You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan

Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu mencabar
terutamanya kepada guru pemulihan. Guru pemulihan menempuh pelbagai cabaran untuk
mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah
pembelajaran yang berbeza. ‘Remedial is an ambulance in education system’ menggambarkan
kepentingan setiap insan yang terlibat dalam program pemulihan untuk membantu murid
pemulihan keluar dari daerah kelemahan masing-masing. Murid pemulihan yang mempunyai
masalah pembelajaran boleh diatasi dengan bantuan guru pemulihan yang mempunyai
kepakaran khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan kolaboratif melalui intervensi
bersama komuniti di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Nahtijahnya, adalah penting bagi
seorang guru pemulihan untuk memahami tentang kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas
seperti perbezaan dari segi budaya, jantina, etnik dan juga pencapaian akademik supaya guru
dapat menggunakan kaedah pengajaran yang memaksimukan setiap kepelbagaian dimensi.

2.0 Penulisan Akademik

Kemenjadian murid merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan


terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai hasrat dalam
Transformasi Sekolah 25. Menyedari hakikat ini, kepelbagaian murid pemulihan adalah penting
bagi guru pemulihan untuk memahami dimensi murid pemulihan. Menurut Kamus Dewan (2005),
kepelbagaian adalah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda
sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.
Dalam konteks dunia pendidikan, antara kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas ialah
perbezaan dari segi budaya, etnik, dan jantina. Pada pendapat saya, kepelbagaian adalah satu
kelebihan insan atau manusia yang membezakannya dari makhluk ciptaan Allah s.w.t yang lain
ialah minda atau akalnya. Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi
utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti
dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), pendidikan pemulihan merupakan pendidikan


untuk memulihkan pendidikan murid ke taraf sepatutnya. Walaupun program pendidikan
pemulihan telah lama dilaksanakan di sekolah, namun masih wujud beberapa isu yang berkaitan
terhadap pelaksanaanya yang berkait rapat dengan kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas.
Pelaksaanaan program pemulihan khas melibatkan satu proses yang berkait rapat antara satu

1
sama lain dan wujud beberapa isu yang timbul yang menggambarkan kekurangan pelaksaanaan
program ini. Antara isu yang timbul ialah isu perbezaan individu. Setiap individu adalah berbeza
dengan individu yang lain. Isu perbezaan individu murid pemulihan khas adalah isu hangat yang
dibahaskan oleh pihak pentadbir, guru dan juga ibu bapa.

Murid pemulihan kerap dipandang rendah dari segi keupayaan untuk mengikuti sesuatu
sesi pembelajaran. Namun begitu, perbezaan individu murid pemulihan boleh dididik agar
menjadi lebih bersedia jika menerima layanan, tunjuk ajar dan bantuan yang bersesuai dan
memenuhi keperluannya. Murugiah (1997) berpendapat bahawa faktor motivasi, tekanan emosi,
pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga
mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Kenyataan ini membuktikan bahawa sikap,
penerimaan dan layanan guru terhadap murid pemulihan semasa mereka mengikuti p&p di bilik
darjah perdana berupaya menjadi salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kesediaan belajar
golongan ini seterusnya mempengaruhi peningkatan atau penurunan pencapaian di kalangan
mereka ini.

Dalam pada itu, penerimaan sebahagian guru aliran perdana terhadap murid pemulihan
masih lagi dingin. Perkara ini dibuktikan oleh Sue (2012) di mana guru-guru dikatakan mempunyai
anggapan negatif seperti murid ini lambat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Murid pemulihan khas mempunyai kemampuan kognitif yang rendah. Nurul Hidayah (2009)
dalam Murnie (2013) berpendapat bahawa pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada
mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan,
penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Kekurangan ini menyebabkan pencapaian
dalam akademik mereka rendah dan seterusnya menimbulkan pelbagai masalah lain dari
berbagai pihak. Sebagai contoh, pihak pentadbir dan guru aliran perdana kurang dapat menerima
kehadiran mereka. Kesemua perkara sebegini mengusutkan keadaan yang akhirnya
mencacatkan kelancaran perlaksanaan program pemulihan khas.

Guru harus menyedari bahawa tugas mendidik bukan hanya sekadar memindahkan
maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada seorang murid semata-
mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta pengalaman yang berguna dapat
membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang murid. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru
harus memilih dan mengaplikasikan pendekatan yang mampu meraikan perbezaan individu yang
ada pada setiap murid. Contohnya, guru pemulihan perlu mengenal pasti pendekatan pengajaran
yang sesuai bagi murid dengan mengambil kira perbezaan-perbezaan dari sudut cara gaya
pembelajaran untuk disesuaikan dengan proses pengajaran agar dapat membantu murid berjaya

2
belajar dengan cepat, tepat dan bermakna. Bertitik tolak daripada sinilah, maka pendekatan
individu merupakan satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan kepada semua murid
pemulihan.

Seterusnya, murid pemulihan khas yang tidak menguasai kemahiran bersosial dan
mengalami rasa rendah diri serta kecewa, mendorong diri dengan mengambil langkah
mengundur diri dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini mnyebabkan timbulnya isu kompetensi sosial murid pemulihan. Hal ini dinyatakan
dalam kajian Supiah (2005), dengan kenyataan pada umumnya murid yang mempunyai masalah
‘kecelaruan mental’ (mental disorder) termasuklah masalah emosi dan tingkah laku, mempunyai
helah bela diri yang kental. Akibat kurang cekap dalam menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling, mereka menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan kumpulan barunya (kelas
perdana) sehingga menjadikan mereka dipandang serong, dianggap degil, pemalas serta disalah
ertikan oleh banyak pihak.

Kekurangan menguasai kemahiran bersosial menyebabkan mereka tidak yakin untuk


bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Pendapat ini disokong oleh Nurul Hidayah
(2009), di mana murid yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk
mencari kawan, diketepikan dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Kemahiran bersosial boleh
menjadi pemangkin kejayaan dalam menguasai pembelajaran serta dapat menyalurkan
maklumat yang diperlukan dengan tepat agar mereka lebih difahami dan keperluan mereka dapat
dipenuhi. Jika mereka mengalami masalah komunikasi, mereka akan menghadapi masalah
dalam memahami maklumat yang disampaikan oleh orang lain (Taylor, Smiley & Richard, 2009).
Dalam menangani situasi ini, cara dan pilihan komunikasi hendaklah disesuaikan dengan
kebolehan mereka (Vaughn & Bos, 2012).

Dalam konteks pendidikan, guru pemulihan merupakan individu yang mula mula
berkomunikasi dengan murid pemulihansecara formal. Tanpa komunikasi dan saling memahami,
banyak masalah akan timbul berkaitan dengan pengajaran dan tingkah laku. Pada pendapat
saya, cadangan untuk mengatasi isu kemahiran sosial ini ialah dari aspek pengajaran kemahiran
komunikasi guru. Menurut pembacaan saya, Noor Aini Ahmad et al. (2011) melaksanakan kajian
tentang pengajaran kemahiran komunikasi terhadap murid bermasalah pembelajaran yang
bertujuan mengenal pasti pendekatan pengajaran yang dapat membantu meningkatkan mutu
pembelajaran mereka. Kajian mendapati perlunya pengajaran menggunakan gerak badan (body
language) berbantukan gambar bagi memudahkan murid terlibat dalam pembelajaran.

3
Dalam pada itu, isu penempatan menjadi satu isu hangat dalam program pendidikan
pemulihan. Isu penempatan melibatkan ibu bapa yang kurang yakin dengan keberkesanan
program pendidikan pemulihan dan memandang rendah terhadap keperluan kelas ini. Menurut
Koh (1975) dalam penulisannya tentang peranan ibu bapa dan guru terhadap pendidikan
pemulihan, beliau menyatakan terdapat pertuduhan bahawa ibu bapa, guru dan masyrakat sering
bersikap negatif dan kurang berminat terhadap pembelajaran murid seperti menyingkir dan
memandang rendah terhadap mereka. Keadaan ini menyebabkan kesukaran daripada pihak ibu
bapa untuk membenarkan anak mereka mengikuti program pemulihan khas. Ada juga
sesetengah ibu bapa yang mempunyai pandangan bahawa penglibatan anak mereka dalam
program pemulihan tidak akan memberi kesan positif terhadapa kemajuan murid tersebut.

Ini dibuktikkan oleh Chua dan Koh (1992) yang menyatakan bahawa perkataan seperti
‘tidak boleh dididik’ dan ‘terlalu lewat untuk dirawat’ menjadikan isu penempatan ini sebagai isu
besar yang mematikan jiwa guru pemulihan untuk memberikan didikan dan perkhidmatan yang
terbaik kepada murid. Namun sebagai guru pemulihan yang komited dengan kerjaya, Guru
Pemulihan hendaklah mempunyai sikap yang positif seperti tabah, optimis dan bersifat
kepimpinan (Zainal, 1986). Pada pendapat saya, isu penempatan ini boleh diatasi dengan
mewujudkan sesi perkongsian pintar antara pihak ibu bapa dengan sekolah terutamanya
pentadbir dan guru pemulihan khas. Guru pemulihan dengan kerjasama dengan pihak pentadbir
boleh menjadikan ibu bapa sebagai ‘smart partner’ yang melibatkan sebarang pelaksanaan dan
keputusan yang dapat membantu murid pemulihan keluar dari daerah kelemahan masonh-
masing.

3.0 Penutup

Pengetahuan terhadap murid merupakan satu komponen penting dalam Pengetahuan


Kandungan Pedagogi untuk dikuasai oleh guru pemulihan. Antara pengetahuan berkaitan murid
yang disarankan oleh Rasulullah SAW ialah guru seharusnya menitikberatkan waktu, keadaan
dan bahan pengajaran yang sesuai dengan murid (Ibrahim, 1999; Abdul Fattah, 2009; Ibrahim,
2012). Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),
bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman,
tingkah laku, amalan, dan bakat. Maka, seorang guru pemulihan yang berdedikasi harus
memahami keperluan dimensi murid di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan yang
wujud dalam kalangan murid sekolah rendah.

4
4.0 Rujukan

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan (Bacaan Asas). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim A., Al-Sadan. (1999). The pedagogy of the Prophet. Muslim Education Quarterly, 16:5-
18.

Murugiah Velayutham. (1997). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noor Aini Ahmad et al., “Pengajaran Kemahiran Komunikasi bagi Murid-Murid Bermasalah
Pembelajaran Teruk” dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2:2, Nov. 2012

Shifrer D. and Callahan R. (2012). Stigma of a Label : Educational Expectations for High School
Students Labeled With a Learning Disability. Austin : The University of Texas.

Sue. (2012). Isu Pendidikan Inklusif. Diambil daripada


http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-pendidikan-inklusif.html

Supiah Saat. (2005). Komitmen Dan Peranan Guru Dalam Perlaksanaan Pendekatan Pendidikan
Inklusif di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Taylor, Smiley & Richard, 2009. Execptional Students: Preparing Teachers for the 21 st Century.
Boston: McGRAW HILL.

Vaughn, S. & Bos, C.S., 2012. Strategies for Teaching Students with Learning and Behavior
Problems. New Jersey. Pearson Education Inc

Zainal Abidin Deen. (1986). Pentadbiran dan Pengelolaan Pendidikan di Peringkat Negara,
Negeri dan Sekolah. Kertas Kerja Bahagian Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like