You are on page 1of 3

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

UNIT KAUNSELING
OPEN UNIVERSITY KUALA LUMPUR

KAUNSELOR : Asrul Effendy


KLIEN : Manimaran Vellu
TARIKH : 19 Mac 2016
TEMPAT : Bilik Kaunseling OUM
MASA : 3.30-4.00 Petang
VIDEO NO : V2
BILANGAN SESI : Sesi 1
NOTA : Klien meminta sesi dilakukan dalam bahasa Ingeris dan secara tidak
formal untuk keselesaan.

CATATAN

Definisi Masalah:
Klien berkerja sebagai direktor disalah sebuah pusat tuisyen di Kuala Lumpur. Beliau
mempunyai masalah dalam membuat keputusan untuk menerima tawaran dari majikan ditempat
lama beliau bekerja yang juga sebuah pusat tuisyen. Klien mengalami perasaan dilema untuk
meninggalkan syarikat telah beliau bangunkan walaupun beliau mempunyai pilihan untuk
mentadbir kedua-dua pusat tuisyen dalam satu masa disamping tidak mampu untuk menolak
permintaan majikan lama tempat klien berkhidmat dulu.

Sesi pertama bersama klien ini:


Dalam sesi yang pertama bersama klien ini, saya telah membina hubungan dengan bertanya,
tempat tinggal dan keadaan klien untuk memastikan klien dalam keadaan yang selesa. Saya juga
membuat penstrukturan mengenai perjalanan sesi yang akan dijalankan bagi membantu klien
untuk melihat perjalanan sesi yang akan dijalankan. Strategi pertama yang saya gunakan untuk
meneroka permasalahan yang dihadapi oleh klien dengan mengajukan soalan terbuka kepada
klien seperti ‘Do you feel Ok..?’. Walaupun ini merupakan sesi yang pertama bersama klien,
klien bersikap lebih terbuka dengan menerangkan permasalahan yang beliau mempunyai
masalah dalam membuat keputusan untuk menerima tawaran dari majikan ditempat lama beliau
bekerja yang juga sebuah pusat tuisyen. Klien mengalami perasaan dilema untuk meninggalkan
syarikat telah beliau bangunkan walaupun beliau mempunyai pilihan untuk mentadbir kedua-dua
pusat tuisyen dengan bantuan isterinya serta kakitangan dari pusat tuisyennya. Klien tidak
mampu dan tidak smpai hati untuk menolak permintaan majikan lama tempat klien berkhidmat
dulu atas dasar terhutang budi pada majika lamanya. Saya bertanya adakah klien ada membuat
cadangan yang memberi faedah kepada kedua belah pihak. Klien mengatakan beliau ada
membuat 2 cadangan untuk majikan lamanya iaitu 1- klien mentadbir pusat tuisyen secara
saparuh masa dan 2-mencari seseorang yang boleh membantu majikan lama mengantikannya.
Walaubagaimana pun cadangan ini masih lagi dalam pertimbangan majikan lama klien dan
beliau datang untuk sesi ini untuk meluahkan perasaan dilema beliau dalam membuat keputusan.
Sesi ke 2 dijangka akan dilakukan dalam dua minggu dari tarikh hari ini.

Aplikasi
1. Pemusatan Klien
Dalam sesi pertama bersama kaunselor menunjukan rasa empati dan cuba merasai apa yang
dirasakan oleh klien.
2. Kewujudan
Dalam sesi ini kaunselor memberi pandangan mengenai kebebasan dan tanggungjawab dan
kebolehan untuk mengenal diri sendiri dan membuat keputusan.

Matlamat Sesi:
Adalah untuk membantu klien menyedari bahawa klien mampu membuat kepustan yang terbaik
untuk kedua belah pihak.

Kelebihan Sesi:

1.Kaunselor dapat membawa klien menyedari bagaimana klien mempunyai jalan penyelesaian

kepada masalah yang dialaminya, disamping meningkatkankan kekuatan dalaman untuk

membuat keputusan.

2.Kaunselor juga dapat mempraktikkan kemahiran dan teknik-teknik kaunseling dalam

menerokai permasalahan klien


3.Kaunselor dapat mewujudkan kepercayaan klien di mana klien sudah mula membuat

pengluahan pada pertengahan sesi.

Kelemahan Sesi

1.Kaunselor bercakap dengan lebih jelas dan penggunaan soalan perlulah lebih banyak

maklumat yang lebih terperinci.

Refleksi :

Dalam sesi ini ,kaunselor telah mempu membawa klien melihat bagaimana permasalahan

wujud bagi membantu klien untuk lebih sedar akan keadaan klien. Kaunselor juga dapat

membantu klien dalam melihat permasalahan sebenar klien melalui penerokaan ke atas isu yang

dibawa oleh klien dengan menggunakan teknik dan kemahiran yang telah terapkan oleh

kaunselor dalam sesi ini.

You might also like