You are on page 1of 2

CATATAN REFLEKSI

Catatan Refleksi Minggu Pertama


Tarikh : 11 Julai 15 Julai 2016

1. Isu / Perkara yang difokus:


Pada minggu pertama saya telah menyerahkan semua butir - butir program Internship
yang akan saya laksanakan sepanjang empat minggu di SK Bertam Indah kepada
pihak pentadbiran sekolah. Saya juga telah diberikan seorang mentor bagi membimbing
dan membantu saya iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Kamal Bin
Mohd Nor. Saya telah diberi tanggungjawab mengajar subjek Matematik bagi kelas
tahun 3 Mutiara. Waktu mengajar yang diberikan kepada saya adalah sebanyak 2
waktu seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat. Pada minggu ini juga saya telah
memulakan sesi pengajaran

dan pembelajaran serta pelaksanaan kajian tindakan

saya. Saya telah memilih tajuk peratus dan wang bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran kali ini. Saya juga telah berkesempatan untuk mengenali dan berkenalan
dengan murid-murid tahun 3 Mutiara bagi mengenal pasti tahap dan kemahiran mereka.
Pada waktu yang sama, saya perlu merancang dan menlaksanakan 3 projek sepanjang
empat minggu iaitu 2 projek berkumpulan dan 1 projek individu.
2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan:
Isu ini telah membuatkan saya lebih bersedia untuk bertindak dengan lebih efisien dan
pantas bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini. Persediaan
yang lebih awal akan memudahkan perjalanan sesuatu projek yang bakal dilaksanakan.
Memandangkan kebanyakkan projek memerlukan kami bergerak secara berpasangan
atau berkumpulan, semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar
guru yang terlibat. Guru pembimbing saya juga adalah seorang yang sangat
berpengalaman dan peluang ini akan saya gunakan untuk menimba ilmu sebanyak

CATATAN REFLEKSI
yang mungkin. Murid - murid tahun 3 Mutiara menunjukkan minat dan kesungguhan
yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu pertama.
2.2 Kelemahan :
Kami mengalami sedikit kesuntukan masa bagi merancang dan melaksanakan projekprojek yang bakal dilaksankan serta perlu menyelesaikan kajian tindakan yang telah
dilaksanakan. Kami juga perlu lebih proaktif kerana sepanjang empat minggu ini SK
Bertam Indah akan sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah.
3. Cadangan penambahbaikan:
1. Bagi mengatasi isu ini, saya telah menyenaraikan beberapa aktiviti atau projek
yang sesuai untuk dilaksanakan sepanjang sesi internship sebelum bermulanya
sesi internship.
2. Selain itu, perbincangan dengan pihak sekolah juga amat diperlukan untuk
mendapatkan maklumat berguna yang akan membantu pelaksanaan projek yang
akan dijalankan. Memandangkan salah satu projek yang bakal dilaksanakan ini
adalah projek besar daripada pihak sekolah, saya dan rakan pelajar guru yang
lain perlu sentiasa meminta pendapat dan pandangan daripada pihak sekolah
untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek.
3. Pengagihan tugas mengikut kebolehan dan jumlah individu yang terlibat dalam
sesuatu projek juga dibuat bagi memastikan tiada unsur berat sebelah serta
kekurangan tenaga kerja dalam pelaksanaan sesuatu projek.

You might also like