You are on page 1of 13

KKT3043:

TEORI-TEORI KAUNSELING

Tajuk:
Verbatim sesi individu Teori Spritual

Disediakan Oleh:

Nama

NO Matrik

Wan Hardiah Binti Wan Makhtar

D20142069394

Siti Nur Hazwani Binti Rahim

D20142068867
Nama Pensyarah:

Dr Fauziah binti Saad

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Verbatim

Klien: Assalamualaikum
Kaunselor: walaikumusalam..dipersilakan masuk..
Klien: Terima kasih
Kaunselor: sebelum kita masuk kepada sesi kita lebih elok jika kita mulakan
degan membaca umul kitab al-fatihah (kaunselor dan klien membaca surah al
fatihah)
Kaunselor: adakah awak selesa dengan keadaan awak sekarang
Klien: ya saya selesa (sambil membetulkan kedudukan)
Kaunselor: sebelum itu, saya memperkenalkan diri terlebih dahulu., saya siti
Amira Binti Kamarudin selaku kaunselor awak pada hari ini. Boleh saya tahu
serba sedikit latarbelakang awak?
Klien: Nama saya Nur Batrisya Binti Amirul berumur 22 tahun saya menuntut
di university Malaya dan dari kos sejarah
Kaunselor: owhhhsemester berapa?
Klien: semester 4
Kaunselor: owhh semester 4, awak ada berapa orang adik beradik?
Klien:saya ada 4 orang adik beradik, saya anak yang ke 4
Kaunselor: owhh maksudnya yang atas awak tu kakak kea bang?
Klien: atas saya abang
Kaunselor: owhhh 3 orang maksudnya yang first tu?
Klien: ya yang first, kedua dan ketiga abang.. semuanya bekerja dan saya
seorang masih belajar
Kaunselor: owhh ..mak ayah awak ada lagi la?
Klien: ayah saya alhamdulillah masih sihat, tapi bekerja dengan syarikat
masing-masing
Kaunselor: owhh..kiranya awak duduk kolej tuh awak bawak motosikal ker
macam mana?ker awak bawa kereta?

Klien: memang saya boleh memandu tapi saya tak bawa kereta saya duduk
rumah sewa.
Kaunselor: owhh awak duduk rumah sewa
Klien: sebab rumah saya..
Kaunselor: awak duduk rumah sewa tuh dengan geng-geng awak
Klien: haah saya tinggal dengan pelajar kelas la
Kaunselor:okey la duduk dengan mereka
Klien:okey tapi saya jarang tinggal duduk bersama mereka tapi dalam bilik
berkongsi saya duduk kat bilik sorang dan kadang-kadang saya balik sebab
rumah saya dekat-dekat situ jugak
Kaunselor: owhh awak biasa balik?kalau awak balik mak dan ayah awak ada la?
Klien: tak ada ..mak dan ayah saya memang tak ada mereka busy. abang-abang
saya pun tak ada kadang-kadang out station
Kaunselor: owh jadi kalau cuti sem awak duduk kat mana?
Klien:kalau cuti sem saya akan akan bercuti dengan kawan-kawan
Kaunselor: owhh bercuti kat mana tu?
Klien: kawan-kawan saya tak cukup duit kami bercuti dalam Malaysia jetapi
kalu ada duit kami akan pergi Indonesia, Thailand
Kaunselor: owhh jadi awak suka berjalan-jalan la?
Klien: haah, sebab kalau kat rumah taka da sesiapapun,kalau saya balik rumah
pun bukan ada apa pun
Kaunselor:owhh ,jadi awak bercuti sekadar untuk hilangkan stress ke macam
mana?
Klien:haah
Kaunselor: selain bercuti awak buat apa lagi?kalau awak balik rumah tengok
mak dan ayah awak tak ada jadi mana lagi tempat yang awak pergi?
Klien: sealunya saya pergi karoke dengan kawan-kawan
Kaunselor:owhhh
Klien: kalau mak ayah saya balik rumah pun macam taka da orang.

Kaunselor: maksudnya awak tidak berkomunikasi ker dengan mak dan ayah
awak?
Klien:tak
Kaunselor: owhh sebab mereka terlalu sibuk ke macam mana?
Klien:haah
Kaunselor: kalau awak duduk dengan kawan-kawan..tak ada ke kawan-kawan
ajak pergi diko ker?
Klien: kawan-kawan dekat university, mereka ni asal kampung jadi mereka tak
tahu sangat pasal-pasal ni..biasa kalau saya pergi dengn kawan-kawan sekolah
dulu, biasa kami pergi melepak, pergi stadium.
Kaunselor: owhhh.maksudnya kalau awak pergi dengan kawan sekolah
awak?
Klien:haah
Kaunselor: jadi maksudnya kawan-kawan awak semua duduk dekat area sini la?
Klien: haah
Kaunselor:Oooooo..boleh saya tahu awak tinggal dekat area mana?
Klien: saya tinggal dekat Damansara
Kaunselor: owhh..jadinya semua kawan-kawan awak dekat area situ jugak la?
Klien: haahtapi kawan-kawan saya semua dah bekerja dan take over
compening family mereka
Kaunselor: jadi mereka tuh nak berseronok la pergi tempat macam tu?
Klien:haahsaya pun macam taka da kerja nak buat, belajar pun tak
minat..saya pun ikut la diorang
Kaunselor: owhh..tadi awak kata awak macam study tak minat..tak minat
macam mana tu?
Klien: mungkin sebab faktor persekitaran kot
Kaunselor: persekitaran yang macam mana tu?
Klien: saya suka kepada keseronokan la..tak suka la tertekan, belajar ni banyak
kerja , assignment dan rasa terganggu dan expectention saya pun tinggi
walaupun parent saya tak kisah pun macam orang lain la saudara mara.
Kaunselor: parent awak tak kisah? Maksudnya masa mula-mula datang?

Klien: saya sebenarnya suka university ini bertentangan dengan ibu bapa saya
punya keinginan
Kaunselor: owhhh..maksudnya ibu bapa awak nak awak belajar kat mana?
Klien: ibubapa saya nak saya ikut abang-abang saya belajar oversi untuk
meneruskan legasi mereka dalam bidang perniagaan tapi saya tak minat bissnes
Kaunselor:owhh jadi mungkin sebab awak yang bongsu,jadi mereka nak la
awak ikut legasi mereka.. tapi kenapa awak tak ikut kemahuan mereka?
Klien: sebab mak ayah saya selalu paksa saya ikut kehendak mereka..tapi
mereka tak pernah ikut apa yang saya nakso saya memberontak la walaupun
kos ini bukan kos yang saya minat
Kaunselor:owhh,,,jadi kos sejarah ni bukan kos yang awak minat la?
Klien:haah
Kaunselor: tapi setakat ni awak boleh go on lagi la?
Klien: saya macam biasa result sederhana ini lagi la..tak ada la feel ker..okey
boleh tahan la..walaupun kalau saya tunjuk keputusan saya pun mereka macam
pandang tak pandang pun
Kaunselor: owhhhsampai macam tuh sekali
Klien:ermmmm
Kaunselor: owhh jadi memang emak ayah awak tak minat la awak kat
university Malaya ni?
Klien:ermmsebab mungkin sebab kos kot
Kaunselor: owhh..jadi kalau contoh la awak diberi pilihan dalam kos perniagaan
semua tu boleh la?
Klien: mungkin
Kaunselor; owhh jadi awk tak pernah cuba untuk tukar kos ker?sebab demi
untuk emak dan ayah awak
Klien:tak nak,,sebab mak ayah saya bukan ambik tahu sangat pun pasal saya
sangat pun..diorang sibuk dengan kerja masing-masing
Kaunselor: jadi awak rasa diri awak macam..ni la
Klien: kat rumah pun kadang-kadang tinggal bibik je..tu pun kalau petang di
dah balik

Kaunselor: owhh.kiranya rumah awak ada bibik la?


Klien:haah
Kaunselor: awak kan anak bongsu jadinya kalau di rumah awak bersembang
dengan bibik jela?
Klien: haah(mengangguk)
Kaunselor: biasa la kalau contoh la, sebab awak kata kalau awak stress awak
akan keluar enjoy-enjoy dengan kawan-kawan. Contoh kalau diorang ajak awak
pergi disko semua awak ikut la?
Klien: haah saya ikut la tapi saya tak minum la benda-bendah haram tuh,tapi
saya masuk tapi satya memang atak sentuh la benda-benda haram tu saya tak
minum sebab dulu masa saya kecil-kecil atuk saya ajar solat, mengaji
Kaunselor: owhjadi jadi perasaaan awak sekarang kenapa?mungkin awak ada
apa-apa yang nak dikongsikan dengan saya tentang perasaan awak?
Klien: sebab hari tu saya ada dengar , hari tu masa saya keluar dengan
kawan,saya dengar seorang ustaz ni kata, kalau meskipun ibubapa kita tak
berubah kita sebagai anak kalau kita mula beruah sedikit-sedikit mungkin ibu
bapa kita akan terbuka hati.
Kaunselor:owhh maksudnya awak nak la kepada perubahan yang lebih baik.
Klien: sebab saya rindu dengan atuk saya, iaitu orang yang banyak ajar saya,
tapi saya dah lupa dah benda-benda tuhsolat pun jarang-jarang
Kaunselor: owhh kiranya awak solat pun jarang-jarang la?
Klien: haah,,sebab saya macam ikut mood la kalau saya rasa nak solat saya solat
kalau saya malas saya tak buat
Kaunselor: Ermmmm..kalau awak solat pun macam , maksudnya time-time
awak rasa insaf sedikit ker macam mana?
Klien: macam kalau saya dekat university, kawan-kawan saya yang boleh solat
selalu ajak saya, saya solat la..
Kaunselor: owhhh bila diajak la?owhh jadi bagaimana perasaan awak penat
ker?sebab awak solat pun sekadar ajakan daripada kawan-kawan.
Klien: bila saya solat ,saya tengok kawan-kawan saya solat saya berasa malu
sebab al-quran pun saya tak habis baca, saya Cuma hafal,surah surah lazim jew
saya ingat.

Kaunselor: jadi perasaan awak sekarang macam mana?


Klien: saya kalau boleh saya nak jadi orang baru
Kaunselor:owhhh Alhamdulillah lasebab awak antara insan yang dipilih
lasebab bukan semua hidayah Allah nak bagi kan..jadi ada tak inisatif yang
awak cuba untuk mempelajari dengan mendekatkan diri dengan siapa-siapa?
Klien: setakat ini saya tak pernah bagitahu kawan-kawan saya pasal diri saya
yang sebenar dan saya tinggal dekat-dekat sini..ibubapa saya tak pernah solat,
abang-abang saya pun saya tak pernah tengok mereka solatsaya tak tahu pun
mereka solat ke tak dan solat macam mana..tapi saya rasa tak penting pun,sebab
semasa saya membesar saya belajar solat dan mengaji dengan arwah atuk saya.
Kaunselor: owhh..kiranya awak masih, apabila awak ni awak ingat balik la apa
yang atuk awak pernah ajar dulu?
Klien: mungkin saya telah cari buku-buku atau rujukan pasal cara solat khusyuk
Kaunselor:jadi awak sudah mula cari la?
Klien: tapi saya malu la untuk bagitahu kawan-kawan saya yang keluarga saya
macam tu..mereka Cuma tahu saya serang yang susah..jadi mereka tak tahu saya
kat luar macam mana..sebab saya dekat university saya pakai tudung.
Kaunselor:owhh maksudnya kat luar awak tak pakai tudung la ?
Klien: kalau saya keluar dengan kawan-kawan saya tak pakai tudung la,takkan
la saya nak pergi pub saya nak pakai tudung
Kaunselor:owhh jadi mereka memang tak pakai tudung la?
Klien: ermm
Kaunselor: lepas tu awak tak rasa bersalah ke? Sebab awak ada dua peribadi
yang berbeza dengan kawan university awak lain dan dengan kawan-kawan
sekolah awak lain
Klien: kalau dulu saya tak rasa apa..tapi sekarang saya malu la,macam mana
kalau diorang tahu saya kat luar sebab mereka baik-baik pakai tudung
labuh,solat family pun baik-baik kalau saya ni family semua buat hal masingmasing
Kaunselor: sebenarnya awak rasa diri awak tak disayangi kan?dan dengan
kawan-kawan la awak boleh lepaskan perasaan tuhsaya rasa bolehla untuk
permulaan awak kearah lebih baik awak boleh start dengan solat taubat
ke..awak tahu ke pasal solat taubat?

Klien:saya pernah baca je..tapi saya tak tahu


Kaunselor:owhhhlebih elok la kalau awak cari ustaz-ustaz untuk awak lebih
mendekatkan diri awak dengan agama lalepas tu perasaan awak sekarang
macam mana?
Klien:saya dalam proses untuk mengenali diri saya, saya nak cuba macam
mendekatkan diri dengan Allah dulu mungkin dengan tuh saya akan diberi
ketenangan yang saya cari tu macam mana
Kaunselor: owhhh..jadi yang awak berubah ni kawan-kawan awak tak tahu tak?
Klien:sekarang saya keluar saya tak pakai baju macam dulu..saya dah pakai
baju yang sopan tak bertudung lagi..so masih tunggu
Kaunselor: owhh tapi syukurla sebab awak sekarang dah berubah dan okey
la..sebab kalau kita fikir semua orang tak sama kan sebab kawan-kawan awak
belum tentu lagi..jadi apa perasaan awak sekarang setelah meluahkan segalanya
kepada saya pada hari ini
Klien: saya berasa lebih tenang sebab ada orang yang dikongsi cerita
Kaunselor:jadi sebelum ni awak tak pernah bercerita dengan sesiapa la
Klien:ermmm..bibik saya jew tahu..
Kaunselor:owhh bibik tahu?
Klien: macam saya dah start berubah
Kaunselor:kiranya bibik macam setuju la ?xde macam ??
Klien:haah sebab bibik saya banyak tolong saya perbetulkan solat, sebab dia
jew ada kat rumah
Kaunselor: owhhh jadi bibik awak ni memang baik la?
Klien: haahsaya manggil bibik saya mak mah
Kaunselor:hah emak?
Klien: ehh tak mak mah
Kaunselor: owhh mak mah..owhh maksudnya awak anggap dia macam mak
awk ker macam nenek-nenek awak la?
Klien:haah..sebab saya saya dia macam mama saya la mama saya selalu tak ada
kat rumah..Saya lebih rapat dengan dia dan dia tahu la pasal saya kalu dulu dia
selalu marah kalau saya keluar ke..

Kaunselor: owhh jadi dia selalu marah?mungkin dia taknak la awak ni seksi ke
kan
Klien:haah sebab dia kata dia anggap saya sebagai anak dia dan sayangkan
saya.
Kaunselor:jadi saya rasa daripada apa yang awak cerita tu. Sekarang ni awak
lebih kepada hendak mencari ketenangan la?xdan awak nak cari semua
tuh?maksudnya dengan awak mula dekatkan diri dengan Allah dan agama awak
akan boleh terima la yang takpe la yang ambik kos ni ker macam mana
Klien: kalau dalam pelajaran saya tak fikir lagi go dengan flow tu jelah
Kaunselor: maksudnya akan teruskan dengan kos yang awak sekarang la?
Klien:maksunya saya akan cuba buat semua tuh..dari aspek solat, pergaulan
Kaunselor:tak apa lah..Cuma saya nak ingatkan awak, benda yang lepas awak
tak perlu kenangkan lagi maksudnya awak tak payah fikir dah dengan apa
kawan-kawan awak nak kata dan tak payah ambik kisah sangat, awak perlu ikut
dengan niat murni awak tu untuk kearah kebaikan walaupun ada yang
mencaci ker apa sebab hijrah sebenarnya tak semudah itutapi kenapa saya
tengok awak macam takut ye?
Klien:ermmmm..sebab saya bukan tak nak fikir tentang apa yang orang fikir
tentang saya macam saya slow-slow supaya kawan saya tak terkejutla
Kaunselor: owhh dengan perubahan awak tu.tapi sebab awak dah memang
betul-betul nak berubah awak bolehla cuba amalkan zikir-zikir.contoh awak
ditinpa masalah ker macam hasbirabbi jallallah ker awak kena istiqomah
labenda tuh kalau ada masalah awak boleh amalkan zikir-zikir lain ker..awak
jangan kalau ada masalah awak bertindak macam keluar dengan kawan-kawan
ker..awak carilah ketenangan dengan membaca al-quran
Klien: sekarang saya tengah belajar membaca al-quran ..saya dah lama tinggal
sebab tu saya tak ingat.
Kaunselor: owhh awak belajar dengan siapa?
Klien: kalau kat rumah saya belajar dengan mak mah, Cuma kalau sebelah
malam saya pergi masjid la..sebab masjid dekat rumah tu ada ajar membaca
alquran
Kaunselor: owhh kiranya dia ada ajar la..bagus la sebab awak mencari
untuk..maksudnya awak dah betul-betul nak berubah.

Klien: ya..sebab dulu saya rasa hidup saya kosong..macam saya pergi ikut
kawan-kawan saya pergi tempat macam tu pun hati saya tak tenang pun..
Kaunselor: tapi sekarang, selepas awak dah mula belajar awak rasa macam
mana tenang ker?
Klien: saya rasa kiranya macam..tak ada la peringkat rasa begitu tenang..Cuma
bila sekarang bila ada apa-apa saya tidak mudah melatah la..saya ta adalah
macam merajuk, pergi kelab..saya macam naik bilik saya pergi ambik wudhuk.
Kaunselor:owhh baguslah inisetif awak ambik tuh..untuk sucikan lagi hati
awak, awak boleh la amalkan solat taubat dan buat tiap-tiap malam, saya rasa
dengan cara itu mungkin akan membuatkan awak rasa benda yang lepas awak
tak akan..eh kenapa diri aku macam nie..sebab awak akan fikir tak apa lah itu
mungkin takdir aku dan benda ni akan menjadi pengajaran buat aku dan awak
akan lebih berfikiran positif..solat sunat taubat awak pernah la buat?
Klien: setakat ni tak buat lagi..hari tu saya pernah buat kat masjid..
Kaunselor: pernah buat kat masjid tu masa bila?
Klien:baru-baru ni sebab masjid dekat rumah ada buat macam Qiamullai
Kaunselor: owhhh.. kiranya masjid dekat rumah awak selalu la buat atau
anjurkan program program macam nie?
Klien:selalu la tapi family kitaorang jarang la pergi mereka tak kisah pun
Kaunselor: owwwhh mak dan ayah awak memang tak pergi latapi memang
bagus la masjid dekat rumah awak dan mungkin awak boleh belajar kat situ.
Klien: dia bukan masjid dia macam surau la
Kaunselor:owhhh surau labiasanya awak akan pergi dengan mak mah ker
dengan siapa? Ke Pergi sorang ker?
Klien: biasanya kalau malam saya pergi sorang-sorang..kalau siang kalau saya
taka da kelas saya pergi la dengan mak mah..tapi sekarang saya balik sekarang
pun saya tak akan biarkan rumah kosong.
Kaunselor: ermmmm..kiranya rumah sewa awak dengan kawan-kawan awak
pun awak jarang la duduk situ?
Klien: kalau lepas habis kelas ker apa saya rehat la dulu..
Kaunselor: owhh sebab dekatkan?
Klien:haah..tapi kawan saya tak tahu pun rumah saya dekat-dekat situ

Kaunselor: kenapa awak tak bagitahu?


Klien: sebenarnya saya malu sebab keluarga saya macam tu
Kaunselor:owhh awak malu lamak ayah awak memang sibuk lagi la?
Klien: ayah saya buat hal sendiri..tapi hari tu saya ada jumpa mereka tengah
siap nak pergi dinner malam tusaya baru balik masjid..lepastu mak saya tanya
saya pergi mana?
Kaunselor: lepastu?
Klien: lepas tu saya cakap la saya baru balik masjid..diorang pun macam pelik
la sebab dia tanya kenapa saya tiba-tiba pergi masjid lepas tu saya cakap saya
solat la
Kaunselor: lepas tu macam mana?
Klien: mak saya terus diam
Kaunselor:owhh yeke..maka wak diam..tak apa la mungkin dengan perubahan
awak tu emak dan ayah awak terbuka hati..sebab kadang-kadang kita yang kena
mulakan dulu
Klien:tula betul la ustaz tu kata
Kaunselor: sebab kalau ini mungkin emak dan ayah awak rasa malu tapi insha
Allah la semoga Allah bagi mereka hidayah dan awak pun kena selalu la doakan
mereka emak dan ayah awak
Klien:walaupun saya rasa emak dan ayah saya tak pedulikan saya, saya tetap tak
lupakan diorang sebab mereka tetap ibubapa saya kan
Kaunselor: yelah walaupun pun terjadi kan
Klien: kta tetapkan sayangkan mereka
Kaunselor: yela awak perlu la berdoa semoga Allah bagi mereka hidayah la kat
mereka
Klien: adaik beradik saya yang nombor dua selalu tanya khabar saya
Kaunselor:owhhh dia selalu tanya?
Klien: sebab dia tak ada kat oversi, dia ada kat Sarawak sebab dia kerja kat sana
kalau macam abang-abang yang lain tu jarang la..kalau abang yang nombor tiga
tuh ada balik juga tunjuk muka jelah
Klien: mereka semua sudah berumahtangga ke?

Klien: semuanya belum..


Kaunselor: owhhhh.. jadi sepatutnya mereka ni merekan kan abang dan perlu
membantu adik kan
Klien: mungkin sebab abang saya yang sulong tuh doktor dia macam sibuk
..faham-faham la doktor tapi saya tak kisah sangat..tapi abang saya yang paling
tak rapat adalah abang yang nombor tiga
Kaunselor: kenapa awak tak rapat
Klien: mungkin sebab jarak umur kami sangat dekat , bila dah dia habis belajar
emak saya paksa saya untuk ikut jejak langkah dia..tapi saya tak nak tapi abang
saya yang nombor tiga tuh sebab dia duduk di luar negara terlalu lama sebab tu
saya tak rapat sangat
Kaunselor: kalau balik berkumpul hari raya pun masih stay tak berkomunikasi
jugak la?
Klien: kalau hari raya selalunya tak balik kampung sebab emak ayah saya tak
balik bercuti
Kaunselor:maksudnya tak balik rumah family rumah nenek semua?
Klien: saya jarang jumpa nenek sebelah ayah
Kaunselor: owhh awak jarang berjumpa la sebab?
Klien:tak tahu sebab ayah saya tak bagi balik kampung..Cuma sebelah mak atuk
saya jewlah yang ada lagikalau belah ayah saya jarang jumpa
Kaunselor: owhh..tak apa lah ..yang penting sekarang awak boleh fokus dengan
niat murni awak untuk kearah lebih baik tapi seperti yang saya syorkan
tuh..awak boleh start dengan solat taubat semua kalau awak ada masalah awak
jangan bertindak luar la..awak boleh ambil wuduk ker untuk cari ketenangan
dan boleh amalkan zikir-zikir yang saya berikan tadi awak boleh amalkan dalam
kehidupan awak..sebelum kita tamatkan sesi ini ada apa-apa yang awak nak
kongsikan dengan saya.
Klien:setakat ini tidak ada..dan saya nak ucap terima kasih lah kepada cik sebab
dengar luahan hati saya
Kaunselor: eh tak apa awak jangan risau, apa apa yang awak kongsikan menjadi
satu rahsia antara kita dan saya berpegang kepada etika kerahsiaan dan menjadi
rahsia antara kira berdua.saya rasa cukup sekadar ini dan kita boleh berhenti
setakat ini sahaja la..kalau ada apa-apa lagi kita akan berjumpa disesi akan
datang dan saya nak ucap terima kasih kerana awak sudi hadir pada sesi hari ini.

You might also like