You are on page 1of 3

Hari Karnival Keusahawanan

2011

OBJEKTIF
1. Dalam usaha menangani isu-isu berkaitan marketability dan employability lulusan
Kolej Komuniti, program ini dirangka menjadi salah satu alternatif kepada pelajar untuk
bekerja sendiri sebagai usahawan.
2. Menyediakan aktiviti praktikal keusahawanan sukan usahawan
3. Memberi pendidikan mengenai keusahawanan serta memupuk kesedaran bekerja
sendiri serta penekanan kemahiran hardskill dan softskill.
4. Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di
peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa).

5. Menyalurkan maklumat dan pengetahuan ilmu keusahawanan pada pelajar dan


komuniti setempat.

RASIONAL PROGRAM
1. Selaras dengan teras ketiga Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian
Tinggi (DPKIPT) iaitu memantapkan program pembangunan dan pengukuhan
keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang benar-benar menceburi
bidang perniagaan. Program ini akan memberi penekanan kepada program
pembudayaan keusahawanan, membangun usahawan dalam perniagaan strategik dan
berpotensi tinggi serta melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang
dinamik, berdaya tahan dan progresif.
2. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk melihat perspektif
keusahawanan sebagai peluang kerjaya.
3. Selain itu, ianya memberi peluang untuk persediaan dan penambahbaikan dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan dan keyakinan diri untuk menjadi usahawan berjaya.
4. Pelajar-pelajar mempelajari secara praktikal ciri-ciri keusahawan melalui sukan
usahawan dan komuniti setempat akan memperolehi nilai tambah maklumat
keusahawanan melalui aktiviti yang di adakan.

AKTIVITI KARNIVAL
1 : Peserta Kemahiran Kursus Pendek.
2 : Pameran dan Forum Agensi Keusahawanan.
3 : Ceramah Perdana Keusahawanan.
4 : Pertunjukkan Sukan Tomoi.
5 : Pameran Kereta Antik.

6 : Pertunjukkan Fesyen.
7 : Sukan Paintball.
8 : Pameran Angkatan Tentera.
9 : Cabutan Bertuah.

You might also like