You are on page 1of 2

REFLEKSI

Hari : Isnin
Tarikh: 10 Jun 2019
Bagi menjalani praktikum fasa 2 ini, saya telah memilik Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Soon Jian yang terletak di Alor Setar sebagai sekolah praktikum
saya selama 3 bulan. 10 Jun 2019 merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki
ke SJK(C) Soon Jian sebagai guru bagi praktikum fasa 2. Segala ilmu yang saya
perolehi dan tuntuti selama semester-semester yang lepas di IPGKDA akan diuji
sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Pada hari pertama, saya dan tiga orang guru pelatih yang lain telah melaporkan
diri di sekolah tersebut pada pukul 7 pagi. Sewaktu tiba di sekolah, kami dijemput oleh
guru besar sekolah tersebut, iaitu Puan Lim Chye Peng. Kami diminta untuk
memperkenalkan diri dan kami juga diperkenalkan dengan guru pembimbing masing-
masing. Seterusnya kami diberikan sedikit taklimat oleh penolong kanan 1 di sekolah
tersebut. Beliau berkisar tentang latar belakang sekolah, maklumat tentang peraturan
sekolah dan tugas-tugas yang akan diberikan. Selepas itu, kami berbincang berkaitan
pengurusan dan pentadbiran prasekolah dengan guru pembimbing masing-masing.
Perkara lain yang turut dibincangkan ialah berkaitan murid-murid, jadual waktu
prasekolah, pengurusan prasekolah serta peranan dan tanggungjawab pembantu
pengurusan murid.

Selepas itu dengan mengikut jadual kelas yang diberikan oleh PK1, kami
berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran yang berkenaan. Kami telah
diberi topik-topik yang perlu diajar selama 3 bulan ini. Kami juga telah mengeliling
kawasan sekolah untuk mengenal kawasan sekolah. Jumlah murid di sekolah ini
hanya 65 orang murid. Perkara yang sangat menarik tentang sekolah ini ialah murid-
murid bersopan-santun dan amat memberi kehormatan kepada kami. Walaupun
kedatangan kami disambut baik oleh pihak sekolah tetapi perasaan bimbang masih
wujud dalam diri saya. Hal ini kerana setiap kelas dalam sekolah ini mempunyai
sekurang-kurangnya 1 orang murid bumiputera. ia merupakan kali pertama saya akan
mengajar di sekolah yang kebanyakan murid terdiri daripada bangsa melayu. Kini
saya kena mempertingkatkan kemahiran komunikasi saya bagi menyampaikan
pengajaran saya kepada murid-murid. Saya berharap dapat menjalani praktikum fasa
2 dengan cemerlang dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh
keputusan cemerlang dalam praktikum dalam subjek major dan minor. Pada jam 1.30
petang kami pun bertolak pulang ke rumah setelah mendapatkan dokumen yang
diperlukan.

You might also like