You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2

KANDUNGAN
PENDAHULUAN
TUGASAN 1 : Menghasilkan satu laporan

MUKA SURAT
i

analisis SWOT (Strengths, Weaknesses,


Opportunities and Threats) berkaitan

1-9

keupayaan guru untuk membimbing satu kes


murid bermasalah tingkah laku yang anda
3

pilih.
TUGASAN 2 : Pendekatan Teori Pemusatan
Perorangan Dalam Menangani Masalah
Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah
berdasarkan analisis terhadap dakwaan
seorang murid yang mengalami masalah

10 - 16

tingkah laku iaitu saya memang tak boleh


berubah. Dah macam tu dah. Apa nak
buat?.
4
5

PENUTUP
RUJUKAN

17
18

Pendahuluan
Perkataan

kaunseling

berasal

daripada

perkataan

bahasa

Inggeris

"counselling" Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam
aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu
bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang
terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti
rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi
kebanyakan
kaunseling

profesional.
diamalkan

Secara
di

amnya

dalam

bidang

dapat

dikatakan

pendidikan,

bahawa

perubatan,

konsep
agama,

kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.


Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang
untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau
masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan
situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat
menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau
kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses
ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah
perhubungan

antara

kaunselor

dengan

klien

perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

atas

dasar

bahawa

kesan

1.0. Menghasilkan satu laporan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses,


Opportunities and Threats) berkaitan keupayaan guru untuk
membimbing satu kes murid bermasalah tingkah laku yang anda pilih.

1.1.

Pengenalan Kes

Pada Praktikum Fasa III ini, saya telah diamanahkan untuk mencurahkan
sedikit ilmu yang terkandung pada diri kepada murid Tahun 2 Fathanah dan
umumnya di Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa. Seawal pertemuan pertama saya
bersama murid-murid ini, saya telah dapat mengesan seorang murid yang
sentiasa senyap dan kurang bercakap.
Murid ini hanya mampu menyimpulkan senyuman manisnya kepada saya
setiap kali saya melontar soalan kepadanya. Perasaan saya bercampur baur,
sedikit marah kerana tidak menjawab pertanyaan saya dan mahu mengetahui
apakah masalah yang insan ini hadapi sehingga menyebabkan dya kurang
bercakap. Justeru itu, saya bertanya kepada rakan-rakannya yang lain tentang
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.
Murid tersebut mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan baik.
Setelah menganalisis berkaitan perilakunya di dalam kelas, saya mempercayai
bahawa murid ini bukan sahaja mempunyai masalah ini, malah kekurangan yang
ada pada diri insan teristimewa ini menyebabkan dia kurang berkeyakinan dan
sering melakukan kerjanya sendiri sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi
akademiknya di sekolah.
Wujud perasaan simpati terhadap ujian yang ditimpakan Illahi kepada insan
ini di dalam hati sanubari diri yang tidak pernah ditimpa ujian seberat itu. Bagai
mahu menitiskan air mata dek kerana memikirkan apakah saya mampu

mengharungi liku-liku sebegitu jikalau saya ditempatnya. Oleh itu, muncul suatu
perasaan yang mengatakan aku perlu cuba mengubah persepsi murid ini tentang
dirinya sendiri agar dia mampu berkeyakinan terhadap dirinya.
Faktor yang diambil kira dalam menghasilkan analisis SWOT ini ialah :

Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling


Kemahiran-kemahiran asas kaunseling
Intervensi kaunseling kanak-kanak
InsyaAllah, dengan adanya analisis SWOT ini mampu memudahkan saya

untuk mencuba melakukan apa yang dirasakan terdaya bagi menolong murid ini.
Amin.

2.1. Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam Menangani


Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah berdasarkan
analisis terhadap dakwaan seorang murid yang mengalami masalah
tingkah laku iaitu saya memang tak boleh berubah. Dah macam tu
dah. Apa nak buat?.
2.2.

Teori Pemusatan Klien


Teori Pemusatan Klien atau Perorangan telah diperkenalkan oleh Carls

Rogers di dalam bukunya yang pertama pada tahun 1942 iaitu Counseling and

Psychotherapy. Rogers memulakan pemusatannya kepada pengalaman klien dan


juga pandangan subjektifnya terhadap fenomena dunia ini.
Teori yang dikemukakan oleh Rogers adalah menganggap manusia adalah
aktif, mempunyai tujuan, matlamat, sedia membaiki diri. Roger mempercayai
bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut pembawaan semulajadinya.
Pendekatan ini adalah satu bentuk terapi yang memfokuskan pengalaman klien
terhadap diri mereka sendiri.
Secara tidak langsung, dapatlah diketahui bahawa fungsi kaunselor
mengikut pendekatan ini hanyalah tertumpu sebagai pemudah cara dalam
pembentukan kendiri dengan membantu klien menjumpai keupayaan dan
kebolehannya

sendiri

untuk

menyelesaikan

masalah

Kaunselor

perlu

membataskan kerjanya kepada pemberian maklumat yang diperlukan oleh klien


dan perlu cuba mengelakkan daripada mencadangkan keputusan-keputusan atau
penyelesaian kepada klien supaya keputusan atau jawapan kepada sesuatu
masalah tetap berada dalam kuasa klien.

Terapi ini mementingkan terhadap kualiti perhubungan antara kaunselor


dan klien. Rogers berpendapat bahawa terdapat tiga sifat kaunselor yang boleh
mewujudkan suasana yang boleh menggalakkan pembinaan diri seseorang yang
agar mereka bergerak maju dan menjadi apa yang sebenarnya mereka mampu.
Tiga sifat itu ialah:

keikhlasan dan
ketulinan

Kongruen

Penerimaa
tanpa
syarat

kebolehan
menyelami
secara
mendalam
perasaan
orang lain

Empati

Dengan adanya perhubungan yang betul dengan terapi, klien boleh


membuat keputusan yang betul tentang perkara yang perlu dilakukan dalam
kehidupan mereka. Pihak yang dibantu akan menjadi lebih berdikari dan akan
lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupannya
dan mereka boleh bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.
Jika manusia dapat melihat jalan atau cara yang terbuka untuk menuju ke
arah yang positif, mereka akan berpeluang untuk melakukannya. Inilah batu asas
yang akan membawa ke arah pencapaian dan kejayaan berdasarkan matlamat
mereka.
Intihanya, matlamat kaunseling adalah untuk menyediakan peluang atau
keadaan yang bebas dan untuk membentuk suasana yang membolehkan mereka
mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna.
Apanbila seseorang itu dibiarkan bebas barulah mereka boleh berfikir untuk
mencari jalan penyelesaian sendiri (Combs, 1989).

2.3.

Analisis Masalah Tingkahlaku Murid

Murid A :saya memang tak boleh berubah. Dah macam tu dah. Apa nak
buat?.

Berikut merupakan satu ungkapan yang telah diungkapkan oleh seorang


murid. Ungkapan ini diluahkan seolah-olah murid tersebut berputus asa terhadap
dirinya sehingga menyebabkan dia tidak bermotivasi untuk melakukan
penambahbaikan ke atas dirinya sendiri. Motivasi merupakan perangsang yang
boleh membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah
mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah sikap, minat dan
tingkahlaku (Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi4)
Menurut Hussien Mahmood dan Kamaruddin Abdul Rahman (1995) di dalam
artikel bertajuk Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca Timbul
Masalah Tingkahlaku, antara punca timbulnya masalah murid ini adalah faktor :

Diri Sendiri
Keluarga
Sekolah
Rakan Sebaya

2.3.1. Diri Sendiri

Duke (1980) Setiap individu bertanggungjawab atas setiap perlakuannya.


Setiap masalah yang telah dilakukan oleh murid ini adalah berkemungkinan
berpunca

daripada

bermasalah.

Jika

kemahuan

matlamat

dirinya

sendiri

kehidupannya

untuk

adalah

menjadikan

positif

maka

dirinya

dia

akan

menggerakkan dirinya ke arah yang positif begitu jugalah sebaliknya. Allah s.w.t.
telah di dalam al-Quran yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila
Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana
(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat
menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya (Surah arRadu : 11)
Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu
apa yang dikatakan sebagai the potential influence of the students free will.
Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di sekolah sewaktu belajar
atau bermainkerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka telah
menyalahi peraturan. Ini adalah menjadi suatu faktor yang penting dalam hal
murid-murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada
pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal
berkalikali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk
belajar. Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam
sesuatu mata pelajaran yang tertentu dan guru tidak pula berusaha untuk
menarik minat mereka, murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan
akan melakukan apa juga yang terlintas di hati mereka.
2.3.2. Keluarga

Parsona (1964) rumah merupakan kilang menghasilkan peribadi murid. Oleh


itu,

murid

ini

berkemungkinan

berkelakuan

begitu

berpunca

disebabkan

ketidakupayaan ibubapanya untuk mendidik anak mereka ke arah yang positif.


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Keduadua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Hadis
Riwayat Imam Bukhari)

Masalah yang berlaku pada rumahtangga juga boleh menjadi punca


terhadap berlakunya masalah murid ini. Masalah rumah tangga seperti keretakan
perhubungan suami isteri, pertelingkahan dan kurangnya masa untuk bersama
keluarga menyebabkan murid menjadi kemurungan dan tidak bermotivasi untuk
meneruskan kehidupan.
2.3.3. Sekolah
Suasana persekolahan juga menjadi salah satu faktor berlakunya masalah
murid ini. Mengikut Waller (1939) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah
pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di
sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini
lebih buruk di peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang
senang apabila terasa dipengaruhi (Wadd 1973).
Jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka
pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada
orang ketiga yang tidak bersalah (Gragey, 1970). Sebaliknya pula, guru yang
permisif akan menghadapi masalah disiplin di dalam dan di luar kelas, kerana
perlakuan-perlakuan yang tidak dapat diterima akan menyebabkan pengajaran
tidak dapat dijalankan. Dalam hal ini, guru sama-sama bersalah dalam
menyebabkan perlakuan salah penyesuaian itu (Gragey,1970).

Selain itu, Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah
disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak
mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggung jawab
guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan
sebilangan

besar

guru-guru

mengambil

sikap

lepas

tangan

dan

tidak

menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh


murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.
2.3.4. Rakan Sebaya
Rakan sebaya adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman
yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para
pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan
pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di
rumah.
Di dalam kes ini, berkemungkinan rakan sebaya murid inilah yang sering
menyatakan pendapat agar dya tidak berubah ke arah kebaikan malah
menyuruhnya melakukan kesalahan tingkahlakunya.

2.4.

Aplikasi Teori Pemusatan Klien Dalam Mengatasi Masalah Murid Tersebut


Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid di atas, pendekatan

afektif melalui Teori Pemusatan Klien, Carl R. Rogers amat sesuai digunakan.
Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang
rapat antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang
penuh dengan penerimaan dari kedua pihak kaunselor dan kaunselor boleh
menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan.
Manusia dilihat mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan
sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan diri. Teori Pemusatan Klien ini
akhirnya bertujuan bagi menyatupadukan antara rasa hati organisma yang

sebenar yang akan dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Perkara yang tak
kongruen akan disamakan semula, ini memupuk semula keseragaman dalam diri
individu itu.
Roger menekankan bahawa untuk mendapat perubahan tingkah laku yang
baru adalah tanggungjawab klien itu sendiri. Teori ini amatlah sesuai bagi kes
klien yang dibincangkan dalam kajian ini kerana berdasarkan penekanan
beberapa aspek berikut:i) Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak.
ii) Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman klien.
iii) Klien digalak memahami persepsi sebenar.
iv) Perhubungan terapeutik anatara kaunselor dan klien.
v) Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda, ketulinan dan kongruen.

Empati-kaunselor dalam ruang rujuk klien (menjiwai apa yang dilalui oleh

klien).
Redha-menerima klien tanpa ragu-ragu.
Ketulenan-ikhlas dan jujur menerima klien tanpa syarat
Kongruen-serasi apa yang dirasai klien.
Sesi kaunseling yang diadakan menitik

beratkan layanan kaunselor

terhadap klien, ini perkara ini sudah semestinya menggunaan kemahiran layanan
yang berstruktur bagi menjalinkan kesungguhan untuk mencapai empat konsep
tersebut. Untuk itu proses komunikasi amat penting dalam pendekatan teori
pemusatan klien.Seorang guru perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik dengan klien.
Ciri layanan semasa proses kaunseling adalah sangat penting kerana inilah
punca ikatan yang dapat merapatkan klien dan kaunselor. Bagi memastikan kesan
interaksi ini ialah dengan melihat mesej verbal dan non verbal melalui kaedah
serta kemahiran melayan dan mendengar. Kaunselor perlu peka gerak geri fizikal,
nada rentak suara, pertemuan mata, cara duduk dan riak muka agar diterima oleh
klien.
Ungkapan gerakbalas oleh kaunselor amat penting, pertemuan sebolehnya
dalam keadaan yang selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak merimaskan klien.

Mesej yang disampaikan mestilah sepadan dengan apa yang tersemat dalam
fikiran klien. Kemahiran mendengar dan melayan perlu dipraktikkan dengan baik
sepanjang sesi antara kaunselor dan klien. Kemahiran memparafrasa, penjelasan,
menyemak persepsi, refleksi, metafsir, konfrantasi, menyoal, menggunakan
dorongan minimum, memberi maklumat dan merumus.
(1421 patah
perkataan)

Penutup
Tanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid
bukanlah hanya terletak semata-mata pada bahu kaunselor atau guru kaunseling.
Akan tetapi, guru biasa tetap memainkan peranan yang sama pentingnya di
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, guru biasa perlulah serba sedikit memahami
dan mengetahui tentang perkara-perkara asas dalam bimbingan dan kaunseling
agar memudahkan peranan mereka untuk memotivasikan murid di sekolah kelak

RUJUKAN
BUKU
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taqiuddin Abd Mukti. (2012).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Oxford Fajar. Kuala Lumpur
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. Mohammad Nasir Bistaman. Ahmad Jazimin
Jusoh. Syed Sofian Syed Salim. Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran
Bimbingan

& Kaunseling. PTS Profesional. Kuala Lumpur


Marianne Minor. (1998). Kaunseling dan Bimbingan. Penerbitan Pelangi. Selangor
Othman Mohamed (1996) Teori-teori Kaunseling dan Psikoterapi. Serdang: IDEAL
UPM

JOURNAL
Liew Ping Yee, Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal KanakKanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Journal Pendidikan, 33, 19-33

LAMAN SESAWANG
Diambil dari http://www.leesharing.com/2014/04/peranan-guru-bimbingan-dankaunseling.html pada 5 Februari 2015
Diambil dari http://ubksukses.smksk.net/?page_id=4 pada 5 Februari 2015
Diambil dari http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm pada 5
Februari
2015

You might also like