You are on page 1of 2

Sekolah Kurang Murid (SKM)

Pengenalan SKM

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang


perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Di antaranya
ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar Bandar yang merujuk kepada
ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru
terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di
pedalaman.

Kriteria SKM

Sehingga tahun 2005, terdapat 2261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan
sebagai Sekolah Kurang Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada
150 orang.
Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan
menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah
Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.
Penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakan
berada jauh di pedalaman.
Mengamalkan pengajaran kelas bercantum.
SKM kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja.
Mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.
Terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak ramai.

Kaedah pelaksanaan SKM

Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid


dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini
tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa.
Pelaksanaan kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah
kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan.
Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua
atau tiga tahun persekolahan (iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1,2 dan 3).
Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.

Ciri-ciri kelas bercantum


Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.
Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun
persekolahan mereka.
Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi
memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam
kelas bercantum.
Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.
Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan
berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan.
Jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid,
maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum.
Seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun
persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama.
Kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar
yang sedia ada.
Contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan
murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas
bercantum.
Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh
mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah
kelas.
Namun, biasanya bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas
bercantum tudak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut
nisbah bilangan kelas yang terdapat di sesebuah sekolah berkenaan.
Strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada
kelas biasa.
Semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid
dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan.
Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dnegan
berkesan, gruu yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran
yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah.

You might also like