannya dan mempunyai hubungan yang harmoni dengan keluarganya.
Grafik 6 di bawah telah menunjukkan kaedah bantuan yang boleh dijalankan
oleh guru kaunseling untuk membantu Abdul Razak.

1
2

Sesi
Kaunseling Perjumpaan
Individu dengan ibu
Dengan bapa Abdul
Abdul Razak Razak

Grafik 6 : Kaedah Bantuan Untuk Menyelesaikan Masalah Abdul Razak

6.1 Sesi Kaunseling Individu Dengan Abdul Razak

Untuk membantu Abdul Razak mengubah tingkah laku kepada kehidupan


yang lebih produktif, guru kaunseling harus menjalankan sesi kaunseling individu
dengan Abdul Razak. Grafik 7 di bawah menunjukkan cara perlaksanaan sesi
kaunseling individu dijalankan.

Mengenal
membina penerokaan
Pra sesi Pasti
hubungan masalah
Masalah

Memilih
Penamatan
Alternatif
dan susulan Penyelesaian

14
Grafik 7 : Cara Perlaksanaan Sesi Kaunseling Individu

Berdasarkan grafik 7 di atas, proses kaunseling bermula dengan pra sesi.


Sebelum ini, kaunselor hendak meminta klien iaitu Abdul Razak untuk mengisi
Borang Temu Janji untuk berjumpa dengan kaunselor. Dengan ini, kaunselor
boleh menetapkan tarikh perjumpaan dengan Abdul Razak. Pada
peringkat pra sesi, kaunselor perlu menyediakan diri dengan
mengetahui serba sedikit tentang profil klien. Ini boleh dilakukan
dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi,
peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Kaunselor
harus menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang berguna.
Sebagai contoh, kaunselor mendapat maklumat bahawa Abdul Razak
merupakan anak yang kedua, pekerjaan ibu bapa Abdul Razak dan keputusan
akademiknya. Dengan maklumat-maklumat ini, kaunselor dapat membantu
dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat.

Seterusnya, tahap membina hubungan antara kaunselor dengan klien


dijalankan. Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan Abdul Razak
bagi menggalakkan Abdul Razak bercerita atau meluahkan perasaan secara
tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor
memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah,
Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi
perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan
tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling
dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya
lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti
menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk
menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.

Tugas kaunselor adalah untuk mendapatkan maklumat yang relevan dan


menganalisis maklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Setelah punca
masalah dapat dikenal pasti, kaunselor boleh menganalisis masalah secara
terperinci bersama-sama dengan klien. Kaunselor harus mengenal pasti punca

15
dan pokok masalah awal. Bagi menjayakan sesi penerokaan masalah, kaunselor
perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan
klien. Kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

Kemudian, peringkat mengenal pasti masalah akan dilakukan selepas


meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan
kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi klien. Ianya
dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah
masalah klien dikenal pasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah
untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk
matlamat sesi.

Seterusnya, kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan


tindakan. Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan
mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan
menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu,
kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh
melalui maklum balas yang diterima oleh klien itu sendiri. Pada peringkat
alternatif penyelesaian dan tindakan, kaunselor perlu prihatin terhadap
kemampuan perkembangan Abdul Razak supaya dapat mengambil tindakan
yang sesuai bagi membantu klien.

Pada peringkat akhir sesi kaunseling adalah membuat penamatan.


Kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan Abdul
Razak dan memastikan Abdul Razak benar-benar melaksanakan alternatif yang
dipilih. Di samping itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai.
Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor adalah menstruktur sesi
untuk penamatan, menyemak semula kemajuan, pencapaian matlamat dan
pengukuhan pembelajaran yang diperoleh.

Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan


iaitu kaunselor akan membuat rumusan pada peringkat ini. Kaunselor akan

16
menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh Abdul Razak pada awal
sesi sehingga mendapat jalan penyelesaian .

6.2 Perjumpaan Dengan Ibu Bapa Abdul Razak

Bagi membantu Abdul Razak menjadi seorang murid yang berkembang


secara positif, guru harus berjumpa dengan ibu bapa Abdul Razak. Guru harus
berkunjung ke rumah Abdul Razak supaya membincangkan masalah yang
dihadapi oleh Abdul Razak dengan ibu bapanya.

Apabila berjumpa dengan ibu bapa Abdul


Razak, guru harus memberitahu ibu bapa tentang keadaan Abdul Razak di
sekolah. Sebagai contoh, guru harus memberitahu tentang keputusan Abdul
Razak di sekolah merosot, kerja-kerja sekolah tidak siap, Abdul Razak diganggu
oleh rakan, Abdul Razak tidak aktif di sekolah dan kerap datang lewat ke sekolah
kepada ibu bapanya. Dengan ini, ibu bapa baru mengetahui keadaan anaknya di
sekolah.

Selepas itu, guru harus berbincang tentang penyelesaian masalah


dengan ibu bapa Abdul Razak. Bagi membantu Abdul Razak, guru harus
menasihati ibu bapa Abdul Razak supaya berubah sikap mereka terhadap Abdul
Razak walaupun pekerjaan penting. Ibu bapa Abdul Razak harus menyedari
kepentingan peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku
anaknya. Peranan ibu bapa amat penting kerana apabila ibu bapa memainkan
peranan dengan baiknya, masalah yang berkaitan dengan Abdul Razak tidak
akan berlaku.

Ibu bapa perlu menitikberatkan hal ehwal Abdul Razak agar dia dapat
menyiapkan kerja sekolah dan tidak diganggu oleh rakan sekolah yang

17
mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari
sekarang agar masalah yang berkaitan dengan Abdul Razak dapat diselesaikan.
Semoga ibu bapa Abdul Razak dapat mendidiknya dengan baiknya agar dia
mampu menjadi insan yang mampu memimpin negara dengan adil dan
bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang seharusnya dilaksanakan
oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang dalam Abdul Razak.

Antara peranan ibu bapa Abdul Razak termasuklah meluangkan lebih


banyak masa dengan anak agar mereka tidak berasa kesunyian atau diabaikan
oleh ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan
kerja masing-masing sehingga mengabaikan obligasi mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana keputusan akademik Abdul Razak merosot adalah disebabkan
ibu bapanya sibuk dan tidak mengambil peduli mengenai keputusannya. Oleh itu,
ibu bapa tidak seharusnya mementingkan harta berbanding dengan anak. Ibu
bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang
bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang.

Selain itu, ibu bapa Abdul Razak harus memikul tanggungjawab


untuk menjaga anaknya. Ibu bapa Abdul Razak harus balik awal dari tempat
pekerjaan dan menjaga anaknya. Dengan ini, Abdul Razak mempunyai lebih
masa untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah. Ibu bapa juga harus
meminimumkan masa Abdul Razak untuk mengurus adiknya supaya dia tidak
berasa letih. Dengan ini, dia dapat menumpukan perhatian dalam pelajarannya
dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Secara konklusinya, ibu bapa Abdul Razak merupakan orang yang


memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan Abdul Razak. Peranan ibu
bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang mempunyai sahsiah
dan cemerlang. Ibu bapa harus meluangkan masa bersama-sama anak agar
mereka tidak berasa diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga hendaklah
menunjukkan teladan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan yang
berakhlak mulia.

18

You might also like