You are on page 1of 10

KERTAS CADANGAN

TABUNG WAKAF PENDIDIKAN

SK JALAN HANG TUAH 1


JALAN HANG TUAH,
55200 KUALA LUMPUR

TEL / FAKS : 0392214494


EMAIL :wbb0086@moe.edu.my

ANJURAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SK JALAN HANG TUAH (1)
PENGENALAN

Pihak PIBG amat peka tentang kekurangan prasarana yang dihadapi oleh pihak
sekolah. Justeru, pihak PIBG mencadangkan penubuhan Tabung Wakaf Pendidikan
SK Jalan Hang Tuah (1). Satu lagi platform untuk mencari dana demi kebaikan anak-
anak di SK Jalan Hang Tuah (1).

Semoga dengan penubuhan Tabung Wakaf Pendidikan SK Jlan Hang Tuah (1) ini,
pihak PIBG dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan prasarana yang lebih
selesa dan menjurus kepada PAK 21.

FALSAFAH

Falsafah penubuhan Tabung Wakaf Pendidikan SK Jalan Hang Tuah (1) untuk
membantu pihak sekolah dalam menyediakan prasarana sekolah yang lebih konduksif
dan selamat demi keselesaan anak-anak SK Jalan Hang Tuah (1).

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah SRK Jalan Hang Tuah (1) mulanya diasaskan sebagai ‘ Weld Road Primary English
School Kuala Lumpur” pada tahun 1960. Ia telah menumpang dengan menggunakan
bangunan Bukit Bintang Primary Girls School’ sementara menunggu bangunan di Jalan
Davis siap. Pada tahun 1961 sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan lama ‘Pasar Road
Primary English School’ dan namanya ditukarkan kepada ‘Datuk Abu Bakar School’.

Pada tahun 1962 , sekolah ini dibahagikan kepada dua :

i, Datuk Abu Bakar Boys Girls School ( untuk murid perempuan dan
dipindahkan ke bangunan di Jalan Davis dan guru besarnya ialah
Puan Ruth Phang .

ii . Datuk Abu Bakar Boys Girls School , untuk murid lelaki dan guru
besarnya ialah Encik Yoong Khee Meng. Sekolah ini masih menggunakan
bangunan lama ‘ Pasar Road Primary English School ‘ sehingga 12 Januari
1963 , bila bangunan sekolah di Jalan Shaw siap , ketika itu namanya pun
ditukarkan kepada ‘Shaw Road Boys School’.

Pada tahun 1975 , Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya Sekolah


Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris ditukarkan kepada SRK. Maka nama sekolah ini
ditukarkan kepada SRK. Jalan Shaw ( 1 ) ,

Pada 1 Januari 1982 , Jalan Shaw ditukarkan kepada Jalan Hang Tuah. Jadi nama
sekolah ini ditukarkan kepada SRK Jalan Hang Tuah ( 1 ) .

SK Jalan Hang Tuah ( 1 ) terletak di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur


dan dikelilingi oleh balai polis , bomba , Dewan Bahasa dan Pustaka serta aliran transit dan
monorel .
Komposisi para pelajarnya adalah pelbagai bangsa dan agama, dan Bahasa Malaysia
adalah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah ini. Pelajar-
pelajarnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan .

Mengikut sejarah awal penubuhan usia sekolah SK Jalan Hang Tuah (1) mencecah 59
tahun. Purata murid-murid di sekolah ini daripada kalangan ibu bapa B40 dan M40.

KAKITANGAN SK JALAN HANG TUAH (1) 2019

Bermula 2019 SK Jaln Hang Tuah (1) mempunyai seramai 30 orang kakitangan terdiri 27
orang guru dan 3 kakitangan sokongan. Kami mempunyai 16 kelas dan jumlah keseluruhan
murid 474 orang.

LATAR BELAKANG MURID

Purata murid di sekolah ini adalah terdiri anak-anak PPR daripada Flat Hang Tuah, Flat
Samping, Flat Loke Yew dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar adalah golongan B40
dan segelitir sahaja M40. Keadaan yang serba kekurangan dan boleh diketegorikan miskin
bandar.
Justeru itu pihak PIBG dan pihak sekolah bersepakat untuk menjadikan sekolah
sebagai hub perhubungan komuniti dan tempat yang paling menyeronokkan bagi murid-
murid. Maka dengan itu menjadi tanggungjawab PIBG dengan sokongan pihak sekolah untuk
menceriakan persekitaran sekolah dan menyediakan prasarana yang serba canggih untuk
kegunaan murid-murid sekolah ini khasnya dan komuniti amnya.

CABARAN 2019

1. Kekurangan kerusi dan meja murid yang amat kritikal.


2. Keadaan kelas yang tidak konduksif.
3. Kekurangan guru yang kritikal
4. Kekurangan prasarana yang menyokong pembelajaran PAK 21.
5. Keadaan bangunan yang kurang ceria.
6. Pendawaian elektrik yang usang.

HARAPAN WARGA SEKOLAH

1. Sekolah ceria murid selesa.


2. Prasarana yang mencukupi agar tidak menggangu keselesaan Pdpc.
3. Kemudahan terkini agar memudahkan PdPc dijalankan
4. Melahirkan murid yang berkemahiran tinggi menjurus kepada tekmologi.
5. Sokongan daripada PIBG, komuniti, ibu bapa dan NGO amat diperlukan dalam
merealisasikan impian menjadikan Seklah Ceria Murid Selesa.
KEKUATAN SEKOLAH

1. Pasukan Memanah – Tajaan Parlimen Cheras


2. Kelab Silat – Menyertai pertandingan dan membuat persembahan di majlis
Jemputan.
3. Lokasi sekolah di kawasan pelancongan berhampiran Bukit Bintang.
4. Lokasi sekolah berhampiran dengan MRT, Monorel dan LRT memudahkan
untuk mengakses.
5. Pencapaian kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Ada murid yang
mewakili Kuala Lumpur dalam acara olahraga, bola tampar dan sepak
takraw.

OBJEKTIF

1. Mengecat seluruh bangunan sekolah agar lebih ceria.


2. Menyediakan TV/LCD di setiap kelas menjelang 2020.
3. Menyediakan ”system audio” di setiap kelas menjelang 2020.
4. Menyediakan sekurang-kurangnya sebuah komputer di setiap kelas
menjelang 2020.
5. Menyediakan ‘White Board’ baru di setiap kelas.
6. Tiada lagi masalah kerusi meja menjelang 2020.
7. Memasang sistem pembesar suara yang mantap di Dewan Sekolah.
8. Memasang penyaman udara (Air Cond) di Dewan Sekolah.
9. Membiayai program kemenjadian murid.

SUMBER KEWANGAN

1. Syarikat Korporat (Berjaya, Samsung, SengHeng, Panasonic dll).


2. Bank (BSN, Maybank, Bank Rakyat dll)
3. Masjid Al-Bukhary (Mewujudkan tabung di masjid).
4. Orang perseorangan.
5. Ahli politik.
6. Ibu bapa dan komuniti setempat (Tabung Derma).

JAWATANKUASA PENTADBIRAN TABUNG WAKAF PENDIDIKAN


SK JALAN HANG TUAH (1)

Tabung ini ditadbirkan oleh PIBG. Rekod akan diuruskan oleh Bendahari PIBG.
Bendahari hendaklah melaporkan kepada AJK PIBG setiap bulan. Audit hendaklah
dibuat setiap enam (6) bulan sekali oleh audit dalaman dan disahkan oleh YDP PIBG.
Kelulusan pembelian hendaklah melalui mesyuarat AJK PIBG.
JANGKA MASA

Tiada jangkamasa yang ditetapkan untuk melaksanakan Tabung Wakaf Pendidikan


SK Jalan Hang Tuah (1). Tabung ini boleh ditutup jika semua projek telah dapat
dilaksanakan atau pihak PIBG atau pihak sekolah mengusulkan dalam mesyuarat
AJK PIBG untuk menutup atau menamatkan program ini.

TATACARA MENERIMA SUMBANGAN

1. Sumbangan melalui cek/pindahan wang hendaklah melalui akaun PIBG.


2. Cek hendaklah di tulis
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH 1
3. Sumbangan melalui online hendaklah ke akaun PIBG
( 110751001176 – BANK RAKYAT )
4. Sumbangan melalui wang tunai hendaklah disediakan resit rasmi PIBG
atas nama Tabung Wakaf Pendidikan SK Jalan Hang Tuah (1).
5. Sumbangan barangan/peralatan hendaklah disertakan invois dan surat
setuju terima daripada pihak PIBG.
6. Semua invois dan resit hendaklah disimpan oleh Bendahari PIBG dan
dibuat salinan serta disahkan oleh YDP PIBG.

TATACARA MENGELUARKAN / PEMBELIAN

1. Sebarang pembelian hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3)


sebutharga.
2. Keputusan pemilihan syarikat hendaklah diputuskan dalam mesyuarat
AJK PIBG sahaja.
3. Sebarang pembayaran hanya boleh dilakukan setelah mendapat kelulusan
daripada mesyuarat AJK PIBG.
4. Sebarang ketidakakuran atau kekeliruan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada YDP PIBG.
Anggaran kos

Bil Item Harga Cadangan Harga


Seunit Keperluan Keseluruhan
(RM) (unit) (RM)
1 Televisyen 40’ 1,500.00 16 24 000.00

2 Bracket TV
150.00 16 2 400.00

3 Komputer
1200.00 16 19 200.00
4 Speaker Bar
150.00 16 2 400.00

5 White board
290.00 16 4640.00

6 P A System
3500.00 1 3500.00
7 Air cond 2HP
1400.00 4 5 600.00

8 SMARTBOARD SBM680 Interactive


Whiteboards 2500.00 2 5000.00

9. Cat 50 000.00

10 Program / Aktiviti murid 15 000.00

JUMLAH KESELURUHAN 131 740.00

You might also like