You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LENDU

78000 ALOR GAJAH MELAKA

TAJUK PROJEK: CADANGAN PEMBINAAN TAPAK PERHIMPUNAN


BERBUMBUNG SK LENDU

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Lendu terletak sekitar 7.7 km dari Bandar Alor Gajah dan 26 km dari
Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Sekolah ini menerima murid dari kampung yang
berdekatan iaitu Kampung Lendu Hilir, Kampung Lendu Ayer Hitam, Kampung Lendu
Tengah, Kampung Lendu Kampung Baru, Kampug Lendu Dalam, Kampung Lendu Air
Paabas, Kampung Lendu Pekan dan Taman Intexma berhadapan dengan UITM Cawangan
Melaka. Sekolah ini mempunyai 15 kelas iaitu tahun 1 hingga tahun 6 termasuk dua buah
kelas Prasekolah. Jumlah murid di sekolah ini seramai 428 orang. Tenaga Pengajar
berjumlah 33 orang dan dibantu oleh 4 orang AKP.

Sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia, murid-murid perlu diberikan


kemudahan yang baik untuk kemenjadian yang lebih efisyen. SK Lendu sentiasa berusaha
untuk melakukan yang terbaik untuk semua murid di sekolah ini.

PROFIL SEKOLAH

Nama : Sekolah Kebangsaan Lendu


Alamat : Kampung Lendu, Alor Gajah 78000 Melaka
Tarikh ditubuhkan : 1928
Kod : MBA 0032
Kategori : GRED A Luar Bandar
JPN : JPN Melaka
Kawasan Parlimen : Parlimen Masjid Tanah
Majlis Bandaran : Majlis Perbandaran Alor Gajah
No. Telefon : 06 5565906
Laman Web : http://mba0032sklendu.blogspot.com
E-mail : MBA0032@moe.edu.my
Luas kawasan : 3.694 Ekar (1.49 Hektar)
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

Sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1928 sekolah ini belum pernah menerima
kelulusan pembangunan yang melibatkan pembinaan Tapak Perhimpunan Terbuka..
Memandangkan tempat yang terhad, sekolah ini amatlah memerlukan Tapak Perhimpuan
Berbumbung untuk keperluan sekolah. Kertas kerja ini memperincikan cadangan pembinaan
Tapak Perhimpunan tersebut.
2.0 MATLAMAT

Membina tapak perhimpunan berbumbung supaya:

1. Murid-murid SK LENDU tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau hujan ketika
berkumpul di tapak perhimpunan. Perhimpunan diadakan setiap hari. Kehadiran wajib
diambil oleh guru bertugas di tapak perhimpunan sebelum sesi persekolahan
dimulakan.

2. Aktiviti sekolah khususnya perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak
tertangguh serta keselesaan dan tumpuan murid-murid tidak lagi terganggu walaupun
keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (panas/hujan).

3. Aktivikti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pergerakan murid


seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan sebagainya dapat dilaksanakan di
dewan terbuka ini.

4. Keadaan tapak perhimpunan (lantai bitumin) yang telah rosak dan terhakis disebabkan
mendapan tanah dan air hujan akan dapat diatasi dengan adanya tapak perhimpunan
terbuka yang berlantaikan konkrit atau mozek.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Melancarkan aktiviti dan program sekolah seperti yang dirancang mengikut takwim
dengan adanya Tapak Perhimpunan Berbumbung.
3.2. Memberi keselesaan kepada semua warga SK Lendu untuk menjalankan
pelbagai aktiviti di Tapak Perhimpunan Berbumbung.

4.0 CADANGAN

Memohon kelulusan dan peruntukan pembinaan Tapak Perhimpunan Berbumbung daripada


Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sumbangan NGO.
5.0 SPESIFIKASI UMUM

1. Ukuran tapak ialah Panjang 55 kaki x Lebar 45 kaki x Tinggi 25 kaki.


2. Tiang Besi / Kerangka
3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4. Lampu 16 unit
5. Kipas angin 16 unit
6. Lantai ‘Tiles’ / Mozek.

6.0 JANGKAAN MASA HADAPAN

1. Tapak Perhimpunan
2. Pentas
3. Gelanggang serbaguna

7.0 ANGGARAN KOS

1. Anggaran kos bagi pembinaan Dewan Terbuka Berbumbung ialah RM100,000.00


(Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ribu Sahaja.)

8.0 SUMBER DANA

8.1 Sumbangan NGO

8.2 Sumbangan Parlimen

8.3 Sumbangan ADUN Lendu

9.0 PENUTUP

Diharapkan permohonan untuk membina Tapak Perhimpunan Berbumbung ini dapat


direalisasikan dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Semoga ianya
bermanfaat kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid SK Lendu.
10.0 LAMPIRAN

Gambar Tapak Perhimpunan, yang dicadangkan untuk dibina Tapak Perhimpunan


Berbumbung

Kedudukan Cadangan Pembinaan Tapak Perhimpunan Berbumbung SK Lendu


(Segiempat putih)

Keadaan Tapak Perhimpunan Sedia Ada Yang Tidak Rata dan Releven

You might also like